Set Lengkap Resepi Nasi Dagang Kelantan Sedap


Set Lengkap Resepi Nasi Dagang Kelantan Sedap| Salam semua, nasi dagang adalah menu popular dan terkenal di negeri pantai timur. 
Terdapat 2 jenis nasi dagang yang biasa orang makan iaitu nasi dagang Kelantan dan nasi dagang Terengganu. 
Kedua - dua menu ini walaupun namanya sama tapi penggunaan beras adalah berbeza. Nasi dagang Kelantan ada rasa tersendiri manakala nasi dagang Terengganu pun ada rasa unik yang tersendiri

Walaupun berbeza, kedua - dua jenis nasi dagang sis memang suka.

Kali ini, sis nak kongsi resepi nasi dagang Kelantan yang biasa sis buat. Biasanya kalau nak masak nasi dagang ini, memang tak boleh nak buat seorang diri. 
Kena buat ramai - ramai lagi seronok. Dulu tak macam sekarang dah mudah ada periuk tekanan

Semasa tak ada periuk tekanan, memang bonda sis kukus dah nak buat nasi dagang. 
Sebab bukan mudah nak buat nasi dagang ni. Orang dulu - dulu, awal pagi, masuk dapur dah sebab nak kukus nasi dagang.

Nasi dagang kat sini, memang dibuat untuk makan sarapan pagi. Orang Kelantan sini sarapan pagi memang makan nasi. Jangan pelik ya.


Nak masak nasi dagang cara konvensional, kena masak cara kukus. Kalau buat macam tanak nasi memang tak jadi. Nasi jadi pecah dan tak cantik. 
Tapi sekarang tak jadi masalah sebab ada periuk tekanan. Nak tengok sis buat  nasi dagang periuk noxxa, boleh klik link di bawah.

Baca juga : Cara Masak Nasi Dagang Noxxa 8 Minit

Nak buat nasi dagang ni kena  ada gandingan dengan gulai ikan tongkol. Gulai ikan memang menu wajib. Tak ada gulai ikan memang lain macam. 
Walaupun sekarang ada menu yang dah ditambah - tambah seperti gulai ayam.

Kalau ditambah lagi dengan bahan sampingan lain iaitu gulai udang, lagi sedap. Yang sis buat ini gulai ikan tongkol saja dan bahan sampingan lain acar mentah dan juga telur.

Walaupun sis ada terjumpa banyak resepi nasi dagang dan gulai ikan tongkol, ada separuh sis ambil, ada separuh lagi sis ambil apa yang bonda bagi tahu. 

Nasi dagang kelantan, apa yang istimewanya, keunikan terdapat pada beras yang digunakan. Beras dagang Kelantan lain sikit sebab eksport dari negara jiran Thailand. 
Kat sini mudah dapat beras dagang. Itupun sekarang dah naik harga dan tak macam dulu. Dan sis perasan beras dagang sekarang banyak campur dengan beras wangi. 

Perbezaan Beras Dagang Dengan Beras Wangi 
Beras dagang dengan beras wangi ada beza dari segi warna beras tersebut. Beras wangi kalau kat Kelantan dikenali dengan beras lembut. 
Tapi di Kelantan biasanya ada juga campur beras dagang dengan beras wangi. 

1. Beras Dagang 
Berasal berasal dari ThailandWarna beras ada sedikit warna coklat dalam setiap biji berasBiji beras halus sedikit Sedikit mahal harganya berbanding dengan beras wangiAda rasa melekit apabila dah masak
2. Beras Wangi 
Beras berasal dari ThailandWarna beras adalah putih Biji beras adalah sedikit besar Apabila dah masak seakan - akan beras pulut sebab ada rasa melekitLebih murah harganya berbanding dengan beras dagang Kelantan
Resepi Ikan Tongkol / Ikan Aya Rebus Sedap 
Bahan - Bahan
2 ekor ikan tongkol bersaiz besar
15 keping asam gelugor
Garam - wani letak 5 sudu besar  tapi kalau nak letak tu pandai ikut saiz ikan tu ya
air
Lengkuas ( dihiris )

Cara - Cara 
1. Rebus ikan bersama bahan-bahan diatas  ( kalau ikut cara wani, wani selang-seli letak ikan lepas tu garam lepas tu asam keping lepas tu hirisan lengkuas  nak bagi rasa  tu sekata.
2. Bila ikan tu disusun dalam periuk dan direbus sampai kering masak dan kering sikit air ikan.

Nota : 
Wani guna periuk tanah nak rebus ikan ni lagi sedap dan lagi satu jangan terkejut ya ikan tongkol rebus disimpan sampai seminggu lamanya sebelum nak buat gulai ikan, memang bertambah kemasaman ikan.

Isi ikan pun tak lah hancur, kalau nak simpan lama-lama nak kena panaskan selalu, baik guna periuk tanah lagi selamat berbanding periuk besi tu

Sebab periuk jenis besi ia akan bertindak balas dengan garam, periuk tu boleh tembus. Jadi, tak selamat.

