12 Pencapaian Kementerian Pengguna Selama Setahun Dalam Kerajaan Ph



Shahbudin Husin3 May 2019


Hari ini saya telah mengadakan sidang media khas mengenai pencapaian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelang setahun pentadbiran kerajaan baru. Secara ringkasnya, pencapaian dan inisiatif baru kementerian termasuklah:1. Menggerakkan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi menangani isu sara hidup rakyat.Antara pelaksanaan dasar yang dihasilkan Majlis ini termasuklah pas tanpa had My100 bagi perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel, perluasan program Foodbank Malaysia ke IPTA dan penubuhan Jawatankuasa Tindakan E-Dagang Kebangsaan bagi mengurangkan kos sara hidup dengan menggalakkan perniagaan e-dagang;2. Melancarkan program Foodbank Malaysia.Program ini bertujuan menyelamatkan lebihan makanan dan menyalurkan bantuan makanan kepada golongan yang memerlukan. Sejak program ini dilaksanakan, sebanyak 113,756 isi rumah telah menerima manfaat dan 1,156 metrik tan makanan berjaya diselamatkan. Program Foodbank selanjutnya diluaskan ke peringkat IPTA. Setakat ini, sebanyak 2,200 mahasiswa mendapat bantuan makanan berterusan di 6 IPTA;3. Pemeriksaan premis dan pembukaan kertas siasatan secara agresif oleh Bahagian Penguatkuasa.Nforceteam Kpdnhep telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara agresif dengan pemeriksaan 549,475 premis dan pembukaan 11,281 kertas siasatan dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 49.04 juta. Daripada kesemua kes itu, sebanyak 8,264 kompaun telah dikeluarkan dan denda dianggarkan sebanyak RM 2.07 juta;4. Memulakan 332 kedai i-KEEP seluruh negara.Inisiatif Kedai Ekonomi Penguna (i-KEEP) dilancarkan pada 29 November 2018 dan bertujuan menjual barangan keperluan harian pada harga 2%-20% lebih murah daripada harga pasaran kepada pengguna. Program i-KEEP dilaksanakan menerusi kerjasama strategik dengan 10 syarikat peruncitan dan koperasi. Setakat ini, sebanyak 332 kedai i-KeeP beroperasi di seluruh negara;5. Penstabilan harga petrol RON 95 kepada RM 2.08 dan Diesel kepada RM 2.18.Kabinet pada 27 Februari 2019 bersetuju untuk meletakkan paras had harga petrol RON 95 pada RM 2.08 seliter;6. Melaksanakan kajian rantaian bekalan barangan terpilih.Kajian ini bagi memahami lapis rantaian dan elemen yang terlibat sebelum harga akhir sesuatu produk atau perkhidmatan dijual kepada pengguna. Kajian ini akan membantu kerajaan dalam mencapai keputusan dan merangka dasar mengurangkan kos sara hidup dengan lebih efektif;7. Membangunkan usahawan tempatan melalui Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) dan SSM Biz Grant.Sebanyak RM 20 juta diperuntukkan bagi KBBM sebagai usaha merancakkan industri barangan tempatan. Anggaran perbelanjaan RM 20 juta merangkumi penembusan pasaran melalui penyenaraian tetap produk tempatan di pelbagai platform, promosi dan pengiklanan produk tempatan serta penganjuran karnival jualan barangan tempatan di seluruh negara.Program Biz Grant oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi) pula bertujuan membantu usahawan tempatan dengan pemberian geran bernilai RM 3,000 seorang. Jumlah keseluruhan geran bagi program ini adalah RM 10 juta dan setakat 31 Disember 2018, seramai 2,634 usahawan telah menerima geran tersebut.8. Kolaborasi bersama AirAsia bagi mempromosi produk buatan tempatan.AirAsia telah bersetuju untuk terlibat sama dalam Kempen Beli Barangan Malaysia dengan memberikan ruang kepada 550 produk tempatan untuk diketengahkan melalui platform-platform milik AirAsia iaitu menu dalam penerbangan, restoran francais Santan dan T&Co serta platform e-commerce Ourshop dan ROKKI. AirAsia juga bersetuju mengecualikan produk-produk tempatan tersebut daripada caj penyenaraian (RM5,000) bagi platform e-commerce mereka;9. Pengenaan keputusan cadangan penalti terhadap kes tipuan bida yang pertama di Malaysia.Tipuan bida merupakan kesalahan serius di bawah Akta Persaingan 2010 apabila dua atau lebih pembida dalam sesuatu tender bersepakat mengganggu proses persaingan. Pada 5 Mac 2019, The Malaysia Competition Commission (MyCC) telah mengenakan penalti sejumlah RM 1.94 juta kepada lapan syarikat yang didapati terlibat dalam aktiviti tipuan bida;10. Memperluaskan fungsi Price Catcher.Fungsi aplikasi Price Catcher, iaitu platform yang memudahkan pengguna membuat semakan atau perbandingan harga barangan telah diperluaskan dengan penambahbaikan paparan perbandingan harga, penambahan fungsi perkongsian harga oleh pengguna di samping hebahan promosi daripada peniaga. Aplikasi ini juga telah menambah bilangan item barangan paparan sedia ada kepada 432 barangan;11. Pelaksanaan Corruption Risk Management.KPDNHEP menjadi salah satu kementerian terawal melaksanakan Corruption Risk Management System. Seramai 11 pegawai penguatkuasa juga telah diberikan sijil Penghargaan Khas atas tindakan menolak rasuah ketika menjalankan tugas pada 20 November 2018; dan12. Pengiktirafan sebagai Kementerian paling kerap mengadakan libat urus bersama industri.KPDNHEP telah mendapat tiga anugerah pengiktirafan oleh Malaysian Productivity Corporation dalam pelaksanaan ‘Good Regulatory Practice’. Kementerian juga telah mencatatkan bilangan engagement tertinggi bersama industri sebelum memperkenalkan rang undang-undang atau peraturan baharu.KPDNHEP-Laman Rasmi komited untuk terus melaksanakan dasar yang membantu rakyat dan merancakkan kegiatan domestik ekonomi tempatan. KPDNHEP akan terus mengumumkan dasar dan inisiatif terbaru dari masa ke masa sebagai memenuhi aspirasi rakyat sesuai dengan objektif kementerian.Saifuddin Nasution IsmailMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/12-pencapaian-kementerian-pengguna.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Jadi Kerajaan Dr Mahathir Senaraikan Kejayaan Dan Kesilapan Ph

Setahun Jadi Kerajaan Dr Mahathir Senaraikan Kejayaan Dan Kesilapan Ph

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 207 hits
Setahun jadi kerajaan Dr Mahathir senaraikan kejayaan dan kesilapan PH nbsp
Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 288 hits
KUALA LUMPUR 7 Mei 8211 Tarikh 9 Mei ini genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Namun begitu sehingga ke hari ini masih belum ada apa apa yang boleh dib
Banyak Perubahan Telah Dilakukan Oleh Kementerian Pertahanan Dalam Setahun Mat Sabu

Banyak Perubahan Telah Dilakukan Oleh Kementerian Pertahanan Dalam Setahun Mat Sabu

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 353 hits
foto sumber internet Kementerian Pertahanan telah melakukan banyak pembaharuan dan perubahan drastik dalam tempoh setahun PH mengemudi kerajaan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata lebih banyak inisiatif juga bakal dilaksanakan pada masa...
Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 219 hits
SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah p...
Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 285 hits
PULAU PINANG 9 Mei Parti Gerakan menuntut Kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan kepada rakyat berkenaan kegagalan menunaikan janji janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 14 selepas setahun mentadbir negara Timbalan Presidennya Oh ...
Setahun Kerajaan Ph Kedah Isu Bekalan Air Antara Manifesto Berjaya Dilaksana

Setahun Kerajaan Ph Kedah Isu Bekalan Air Antara Manifesto Berjaya Dilaksana

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 414 hits
Awal tahun 2019 negeri Kedah berdepan dengan masalah air yang agak serius di beberapa kawasan Oleh itu Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM1 7 Bilion untuk menyelesaikan masalah air di KedahLokasi projek naik taraf dan peruntukan ...
Tersebar Ura Ura Huawei P30 Pro Mengambil Data Pengguna Secara Senyap Untuk Kerajaan China

Tersebar Ura Ura Huawei P30 Pro Mengambil Data Pengguna Secara Senyap Untuk Kerajaan China

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 397 hits
Huawei P30 Pro merupakan smartphones flagship terbaru dari Huawei yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia dan juga dunia Hari ini tersebarnya ura ura yang Huawei turut turut meletakkan sesuatu script pada smartphones P30 Pro mereka yang ...
Setahun Pakatan Harapan 365 Kegagalan Blackday905 Kerajaan Sepenggal

Setahun Pakatan Harapan 365 Kegagalan Blackday905 Kerajaan Sepenggal

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 707 hits
SETAHUN PAKATAN HARAPAN 365 KEGAGALAN1 Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion di bawah PH berbanding RM686 bilion di bawah BN 2 Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109 4 bilion pada Mei 2018 kepada ...
Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju

Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 219 hits
Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA LUMPUR Sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan untuk tempoh setahun pemerintahannya menurun pada tahap paling rendah Penurunan itu membuktikan rakyat sudah berpaling tadah dan berpatah arang dengan ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


From Christopher Wray

Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000