Setahun Kerajaan Ph Hentikan Blaming Culture


IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN11 MAY 2019

POLISI dan dasar Kerajaan PH bukan sahaja kabur dan celaru, malah secara terang telah mengganggu gugat ketenteraman awam yang menjadi faktor utama ketidakstabilan negara. Bahkan juang dan janji PH untuk membaiki segala kepincangan ekonomi yang merengsakan rakyat, malangnya apabila berkuasa lebih sibuk mengusik aspek sosial kaum dan agama.

PH membuka jalan, memudahkan dan seolah mengiktiraf entiti Liberal dan songsang, termasuk memberi jawatan dan pembiayaan kepada mereka. Lebih dikesali mencabar peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan perkara dimanifestokan juga boleh dimungkiri termasuk kepada anak muda seperti PTPTN, kos sara hidup, gaji minimum dan banyak lagi.

Rakyat hilang teruja kepada PH kerana tidak komited mengembalikan atau memberi sesuatu yang boleh mengubah desakan hidup mereka. Tetapi apabila diberi markah gagal, PH cenderung menuding jari menyalahkan pihak lain hingga menyeret kepada sengketa terbuka. Mulanya BN, Najib Razak dan Jho Low, kemudian PTD, dan sekarang kepada penjawat awam pula.

Ini hanya menunjukkan bahawa PH sebenarnya kerajaan yang tiada modal atau bankrap dalam banyak aspek. Hingga hari ini, Najib yang diperangi PH masih bebas merdeka, bahkan melonjak pula populariti “Bossku” beliau. Satu persatu dakwaan dilempar ke atas Najib seolah hanya fitnah dan dendam semata-mata apabila gagal mensabitkan sebarang pertuduhan.

PH bukan sahaja gagal sebagai kerajaan, malah membariskan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak kompeten. Apabila mereka tidak mampu menjadi lebih baik dari asasnya, lalu berseteru dengan para PTD dan penjawat awam. Kini sedang berlegar tuduhan penjawat awam tidak setia, sabotaj dan propaganda “birokrat jahat membentuk kartel seperti mafia”.

Terbaharu, beramai-ramai anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diheret ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Setelah itu kedengaran pula dakwaan penjawat awam menentang kerajaan kerana mereka tidak berminat menentang rasuah. Apakah ini semua wayang lakonan yang cuba untuk memburukkan reputasi para penjawat awam?

Jika benar Kerajaan PH ikhlas memerangi rasuah, buka semula siasatan berprofil tinggi membabitkan antaranya projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan kes di Sabah. Jika isu 1MDB kerajaan akan bertindak ke lubang cacing, kenapa tidak kes ini? Jangan hanya minta penjawat awam menyanyikan lagu anti rasuah, sedangkan ahli politik ini lebih utama menyanyikannya.

Oleh itu, hentikan budaya menyalahkan pihak lain, tetapi muhasabah pakatan sendiri. Hakikatnya, penjawat awam berdepan penipuan, ketidakcekapan dan kegagalan pimpinan atau ahli politik PH yang mentadbir polisi dan dasar. Ini telah menyebabkan gangguan yang besar, selain turut merencatkan prestasi serta kemampuan telah penjawat awam berikan.

"Islam Memimpin"
"Terus Mara"

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
 - HARAKAHDAILY 11/5/2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/setahun-kerajaan-ph-hentikan-blaming.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Dr Mahathir Mohamad Setahun Pakatan Jadi Kerajaan

Perutusan Dr Mahathir Mohamad Setahun Pakatan Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 278 hits
ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera Saya amat bersyukur kerana dapat bersama hadirin sekalian untuk menyampaikan ucapan sempena satu tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Pertamanya saya bersyukur kerana saya dipanjangkan umur dan mas...
Setahun Kerajaan Ph Kedah Isu Bekalan Air Antara Manifesto Berjaya Dilaksana

Setahun Kerajaan Ph Kedah Isu Bekalan Air Antara Manifesto Berjaya Dilaksana

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 460 hits
Awal tahun 2019 negeri Kedah berdepan dengan masalah air yang agak serius di beberapa kawasan Oleh itu Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM1 7 Bilion untuk menyelesaikan masalah air di KedahLokasi projek naik taraf dan peruntukan ...
Setahun Kerajaan Terengganu 45 Pencapaian

Setahun Kerajaan Terengganu 45 Pencapaian

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 198 hits
1 Memperkenalkan Politik Kasih Sayang untuk menenangkan suhu politik negeri yang sangat tegang 2 Mendapat dokongan dua orang bekas Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dan Dato Seri Ahmad Razif dalam isu pembangunan negeri 3 Melaku...
Setahun Ph Kedah Indikator Yang Telah Dicapai Kerajaan Ph Kedah

Setahun Ph Kedah Indikator Yang Telah Dicapai Kerajaan Ph Kedah

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 339 hits
Temubual Eksklusif Bersama YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir 1 Tahun Pakatan Harapan Kedah INDIKATOR YANG TELAH DICAPAI KERAJAAN PH KEDAH
Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

Setahun Memerintah Mana Janji Kerajaan Ph Kurangkan Beban Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 324 hits
PULAU PINANG 9 Mei Parti Gerakan menuntut Kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan kepada rakyat berkenaan kegagalan menunaikan janji janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke 14 selepas setahun mentadbir negara Timbalan Presidennya Oh ...
Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

Setahun Yang Gagal Gred E Untuk Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 263 hits
SETAHUN yang berlalu adalah sesuatu yang sia sia dan sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan kerajaan Menutup segala kelemahan mereka maka manifesto dikatakan bukan kitab suci dan sudah p...
Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju

Setahun Kerajaan Ph Mana Hala Tuju

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 269 hits
Muhammad Khalil Abdul HadiKUALA LUMPUR Sokongan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan untuk tempoh setahun pemerintahannya menurun pada tahap paling rendah Penurunan itu membuktikan rakyat sudah berpaling tadah dan berpatah arang dengan ...
12 Pencapaian Kementerian Pengguna Selama Setahun Dalam Kerajaan Ph

12 Pencapaian Kementerian Pengguna Selama Setahun Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 433 hits
Hari ini saya telah mengadakan sidang media khas mengenai pencapaian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menjelang setahun pentadbiran kerajaan baru Secara ringkasnya pencapaian dan inisiatif baru kementerian termasu...
Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

Setahun Kerajaan Ph Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 7 Mei 8211 Tarikh 9 Mei ini genap setahun Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Namun begitu sehingga ke hari ini masih belum ada apa apa yang boleh dib
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Jalan Jalan Dataran Pontian

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Dosa For Breakfast

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord