Pkpb Angkasawan Negara Kembali Jadi Penghantar Makanan


Mohammad Arif Nizam Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menaiki motor untuk membuat servis penghantaran makanan ketika di Restoran Rebung, Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, KUALA LUMPUR – Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui beliau kembali menjadi penghantar makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam.
Pemilik Bersama Restoran Rebung itu berkata, status yang dimilikinya ketika ini tidak penting malah beliau langsung tidak berasa malu kerana kerja yang dilakukan itu adalah halal.
Kata bapa kepada empat anak itu, kesanggupannya menjadi penghantar makanan itu diharapkan akan menjadi contoh dan perangsang kepada kakitangannya di restorannya itu.
“Status tidak penting kerana seperti ketika PKP semua berdepan kesukaran dan orang di luar hendak dapat makanan pun susah.
“Jadi ambil keputusan untuk hantar sendiri makanan, naik motorsikal dan saya juga ingin beri perangsang serta contoh kepada kakitangan saya kerana bila nampak bos buat, mereka lagi bersemangat.
“PKPB ini semua restoran digalakkan amal konsep bungkus dan saya akan sendiri menerajui pasukan Restoran Rebung untuk untuk menghantar makanan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Tidak susah dan seronok sebenarnya kerana saya suka sesuatu yang berbeza dan tidak perlu rasa malu dan tersinggung lebih-lebih lagi masa Covid-19 ini apa sahaja kerja yang halal kita perlu buat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Restoran Rebung di sini baru-baru ini.
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menaiki lif ketika membuat servis penghantaran makanan ketika di Restoran Rebung, Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLANPada bulan Ramadan ketika PKP, kisah Sheikh Muszaphar Shukor menjadi penghantar makanan untuk tempahan makanan telah menjadi viral di media sosial.
Mengulas lanjut, Sheikh Muszaphar yang juga pensyarah berkata, beliau seronok dapat berjumpa pelanggan apatah lagi mereka begitu teruja hendak mengambil gambar Bersama.
Namun beliau mengakui melalui kesukaran sebagai penghantar makanan apabila terpaksa berteduh dibawah jambatan ketika hujan lebat.
“Saya jumpa ramai nasib yang sama dan kami dapat borak-borak serta seronok dapat jumpa.
“Menjadi penghantar makanan sukar dan diibarat juga sebagai petugas barisan hadapan. Saya hormat mereka dan bukan sahaja doktor tetapi mereka yang pastikan tempahan makanan sampai di rumah pelanggan,” katanya.
Sheikh Muszaphar menjadi individu pertama Malaysia sampai di angkasa lepas pada Oktober 2007 dan baru-baru ini berada di kedudukan teratas sebagai World’s Most Admired kategori Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.
Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World’s Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu.
Sheikh Muszaphar berjaya menewaskan Datuk Lee Chong Wei yang berada di tempat kedua diikuti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang memiliki hampir satu juta pengikut di Instagam miliknya kini menjadi idola dalam mendidik anak-anak di kalangan ibubapa. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/pkpb-angkasawan-negara-kembali-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penghantar Makanan Teruja Terima Pesanan Daripada Rossa Siap Dapat Berduet Dan Selfie Lagi

Penghantar Makanan Teruja Terima Pesanan Daripada Rossa Siap Dapat Berduet Dan Selfie Lagi

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 396 hits
Penghantar makanan teruja terima pesanan daripada Rossa siap dapat berduet dan selfie lagi Seen to oftenCovers contentInappropriateNot interestedPenghantar makanan teruja jumpa Rossa SEORANG penghantar makann dikenali sebagai Usman terkejut...
Pkpb Bank Jangka Dua Minggu Mendatang Tempoh Kritikal Untuk Negara

Pkpb Bank Jangka Dua Minggu Mendatang Tempoh Kritikal Untuk Negara

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 437 hits
Tempoh dua minggu akan datang bakal menjadi cabaran kepada Malaysia selepas ia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Kuala Lumpur Selangor Putrajaya dan Sabah kata Bank OCBC Bank itu dalam satu nota penyelidikan hari ini ber...
Agong Minta Ahli Politik Bermuhasabah Elak Negara Kembali Ke Kancah Politik Tak Menentu

Agong Minta Ahli Politik Bermuhasabah Elak Negara Kembali Ke Kancah Politik Tak Menentu

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 404 hits
PETALING JAYA Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat khususnya ahli politik untuk bermuhasabah supaya negara tidak sekali lagi diheret ke kancah politik tidak menentu ketika semua masih berdepan ancaman pande...
Pkpb Kini Kembali Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Anda Lakukan

Pkpb Kini Kembali Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Anda Lakukan

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 472 hits
MALAYSIAKINIPANDUANKINI Kerajaan hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Sabah Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan gelombang ketiga wabak Covid 19 PKPB akan berkuat kuasa di Sabah mulai tengah malam ini manak...
Celcom Sedang Mengalami Gangguan Rangkaian Di Seluruh Negara

Celcom Sedang Mengalami Gangguan Rangkaian Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 415 hits
Sekiranya anda menggunakan rangkaian Celcom anda pasti menyedari peranti tidak dapat mengakses rangkaian selular sejak beberapa jam yang lalu Pengguna Celcom mula melaporkan masalah tidak dapat mengakses rangkaian sejak 3 petang di seluruh ...
Keluarkan 108 041 Izin Umrah Ini 3 Negara Yang Dilarang Masuk Arab Saudi

Keluarkan 108 041 Izin Umrah Ini 3 Negara Yang Dilarang Masuk Arab Saudi

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 344 hits
Pemerintah Arab Saudi kini mengeluarkan izin umrah bagi 108 041 jamaah yang mendaftar melalui aplikasi Eatmarna pada 27 September hingga 1 Oktober Di samping itu pemerintah Arab Saudi juga melarang kunjungan dari tiga negara yakni India Bra...
Istana Negara Pandang Serius Perbuatan Sebar Berita Palsu Babit Agong Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Istana Negara Pandang Serius Perbuatan Sebar Berita Palsu Babit Agong Datuk Pengelola Bijaya Diraja

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 711 hits
Istana Negara memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Yang Dipertuan Agong bagi menyebar berita palsu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Inder Ahmad Fadil Shamsuddin berkata pihak istana sentiasa memantau ke...
Pemkab Jember Mulai Tertibkan Foto Petahana Bupati Faida Di Fasilitas Negara

Pemkab Jember Mulai Tertibkan Foto Petahana Bupati Faida Di Fasilitas Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 335 hits
Penutupan foto Faida sebenarnya sudah harus dilakukan Pemkab Jember sejak pekan lalu yakni ketika Faida resmi ditetapkan KPU Jember sebagai calon bupati Namun saat itu baru foto Faida yang ada di website Pemkab Jember saja yang diturunkan
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sumbangan Pakaian Terpakai 3 0

Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah Haji 2026 Pusat Rawatan Th Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci

Tak Sanggup Lihat Mak Penat Kerja Seorang Diri Apa Anak Ini Buat Lepas Itu Memang Betul Menjadi

Oval House Jorgelina Tortorici Asociados Nicol S Lanza Argentina

Trump Threatens To Send Military To San Francisco

Will Madani Caning Students End School Violence