Seronok Jadi Penghantar Makanan Azneal Berkongsi Kisahnya
Sejak pandemik COVID-19 melanda negara malah dunia, ramai hilang pekerjaan rentetan darinya. Buat yang masih bekerja, hargailah masa dan peluang yang diberikan dengan membuat kerja sepenuh minat dan usaha. Berikutan dengan wabak ini, semua orang dalam keadaan sentiasa berjaga-jaga tambahan pula kini angka positif COVID-19 meningkat dengan tinggi malah beberapa negeri berada di dalam zon merah.
Maka dengan ini permintaan khidmat penghantaran makanan ke rumah meningkat ekoran COVID-19. Peningkatan kes ini, memaksa ramai orang untuk bekerja atau belajar dari rumah dan oleh itu melanggani khidmat penghantaran makanan ke rumah menjadi semakin lazim.Ramai yang terjejas pekerjaan sepanjang PKP dan tidak ada pendapatan terjun jadi penghantar makanan untuk syarikat penghantaran makanan seperti food panda, grab food. lalamove dan sebagainya.
Mendekati seorang pengantar makanan lalamove, Mohd Azneal Abd Rahman akui suka dengan kerja yang dilakukannya. Mula kerjayanya sebagai penghantar makanan ialah sejak Jun 2020.
“Adik saya juga rider lalamove sebelum ni semasa PKP tempoh hari. Sehari pendapatannya cecah lebih RM180. Jadi dialah yang ajak saya untuk jadi rider lalamove. Saya suka kerja ni, Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,”cerita Azneal memulakan bicara.
Rutin kerja harian
Ayah kepada tiga orang cahayamata ini memilih kerjaya sebagai penghantar makanan sepenuh masa. “Rutin kerja menghantar makanan bermula dari jam sembilan pagi. Awal pagi saya dan isteri berniaga nasi lemak dan kuih muih di depan rumah di Keramat Hujung Kg Datok Keramat.
Kerja penghantaran makanan ini dilakukan hingga jam 3 petang. Saya tak kisah job yang mana paling dekat dengan saya waktu itu saya ambil, tak pilih pun. Janji yang halal. Satu hal juga kadang pelanggan nak hantar makanan tapi tak beritahu tak halal. Ada juga terambil job itu. Tapi kita nasihatkan pelanggan, lain kali beritahu makanan itu halal atau tidak. Kemudian duit yang saya dapat sedekahkan dekat surau atau masjid terdekat.
Jenis-jenis makanan yang sering dihantar ialah seperti kuih muih, lunch box dan lain-lain.
“SOP memang sentiasa diamalkan. Sentiasa pakai topeng dan standby sebotol sanitizer dalam beg. Setiap kali lepas jumpa customer, mesti sanitize tangan. Jika ada yang perlu customer tanda tangan dalam apps, saya akan berikan juga pada customer sanitizer” jelasnya.
Dalam sehari penghantaran dapat dibuat lebih kurang 10 ke 12 penghantaran meliputi kawasan pusat bandar, Wangsa Maju, Setiawangsa, Setia Alam dan Gombak. Pukul rata dalam sebulan termasuk insentif boleh cecah sehingga RM2000++.
Kerja sebagai rider bukanlah semudah yang difikirkan. Kalau rajin dapatlah banyak. Ada juga rider yang peroleh pendapatan cecah 3-4k termasuk insentif. Otai-otai lalamove yang dah ada gold ranking. Insentif banyak jika cecah target,”akuinya.
Disebabkan balik awal lingkungan jam tiga petang, dapatlah Azneal makan di rumah, solat zohor dan rehat bersama keluarga.
Momen manis dan pahit
Berkongsi pengalaman pertama sebagai penghantar makanan agak gementar tapi kerjanya sebelum ini yang sudah biasa berdepan pelanggan, cuma lain bidang dihadapinya dengan tenang.
“Saya suka jumpa customer. Kerja lama pun biasa layan customer. Alhamdulillah, customer pertama jadi customer tetap sampai sekarang. Serasi dengan cara saya bekerja. Yang penting kita bagi salam bagi Muslim dan ucap yang baik-baik sesuai agama masing-masing. Dalam kebanyakan job, boleh kira dengan jari customer yang banyak songeh ni. Hampir ke semua customer saya tak pernah marah-marah malahan mereka hargai kerja kami sebagai rider. Cuma kena tepat masa ke tempat pickup, on time sampai ke lokasi penerima. InsyaAllah semua ok.
Tidak pernah sesal dengan apa yang saya buat ini. Saya suka kerja ini sebab tak ada bos dan dapat jumpa customer baru. Ada yang jadi kawan sampai sekarang,”ceritanya.
Pengajarannya, masa pandemik ini ramai yang hilang kerja dan sumber pendapatan. Buatlah apa kerja yang boleh dan mampu kita buat. Apa yang penting jangan meminta-minta dan percaya rezeki tu Allah punya. Usaha, insyaAllah ada rezeki.
“Job pendek-pendek walaupun nilai kecil, jangan pandang rendah. Ambil saja janji dekat dengan kita. Ada juga yang bagi tip, pernah job RM4, tempat pickup dia bagi RM10, sampai pada penerima dia bagi lagi RM10. Itulah namanya rezeki.
Kalau berhujan, berpanas dah jadi kebiasaan bagi penghantar makanan. Kadang customer tetap booking lewat malam atau awal pagi. Tahap kesabaran kena tinggi. Ramai juga yang kena banned sebab kurang ajar dengan customer. Kadang silap customer, rider tak boleh sabar dan tahan marah.
Memang minat Azneal berjumpa pelanggan hingga bertahan jadi budak penghantar. Apabila bekerja dengan ikhlas, diri dihargai. Buat kerja apa pun kena jatuh cinta dengan kerja, baru semangat itu berterusan. Pendek kata . hati kenalah kental nak hadap pelbagai karenah manusia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/10/seronok-jadi-penghantar-makanan-azneal.html