Resepi Gulai Ikan Tongkol
Bahan - Bahan
2 biji bawang merah besar*
1 biji bawang besar*
21 tangkai lada kering*
11/2 lengkuas*
11/2 kunyit*
Serbuk kari ikan 2/12 sudu besar
3 keping asam keping
Gula melaka atau nisan 11/2 keping
Garam ikut cukup rasa
Cili hijau 4 biji
Santan - Ikut letak tak sukat. Agak-agak dengan jumlah ikan tongkol rebus.

Cara - Cara 
1. Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus.
2. Sebelum diletakkan di atas dapur, terlebih dahulu, santan dimasukkan di dalam periuk bersama-sama bahan yang telah diblender beserta kari ikan. 
Kacau sebati dan baru letakkan di atas dapur

3. Kacau santan bersama-sama bahan tadi  sehingga ia mendidih guna api yang sederhana besar. Apabila sudah mendidih, biarkan  mendidih lama sikit

4. Masukkan asam keping dan garam ikut kesesuaian. Jangan letak banyak sangat garam sebab nanti masa nak letak ikan tongkol rebus, air garam dalam ikan rebus tu akan  turun. 
Jadi, berhati-hati masa letak garam untuk turn pertama. Biarkan mendidih
 
5. Barulah masukkan ikan tongkol rebus bersama-sama dengan nisan, cili hijau dan biarkan mendidih sekali lagi lama sikit dan pastikan masa nak letak garam untuk kali kedua seimbangkan rasa kuah sebab bila dibiarkan mendidih lama sikit

Air garam dekat ikan tu akan turun lagi

6. Biarkan mendidih sehingga atas permukaan nampak macam pecah minyak dan pekat sedikit setelah nampak pecah minyak, tutup api . Siap untuk dihidangkan

7. Gulai ikan tongkol tak boleh nak cair sangat. Sedang-sedang elok pekat sebab nak makan dengan nasi kan.

Nota : 
Gulai ikan tongkol, buat petang untuk esok pagi makan, barulah bertambah kesedapan gulai.


Cara Buat Nasi Dagang Kelantan Langkah Demi Langkah 
Bahan - Bahan
1.5 kg beras nasi dagang
8 biji bawang merah dihiris
11/2 inci halia dihiris panjang-panjang
1 sudu besar rata halba
Santan pekat 2 cawan dimasak bersama sedikit garam
Santan cair 21/2 cawan

Cara - Cara
1.Beras direndam semalaman kira-kira 8 jam.
2. Letakkan beras dalam pengukus dan buatkan lubang dekat tengah supaya wap mudah masuk.
3. Kukus kali pertama beras nasi dagang ( wani kukus kira-kira dalam 15 minit ).
4. Kukus kali kedua, masukkan santan cair gaul sikit demi sikit bersama-sama dengan hirisan bawang merah dan halia.
5. Dalam proses itu, masukkan halba sekali sikit demi sikit. Gaul sebati dan kukus balik. Kukus dalam 15 minit.
4. Akhir sekali, gaulkan nasi dagang yang telah dikukus tadi dengan pati santan yang telah dimasak dan kukus balik.
5. Kukus sekejap je dan balik-balikkan .
6. Bila nampak nasi sudah masak dan warna nasi dah pucat  atau pun dah tak nampak putih beras tu dah kira masak.

Tips Untuk Masak Nasi Dagang Dengan Betul 1. Masak nasi dagang, tak boleh nak leka sangat bab -bab kukus tu,  takut nasi dah jadi pecah sebab dimasak terlalu lama. Jadi nampak dah tak cantik dan juga tak sedap.
2. Sebaik-baiknya , semasa nak angkat kukusan kali pertama ada petuanya
3. Pastikan beras bila kita picitkan di antara dua jari kita, beras dah mudah putus, walaupun beras masih belum masak sepenuhnya.
4. Dah boleh angkat gaulkan bersama santan cair, bawang merah, dan halia dan kukus balik untuk kali kedua. Begitulah seterusnya. Jangan leka sangat.
5. Nak cakap ikut timing pun tak boleh sangat, sebab ia bergantung kepada jumlah beras yang nak dikukus.
6. Nak letak beras ke dalam pengukus buatkan lubang ditengah-tengah supaya wap mudah masuk.

Resepi Menu Set Lengkap Ada 2 menu sampingan yang boleh digandingkan dengan nasi dagang Kelantan. Telur rebus pun kalau ada wajib juga sebab sedap dimakan dengan nasi dagang. 
Ada yang buat gulai telur untuk digandingkan bersama dengan nasi dagang selain dari gulai udang.

1. Acar timun mentah
2. Telur rebus
3. Sambal ikan nasi dagang

1. Resepi Acar Timun 
Bahan - Bahan 
Timun batang dipotong panjang seperti dalam gambar di atas
Lada Merah besar dihiris
Bawang besar dihiris
Cuka secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara - Cara
1. Gaulkan timun, lada merah dan bawang besar bersama dengan cuka, gula dan garam. Gaul rata.
2. Suai rasa biar ada rasa masam manis masin secukupnya.
3. Siap untuk dihidangkan.
4. Buat awal untuk acar timun lebih sedap dimakan.

2. Sambal Nasi Dagang Apa yang uniknya nasi dagang Kelantan dimakan juga bersama dengan sambal ikan nasi dagang. Macam - macam resepi orang buat untuk sambal ikan nasi dagang ni

Jarang jugak buat sambal nasi dagang ni sebab banyak nak menumbuk. Kalau korang rajin boleh buat sendiri ya. Biasa kalau makan dekat kedai akan ada sambal nasi dagang. 
Ini resepi untuk sambal nasi dagang. 

Bahan - Bahan 
4 batang serai 2 ekor ikan bakar ambil isinya1/2 sudu teh lada hitam 1 inci halia5 ulas bawang merah 1 keret gula melaka racikGula dan garam 2 cawan kelapa goreng 
Cara - Cara
1. Serai dihiris halus. Tumbuk lada hitam,serai, halia dan bawang merah hingga halus. 2. Kemudian masukkan kelapa goreng. Tumbuk hingga lumat lagi. 3. Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi. 4. Masukkan gula melaka dan tumbuk lagi sampai sebati. 5. Perasakan dengan garam. 6. Kena ada rasa manis masin nya. Kalau tak berapa manis lagi boleh tambah gula. 
Baca Juga : 1. Resepi Nasi Lemak Dengan 9 Jenis Sambal Yang Sedap 2. Resepi Nasi Arab Mandy Al Bayt Simple Guna Rice Cooker3. Resepi Nasi Ayam Sedap Guna Rice Cooker









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2011/11/nasi-dagang-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur

Koleksi Resepi Nasi Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Sahur

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 267 hits
Mesti ramai yang sedang cari resepi nasi goreng kan Jadi disini saya kongsikan 10 jenis resepi nasi goreng yang mudah dan sedap Klik senarai kandungan di bawah untuk anda dibawa terus kepada resepi nasi goreng yang anda mahu cuba Senarai Ka...
Resepi Nasi Lemak Paling Mudah Dan Semestinya Sedap

Resepi Nasi Lemak Paling Mudah Dan Semestinya Sedap

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 212 hits
Berikut saya kongsikan resepi nasi lemak paling mudah dan semestinya sedap yang patut anda cuba sendiri di rumah Resepi Nasi Lemak Paling MudahBahan Untuk Nasi 3 cawan beras3 hiris halia3 ulas bawang merah hiris1 cawan santan3 cawan air bol...
Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut

Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 631 hits
Antara salah satu biskut raya yang menjadi kegemaran ramai adalah biskut makmur susu Bukan orang dewasa saja anak anak pun menggemarinya Rasa lemak susu tu yang buatkan biskut makmur tu sedap sebab ianya cair di mulut Jika teringin untuk cu...
Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Khas Untuk Hari Raya

Resepi Ketupat Palas Lemak Yang Sedap Khas Untuk Hari Raya

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 255 hits
Ramai yang tercari cari resepi ketupat palas kan Iyalah raya pun dah tak lama lagi mestilah nak hidang keuarga dengan juadah raya Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni ikuti resipi perkongsian ini Resepi Ke...
Resepi Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam Penyet

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 186 hits
Assalamualaikum hai semua Kali Kak Sue nak kongsi Resepi Nasi Ayam Penyet pula dengan korang Selalu kami beli atau tapau aja kat kedai kali nie Kakak anak dara Kak Sue cakap nak cuba masak kat rumah pula Biasa lah kalau masak kat rumah nie ...
Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Kacang Buncis Senang Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dan Kacang Buncis Senang Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 339 hits
RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN KACANG BUNCIS SENANG DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA Assalamualaikum Masak atau beli Mana satu jadi pilihan Sudah hampir ke penghujung Ramadan bazar Ramadan kembali sesak Orang ramai memilih untuk membeli...
Resepi Ayam Paprik Paling Mudah Sedap

Resepi Ayam Paprik Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 247 hits
Berikut saya kongsikan resepi ayam paprik atau cara untuk masak ayam paprik yang paling mudah dan semestinya sedap Resepi Ayam PaprikBahan bahan 2 ketul isi ayam bahagian dada dipotong kecil4 Ulas bawang merah dihiris halus4 ulas bawang put...
Menjadi Sedap Tak Manis Sangat Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Menjadi Sedap Tak Manis Sangat Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 183 hits
Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni mesti teringin Bau dahlah wangi teringat ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh Kalau ikut resepi ni memang senang sangat Semuanya pakai gaul macam tu je Tak perlu mixer pun Tapi hasi...
Resepi Puding Kastard Mudah Dan Sedap

Resepi Puding Kastard Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 211 hits
Asssalamualaikum hai semua Kali nie Kak Sue nak kongsi Resepi Puding Kastard Mudah dan Sedap pula dengan korang Boleh buat berbuka atau untuk pencuci mulut pada hari Raya nanti Senang sangat nak buatnya korang jom kita tengok bahan dan cara...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord