Serakah Nafsu Rebut Kuasa Angkara Covid 19 Merebak


Siti Hafidah Kerajaan silap tak wajibkan kuarantin individu pulang dari Sabah sebelum 27 September BANGI – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti akan membolehkan rakyat ‘mengkuarantinkan’ semua pemimpin politik yang rasis, cauvinis, rasuah, tamak haloba, rakus, pengkhianat, oportunis dan hipokrit.
Tanpa menamakan mana-mana pihak, pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid berkata, mereka ini telah memperjudikan kedaulatan dan masa depan negara serta kepentingan rakyat, umat dan bangsa, gara-gara keserakahan hawa nafsu mereka.
“Ancaman dari pandemik COVID-19 lebih mudah dihadapi oleh rakyat Malaysia dari saban hari berhadapan dengan kacau bilau politik, ketidakstabilan negara dan masa depan yang tidak menentu, yang ditimbulkan oleh puak-puak yang terlalu obses dengan kuasa.
“Mereka semua perlu bertaubat, meminta maaf kepada seluruh rakyat dan mengembalikan mandat dan hak untuk memilih pemimpin negara kepada para pengundi.
“Orang yang mati tidak akan hidup kembali, tapi para politikus yang tidak berguna boleh dihalau pergi!,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau mengakui kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil bahawa kerajaan membuat keputusan yang salah apabila tidak mewajibkan saringan dan kuarantin bagi individu yang pulang dari Sabah sebelum 27 September.
“Benar, ini satu kesilapan. Tapi jangan lupa juga bahawa tamak haloba dan keserakahan nafsu yang membuak-buak untuk berkuasa, merampas kuasa dan kekal berkuasa adalah punca angkaranya.
“Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah testimoni terkuat mengenai pernyataan itu. Baik kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN), kamu berdua telah mengecewakan rakyat. Baru pilihan raya negeri, satu negara mendapat tempias pandemik COVID-19 ini,” katanya.
Beliau menjangkakan sekiranya PRU15 dibuat juga dalam situasi rangkaian pandemik COVID-19 belum putus lagi sepenuhnya, maka seluruh negara akan terpaksa diletakkan dalam keadaan ‘lock down’ dan kuarantin yang lebih lama.
Katanya, bekas pemimpin BERSIH yang sangat rapat dengan kerajaan PH dahulu, Datuk Ambiga Sreenevasan pernah menyuarakan pandangannya supaya jangan adakan pilihan raya awal kerana ia akan menelan belanja yang tinggi.
“Kos yang terbabit iaitu antara 750 hingga 800 juta adalah satu beban kewangan yang sangat tinggi dalam keadaan normal.
“Kos terselindung bila pilihan raya diadakan juga, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik COVID-19 ini, sudah tentu berlipat kali ganda lagi, khususnya dari segi kos keseluruhan untuk menangani wabak ini dan bilangan pesakit yang mencanak naik statistiknya pasca-PRN Sabah.
“Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil sedar tak, atau terlupa juga tentang kesilapan titik perpuluhan? Pada waktu itu, siapakah yang akan dipersalahkan pula?,” soalnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/serakah-nafsu-rebut-kuasa-angkara-covid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Ambil 4 Langkah Hindari Covid 19 Merebak

Selangor Ambil 4 Langkah Hindari Covid 19 Merebak

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 298 hits
Selangor dikategorikan sebagai negeri yang pantas merebak jangkitan wabak Covid 10 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Sehubungan itu Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata beberapa langkah telah diputuskan dalam usaha Kerajaan Neg...
Tangan Krisis Covid 19 Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah Gesa Najib

Tangan Krisis Covid 19 Beri Kuasa Autonomi Kepada Sekolah Gesa Najib

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 280 hits
Dalam tempoh krisis Covid ini saya harap kerajaan akan memberi kuasa autonomi kepada guru besar setiap sekolah untuk membuat keputusan menutup sekolah tanpa bergantung kepada kebenaran atau arahan dari Kementerian Pendidikan Saya percaya gu...
Beri Jpn Ppd Sekolah Kuasa Tutup Sekolah Jika Ada Kes Covid 19 Cadang Nutp

Beri Jpn Ppd Sekolah Kuasa Tutup Sekolah Jika Ada Kes Covid 19 Cadang Nutp

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 381 hits
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berharap kuasa untuk membuat pertimbangan di luar kebiasaan seperti menutup sesi persekolahan secara fizikal diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya terdapat kes Covid 19 yang...
Adakah Punca Merebaknya Covid 19 Angkara Muhyiddin

Adakah Punca Merebaknya Covid 19 Angkara Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 290 hits
Ramai yang ketika ini melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes Covid 19 yang melanda negara Sudah tiga hari berturut turut angka kes yang dilaporkan begitu membimbangkan dengan hari ini sebanyak 293 kes semalam 317 dan kelmarin 287 kes...
Lelaki Pr 64 Tahun Korban Ke 28 S 039 Pura Angkara Komplikasi Jangkitan Covid 19

Lelaki Pr 64 Tahun Korban Ke 28 S 039 Pura Angkara Komplikasi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 286 hits
Images KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Seorang Penduduk Tetap Singapura yang berusia 64 tahun menjadi individu ke 28 yang tewas kepada komplikasi yang disebabkan oleh jangkitan COVID 19 kematian pertama di negara ini yan
Covid 19 Berpotensi Merebak Lebih Cepat Di Selangor

Covid 19 Berpotensi Merebak Lebih Cepat Di Selangor

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 363 hits
Nilai kebolehjangkitan Covid 19 di Selangor meningkat kepada 1 95 melepasi paras kritikal iaitu 1 6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya b...
Kenapa Covid 19 Kembali Merebak Di Malaysia Ini Jawapannya

Kenapa Covid 19 Kembali Merebak Di Malaysia Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 543 hits
Kenapa Covid 19 Kembali Merebak di Malaysia Ini Jawapannya Aku memang geram nak tahu kenapa Covid 19 kembali merebak di Malaysia dari angka satu sekarang menjadi tiga angka dalam beberapa hari sahaja Malah terdapat banyak kluster baharu sek...
Tun M Tidak Setuju Pru Mengejut Bimbang Covid 19 Merebak

Tun M Tidak Setuju Pru Mengejut Bimbang Covid 19 Merebak

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 316 hits
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan dalam waktu terdekat kerana wabak Covid 19 dalam negara belum pulih kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Ahli Parlimen Langkawi itu bimbang kos pilihan raya akan meningkat dan ramai rakyat ak...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord