Design Collection Idw 200 Design Dalaman Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta Menarik
Aishhh lawa betullah hiasan dan deko dalaman rumah akak sorang ini. Walaupun rumahnya tu cuma rumah flat. Tapii serius lah memang cantik! Pandai dia gabungkan warna dengan perabot dan hiasan lain dalamnya tu. Tak ketara sangat ruang sempit kat dalamnya tu. Nampak lebih santai dan tersusun je. Kemas dan kreatif betul hasil seni tangan tuannya tu. Memang tabik la kalau ciktie yang buat tu. Hmmm entah tahun ke berapa nak jadi lawa pun taktaulah.
Ciktie sebenarnya suka tengok rumah orang ni..nak-nak yang dekonya cantik, kemas camtu. Jadi ilham dan inspirasi untuk turut cantikkan juga rumah kita. Apa orang kata dengan sedikit kesabaran sedikit ke dan kreativiti mampu memenuhi citarasa dan kepuasan. Nak-nak pula kita masih lagi berada dalam situasi pkp lagi ni. Haaa siapa sangka rumah sewa yang kita pernah diami dulu pun mampu bertukar menjadi rumah yang cukup bergaya, modern dan elegan macam tu.
Aishhh kalau upah pereka dalaman pun entah berapalah yang dia caj tu kan?? Dan inilah antara dilema kita bila nak melakukan pengubahsuaian rumah dan ruang dalaman. Nak cantik bukan mudah-mudah camtu je macam mana pun kena fikir bajetlah kan.
Design Collection IDW | 200 Design Dalaman & Dekorasi Pilihan Untuk Inspirasi Rumah Dan Sudut Dalaman Cantik Serta MenarikBercerita pasal ilham dan inspirasi ni, ciktie ada terima senaskah buku Design Collection IDW yang dihasilkan sendiri oleh pengasas IDW Design & Build Sdn Bhd iaitu pasangan pereka tersohor, IDr Lokman Hakim & IDr Rabiatul Adawiyah. Buku ini memaparkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya dari pelbagai ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi (3D) berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi dan panduan kepada kita untuk melakukan hiasan dalaman sendiri. Haaa dengan adanya buku ini ia memudahkan lagi kerja kita berinspirasi. Takdelah nak asyik nak menjengah rumah orang aje kan
Kalau nak tahu, empayar dekorasi pasangan duo ini kini semakin kukuh setelah berjaya menyiapkan projek-projek kediaman dengan sentuhan magis mereka. Percaya kepada proses reka bentuk bukannya terhad kepada kos atau gaya reka bentuk tertentu sahaja tetapi juga berdasarkan pengalaman kreatif di mana keaslian dalam mencipta interaksi emosi antara manusia dan juga ruang. Dalam masa yang sama memenuhi keperluan praktis pemilik kediaman itu sendiri. Jom kenali pemilik IDW Design & Build (IDW)
Latar Belakang IDW Design & Build (IDW) Cabaran Membina IDWIDW Design & Build (IDW) ditubuhkan pada tahun 2007. Ketika itu pasangan ini belum lagi berkahwin, berusia 21 tahun dan baru je menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Penubuhan syarikat mereka ketika itu didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta. 3 tahun kemudian, mereka menerima tawaran projek untuk reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek yang memakan masa selama setahun untuk disiapkan tetapi disebabkan kurang pengalaman dan juga faktor umur yang masih muda, mereka seringkali tertipu dengan kontraktor yang mengambil kesempatan dan mereka berhadapan dengan bebanan hutang. Berkat keazaman dan semangat yang yang tinggi, mereka akhirnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dan seterusnya ke peringkat sarjana. Dalam masa yang sama mereka turut menguruskan perniagaan IDW.
Sebelum mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2012, pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh untuk menguruskan perniagaannya ini termasuklah pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di sarjana akibat kurang memberikan komitmen dalam pembelajaran.
Tragedi KebakaranPengalaman ngeri kebakaran IDW New Zealand yang berlaku pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa mereka sekeluarga ketika percutian keluarga dimana rumah penginapan mereka hangus dijilat api telah membuka minda pasangan ini untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW.
Bertitik tolak dari kejadian itu, mereka telah mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.
Fenomena COVIDTahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara kita dan juga seluruh dunia. Seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua orang hanya mampu berada di rumah berikutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan. Untuk mengatasi kebosanan sepanjang berada di rumah dan juga untuk mendapatkan ruang kediaman yang lebih selesa, permintaan untuk mencantik dan mereka bentuk ruang dalaman kediaman semakin meningkat dan IDW secara tidak langsung telah menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa baik untuk ruang bekerja, belajar ataupun ruang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Cantik kan??
Tapi ciktie lagi sukakan yang ini
Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu DibayarSebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang untuk tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanannya dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan membuktikan setiap pelaburan yang dilakukan oleh pelanggan adalah cukup berbaloi dengan hasil yang diperolehi.
Malah IDW sendiri sedaya upaya berusaha memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti. Perkhidmatan reka bentuknya yang bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik.
Tapi dengan adanya buku Design Collection ini, IDW berusaha membantu merealisasikan impian kita dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Jadi, tunggu apa lagi jangan lupa ⏬⏬
DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!
RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)
Website : https://idw.design/idw-collection-design/
Instagram : @idw.design
#IDWMalaysia #IDWDesignCollection #FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA #idwdesignnbuild #200exclusiveinteriordesignsin1book #bestinteriordesigninmalaysia #houseinteriordesigninmalaysia #interiordesigninmalaysia #topinteriordesigninmalaysia #topinteriordesigninselangor #topinteriordesigninshahalam #minimalisthousedesign #modernhouseinterior #bohoroomdecor #bohemiandecor #contemporaryinteriordesign #houseinteriordesigninselangor #aestheticbedroom #livingroomdesign #bedroominteriordesign #Interiordesignbumiputra #outdoordecor #famousinteriordesigners #famousinteriordesignersinmalaysia #artdecointeriordesign #3droomdesign #decorationdesign #interiordesignnearme
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2021/03/design-collection-idw-200-design.html