Sertai Bersatu Tak Dibuat Tergesa Gesa Hampir Sebulan Istikharah Kata Tok Pa



Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyertaan beliau ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Malah, bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata beliau telah memikirkan perkara berkenaan semasak-masaknya sepanjang sebulan menjadi wakil rakyat bebas.

“Hampir sebulan saya melakukan solat sunat istikharah dan solat sunat hajat selain perbincangan dengan beberapa pihak.


Loading...
“Ia bukan satu keputusan yang dibuat dengan cara tergesa-gesa dan saya bersyukur tindakan yang diambil adalah tepat,” katanya kepada sumber di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Mustapa menyertai Bersatu pada Jumaat lepas selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Pengerusi Bersatu yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu majlis di Petaling Jaya.

Susulan tindakan Mustapa itu, landskap DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi berubah dengan 37 kerusi dikuasai PAS, tujuh oleh Barisan Nasional (BN) dan satu Pakatan Harapan (PH).



Mengulas mengenai gesaan beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang menggesa Mustapa yang juga ADUN Air Lanas menjadi ‘jambatan’ antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan berhubung tuntutan royalti, Mustapa berkata beliau merupakan ‘orang baharu’ dalam PH.

“Perkara tersebut perlu dibincangkan oleh pihak berkenaan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan sebagai orang baharu saya kena lihat dahulu perkara berkenaan.

“Namun, melalui persidangan DUN saya akan dapat mengumpulkan maklumat (dari Kelantan) dan akan memaklumkannya kepada pemimpin di Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya beliau akan membantu sebaik mungkin Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang merupakan satu-satunya anggota Kabinet dari Kelantan.

“Saya dah jumpa Mohd Radzi yang merupakan satu-satunya wakil Kelantan (dalam Kabinet) dan saya akan bantu beliau sebaik mungkin agar segala hasrat kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik.

“Sudah pasti saya akan tunjukkan penghijrahan saya membawa faedah dan beberapa hari lepas saya ada mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan Bersatu Kelantan bagi membincangkan hala tuju (kerajaan persekutuan di Kelantan),” katanya. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/10/sertai-bersatu-tak-dibuat-tergesa-gesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Hajat Dan Istikharah Sebulan Tok Pa

Solat Hajat Dan Istikharah Sebulan Tok Pa

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 346 hits
KOTA BHARU Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan keputusan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia bukan dilakukan secara tergesa gesa sebaliknya diputuskan hasil perbincangan dan mengadakan solat hajat serta isti...
Tok Pa Sah Sertai Bersatu

Tok Pa Sah Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 372 hits
Mustapa Mohamed menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Be
Kehadiran Tok Pa Dalam Bersatu Mampu Perkukuhkan Parti Kata Mukhriz

Kehadiran Tok Pa Dalam Bersatu Mampu Perkukuhkan Parti Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 448 hits
ALOR SETAR Keputusan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat dapat membantu memperkukuh parti selain merangka hala tuju yang jelas kepada negara Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri ...
Sesiapa Boleh Sertai Bersatu Kecuali Najib Zahid Azeez Dan Nazri Tak Boleh Dan Tak Payah Kata Mukhriz

Sesiapa Boleh Sertai Bersatu Kecuali Najib Zahid Azeez Dan Nazri Tak Boleh Dan Tak Payah Kata Mukhriz

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 425 hits
Ahli Parlimen UMNO dari Parlimen Pekan Bagan Datuk Baling dan Padang Rengas adalah antara yang tidak akan dipertimbangkan sama sekali untuk dibenarkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia jika pihak berkenaan mempunyai hasrat untuk meny...
Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed Sertai Bersatu

Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 618 hits
Astro Awani Mustapa menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas keluar dari UMNO pada 18 September...
Muhyiddin Yakin Tok Pa Ikhlas Enggan Pegang Jawatan Bersatu

Muhyiddin Yakin Tok Pa Ikhlas Enggan Pegang Jawatan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 394 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyertaan Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed ke dalam parti adalah ikhlas dan tidak berhajat memegang sebarang jawatan Beliau berkata Mustapa atau T...
Tok Pa Belum Buat Keputusan Sertai Ph

Tok Pa Belum Buat Keputusan Sertai Ph

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 284 hits
Sinar Harian ASTRO AWANI Mustapa memaklumkan masih belum membuat keputusan untuk menyertai PH selepas meninggalkan UMNO BN Gambar fail KUALA LUMPUR Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan masih belum membuat keputusan untuk menyertai PH sele...
Mustapa Mohamed Masuk Bersatu Secara Sukarela Kata Dr Mahathir

Mustapa Mohamed Masuk Bersatu Secara Sukarela Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 486 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menerima borang keahlian Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai BERSATU ketika sidang media di Lobi Galeri BERSATU Menara Yayasan Selangor Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri M...
Hishammuddin Tidak Sertai Bersatu Zahid

Hishammuddin Tidak Sertai Bersatu Zahid

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 490 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan desas desus kononnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak lama lagi Presiden UMNO berkata khabar angin yang tersebar memb...
Pelaburan Crypto Malaysia Cara Selamat Jana Income Usdt Secara Automatik Dengan Ai Bot Bitradex

Mindef Menanti Siasatan Terhadap Kes Rasuah Pegawai Ketenteraan Kanan

Titik Karbon Hijau Revolusi Nanoteknologi Lestari Berpotensi Dalam Rawatan Terapi Kanser

Kekuatan Nilai Dan Kebijaksanaan Dalam Kehidupan Dewasa

Zeus66v2 16 25 Web Casino Online Top 8 By Melisa

Kerajaan Perlis Pimpinan Shukri Ramli Tumbang

Strong Earthquake Hits Papua New Guinea

Helmet Sgv 99 Special Edition Valentino Rossi Yellow Gabungan Gaya Keselamatan Prestij


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Easy Beef Broth Onion Soup Recipe

Cuti Akhir Persekolahan Bagi Sesi 2025 2026

Malaysia Rangkul 3 Emas Sukan Memanah Berkuda Di China Harian Metro 23 12 2025

Syukur Alhamdulillah

Berkaitan Keputusan Najib