Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju


Manzaidi Mohd Amin Muhammad Khalil Abdul Hadi
KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tempoh setahun pemerintahannya menurun pada tahap paling rendah.

Penurunan itu membuktikan rakyat sudah berpaling tadah dan berpatah arang dengan kerajaan yang hanya tahu berjanji, tetapi gagal menunaikan itu.

Jelas Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul Hadi, kerajaan PH hari ini bukan sahaja berdepan dengan kemerosotan sokongan, bahkan menerima kritikan teruk dari rakyat.

“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PH mencatatkan peratusan sokongan paling tinggi sehingga dapat mengambil alih pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kini, peratusan sokongan terhadap PH berada di tahap paling rendah sekali selepas PRU14. Ini, membuktikan ramai telah berpatah arang dengan PH.

“Selain itu, selepas setahun PH menjadi kerajaan, rakyat merasakan tiada perubahan berlaku seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut Muhammad Khalil, sistem cukai GST yang dipotretkan PH sebeum PRU14 sebagai punca utama harga dan kos barangan termasuk perkhidmatan meningkat walaupun setelah dihapuskan oleh kerajaan baharu, ia tetap gagal menurunkan semua yang dijanjikan.

Kata beliau, PH memperkenalkan semula sistem cukai SST dengan retorik bahawa harga dan kos barangan termasuk perkhidmatan akan turun.

Bagaimanapun, selepas dilaksanakan majoriti harga barangan keperluan dan kos barangan tetap tidak turun, malah banyak yang meningkat dengan drastik.

“Ringgit jatuh teruk dan keadaan ekonomi tidak menentu selepas PH mengambil alih, dan kerajaan pula seperti tiada haluan dalam menguruskan ekonomi negara.

“Harga komoditi utama negara seperti sawit dan getah turun dengan drastik sehingga menjejaskan kehidupan peneroka dan pekebun kecil.

“Ini menunjukkan, tiadanya pelan jangka pendek mahupun panjang yang berkesan dalam menangani kelembapan ekonomi negara walaupun setelah dibentangkan Belanjawan 2019 untuk merancakkan semula ekonomi,” katanya.

Ini katanya, membuktikan kerajaan terutamanya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal menguruskan ekonomi dengan berkesan.

Beliau turut menjelaskan, hala tuju politik PH juga dilihat kucar kacir dan tidak konsisten oleh pemerhati politik tempatan mahupun antarabangsa.

“Walaupun bergelar kerajaan, PH jelas tidak sependapat, kerap mengeluarkan kenyataan mahupun polisi yang tidak konsisten sesama mereka.

“Adakalanya sikap berpolitik secara berlebihan sesama mereka jelas memaparkan wajah sebenar parti dalam PH mempunyai agenda masing-masing yang tidak selari dengan polisi mahupun manifesto mereka,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/setahun-kerajaan-ph-mana-hala-tuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perkenal Hala Tuju Baru Ekonomi Negara Kata Dr M

Kerajaan Perkenal Hala Tuju Baru Ekonomi Negara Kata Dr M

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 533 hits
Hala tuju baru ekonomi negara itu mengambil pendekatan Kemakmuran Bersama iaitu dengan meningkatkan kuasa beli rakyat danmenghapuskan jurang pendapatan antara kelas dan kaum PUTRAJAYA Kerajaan akan perkenalkan hala tuju baru ekonomi negara ...
Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 408 hits
PULAU PINANG 9 Mei Parti Gerakan menuntut Kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan kepada rakyat berkenaan kegagalan menunaikan janji janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 14 selepas setahun mentadbir negara Timbalan Presidennya Oh ...
Perutusan Dr Mahathir Mohamad Setahun Pakatan Jadi Kerajaan

Perutusan Dr Mahathir Mohamad Setahun Pakatan Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 378 hits
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera Saya amat bersyukur kerana dapat bersama hadirin sekalian untuk menyampaikan ucapan sempena satu tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Pertamanya saya bersyukur kerana saya dipanjangkan umur dan mas...
1 Tahun Kerajaan Pakatan Harapan Ke Mana Halatujunya

1 Tahun Kerajaan Pakatan Harapan Ke Mana Halatujunya

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 443 hits
Oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi Sudah genap setahun PH jadi Kerajaan Daripada ramai yang menyokong PH ketika PRU yang lalu hingga mencatatkan peratusan sokongan paling tinggi sejak PH di tubuhkan terbaru peratusan sokongan terhadap PH berad...
Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 410 hits
KUALA LUMPUR 7 Mei 8211 Tarikh 9 Mei ini genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Namun begitu sehingga ke hari ini masih belum ada apa apa yang boleh dib
Setahun Jadi Kerajaan Dr Mahathir Senaraikan Kejayaan Dan Kesilapan Ph

Setahun Jadi Kerajaan Dr Mahathir Senaraikan Kejayaan Dan Kesilapan Ph

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 315 hits
Setahun jadi kerajaan Dr Mahathir senaraikan kejayaan dan kesilapan PH nbsp
Setahun Pakatan Harapan 365 Kegagalan Blackday905 Kerajaan Sepenggal

Setahun Pakatan Harapan 365 Kegagalan Blackday905 Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1105 hits
SETAHUN PAKATAN HARAPAN 365 KEGAGALAN1 Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion di bawah PH berbanding RM686 bilion di bawah BN 2 Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109 4 bilion pada Mei 2018 kepada ...
Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 324 hits
SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah p...
12 Pencapaian Kementerian Pengguna Selama Setahun Dalam Kerajaan Ph

12 Pencapaian Kementerian Pengguna Selama Setahun Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 503 hits
Hari ini saya telah mengadakan sidang media khas mengenai pencapaian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelang setahun pentadbiran kerajaan baru Secara ringkasnya pencapaian dan inisiatif baru kementerian termasu...
Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Komando Serang Masjid Rusila

Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Indonesia 5h 4m Jakarta Bandung Day 1 Ke Pasar Baru Trade Centre


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience