Seramai 99 9 Belia Di Negara Ini Bakal Diisytiharkan Muflis


 
Laporan Bank Dunia merekodkan bahawa anggaran 60% individu yang diisytiharkan muflis adalah tergolong dalam dalam kategori belia yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 22 tahun di  negara ini.

Merujuk kepada Laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, individu yang diklasifikasikan muflis ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)  menunjukkan penengahan gaji dan upah bulanan pekerja pada 2018 meningkat kepada RM2,308 berbanding RM2,160 pada 2017, iaitu naik RM148 atau 6 peratus.Ini bermaksud separuh rakyat Malaysia berpendapatan RM3,000 ke bawah dan jumlah ini lebih rendah daripada gaji kehidupan sebenar Kuala Lumpur yang berjumlah RM2,700 sebulan.

Kajian Research For Social Advancment (REFSA) mendapati 2.2 juta isi rumah di Malaysia berpendapatan RM1,000 ke bawah dan majoriti mereka berada di bandar. Namun tabiat berbelanja melebihi pendapatan menjadi isu merbahaya dikalangan golongan muda di Malaysia. daripada mereka yang berusia di bawah 45 tahun. 50 peratus daripada kumpulan ini ialah pemegang kad kredit yang berusia di bawah 30 tahun. Lebih memeranjatkan apabila 15 peratus daripada mereka tiada tabungan atau simpanan; manakala 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan (Liaw J., 2014)

Menurut kepada laporan Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mengenai perilaku dan tabiat kewangan golongan pekerja muda, peratusan kes kebangkrapan atau muflis yang paling tinggi di kalangan belia adalah melibatkan pinjaman kenderaan iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit, 4.9 peratus.

Pengurusan kewangan yang lemah, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit dan kegagalan membayar pelbagai pinjaman menjadi punca ramai golongan belia diisytiharkan muflis sebelum berumur 35 tahun  (Ahmad Maslan,Mantan Menteri Kewangan Malaysia, 2015).

Presiden Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM), Darshan Singh Dhillion mendedahkan bahawa situasi muflis di kalangan belia meningkat daripada 4,100 pada 2012 kepada 5,420 pada 2014, iaitu kenaikan sebanyak 34 peratus dalam masa tiga tahun sahaja. Malah jelasnya, Jabatan Insolvensi menunjukkan kadar 85 peratus kebankrapan adalah ekoran kegagalan golongan belia menguruskan kewangan mereka.

Daripada rekod di atas ianya menunjukkan bahawa golongan belia pada masa kini terlibat dalam satu krisis yang amat besar iaitu pengurusan kewangan. Golongan belia tidak bijak dalam mengurus kewangan mereka. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada situasi tersebut dan sekiranya permasalahan ini berterusan maka ia akan memberi kesan kepada diri mereka, keluarga dan juga negara Malaysia.

 

 



Adakah Golongan Belia memahami “bankrap”

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia “Bankrap” didefinasikan sebagai satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah Mahkamah. Pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan terhadap mereka yang berkenaan sekiranya keberhutangan lebih daripada RM 30, 000.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan muflis terjadi di kalangan belia muda. Merujuk kepada kajian yang dilaksanakan oleh Elangkovan dan Ahmed Razman (2013) dan Nazni Noordin bersama pengkaji- pengkaji lain (2012) hutang kad kredit yang tidak mampu dibayar. Peningkatan jumlah individu yang bankrup kerana hutang kad kredit kebanyakannya yang berusia bawah 30 tahun, menjadi sebab utama masalah hutang sehingga membawa kepada kebankrapan dan muflis.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) dalam satu kajian mengenai tabiat kewangan golongan pekerja muda , seramai  37 peratus daripada kelompok itu mengakui berbelanja melebihi gaji bulanan. Apabila berlakunya perancangan kewangan yang lemah dan kurangnya pengetahuanmengenai pengurusan wang di kalangan belia, ini boleh menjurus kepada permasalahan hutang. Hal ini sekaligus membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Abdul Basit Hodari, Tamat Sarmidi, Norlida Hanim Mohd Salleh, pada tahun 2014, Kos sara hidup yang tidak sepadan dengan pendapatan individu serta gaya hidup yang mewah menjadi faktor mereka berhutang semata- mata untuk kemewahan bukannya keperluan.

 

Apakah Punca Sebenar?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Tuan Zaidi Ismail (2015) seorang pakar pelaburan mentenaraikan sebanyak 4 faktor utama statistik ini meningkat antaranya membeli kereta tanpa deposit, membeli rumah di luar kemampuan dengan pinjaman maksima, memohon pinjaman peribadi untuk majlis kahwin dan menggunakan kad kredit dengan bayaran minima setiap bulan.

Menurut kajian oleh Jabatan Insolvensi Malaysia 2014, pinjaman perniagaan juga menyumbang kepada gejala muflis di kalangan belia. Menjalankan perniagaan adalah satu usaha yang baik namun disebabkan oleh kurangnya ilmu dan pengalaman maka kebanyakan perniagaan yang diusahakan oleh golongan belia gagal dan sekaligus menyebabkan pembayaran hutang tidak dapat dilunaskan. Hal ini telah menyumbang kepada gejala muflis dan ia amat membimbangkan

mengenai pengurusan wang di kalangan belia, ini boleh menjurus kepada permasalahan hutang. Hal ini sekaligus membawa kepada bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan.

 

 

 

“Bankrap” Bukan penghujung jika pandai mengurus.

Antara Cadangan yang mampu meyelamatkan golongan belia daripada isu hutang dan juga bankrap. pertama, mesti meningkatkan ilmu dan proaktif dalam menguruskan kewangan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/jabatan yang menawarkan khidmat rujukan pendidikan kewangan bagi mengelakkan bebanan hutang.

Yang kedua,  mesti memantau aliran tunai dan membuat penyesuaian sekiranya berlaku aliran wang keluar yang tidak seimbang. Dan mesti berusaha secara aktif meningkatkan nilai harta bersih (net worth) seperti menambah         simpanan,                mengurangkan perbelanjaan, melangsaikan/mengurangkan hutang dan melupuskan aset yang tidak menjana keuntungan. Secara kesimpulanya golongan belia disarankan agar nisbah hutang tidak melebihi 40% pendapatan bersih bulanan bagi mengelakkan terperangkap dengan beban hutang.

Selain daripada itu kerajaan juga berperanan penting dalam menangani isu di atas. Antara cadangan terhadap kerajaan ialah:

Program-program motivasi dan kewangan seperti yang diadakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit harus diperhebatkan.  Proses pinjaman dan lain-lainnya seharusnya juga dinilai semula agar tidak timbul masalah dari segi penjamin, teraniaya dan tertipu dengan sistem yang ada sekarang ini. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan pendidikan pengguna/kewangan dalam kurikulum sekolah serta peringkat komuniti agar ilmu pengurusan kewangan dapat diterapkan dan Pihak kerajaan mewujudkan satu badan untuk mengumpulkan dana bagi mengawal harga rumah dalam membantu pemilikan rumah dalam kalangan belia.

 

Kesimpulan

Melihat daripada kos hidup yang kian meningkat dewasa ini, tidak meragukan apabila muflis atau bankrupt telah menjadi satu fenomena biasa. Seharusnya permasalahan ini di bendung dari awal supaya tidak menjejaskan golongan belia di masa hadapan. Perlu diingatkan bahawa golongan belia adalan tunjang dan asset penting dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian diharapkan dengan dapatan kajian ini, dapat membantu golongan belia untuk berbelanja secara berhemah dan bijak dalam pengurusan wang. Semua pihak juga berperanan dalam menangani masalah ini termasuk belia, kerajaan, agensi-agensi yang berkaitan dan lain- lain.





Sivanesan Tamil Selvam
Ketua Penerangan
Majlis Belia Selangor Daerah Klang 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nesan03.blogspot.com/2020/09/seramai-999-belia-di-negara-ini-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu Taman Rukun Negara

Labuan Bakal Miliki Ikonik Baharu Iaitu Taman Rukun Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 369 hits
Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 50 Rukun Negara sebuah Taman Rukun Negara bakal diwujudkan di Wilayah Persekutuan Labuan dalam masa terdekat Labuan dipilih sebagai nbsp lokasi pembinaan taman awam itu kerana kedudukannya yang strat...
Pelayar Web Chrome Dari Chrome Os Sedang Diasingkan Bakal Menjadi Dua Entiti Berbeza

Pelayar Web Chrome Dari Chrome Os Sedang Diasingkan Bakal Menjadi Dua Entiti Berbeza

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 228 hits
Chrome OS adalaj sistem operasi berasaskan Linux daripada Google Secara keseluruhan ia adalah pelayar web Chrome yang diubah menjadi sistem operasi Ini bermakna jika Chrome ada kemaskini baru Chrome OS turut akan menerima kemaskini yang sam...
Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 310 hits
Semua Sekolah Di Kedah Bakal DitutupKeputusan mengenai penutupan sekolah di Kedah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan nasihat daripada MKN dan KKM Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk...
Kembangan Sport Science Kemenpora Bakal Gandeng Perguruan Tinggi

Kembangan Sport Science Kemenpora Bakal Gandeng Perguruan Tinggi

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 184 hits
Dekan Fakultas Ilmu Keolahragaan pada Universitas Negeri Jakarta Johansyah Lubis yang hadir menyatakan siap bersinergi dengan pemerintah Menurutnya sport science merupakan salah satu faktor dalam mencapai prestasi olahraga nasional
Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa

Kelas Antenatal Salam Shah Alam Specialist Hospital Dapat Sambutan 30 Bakal Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 279 hits
Salam Shah Alam Specialist Hospital telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September...
Pakar Virologi Bakal Dedah Bukti Covid 19 Berasal Dari Makmal China

Pakar Virologi Bakal Dedah Bukti Covid 19 Berasal Dari Makmal China

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 411 hits
PAKAR virologi Dr Li Meng Yan umum akan mendedahkan data saintifik bagi membuktikan COVID 19 berasal dari makmal di Wuhan China dan bukan dari pasar basah seperti didakwa kerajaan republik itu Malah makmal berkenaan didakwa dikawal sepenuhn...
Sony Bakal Umum Lebih Banyak Maklumat Ps5 Khamis Ini

Sony Bakal Umum Lebih Banyak Maklumat Ps5 Khamis Ini

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 312 hits
Selepas maklumat harga dan tarikh pelancaran Xbox Series S X diumum oleh Microsoft Sony masih lagi didalam mod senyap sehingga hari ini dimana mereka membuat pengumuman mengenai acara PS5 pada minggu hadapan Acara yang akan dibuat secara la...
Jang Dongyoon Lee Yubi Bakal Bertemu Dalam Drama Bersejarah Joseon Exorcist

Jang Dongyoon Lee Yubi Bakal Bertemu Dalam Drama Bersejarah Joseon Exorcist

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 443 hits
Selepas 2 tahun berehat pelakon Lee Yu bi dikhabarkan bakal kembali berlakon dalam sebuah drama bersejarah bersama barisan pelakon yang hebat Bukan sahaja Lee Yu bi malah pelakon Jung Hye sung turut disahkan bakal menyertai produksi drama J...
Mbah Mijan Akhirnya Angkat Bicara 7 Keturunan Penusuk Syekh Ali Jaber Bakal Menanggung Kejahatannya

Mbah Mijan Akhirnya Angkat Bicara 7 Keturunan Penusuk Syekh Ali Jaber Bakal Menanggung Kejahatannya

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 368 hits
Ahli metafisika Mbah Mijan sedih mendengar kabar ulama panutannya Syekh Ali Jaber kena tusuk di Lampung Minggu Astagfirullah Ustaz Syekh Ali Jaber ulama panutan saya ditusuk orang tak dikenal saya sedih kalo dengar kabar begini suka bingung...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru