Setahun Pakatan Harapan 365 Kegagalan Blackday905 Kerajaan Sepenggal



SETAHUN PAKATAN HARAPAN: 365 KEGAGALAN
1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN

2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. 
3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019

4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia

5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN

6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019
7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM16 bilion untuk tahun 2017 kepada kerajaan BN

8. Nilai ekuiti terkumpul Petronas turun RM7.5 bilion dari RM432.8 bilion kepada RM425.3 bilion. Buat kali pertama sejak 10 tahun yang lalu, nilai ekuiti PETRONAS jatuh

9. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di dunia oleh Bloomberg 
10. Kita diberi gelaran pasaran saham paling corot di Asia oleh Nikkei. 
11. Peruntukan kepada subsidi baja padi dipotong daripada RM465 juta (2018) kepada RM232.5 juta dalam bajet 2019

12. Peruntukan kepada Insentif Pengeluaran Padi dipotong daripada RM563 juta (2018) kepada RM281.5 juta dalam bajet 2019

13. Peruntukan kepada Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan dipotong daripada RM262 juta (2018) kepada RM98.5 juta dalam bajet 2019

14. Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% daripada RM70 juta (2018) kepada RM0 dalam bajet 2019

15.  Program Food and Agro Council for Export (FACE) dihapuskan dalam bajet 2019 berbanding peruntukan sebanyak RM3 juta pada 2018

16. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) dipotong daripada RM12.5 juta pada 2018 kepada hanya RM3.5 juta dalam bajet 2019

17. Peruntukan kepada Malaysian Bioeconomy Development Corporation dikurangkan sebanyak RM40 ribu dalam bajet 2019 berbanding 2018

18. Peruntukan keseluruhan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dipotong daripada RM5.1 bilion (2018) kepada RM4.4 bilion dalam bajet 2019

19. Pemindahan Khazanah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri
20. Penjualan pegangan 0.66 peratus Khazanah dalam bank yang kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB
21. Keengganan kerajaan Pakatan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas bagi menyemak semula rangkaian kompleks GLCs yang berpotensi membawa kepada amalan ‘penaungan selektif’

22. Langkah menerima bekas ahli parlimen UMNO secara besar-besaran menimbulkan kecurigaan terhadap komitmen PM terhadap agenda reformasi institusi

23. Pelantikan Ronald Kiandee yang menyertai Parti Bersatu sebagai Pengerusi PAC sebelum digantikan menimbulkan persoalan mengenai komitmen Pakatan kepada reformasi

24. Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR) digesa diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen, selari janji ke-16 dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dirangka ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu

25. Projek ECRL dikurangkan RM21 bilion melalui perubahan jajaran dan jumlah stesen, tidak dikurangkan RM30 bilion seperti mana dakwaan hutang 1MDB dahulu

26. Projek Bandar Malaysia diteruskan dengan kekalkan kontrak rundingan terus kepada IWH-CREC, bercanggah dengan prinsip tender terbuka Pakatan

27. Gaji kakitangan awam enggan dinaikkan, malah saiz kakitangan awam juga ingin dikurangkan
28. Kecurigaan melampau kepada kesetiaan penjawat awam

29. Pengakuan Tun Daim bahawa ramai Menteri lantikan Tun M berpatah arang berkerat rotan dengan birokrat dan PTD, mengakibatkan dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan kucar-kacir

30. Kepakaran birokrat dan PTD kurang dimanfaatkan, sebaliknya nasihat mereka dipinggirkan dek kegopohan Menteri lantikan Tun M melakukan perubahan semata-mata demi dilihat melakukan perubahan tanpa pertimbangan pakar

31. Isu sijil akademik palsu dan cubaan menutup pembohongan oleh sebahagian menteri

32. Kawasan parlimen pembangkang dianaktiri dengan peruntukan RM100k berbanding Pakatan (RM500k). Seluruh negeri Pantai Timur terkesan dengan agihan yang tidak adil ini

33. Tiada fokus pada usaha menjana pendapatan baharu (tenaga Solar, ‘Artifical Intelligence’ AI, Torium, mikrob, dan sebagainya). Terperangkap dengan pemikiran ekonomi abad ke-20
34. Pembocoran Surat MEIO kepada CIA tidak boleh diulangi kerana beri kesan kepada perisik negara di luar negara

35. Peruntukan khas RM10 juta kepada Kedah ditadbir Mukhriz Mahathir setiap tahun. Bagaimana dengan negeri-negeri lain

36. ‘U-Turn HSR’, jejas imej negara di Singapura
37. ‘U-Turn ECRL’, sekejap batal, sekejap tidak, telah menjejaskan kredibiliti kerajaan dalam mengimbangi kepentingan nasional dan hubungan dengan China untuk tempoh 10 bulan lamanya

38.  ‘U-Turn’ MRT3 yang amat diperlukan di bandar

39. MRT2 perlu dirunding kembali susulan penerusan projek Bandar Malaysia. Satu lagi ‘U-turn’

40. Amalan ‘bulldozer’ rang undang-undang di Parlimen seperti kes SST perlu dihentikan

41. Soalan pertama Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa kerajaan PH membisu bila syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC mengeluarkan kenyataan balas pada bulan Oktober lalu bahawa 1MDB tidak berhutang kepada IPIC, jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH? Jika ia prejudis, mengapa PH boleh keluarkan kenyataan mengenai perjanjian itu tetapi tak mahu dedahkan dokumen perjanjian itu

42. Soalan kedua Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa tiada satu pun pemimpin PH pernah mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagihkan wang itu kepada pihak-pihak yang lain? Setiap satu sen yang didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh pihak IPIC

43. Soalan ketiga Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Adakah perjanjian penyelesaian itu mengandungi klausa bahawa IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020

44. Soalan keempat Najib Razak berkenaan 1MDB tidak terjawab hingga kini: Mengapa masih tidak mahu mendedahkan perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan 2017 ini

45. Kos jutaan ringgit selenggara kapal mewah Equanimity seharusnya disalurkan kepada lebih 50 ribu nelayan dan penoreh getah yang terkesan dengan kejatuhan harga komoditi
46. Kerajaan lebih memfokus kepada kereta nasional ke-3 berbanding membangunkan pengangkutan awam moden untuk Greater KL dan negeri-negeri lain

47. Tidak cukup dengan Obses Tun M dengan Projek Kereta Ketiga walau ditentang ramai, kini fokus pula kepada usaha untuk kembalikan perlumbaan mahal F1 ke Malaysia. 
48. Alasan hutang RM1 trillion untuk kerajaan tidak menunaikan manifesto perlu dihentikan segera, sedangkan telah ‘memerah’ RM80 bilion daripada Petronas untuk tahun 2018 sahaja

49. Amalan mengutus individu bukan eksekutif seperti Tun Daim ke China, mengetepikan Menteri Luar dan Menteri Kewangan, perlu dihentikan
50. IRI Amerika diundang ke Pejabat PM tanpa ketelusan, tidak dimaklum kepada rakyat
51. Anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak wajar memonopoli jawatan ekonomi politik
52. Kontroversi pelantikan Peguam Negara tidak ditangani dengan cermat
53. Tiada perkembangan siasatan kes Taib Mahmud
54. Tiada perkembangan kes rasuah Azmin yang dilapor Rafizi
55. Tiada penjelasan mantap dalam penyelesaian kes Banglo Lim Guan Eng
56. Kes P. Ramasamy dan pengganas LTTE perlu ditangani dengan lebih tegas, tetapi kini sunyi sepi
57. A Kadir Jasin yang disiasat kerana dedah perbelanjaan dan isteri YDPA dilantik Penasihat PM, hingga kini kes sunyi sepi
58. Lemah dalam menyiasat laporan mendakwa syarikat konsesi Terowong Pulau Pinang setuju untuk memberi 10% kepentingan dalam syarikat mereka kepada seorang menteri DAP untuk menerima projek mega yang akhirnya akan bernilai berpuluh bilion. Pemimpin DAP berjanji untuk menganugerahkan projek berbilion ringgit ini kepada syarikat konsesi terbabit sebelum tender yang kononnya tender terbuka dilaksanakan

59. Tidak telus soal pinjaman dari Jepun & China, rakyat wajar dimaklumkan secara terperinci Bon Samurai dan Bon Panda

60. Pinjaman Bon Samurai adalah RM7.3 bilion tetapi jumlah masuk yang direkodkan kerajaan Pakatan hanya RM7.06 bilion. Persoalan ke mana RM 200 juta lagi belum dijawab

61. RM500,000 untuk turunkan logo ‘1Malaysia’ seharusnya disalurkan kepada golongan lebih memerlukan seperti nelayan dan penoreh getah
62. Keseluruhan kabinet kerajaan Pakatan perlu segera untuk isytiharkan harta dengan jujur, bukannya dengan manipulasi definisi istilah aset tertentu

63. Kewujudan golongan ‘establishment’ di balik tabir yang terlalu berpengaruh mendobrak fabrik institusi tradisi Melayu-Islam di Malaysia

64. Jabatan Perangkaan Negara telah mengeluarkan Indeks Pelopor (IP) yang dikumpul untuk bulan Disember 2018, memantau prestasi ekonomi ke hadapan dan adalah petunjuk bagi keadaan ekonomi pada jangkamasa yang akan datang ataupun "leading indicator", menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh 7 dari 8 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei sehingga Disember berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu. Ini menunjukkan angka negatif untuk 6 bulan berturut-turut

65. SST telah menyebabkan kos naik 10 peratus

66. Pemansuhan GST telah menyebabkan kerajaan hilang berpuluh-puluh bilion pendapatan. 
67. SST tidak mampu mengelakkan ketirisan dan penipuan cukai

68. Peruntukan kepada Kementerian Kewangan melonjak dengan berganda daripada RM38.1 bilion pada 2018 kepada RM68.4 bilion dalam bajet 2019 sedangkan kementerian-kementerian lain seperti Pertanian, Luar Bandar, Pembangunan Usahawan, dan Perumahan dikurangkan

69. Menteri menuduh kerjasama PAS-UMNO sebagai ‘perang ke atas bukan Melayu dan bukan Islam’

70. Menteri Kewangan tiada sijil akauntan bertauliah (chartered accountant) dari Australia

71. Keputusan berkenaan cermin kenderaan gelap tidak dirunding dengan pihak berkuasa yang lain seperti polis

72. Silap besar sifatkan matrikulasi sebagai ‘pintu belakang’ untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera masuk universiti

73. Dahulu sifatkan pekerjaan pemandu Grab dan Uber serta 3D sebagai ‘tidak membanggakan’, kini menyeru anak-anak muda memilih sektor 3D dan jangan memilih kerja

74. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Kelantan dengan amat tidak matang, terlalu emosional dan tidak rasional sama sekali

75. Menyerang isu hutang kerajaan negeri Pahang dengan amat tidak matang, terlalu emosional dan tidak rasional sama sekali

76. Menyerang Tengku Mahkota Johor sebagai ‘budak kecil yang bodoh’

77. Menyuruh Tengku Mahkota Johor tutup mulut

78. Khazanah luluskan penggabungan Axiata (Celcom) dengan Telenor (DIGI) sedangkan dahulu akan tuduh langkah sebegini sebagai jual aset negara seperti Proton-Geely

79. Menteri Pertahanan tidak cekap atasi isu sujud di atas batu Karbala – boleh dilapik kain seperti mana pemimpin lain lakukan, atau tidak perlu solat di belakang Imam Syiah sama sekali

80. Menteri Kewangan Salah titik perpuluhan

81. Kontroversi penghapusan pencen penjawat awam tidak ditangani dengan cekap
82. Langkah pengurangan kakitangan awam sedang digerakkan

83. Seruan Menteri Industri Utama supaya minum minyak sawit tidak bijak untuk lonjakkan eksport minyak sawit negara

84. Kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) kategori bujang yang melampau (dan menghina) iaitu 27 sen sehari
85. Bajet 2019 silap kerana mengunjurkan harga minyak dunia pada tahap US$70 sedangkan hingga Mac 2019 pun harga minyak dunia masih tidak sampai ke tahap seperti yang diunjurkan. Akibatnya "compounded effect" memberi kesan kepada pelaksanaan kerajaan

86. Retorik penjawat awam ‘membebankan’ sangat kurang cermat dan memberi impak negatif kepada motivasi dan moral jentera pentadbiran negara

87. Dulu kos projek LRT3 ialah RM9 bilion di bawah BN sebelum Lim Guan Eng naikkan menjadi kos RM31 bilion dan kemudiannya "berjaya" turunkan kos menjadi RM16 bilion

88. Tiada keberanian untuk saman kes tuduhan RM18 bilion tuntutan GST ‘dicuri’
89. Mata wang Ringgit gagal untuk diperkasakan, malah tiada perancangan sistematik seperti mana yang dijanjikan di halaman 18 Manifesto Pakatan

90. Pelaksanaan Bantuan Sara Hidup (BSH) lebih bermasalah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah sekadar menggunapakai data BR1M
91. Skim insurans B40 (yang kini diberi nama MySalam) menyaksikan kerajaan PH telah mengizinkan syarikat insurans Singapura yang besar (Great Eastern) untuk mendapat pengecualian daripada syarat-syarat BNM bagi menghadkan pemilikan asing dalam sektor insurans negara dengan membayar RM2 bilion

92. Ada cara lebih baik untuk mengumpul dana melalui bon kerajaan, cara REIT PH akan menyebabkan kerajaan rugi besar untuk bertahun-tahun dan cuma akan memanfaatkan sesetengah golongan (kroni) sahaja

93. Lim Guan Eng umum syarikat judi Da Ma Cai taja lawatan Ketua Polis Negara ke Turki

94. Cadangan pemansuhan tol 11 malam hingga 5 pagi yang bercelaru dari segi pengumuman dan meragukan dari segi ketelusan

95. Cadangan caj kesesakan agak kurang komprehensif dari segi impak positifnya

96. Dari segi fokus mengurangkan jurang antara kaya-miskin, tiadanya cukai ke atas orang kaya seperti ‘Higher income tax’
97. Tiada usaha untuk laksanakan ‘Capital gain tax’
98. Tiada usaha untuk laksanakan ‘inheritance tax’ ke atas orang kaya yang mewariskan kekayaan kepada anak mereka – lalu yang kaya semakin kaya, yang miskin makin miskin
99. Insurans wajib masih samar buat golongan B40

100. FGV Holdings Bhd pula mencatat kerugian besar RM1.08 bilion untuk tahun 2018 berbanding untung RM131 juta bagi tahun 2017 di bawah BN

101. Axiata umumkan kerugian RM5.03 bilion untuk tahun 2018 berbanding keuntungan RM909.48 juta untuk tahun 2017

102. Syarikat Telekom Malaysia juga mengalami kerugian buat pertama kalinya sejak 10 tahun yang lalu

103. Syarikat Boustead Holdings milik LTAT juga melaporkan kerugian RM469.2 juta untuk tahun 2018 berbanding untung RM436.2 juta untuk tahun 2017

104. Keuntungan IHH Berhad naik 5 kali ganda untuk suku ke-4 2018 berbanding tahun sebelumnya. Tetapi malangnya, kerajaan PH jual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November 2018 dengan harga RM8.42 bilion

105. Ogos 2018, Khazanah jual syarikat insurans Turki, Acibadem Sigort - RM1.25 bilion

106. Seluruh pegangan Khazanah melalui Axiata di dalam Syarikat telco M1 juga telah dijual kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion

107. Lebih setengah dari pegangan Khazanah dalam bank Filipina terbesar BDO Unibank Inc telah dijual kepada Filipina dengan harga RM415 juta yang juga di bawah harga pasaran

108. Pada April 2019 Khazanah di bawah Pakatan menjual saham TNB sebanyak RM1.05 bilion

109. DRB-Hicom jual kepentingan 11% dalam Modenas kepada syarikat Jepun, Kawasaki yang kemudiannya membeli saham keutamaan boleh tukar (CPS) Modenas, menjadikan penguasaannya meningkat kepada 48%

110. PH sering memberi alasan bahawa aset-aset FELDA perlu dijual untuk membayar hutang FELDA RM8 bilion.  Harga jualan minyak sawit mentah telah jatuh teruk selepas PRU14 di persekitaran RM1,700 sehingga RM2,000 satu tan - iaitu tidak jauh berbanding kos pengeluaran FELDA di persekitaran RM1,800 satu tan. Oleh kerana FELDA ada kos operasi dan kos tetap, harga jualan minyak sawit merupakan sebab utama pengaliran wang tunai FELDA terjejas

111. Menteri Hal Ehwal Ekonomi akhirnya mengaku hutang RM8 bilion FELDA yang selalu disebut-sebut oleh Pakatan sebagai telah ‘dirompak’ oleh BN sebenarnya dipinjam semula kepada para peneroka FELDA sendiri

112. Menara FELCRA yang dilancarkan oleh Najib dijual oleh PH

113. Projek TRX yang dituduh sebagai beban kepada negara pada era BN kini dianggap sebagai antara aset utama kerajaan

114. Khazanah juga telah bersedia untuk menjual pegangan mereka di dalam Bank CIMB, syarikat telekomunikasi Axiata, UEM Edgenta dan UEM Sunrise 
115. Pada bulan Disember 2018, Khazanah mula menjual CIMB Bank dengan penjualan 63 juta saham CIMB kepada pembeli-pembeli yang tidak dinamakan pada harga RM364 juta atau harga RM5.78 satu saham. Sebelum PRU14, harga saham CIMB adalah pada harga RM7.30. Sudahlah harga saham merudum, hasil jualan pula kurang RM86 juta

116. Disebalik kesemua penjualan aset dan kepentingan Khazanah Nasional, ia masih bertindak menjual bon sebanyak RM2 bilion pada Mei 2019

117. April 2019, Axiata di bawah Pakatan jual perniagaan digital mereka (Axiata Digital) kepada Singapura dengan harga RM579 juta

118. Hutang yang dipaksa ke atas peneroka FELDA masih tidak dihapuskan sama sekali 
119. Mengikut data rasmi Kementerian Pertanian, harga telur ayam terus naik. Sebelum PRU14, harga di ladang untuk telur gred AAA adalah serendah 27 sen dan harga gred C 24 sen. Tetapi harga telur gred AAA di ladang pada Februari 2019 sudah naik 59.2% sehingga 43 sen

120. Harga telur gred C naik 67% kepada 40 sen

121. Menteri mendakwa boleh minum air terus dari paip

122. Menteri sekadar melontarkan idea dengan mudah (contohnya nelayan perlu menanam nenas di belakang rumah) tanpa kajian rapi dan terperinci
123. Masih tiada koordinasi yang sinergi rentas kementerian seperti Pertanian, Industri Utama, Pengangkutan, MITI, dan Keusahawanan dalam merangka pelan ‘keselamatan makanan negara’ (Food Security)

124. Rancangan alternatif monopoli beras BERNAS masih perlahan
125. Universiti Pertanian dicadang sedangkan UPM sudah lama wujud
126. Pelantikan Faiz Fadzil yang tiada pengalaman sama sekali untuk terajui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), masih tiada pencapaian yang membanggakan

127. LKIM tidak berjiwa besar dalam merundingkan isu penahanan bot pukat tunda dengan pihak kerajaan negeri seperti kes Terengganu

128. Janji 30% wanita dalam kabinet tidak ditepati
129. Kecekapan pelaksanaan KWSP Suri Rumah agak mengecewakan
130. Kurang cekap menangani isu perkahwinan bawah umur
131. Tidak efisien dalam menjelaskan isu khitan anak perempuan
132. Tidak cekap menangani isu projek RTS dan tanah Sultan Johor di Bukit Chagar

133. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan Taktikal Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (Special Task Force for Anti-vice, Gaming and Gangsterism STAGG)
134. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Special Task Force on Organised Crime STAFOC) 
135. Tidak sepatutnya dibubarkan Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Special Tactical Intelligence Narcotics Group STING)
136. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan seramai 200,000 orang dijangka akan mendapat sijil kewarganegaraan membabitkan pelbagai kategori dan kes berbeza. Pengkritik mempersoalkan kenapa perkara ini melibatkan sejumlah pemohon yang sebegitu ramai dan gusar mereka akan mempengaruhi pola pengundian pada PRU akan datang

137. Proses untuk menangkap Jho Low terlalu perlahan, hingga menimbulkan keraguan terhadap komitmen kerajaan
138. Pertembungan dengan istana Johor tentang isu pelantikan Menteri Besar Johor

139. Pertembungan dengan istana Johor tentang isu rombakan EXCO kerajaan negeri Johor

140. Tiada perkembangan terkini kes pembunuhan Imam muda Palestin, Dr. Fadi Al-Batsh oleh ejen Zionis di Malaysia tahun lalu

141. Tiada program dan data khusus untuk membezakan prestasi penurunan kadar jenayah di bawah Pakatan berbanding di bawah BN sebelumnya
142. Peruntukan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia dalam bajet 2019 dikurangkan sebesar RM2 bilion berbanding tahun 2018

143. Tidak layak dipimpin Mat Sabu yang tiada pengetahuan selok-belok pertahanan dan dunia ketenteraan sama sekali. 
144. Lemah dan bisu dalam berhadapan dengan reaksi agresif Singapura yang menggugat had pelabuhan Johor berhampiran perairan Tuas. Jauh berbeza dengan Menteri Pertahanan Singapura yang berdegar-degar mengeluarkan ancaman keras

145. Timbalan Menteri Liew Chin Tong terlalu mesra Singapura, banyak program dengan pihak Singapura, hinggakan bisu untuk mengkritik sikap agresif Singapura menceroboh had pelabuhan Johor di perairan Tuas kita

146. Menteri Pertahanan tidak cermat dan terpaksa U-Turn dengan menarik balik kenyataan berkenaan isu penjualan hotel Royale Chulan kepada Singapura

147. Menteri perlu berhenti mendedahkan situasi pertahanan dalaman negara seperti jumlah Sukhoi yang boleh beroperasi
148. Menteri perlu berhenti merendahkan kedudukan semasa ketenteraan negara sebagai paling lemah di Asia Tenggara sedangkan fakta tidak sedemikian
149. Lembab dalam keputusan dan proses pembelian pesawat tempur Multirole Combat Aircraft (MRCA)
150. Cita-cita Menteri Mat Sabu untuk mengeluarkan pesawat tempur buatan Malaysia pada 2030 masih belum diperjelaskan dengan teliti
151. Lembab dalam keputusan dan proses pembelian Multirole Support Ship (MRSS)

152. Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2019) kurang tarikan
153. Laporan kemungkinan pemerolehan aset dengan Iran menjejaskan prospek pemerolehan aset kita dengan negara seteru Tehran seperti Kuwait

154. Pendekatan Unilateral seperti menamatkan KSCIP tanpa rundingan dengan Arab Saudi perlu dielakkan pada masa hadapan
155. Kemaraan China di Laut China Selatan wajib diambil serius, tidak cukup sekadar nasihat kepada kuasa besar – strategi yang ampuh perlu dirangka segera

156. Kerajaan Pakatan juga meneruskan latihan bersama Tentera Laut China di Selat Melaka mulai 20 Oktober 2018 di saat berita penahanan besar-besaran umat Islam Uighur tersebar di seluruh dunia

157. Hotel Royale Chulan Bukit Bintang milik syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings telah dijual kepada syarikat Singapura dengan harga RM197 juta

158. Tiada susulan perkembangan lawatan Menteri Pertahanan ke Turki

159. Menteri Pertahanan ‘syok sendiri’ umumkan penganjuran LIMA 2019 sebagai ‘yang terbaik dalam sejarah’

160. Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan bekas ketua audit negara Ambrin Buang telah meniliti semua urus niaga tukar tanah (land swap) melibatkan Kementerian Pertahanan dan mengeluarkan laporan bahawa terdapat keraguan di dalam 16 projek berlainan dengan syarikat-syarikat berbeza sejak tahun 1997 yang melibatkan 1,187 hektar (2,933) ekar tanah Kementerian Pertahanan bernilai RM4.75 bilion, tetapi tidak jelaskan kepada rakyat perincian termasuklah berapa banyak ia dilakukan ketika era Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

161. Peruntukan kepada sekolah dan kolej swasta Cina berbanding kepada sekolah-sekolah luar bandar yang jauh lebih memerlukan
162. Pengecualian PTPTN Zaman BN: Automatik dapat pengecualian bagi pelajar cemerlang Kelas Pertama, Zaman PH: Kena merayu untuk pengecualian PTPTN

163. Tarik-tali pengiktirafan Sijil UEC jangan lagi diulangi
164. Timbalan Menteri perlu berhenti daripada lebih sudu dari kuah berbanding Menteri
165. Tiada penjelasan tuntas berkenaan isu keutamaan ahli IKRAM dalam lantikan posisi berkaitan Kementerian tertentu

166. Isu ‘Kiri’ dan ‘Komunisme’ dalam silibus Sejarah perlu ditangani dengan cermat oleh jawatankuasa pakar Sejarah, NGO, dan intelektual awam

167. Cubaan menghapuskan dominasi Melayu Islam dalam silibus Sejarah wajib diperangi
168. Seramai 12,000 orang pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan

169. Mekanisme bagi menangani isu ‘Guru Duka Lara’ belum komprehensif
170. MyBrain dan MyPhD perlu dihidupkan kembali untuk merancakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara

171. ‘Tarik-tali’ Peminjam PTPTN wajib dihentikan dan pelan pembayaran yang lebih manusiawi perlu dibentangkan segera

172. Pada April 2019 baru PTPTN cuba untuk mendapatkan pandangan awam tentang kaedah terbaik bagi mengutip hutang pelajar

173. Pelan jangka panjang dan sederhana TVET masih kabur
174. Reformasi Universiti Awam (UA) masih tidak jelas kelihatan, kuasa lantikan masih berkisar di tangan Menteri

175. Cubaan menyiasat salah urus kementerian bertukar menjadi ‘serangan’ kepada Tan Sri Muhyiddin yang merupakan bekas Menteri Pelajaran
176. Polemik Menteri Pendidikan menjawat jawatan Presiden UIA meskipun didesak hebat perlu dielakkan

177. Tiada koordinasi dengan Menteri Kesihatan untuk isu murid tidak divaksin
178. Menteri jadikan Oxford sebagai ‘contoh’ pendidikan, timbul persoalan jati diri untuk bangunkan dan perkasakan model tempatan

179. Pertukaran nama daripada PERMATA kepada GENIUS tidak perlu

180. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dipotong daripada RM8.5 bilion pada 2018 kepada RM8.4 bilion dalam bajet 2019

181. Menteri hanya umumkan agihan pembangunan luar bandar untuk negeri Pakatan sahaja dalam masa yang berbeza dengan agihan negeri pembangkang
182. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd.Harun turun berprogram ketika menjelang PRK Semenyih
183. Membuat dua lantikan politik dalam MARA
184. Tiada rancangan pemerkasaan kontraktor kecil Bumiputera secara komprehensif setakat ini

185. Menteri menyebut ‘malu’ dengan Kampung Baru yang majoritinya dihuni orang Melayu di tengah-tengah ibu kota

186. Menteri cuba mengubah demografi Kampung Baru dengan keperluan dana sebesar RM10 bilion

187. Pemilihan Doraemon untuk dipamerkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 menganaktiri kartun tempatan

188. Timbalan Menteri ‘difitnah’ memilik ijazah

189. Timbalan Menteri silap besar menuduh Imam Jaafar ahlul bait sebagai pengamal Syiah

190. Menteri Perumahan memuji ‘precast technology’ ala-blok LEGO dalam pembinaan rumah di Singapura sedangkan banyak pemaju di Malaysia juga sudah menggunakan teknologi yang sama 
191. Masih tiada program konkrit untuk isu perumahan anak muda

192. Harga rumah masih tidak diturunkan dengan agresif

193. Masih tiada program konkrit untuk isu perumahan golongan M40

194. Masih tiada kata putus yang jelas berkenaan status 700,000 pemilikan asing di Forest City, Johor

195. Tiada kerelevanan apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula yang keluarkan kenyataan tentang kilang vaksin di Negeri Sembilan. 
196. Fuziah Salleh mendakwa Zuraida Kamaruddin menyalahguna kuasa beliau sebagai menteri dengan memberi arahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengadakan pemilihan parti di Bandar Tun Razak 
197. Pengenalan AWAS tidak dilaksanakan dengan cermat bagi menunjukkan perbezaannya dengan AES yang dituduh ‘zalim’ ketika era BN

198. Malah jumlah kamera AES (AWAS) ada dirancang untuk ditambah, bukannya dihapuskan seperti yang dituntut ketika masih menjadi pembangkang

199. Kamera AWAS kini digambarkan sebagai menepati Maqasid Syariah

200. Pertembungan Menteri Pengangkutan dengan PDRM kerana ingin menghapuskan diskaun saman trafik sedangkan bagi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman PDRM, langkah sedemikian akan mengurangkan kutipan dengan mendadak malah tidak akan dapat mengumpul hasil saman
201. Langkah simplistik menaikkan had laju kenderaan
202. Usaha ‘diplomasi kereta api’ dengan China bagi menjadikan Malaysia hab pemasangan kereta api di ASEAN masih kabur

203. Wujud panduan kandungan liputan/ siaran bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas bersikap partisan. 
204. Panduan ‘Liputan’ RTM mesti pro Kerajaan Persekutuan

205. ‘Tetamu’ RTM mesti ‘selari dengan aspirasi kerajaan Persekutuan’

206. Tokoh-tokoh agama/akademik/pakar rujuk yang ingin dijemput RTM hendaklah selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan. 
207. Program RTM di lokasi tidak melibatkan wakil politik kecuali yang memihak kerajaan Persekutuan. 
208. RTM Tidak dibenarkan terlibat dengan program kerajaan negeri pembangkang. 
209. Pegawai RTM tidak dibenarkan menjadi emcee bagi acara kerajaan/agensi negeri pembangkang sama ada secara percuma mahu pun secara berbayar

210. Penajaan dan sumbangan daripada kerajaan pembangkang tidak dibenarkan kepada RTM

211. Masih tiada pelan penghapusan monopoli Astro
212. Syarikat Singapura Great Eastern akan diberi akses kepada segala butiran peribadi untuk semua rakyat Malaysia di dalam golongan B40 di Malaysia iaitu dari pangkalan data (database) iaitu 3.7 juta orang

213. Menteri Usahawan tidak mengetahui beza model dengan prototaip

214. Silap besar pemahaman beza antara ‘kereta terbang’ dengan dron mahu pun ‘air mobility’

215. Sekatan kepada para pendakwah dan penceramah yang tidak pro-Pakatan 
216. Persatuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 30 ribu orang akan hilang kerja pada 2019, berbanding sekitar 21 ribu orang pada 2018
217. Menyifatkan gaji minimum RM1100 ‘terlalu tinggi’ untuk sesetengah sektor
218. Gaji minimum tidak serius diperkasakan
219. ‘U-turn’ pengharaman tukang masak warga asing
220. Tiada impak nyata akan prestasi kementerian dalam menurunkan kadar pengangguran
221. Tiada inisiatif yang agresif sama sekali untuk hapuskan diskriminasi syarikat-syarikat yang hanya mengambil pekerja berbahasa Mandarin dan pekerja Cina sahaja
222. Harga ubat masih mahal, diakui Menteri sendiri
223. Tiada data konkrit dan terperinci mengenai harga ubat yang diturunkan dengan signifikan di bawah Pakatan
224. Klinik komuniti ada yang ditutup
225. 34 Klinik 1Malaysia dilaporkan ditutup

226. Kontroversi kenaikan Caj konsultasi klinik swasta
227. Tidak cekap tangani golongan anti-vaksin
228. Isu menunggu lama untuk menjalani latihan siswazah (housemanship)
229. Isu tempoh menunggu pesakit di hospital belum ditangani dengan serius 
230. Sasaran mencapai nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030 belum disertai pelan komprehensif

231.  Isu kebajikan serta beban kerja kakitangan profesional perubatan perlu diberi perhatian serius

232. Kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan
233. Menteri Belia gagal memutarbelit hakikat bahawa kakitangan SPAD ditawarkan gaji dan gred yang lebih rendah daripada sebelumnya oleh Kementerian Pengangkutan

234. Usaha anjurkan konsert mungkar Kpop BTS yang tidak membangunkan jati diri anak-anak muda di Malaysia

235. Penganjuran Konsert BTS ini bakal mencetus konsert-konsert mungkar yang lain sebagai susulan

236. Pengisytiharan Mufti Perlis bahawa Islam terancam bawah kerajaan Pakatan

237. Perang terbuka Perdana Menteri dengan Mufti Perlis yang disifatkan sebagai pekak

238. Tiada proses penyertaan inklusif semua pihak dalam penggubalan program Malaysian Future Leaders School (MFLS) bagi menggantikan BTN dan PLKN. Terdedah kepada prospek perkaderan Parti Bersatu

239. Peruntukan KBS dipotong daripada RM1.3 bilion kepada RM1 bilion dalam bajet 2019
240. Menukar 1M4U kepada IMPAK 
241. Tindakan tidak cerdik mendedahkan gaji Lim Teong Kim sedangkan itulah harga untuk kualiti jurulatih professional bertaraf dunia
242. Isu prioriti dan masalah pelaksanaan promosi barangan & perkhidmatan usahawan muda oleh Menteri Belia dan Sukan (Hausbaum)
243. Kontroversi latihan atlet berprestasi tinggi ke luar negara wajib diberi penilaian yang sewajarnya, tidak patut menghampakan atlet 
244. MBM dan GPMS digelar ‘Macai Politik’ sebelum Menteri menarik balik kenyataan sedemikian
245. Dana kebajikan bekas atlet tidak diperkasa hingga tiada pendaftaran baharu boleh dibuat, hanya untuk menampung bekas atlet sedia ada sahaja
246. Peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dikurangkan daripada RM635 juta pada 2018 kepada RM520 juta dalam bajet 2019

247. Cadangan kereta terbang bukan untuk tujuan komersial, kurang agresif, kurang strategik

248. Tiada rancangan terperinci Revolusi Industri 4.0 untuk usahawan Bumiputera
249. Tiada pembaharuan komprehensif dari segi penstrukturan TEKUN Nasional
250. Kerajaan PH Selangor meminjam daripada kerajaan pusat PH untuk membeli SPLASH dengan harga RM2.55 bilion. Najib mengatakan ada kroni PH terlibat dalam pembelian ini dan harga belian ialah 10 kali ganda berbanding harga RM250 juta yang dinilaikan oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Oleh itu, air percuma Selangor akan dihentikan dan tarif air Selangor akan naik kerana perlu membayar balik hutang kepada kerajaan pusat

251. Tarif air cuba dinaikkan

252. Perbicaraan kes Najib Razak tidak dilakukan secara terbuka sedangkan tiada apa yang perlu diselindungkan

253. Lynas diteruskan sedangkan dahulu kuat menentang dengan sentimen ketika menjadi pembangkang
254. Aktiviti bauksit diteruskan sedangkan dahulu dikecam hebat ketika masih menjadi pembangkang
255.  Jumlah penurunan harga barangan sangat kecil, diakui Menteri sendiri tidak mencapai 30 hingga 40 peratus

256. Harga makanan dan minuman di restoran, kedai makan serta medan selera berterusan melambung, diakui Menteri sendiri
257. 10 ribu restoran mamak menaikkan harga makanan dan minuman, didedahkan Menteri sendiri
258. Menteri Datuk Saifuddin Nasution tiada idea hinggakan terpaksa mohon bantuan Najib Razak untuk tangani kenaikan harga barang pada Januari 2019
259. KPDNHEP gagal mengetengahkan mekanisme pencegahan inflasi terbaharu
260. Ambil jalan mudah salahkan kos-kos lain yang mengakibatkan kenaikan kos sara hidup rakyat iaitu kos ‘perumahan, pendidikan, pengangkutan, bil utiliti, makanan, dan kesihatan’

261. Dahulu Pakatan bantah SOSMA, kini meneruskan SOSMA
262. Dahulu Pakatan bantah Akta Hasutan, kini sebaliknya diteruskan
263. Dahulu Pakatan bantah Akta POCA, kini sebaliknya diteruskan
264. Dahulu Pakatan bantah Akta POTA, kini sebaliknya diteruskan
265. Dahulu Pakatan bantah Akta Majlis Keselamatan Negara, kini sebaliknya diteruskan

266. Isu 18 perkara berkaitan Projek Tambakan Laut Pulau Pinang yang dirujuk ke Majlis Tanah Negara

267. Peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya dipotong daripada RM7.7 bilion (2018) kepada RM7.1 bilion dalam bajet 2019

268. Menangguhkan janji menghapuskan tol lebuh raya memandangkan langkah itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan melebihi RM400 bilion

269. Isu kos pembinaan Lebuh Raya Pan Island Link (PIL 1) Pulau Pinang

270. Menteri Luar membuka ‘kotak Pandora’ dengan cuba menandatangani semua Konvensyen Hak Asasi Manusia
271. Tidak cermat dan tidak cekap dalam memahami bahaya ICERD ke atas kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera
272. Lemah dalam memahami ancaman Statut Rom ke atas kuasa dan kedaulatan negara daripada ancaman puak pemisah

273. Sikap konfrontasi terhadap 4 pensyarah dalam isu Statut Rom bercanggah dengan semangat kebebasan akademik

274. Serangan terbuka kepada Istana Johor dalam isu ‘U-turn’ Statut Rom adalah tidak perlu kerana ia sepenuhnya keputusan di tangan Perdana Menteri

275. Apologetik dalam berhadapan dengan reaksi agresif Singapura yang menggugat had pelabuhan Johor berhampiran perairan Tuas

276. Visi Malaysia dalam ASEAN dan OIC setakat ini tiada beza dengan kerajaan terdahulu
277. Tindakan menyerah Pulau Batu Puteh begitu sahaja kepada Singapura jangan diulangi dalam kes rundingan HSR dan semakan harga air

278. Pengerusi DAP Tan Kok Wai jadi Duta Khas ke China, sedangkan selama ini mengkritik amalan melantik Duta Khas atas dasar politik
279. Tan Kok Wai pula melantik ‘bekas ahli DAP’ Hew sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) - satu jawatan yang juga dibayar dengan wang Rakyat. Pelantikan Hew jelas ialah satu lagi lantikan politik walaupun manifesto PH telah berjanji untuk tidak akan ada sebarang lantikan politik

280. Hew pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Laut China Selatan adalah milik negara China, tidak layak dilatik sebagai Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC)
281. Timbalan Menteri Luar yang terang-terang memanipulasi sijil tidak diiktiraf Cambridge yang tidak wujud di Amerika, sedangkan sepatutnya Cambridge di UK

282. Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah tidak cermat, mengherdik dua negara (yang dikatakan Amerika dan Arab Saudi) di Twitter sebelum memadamnya
283. Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa ekspot minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan September 2018. Jumlah ekspot minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari ekspot 690 ribu tan pada tempoh yang sama pada tahun 2017

284. Tahun 2017 harga rasmi buah tandan segar (BTS) sawit gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM349 se tan pada awal November 2018 dan kemudiannya jatuh lagi kepada RM311 satu tan pada pertengahan November 2018

285. Cukup bermasalah dengan cadangan semberono peladang sawit gantikan dengan buluh tanpa sebarang kajian terperinci dan mendalam
286. Lemah pengurusan eksport sawit negara ke China, hinggakan China terlebih dahulu membeli sawit Indonesia secara tanpa had
287. Dari segi pendekatan lobi minyak sawit terhadap Kesatuan Eropah pula kaedah Kementerian Industri Utama masih ‘klise’, tiada yang boleh dibanggakan

288. Eksport negara merosot sebanyak 0.5% pada Mac 2019

289. Sibuk menukar nama Pusat Transformasi Desa (RTC) kepada Pusat Komuniti Desa (PKD)

290. Menteri Wilayah gagal dalam pengurusan bazar Ramadan Jalan TAR

291.  Negara kita telah menjadi "sole loser", Bank Negara terpaksa menurunkan kadar faedah dalam masa yang sama Amerika menaikkan kadar faedah mereka

292. Tindakan menurunkan kadar faedah ketika Amerika menaikkan kadar mereka telah mengakibatkan tekanan kepada Ringgit Malaysia kerana jurang perbezaan kadar faedah kita dengan Amerika Syarikat sudah terlalu dekat

293. Usaha menukar nama Kedai Rakyat 1Malaysia kepada Kedai Harapan yang hakikatnya bukan keperluan

294. Penoreh getah belum dibantu dengan agresif dan komprehensif

295. Menteri Industri Utama masih tiada rancangan jangka panjang yang komprehensif
296. Kempen Sayangi Sawitku yang tidak berimpak tinggi sama sekali dan tiada hala tuju yang komprehensif
297. Menteri Teresa Kok tidak layak, tidak memiliki latar kepakaran sama sekali untuk menerajui kementerian Industri Utama 
298. Tenaga Nasional mengumumkan kerugian untuk suku ke-4 tahun 2018. Walaupun telah naikkan tarif elektrik pada 1 Julai 2018, TNB rugi RM134 juta pada suku ke-4 2018 berbanding untung RM1.72 bilion pada suku yang sama tahun 2017

299. Surcaj elektrik untuk semua pengguna komersial telah dinaikkan. Surcaj ini telah hampir berganda dari 1.35 sen/kWj kepada 2.55 sen/kWj. 
300. Kenaikan surcaj elektrik bermaksud bil elektrik untuk semua pengguna ini akan naik sehingga 5.3%. 
301. Setakat ini sudah dua kali kenaikan surcaj elektrik selepas Pakatan menjadi kerajaan: pertama kali pada Julai 2018 dengan surcaj 1.35 sen/kWj atau kenaikan bil elektrik sehingga 6% yang telah memberi kesan kepada pengguna domestik dan bukan domestik

302. Isu perubahan waktu operasi UTC mengundang kemarahan rakyat
303. Terdapat rungutan kenaikan sewa premis di UTC seperti di Labuan 
304. Dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan individu Qatar melabur RM1.6 trilion (AS$400 bilion) termasuk di Malaysia dalam projek kereta nasional ketiga
305. Menteri Wilayah menyifatkan Himpunan Bantah ICERD sebagai boleh merosakkan Dataran Merdeka
306. Menteri MITI tidak cekap tangani Perang Perdagangan Amerika-China, setakat ini cuma tunggu dan lihat, tidak proaktif
307. Pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan kejatuhan 3 kali ganda bagi suku kedua dan ketiga 2018 dengan jumlah RM6.7 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2017 iaitu RM20.4 bilion. 
308. Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia merosot kepada 3.1% pada tahun 2018; terendah dalam tempoh 7 tahun

309. Jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus apabila Pakatan ambil alih
310. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi, mendakwa beliau tidak memiliki harta untuk diisytiharkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Malah, Ahli Parlimen Silam daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu turut mengakui dirinya sebagai ‘orang miskin’ dan tidak mampu memiliki aset walaupun sebuah kereta atau rumah

311. Lantikan politik melampau dalam Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM)
312. Menuduh Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun

313. Kecenderungan penyalahgunaan istilah ‘Maqasid Syariah’ untuk tujuan apologetik dengan ahli politik tertentu yang sememangnya rasis anti-Islam, ultra-kiasu

314. Menteri perlu cermat dalam melontarkan pandangan seperti isu istilah ‘Hifz Din’
315. Menteri jangan apologetik dalam isu LGBT
316. Dr. Ilyani yang jelas mengatakan kebenaran diberikan ingatan, tidak dijemput untuk sesi penerangan oleh mana-mana Menteri sama sekali. Golongan LGBT sebaliknya lebih disantuni Menteri

317. Menteri bukan Islam tidak sepatutnya perkecilkan usaha pakaian patuh Syariah
318. Isu kontroversi subsidi Haji rayuan dan pengiring yang tidak sepatutnya timbul

319. Apologetik dalam isu penghinaan ke atas Nabi Muhammad S.A.W

320. Tidak pernah menegur dengan keras golongan seperti Siti Kasim dan G25
321. Pemerkasaan mahkamah Syariah dan RUU355 masih belum dirundingkan secara komprehensif 
322. Kontroversi Peguam Negara dan (bekas) Ketua Hakim Negara menari dengan Ambiga dan Siti Kasim
323. Lembab dalam penggubalan akta pembiayaan dana politik
324. Waythamoorthy tidak sepatutnya dilantik menjadi Menteri Perpaduan berdasarkan rekodnya

325. Menteri Perpaduan Silap besar apabila mempersoalkan pihak keselamatan negara secara terbuka dalam kes kuil di Seafield
326. Menteri Perpaduan Didesak letak jawatan oleh jutaan rakyat Malaysia
327. Boustead Plantations di bawah LTAT yang sering kali untung besar saban tahun telah mengalami kerugian selepas PRU14. Boustead Plantations untung RM620 juta pada tahun 2017 di bawah BN berbanding kerugian RM52 juta tahun 2018 di bawah Pakatan

328. Boustead Plantations mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah miliknya yang berharga RM1.2 bilion pada April 2019

329. Penjualan Boustead jatuh 23.2% selepas Pakatan ambil alih Putrajaya

330. Tiada inisiatif perpaduan negara sama sekali

331. Pakar berpendapat Projek Bandar Malaysia boleh mendatangkan pulangan sekurang-kurangnya RM90 bilion jika pelan asal era BN diteruskan

332. FGV dan Tabung Haji bawah Pakatan cuba menjual aset ladang sawit bernilai RM4.13 bilion di Kalimantan, Indonesia

333. MOU Pakatan dengan China di mana China berjanji untuk membeli 1.9 juta tan minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang adalah berdasarkan rundingan dan perjanjian asal dengan China oleh kerajaan BN semasa Najib Razak masih PM pada tahun 2015

334. Tidak telus tentang pembiayaan lawatan Anwar Ibrahim ke luar negara, adakah dibiayai wang pembayar cukai

335. Had harga (price cap) petrol RON95 telah dirancang untuk dihapuskan

336. Timbalan Menteri Kewangan Pakatan terpaksa mengaku di Dewan Negara bahawa hutang rasmi negara telah naik ke RM741 bilion (51.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2018 berbanding RM686.8 bilion (50.8% daripada KDNK) pada akhir tahun 2017. Bertentangan dengan pendirian hutang RM1 trilion Menteri Kewangan

337. Cadangan ‘pemutihan’ penjawat awam untuk dibersihkan daripada bekas penyokong BN adalah melampau

338. Pengenalan cukai gula mulai Julai 2019

339. Pengenalan cukai levi pelepasan RM40 seorang

340. Pengenalan cukai baharu kereta import terpakai antara 20 ke 39 peratus sejak Mac 2019

341. Pengumuman ‘bail-out’ besar-besaran untuk Tabung Haji dan FELDA mengakibatkan syarikat penarafan antarabangsa memberi amaran untuk menurunkan penarafan kredit negara kita

342. Cadangan Felda beli tanah peneroka melalui proses voluntary buyout dan ubah felda jadi lading bona fide cukup menggugat kepentingan pemilikan tanah para peneroka

343. FGV ketika di bawah BN pada 2017 mencatatkan kenaikkan 60% dari segi keuntungan sebelum cukai kepada RM417 juta dari RM260 juta pada tahun 2016.  Namun selepas PRU14, hasil jualan FGV jatuh sebanyak RM3.5 bilion lalu mengakibatkan FGV rugi RM1.07 bilion

344. 6,000 pekerja FGV bakal menjadi mangsa diberhentikan kerja dalam tempoh 3 tahun

