Setahun Lebih Lagi


 
Norman Daud


Ada orang cakap PRU16 dah tak lama dah, saya sendiri jangkakan PRU akan berlaku pada suku pertama 2027. Campur tolak lebih kurang 1 tahun lebih sikit.









Kalau korang perasan, ramai Penyokong Perikatan Nasional membayangkan yang mereka akan menang kali ini. Tak pasti la mereka ni ambil keyakinan tu berdasarkan statistik mana  maybe berdasarkan like dalam Facebook kot. 
Kelakar.


Tapi  yang pasti..sampai hari ini PN masih tak mampu mengemukakan calon Perdana Menteri dari blok pembangkang. TS Muhyiddin pun sekarang ni ibarat telur di hujung tanduk. Saya rasa jika PN gagal kali ni di PRN Sabah, panglima-panglima dia akan terus tendang dia dari takhta Parti Bersatu. Kalau nak kata Hamzah Zainuddin lah yang akan jadi calon PM... hihihihi... jujur la .. adakah majoriti rakyat akan menerimanya?


Itu realiti PN hari ini ,  blok pembangkang yang masih hidup atas semangat kebencian dan Perjuangan mereka pula  hanya berdasarkan satu tajuk yang  sangat mudah  “asal bukan Anwar”. Tapi dalam politik, semangat anti seseorang tak cukup. Rakyat nak tahu siapa yang lebih baik, bukan siapa yang lebih lebih banyak like dalam media sosial. 


Kalau betul PN sudah bersedia menjadi kerajaan semula, sepatutnya mereka dah ada belanjawan alternatif, pelan ekonomi yang boleh lawan dasar-dasar kerajaan Madani. Tapi yang berlaku sebaliknya. Bila tiba musim Belanjawan, PN senyap sunyi. Yang keluar cuma kritikan longgar  konon belanjawan kerajaan tak bantu rakyat tapi bila disuruh bentang versi mereka sendiri, takdek katanya. Bila keluar cadangan pun, lebih banyak yang kelakar dari yang logik: nak turunkan cukai, naikkan subsidi, tapi langsung tak tahu dari mana nak datang duit. Janji boleh membuatkan penyokong mereka ternganga kira ok lah tu.


Dalam sistem demokrasi matang, pembangkang yang serius akan bertindak seperti “kerajaan menunggu”  lengkap dengan pelan dasar, jurucakap bayangan dan strategi nasional. Tapi PN masih berfikir macam parti ceramah. Masih main sentimen agama dan kaum untuk tutup kelemahan diri. Bila ditanya tentang pelaburan asing, mereka sibuk dengan isu moral. Bila bercakap soal geopolitik, mereka ulang skrip anti-Barat tanpa faham realiti hubungan antarabangsa. Politik mereka tak berkembang, cuma berputar pada sentimen lama.


Sebab tu walau macam mana pun PN cuba lukis naratif “kerajaan gagal”, rakyat tak nampak alternatif. Nak ganti Anwar Ibrahim dengan siapa? Mereka pun tak tahu. Dalam politik, persepsi kepimpinan itu segalanya. Dan bila orang bandingkan wajah-wajah pembangkang dengan PMX, beza dia sangat jelas. PMX berada dikelas dia yang tersendiri dan tiada satu pun pemimpin PN yang dapat berdiri sama tinggi dengan dia. Dia bukan sekadar Perdana Menteri, tapi satu jenama kepimpinan. Dunia kenal dia bukan sebab jawatan, tapi sebab intelek dan perjuangan. Dari zaman reformasi, dia dah terbukti tahan diuji. Dia faham selok-belok ekonomi dunia  sebab itu bila bercakap dengan pelabur asing, nada dia berbeza. Dia bukan merayu, dia meyakinkan. Bila berunding dengan kuasa besar, dia tak tunduk, tapi dia tahu bila perlu beralah demi manfaat negara.


PMX juga satu-satunya pemimpin yang berjaya satukan kerajaan campuran yang dulunya mustahil bersatu. Gabungkan PH, BN, GPS, GRS tu bukan kerja mudah. Ia perlukan kepimpinan, kebijaksanaan dan keikhlasan yang tak semua orang ada. PN yang kononnya kuat pun gagal jaga rakan sendiri malah Bersatu dengan PAS pun dah mula saling curiga. Isu duit la, sokongan kepada siapa jadi calon PM lah.. banyak isu.


Dari segi hubungan antarabangsa, PMX berjaya kembalikan maruah Malaysia. Pelaburan masuk dari seluruh dunia bukan sebab negara kita cantik, tapi sebab kepimpinan kita stabil. Dunia pandang pada Anwar kerana dia faham bahasa diplomasi dan ekonomi. Sementara itu, pembangkang masih sibuk berdebat dalam ruang maya, bercakap tentang konspirasi dan teori kosong yang tak bantu rakyat.


Hakikatnya mudah.. dalam mana-mana negara, kepimpinan diuji melalui idea. Dan setakat ini, dalam PN tak ada seorang pun yang punya kaliber, karisma dan kedalaman pemikiran seperti Anwar Ibrahim. Mereka boleh cuba serang, boleh buat persepsi, tapi mereka tak boleh hasilkan pemimpin sepertinya.


Sebab itu walau dihentam kiri kanan, PMX masih bertahan. Kerana dia bukan bergantung pada populariti semata, tapi pada kekosongan alternatif di sebelah sana. Dalam politik, kadang-kadang kuasa bukan kekal kerana kuat, tapi kerana lawan terlalu lemah.


