Perkhidmatan Pakej Rekabentuk Mewah Dan Moden Ruangan Dalam Rumah Impian Bajet Rendah Dengan Design Collection Idw
Perkhidmatan pakej rekabentuk mewah dan moden ruangan dalam rumah impian bajet rendah dengan Design Collection IDWMelangkah kaki masuk ke dalam ruangan rumah, lepas tu nampak cantik, kemas dan ada ciri-ciri yang di impikan, memang impian semua orang. Ye la kan, dan penat seharian melakukan aktiviti atau kerja, ruangan dalam rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Bagi khaty, cukup setakat ruangan impian dalam rumah macam dapur, ruangan tengok televisyen, tempat anak-anak belajar, bilik air dan paling utama bilik tidur ringkas, dan mudah untuk kemas. Tidak mahu terlalu sesak dengan hiasan dan barang serta ruangan dalam rumah tetap di sudut masing-masing.
Untuk merialisasikan impian ini, perlu banyak kerja dan usaha yang teliti sebab nak menjaga kos yang keluar, kualiti yang dapat selepas di buat serta ianya kekal bertahan dalam waktu yang lama. Untuk merekabentuk rumah, bukan main ketung ketang sana sini macam buat rumah guna tanah liat, mesti lah mengikut pelan dan struktur yang tepat. Hendak cari mereka yang melakukan perkhidmatan rekabentuk rumah dengan bajet rendah bukan mudah ya. Ye lakan, riasu nanti kena tipu. Dengan situasi pendamik Covid 19 , lagi kena extra hati-hati sebab semakin ramai scammer yang wujud. Kita pun nak selamatkan duit kita juga kan.
Cabaran Membina IDW
Pernah tak anda dengar mengenai suatu nama syarikat IDW yang tidak asing lagi dalam bidang rekebentuk ruangan dalam rumah yang mewah dan moden dengan bajet rendah ? Mereka merupakan pasangan suami isteri yang mempunyai keazaman dan minat yang begitu mendalam terhadap bidang rekabentuk ruangan dalam rumah. Mereka memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1 juta. Pada usia 23 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k.
Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW. Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.Tragedi Kebakaran
Benarlah kata pepatah, sesuatu kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hamper meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api. Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.
Fenomena COVID
Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah. Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.
Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa Bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.
Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar
Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW Berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang Berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.
Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.
Jadi sedikit sebanyak Buku Design Collection IDW ini semoga bermanfaat buat anda yang berhajat untuk mendapatkan perkhidmatan rekabentuk ruangan dalam rumah samada berkonsep kan mewah mahupun moden. Khaty sendiri yang sudah melihat setiap helaian nya pun terliur ja tau tengok setiap design yang ada. InsyaAllah ada rezeki mudah-mudahan dapat merialisasikan impian setidaknya satu ruang yang ada di dalam rumah sendiri.
WEBSITE . FACEBOOK . INSTAGRAM . TWITTER
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2021/03/Perkhidmatan-Pakej-Rekabentuk-Mewah-Dan-Moden-Ruangan-Dalam-Rumah-Impian-Bajet-Rendah-Dengan-Design-Collection-IDW.html