345. Pakatan menuduh defisit RM4.1 bilion Tabung Haji berpunca daripada tindakan BN ‘terlebih bayar’ dividen kepada pendeposit.  Menjerat Pakatan sendiri di mana sebelum ini wang ini dituduh sebagai telah dicuri. 
346. Keengganan Menteri Hal Ehwal Agama mengadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk “rompakan” RM17.8 bilion Tabung Haji membenarkan jawapan Najib Razak bahawa tiada kecurian yang berlaku

347. Isu kuota tambahan haji hilang tidak dijawab tuntas oleh Menteri terhadap tuduhan Najib Razak

348. Dalam isu pemulangan semula wang pelaburan 1MDB kepada IPIC, Kerajaan PH hanya mahu menuntut US$1.7 bilion ini melalui DOJ (Amerika Syarikat) sedangkan kerajaan BN dahulu mahu menuntut balik SEMUA US$4.5 bilion yang didakwa hilang setelah dipindah kepada IPIC atau dijamin oleh mereka

349. CEO FGV lantikan Pakatan sendiri akui IPO FGV bukan punca masalah FELDA

350. Usaha meminda Perlembagaan berkaitan Sabah dan Sarawak telah gagal di Parlimen pada 2019

351. Tiada konsultasi yang komprehensif dengan para pemimpin dan DUN Sabah serta Sarawak sebelum Pindaan Perlembagaan berkaitan Sabah dan Sarawak dikemukakan

352. Menteri Kewangan minta bajet tambahan RM19.6 bilion untuk tahun 2018 – kerana terlebih berbelanja

353. Menteri Kewangan silap memperkecilkan negara Sweden sebagai pusat timbang tara (arbitration center) untuk perjanjian antara Malaysia dengan China projek Belt and Road (BRI)

354. Bantuan Bakti Negara (ketika era BN), pesara tentera diberi RM1200. Sebaliknya, Bantuan Harapan Negara oleh Pakatan dipotong kepada RM500

355. Laporan Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan Indeks Pelopor (Leading Index) telah susut dalam 9 dari jumlah 10 bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu dari Mei 2018 sehingga Februari 2019

356. Jumlah pinjaman domestik dan asing oleh kerajaan Pakatan untuk 3 bulan pertama tahun 2019 adalah RM36.4 bilion, jauh lebih tinggi berbanding zaman BN untuk tempoh sama (2017: RM12.9 bilion, 2016: RM11.1 bilion)

357. 135 pekerja FELDA Engineering Services Sdn Bhd dan FELDA Properties Sdn Bhd. kehilangan pekerjaan kurang sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2019

358. Dalam keadaan kita memiliki agensi-agensi seperti PR1MA dan SPNB yang berpengalaman menyediakan rumah mampu milik, kini sebaliknya China diharapkan untuk bina 100 ribu rumah mampu milik

359. Kerajaan Pakatan merancang untuk memansuhkan PR1MA, antara pelopor projek perumahan kos rendah

360. Import merosot kerana ringgit lemah dan kejatuhan pasaran saham.  Dari segi bulan ke bulan, ia jatuh sebanyak 3.5% pada November dan 5.4% (Disember), menaik 1.4% pada Januari sebelum merosot sebanyak 24.8% pada Februari

361. Bank DBS, iaitu bank terbesar di Singapura telah menurunkan penarafan bon pinjaman Kerajaan Malaysia pada 1 Mei 2019

362. Indeks pembuatan Malaysia sekarang pada kadar paling teruk berbanding 15 negara-negara di Asia (Nikkei)

363. Keyakinan pihak industri untuk 6 bulan pertama tahun 2019 berada pada tahap yang paling rendah dalam sejarah

364. Aliran keluar dana asing dari negara adalah yang terbesar di ASEAN. Sejumlah RM2.76 bilion dana asing keluar dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019 sahaja

365. KNDK negara untuk suku pertama 2019 adalah antara 3.8% hingga 4.2% di mana kadar bawah 4% adalah paling rendah sejak 10 tahun yang lalu

Oleh: Abdul Muein AbadiPenulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mahamissa.blogspot.com/2019/05/blackday905-kerajaan-sepenggal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pensyarah Gariskan 365 Kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan

Pensyarah Gariskan 365 Kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 441 hits
Seorang Pensyarah Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Menggariskan 365 kegagalan kerajaan Pakatan Harapan1 Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion di bawah PH berbanding RM686 bilion di bawah BN 2 Rizab antarabangs...
Perutusan Dr Mahathir Mohamad Setahun Pakatan Jadi Kerajaan

Perutusan Dr Mahathir Mohamad Setahun Pakatan Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 242 hits
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera Saya amat bersyukur kerana dapat bersama hadirin sekalian untuk menyampaikan ucapan sempena satu tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Pertamanya saya bersyukur kerana saya dipanjangkan umur dan mas...
Saifuddin Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Pinggirkan Islam

Saifuddin Kerajaan Pakatan Harapan Tidak Pinggirkan Islam

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 341 hits
KUANTAN Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah meminggirkan Islam sebaliknya melaksanakan pelbagai agenda yang mendaulatkan agama rasmi negara Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata antara contoh yang boleh dilihat ialah usaha...
Setahun Pentadbiran Pakatan Harapan Bermulanya Dekad Malap

Setahun Pentadbiran Pakatan Harapan Bermulanya Dekad Malap

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 226 hits
TARIKH 9 Mei 2018 pasti akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia apabila rakyat memilih untuk membuat perubahan sebuah kerajaan Menukar sebuah kerajaan yang stabil dan cemerlang dari segi pentadbiran dan pembangunan yang dibawa selama ini...
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 307 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Setahun Ph 365 Kegagalan Dari Pandangan Pensyarah

Setahun Ph 365 Kegagalan Dari Pandangan Pensyarah

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 589 hits
Setahun PH 365 Kegagalan Dari Pandangan Pensyarah SETAHUN PAKATAN HARAPAN 365 KEGAGALAN Setahun PH 365 Kegagalan Dari Pandangan Pensyarah Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion di bawah PH berbanding RM686 bilion di bawah BN Ri...
1 Tahun Kerajaan Pakatan Harapan Ke Mana Halatujunya

1 Tahun Kerajaan Pakatan Harapan Ke Mana Halatujunya

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 285 hits
Oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi Sudah genap setahun PH jadi Kerajaan Daripada ramai yang menyokong PH ketika PRU yang lalu hingga mencatatkan peratusan sokongan paling tinggi sejak PH di tubuhkan terbaru peratusan sokongan terhadap PH berad...
Setahun Ph Kedah Harapan Selepas Setahun Ph Mentadbir Kedah

Setahun Ph Kedah Harapan Selepas Setahun Ph Mentadbir Kedah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 272 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah HARAPAN SELEPAS SETAHUN PH MENTADBIR KEDAH
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Spontaneous Thursday

Building Trust In The Digital Age The Rise Of Fraud Verification Services

Kelantan Polis Tahan Empat Penjawat Awam

Dibelasah Kerana Keluar Dating Dengan Isteri Orang

New Twist In Najib S Bid To Serve Jail Term At Home As Two Ministers Dispute Claims Over Supposed Royal Order

Keuntungan Arenamall Reit Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Setahun