Dan itulah keadaan politik Malaysia hari ini di satu pihak ada Anwar dengan hala tuju dan keyakinan yang tinggi, di satu pihak lagi ada pembangkang yang masih sibuk mencari siapa nak duduk di kerusi calon Perdana Menteri Dan Kehilangan arah dalam perjuangan mereka.


Jadi.. tiada pilihan lain, Undilah Pakatan Harapan di PRU 16 nanti😘😘😘










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/setahun-lebih-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Youtube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan Keganasan Grafik

Youtube Akan Hadkan Lebih Banyak Kandungan Permainan Dengan Keganasan Grafik

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 123 hits
YouTube mengumumkan kemas kini pada garis panduan komuniti yang bertujuan mengehadkan tontonan terhadap kandungan permainan video yang memaparkan unsur 8220 keganasan grafik 8221 Bermula 17 November 2025 pengguna di bawah umur 18 tahun dan ...
Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

Luckin Coffee Malaysia Kini Secara Rasmi Disahkan Halal Menawarkan Pengalaman Kopi Yang Lebih Dipercayai

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 203 hits
Di Malaysia status Halal bukan sekadar suatu label malah telah diiktiraf secara meluas sebagai penanda aras kualiti dan kepercayaan Sejajar dengan aspirasi negara untuk mewujudkan persekitaran yang kukuh berlandaskan piawaian Halal Luckin C...
Lebih 900 Mangsa Banjir Perak Kedah Masih Di Pps

Lebih 900 Mangsa Banjir Perak Kedah Masih Di Pps

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 158 hits
Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 139 orang daripada 38 keluarga manakala Kedah dengan 770 orang mangsa daripada 216 keluarga Seramai 909 mangsa banjir di Perak dan Kedah masih lagi berlindung di pusat pemindahan sementara KUALA LUMPUR Se...
E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

E Mas 5 Dan Saga Baru Didedahkan Lebih Awal Di Sidang Kemuncak Asean

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 171 hits
Dalam acara yang agak mengejutkan PM Anwar Ibrahim telah mendedahkan lebih awal 2 model terbaru Proton dari tarikh pelancarannya iaitu model EV e MAS 5 dan Proton Saga Ia didedahkan secara tidak rasmi di laman rasmi FB PM Anwar Ibrahim keti...
Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

Beli Rumah Vs Sewa Rumah Mana Lebih Bijak

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 155 hits
Apabila sudah menginjak dunia pekerjaan antara persoalan popular yang kerap kali timbul adalah mana yang lebih bagus Beli rumah atau sewa rumah Bagi yang belum berkahwin jawapan untuk persoalan ini mungkin lebih mudah kerana sudah semestiny...
Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan Pbb

Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan Pbb

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 148 hits
Lebih 460 Ditemukan Maut Di Hospital Bersalin El Fasher Sudan PBB NEW YORK 30 Okt Lebih 460 pesakit dan waris mereka ditemukan maut di sebuah hospital bersalin di El Fasher Sudan ketika laporan mengenai kekejaman berterusan terhadap orang a...
Datuk Bandar Check In Hotel Lebih 10 Kali Bersama Suami Orang

Datuk Bandar Check In Hotel Lebih 10 Kali Bersama Suami Orang

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 147 hits
KOSMOOgawa memberikan penjelasan dalam sidang akhbar di Maebashi Jepun ANNTOKYO Seorang datuk bandar di Jepun menerima kecaman ramai selepas mengaku menginap lebih 10 kali di sebuah hotel cinta dengan rakan sekerjanya yang sudah berkahwin l...
Bau Minyak Wangi Cepat Hilang Cuba Tip Ini Untuk Tahan Lebih Lama

Bau Minyak Wangi Cepat Hilang Cuba Tip Ini Untuk Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 137 hits
Bau Minyak Wangi Cepat Hilang Cuba Tip Ini Untuk Tahan Lebih Lama Bagi sesetengah orang minyak wangi sudah menjadi antara benda yang wajib digunakan sebelum keluar rumah Tak kira lelaki atau perempuan beberapa semburan sahaja sudah cukup bu...
Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 207 hits
Haspaizi ZainSaifuddin Abdullah memberi gambaran kemungkinan lebih 19 daripada 25 ahli parlimen yang Bersatu tidak bersetuju dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen termasuk Timbalan Presiden Hamzah Zainudin Ini ...
Bila Cd4 Rendah Darah Tak Lagi Normal

Rumah Zakat Bekasi Wujud Kepedulian Dan Pemberdayaan Umat Di Kota Patriot

Grand Mercure Debuts In Malaysian Capital

Hiburan Isu Dinner Bersama Pelakon Wanita Bekas Suami Puteri Zarith Beri Respon Kami Berdua Memang

Solar Pv Malaysia Clean Energy Solutions For Homes

Pre Assessment Intraocular Lens Iol Surgery

Dear Sonder Guest Your Hotel Is Closed

Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Daun Kunyit Mayang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Cara Membentuk Dan Meluruskan Akhlak

Mount Titlis Kami Datang Lagi Day 8

Remix Makes Sending Photos To Friends Even More Fun On Google Messages

Keanggunan Klasik Gunting Sulaman Stork Tahun 1930 Oleh Jean Marie Roulo

Kerajaan Hapuskan Rule Of 78 Dalam Pinjaman Sewa Beli Kereta Memudahkan Pemilik Kenderaan Baru

Lelaki Putus Ibu Jari Manakala Ibunya Pula Cedera Gara Gara Pergaduhan Dengan Pembantu Rumah Warga Asing Di Kotasas