Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih Doa Selepas Solat



Ini adalah panduan seruan bacaan bilal solat tarawih
Panduan ini disediakan secara lengkap dan tersusun untuk memudahkan anda.
Doa selepas solat tarawih juga turut disediakan untuk membantu anda mengerjakan ibadah tarawih dengan lebih sempurna.
Semoga panduan ini dapat membantu anda.

Isi Kandungan: Seruan bacaan bilal solat tarawih Doa selepas tarawih Seruan bilal untuk solat witir Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih Tiap-tiap empat rakaat dinamakan satu tarawih.
1.  Biasanya sebelum solat tarawih, bilal akan mengumumkan kepada para hadirin bagi memulakan solat dengan lafaz yang nyaring.

kerjakanlah solat tarawih, semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu
Kemudian makmum menjawab dengan nyaring:

Solatlah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah! Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan segala pujian hanyalah untukNya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
2. kemudian bilal berselawat:

Ya Allah, selawatlah (kurniakanlah) kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami, pertaruhan kami, dan pemimpin kami Muhammad.
Makmum menjawab:

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
3. Selepas memberi salam rakaat yang kedua, bilal akan melafazkan dengan nyaring:

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya.
Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut:

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
4. Bilal berselawat:

 
Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami, pertaruhan kami, dan pemimpin kami Muhammad SAW.
Makmum menjawab selawat:

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
5. Bacaan apabila tiap-tiap kali cukup satu tarawih (tiap-tiap 4 rakaat) bilal akan mengucap:

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)
Makmum bersama-sama mengucap:

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
6. Bilal berselawat:

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Nabi Muhamad SAW
Makmum menjawab selawat:

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
7. Bilal berselawat:

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi Muhammad SAW.
Makmum menjawab selawat:

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
8. Bilal berselawat:

Ya Allah, selawatlah (kurniakanlah) kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami, pertaruhan kami, dan pemimpin kami Muhammad.
Makmum menjawab:

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
9. Doa tiap-tiap kali selesai satu tarawih.

Ya Allah, kami meminta redhaMu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
 
Doa Selepas Solat Tarawih Setelah selesai 8 atau 20 rakaat dan bacaan selawat, imam mengakhiri solat sunat Tarawih dengan membaca doa ini:


Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
 
Akhiri Solat Tarawih Dengan Solat Witir Selepas berdoa, diikuti dengan solat sunat witir sebanyak tiga rakaat.
1. Untuk menyambung solat sunat witir, bilal menyeru:

Adalah diberkati, dimuliakan dan dihormati bulan kamu (Ramadan) bulan untuk berpuasa, moga-moga Allah merahmati kamu.
2. Makmum menjawab:

Solatlah, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah! Dia Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan segala pujian hanyalah untukNya, Dia yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.
3. Bilal berselawat:

Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan ke atas Junjungan Besar kami, Nabi kami, kekasih kami, yang mensyafaatkan kami, pertaruhan kami, dan pemimpin kami Muhammad SAW.
4. Makmum menjawab selawat: 

Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya.
 
Penutup Setelah selesai melaksanakan solat witir, maka selesailah solat sunat tarawih untuk malam tersebut.
Kebiasaannnya, ada disediakan jamuan moreh. Ambillah peluang ini untuk beramah mesra dengan jemaah lain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.
Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini.
The post Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih & Doa Selepas Solat appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/ibadah/bacaan-bilal-solat-tarawih/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Selepas Solat

Doa Selepas Solat

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 300 hits
Dari segi bahasa doa berasal dari kata da a artinya memanggil Jika menurut istilah syarak doa bermaksud perbuatan memohon sesuatu yang bermanfaat dan mencegah daripada sesuatu yang memudaratkan Menariknya perkataan doa juga disebut dalam Al...
Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh

Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 1985 hits
Doa Terbaik Rasululllah Selepas Solat Subuh Doa adalah senjata orang mukmin Biar orang kafir memperlekeh kita menghina tak menghormati kita Tak mengapa Sebab kita ada senjata rahsia yang boleh digunakan ketika perlu dan sewaktu teraniaya Na...
Kelebihan Di Sebalik Bacaan Doa Selepas Azan

Kelebihan Di Sebalik Bacaan Doa Selepas Azan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 382 hits
Kelebihan di sebalik bacaan doa selepas azan Semenjak kecil kita diajar untuk membaca doa selepas azan Setiap kali masuk waktu solat televisyen akan menyiarkan alunan azan yang mendayu dayu diikuti bacaan doa selepas azan Saya akan tekun me...
Bacaan Doa Untuk Kedua Orang Tua Arab Latin Dan Artinya

Bacaan Doa Untuk Kedua Orang Tua Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 413 hits
Bacaan Doa untuk Kedua Orang Tua Arab Latin dan Artinya Assalamualaikum sahabat kali ini saya postingkan doa yang paling familiar dari sejak kita masih kecil yaitu Doa untuk Orang tua ayah dan ibu Doa untuk kedua orang tua adalah doa yang b...
Kaedah Dan Bacaan Doa Untuk Sembuhkan Sakit Kepala Ustaz Kazim Elias 2019

Kaedah Dan Bacaan Doa Untuk Sembuhkan Sakit Kepala Ustaz Kazim Elias 2019

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1558 hits
Kaedah Dan Bacaan Doa Untuk Sembuhkan Sakit Kepala Ustaz Kazim Elias 2019 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

Ummah Ajak Rakyat Solat Hajat Doa Kes Adib Dapat Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 427 hits
Ini keadilan seorang penjawat awam yang berkorban kerana negaraBANGI Gerakan Pembela Ummah mengajak umat Islam di seluruh negara bersama sama menunaikan solat hajat pada Khamis depan mendoakan keputusan prosiding inkues anggota bomba Muhamm...
Meninggal Di Malam Jumaat Bilal Rebah Selepas Laung Azan Isyak

Meninggal Di Malam Jumaat Bilal Rebah Selepas Laung Azan Isyak

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 431 hits
Hidup dan mati merupakan rahsia Maha Pencipta Tiada sesiapa pun dapat mengetahui perjalanan hidup seseorang dan tarikh kematiannya kelak Namun begitu pemergian dalam keadaan sedang beribadat kepada Allah S W T adalah salah satu impian setia...
Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa

Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 529 hits
Jika Kita Lewatkan Solat Allah Juga Sebenarnya Akan Tangguh Beri Kejayaan Rezeki Jodoh Doa Hari ini sama seperti hari sebelumnya Alarm telefonku berbunyi menandakan sudah jam 6 00 pagi Tanganku pantas mematikan bunyi alarm tersebut Jika Kit...
Bacaan Doa Ketika Tertimpa Musibah Arab Latin Dan Artinya

Bacaan Doa Ketika Tertimpa Musibah Arab Latin Dan Artinya

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 1007 hits
Bacaan Doa Ketika Tertimpa Musibah Arab Latin dan Artinya Assalamualaikum sahabat kali ini saya postingkan bacaan doa ketika seseorang tertimpa musibah kadang Allah Swt memberikan cobaan kepada kita dengan musibah yang menimpa kita musibah ...
Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Seketika Di Tapak Geowarisan Gua Kerbau Bukit Mulong Kodiang


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Expo Raya Galaxy Sewaan Serendah Rm30 Sehari Parking Percuma Harapan Daily 11 02 2025

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin