Selangor Ambil 4 Langkah Hindari Covid 19 Merebak



Selangor dikategorikan sebagai negeri yang pantas merebak jangkitan wabak Covid 10 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sehubungan itu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa langkah telah diputuskan dalam usaha Kerajaan Negeri mengawal menularan wabak berkenaan.
“Di Selangor, jumlah kes harian telah mencapai angka dua digit untuk lima hari berturut-turut.
“Namun Kerajaan Negeri percaya, dengan langkah-langkah yang sesuai, kita akan berjaya mengawal keadaan ini daripada bertambah buruk.
“Oleh itu, saya telah mempengerusikan secara dalam talian Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor (MKN) dan Mesyuarat Pasukan Petugas COVID-19 Selangor (STFC) bagi mendapatkan gambaran yang jelas serta merangka pendekatan yang terbaik sebagai persediaan menghadapi gelombang ketiga penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beberapa keketapan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut. Antaranya, melanjutkan waktu beroperasi Bilik Gerakan COVID-19 berpusat di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SSAAS sehingga jam 7 malam bagi membolehkan Kerajaan Negeri membuat pantauan serta meneliti perkembangan terkini Covid-19.
Kerajaan Negeri juga akan membantu KKM dengan mengadakan saringan bersasar (targeted screening) secara percuma kepada semua rakyat Selangor yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah antara 20 hingga 26 September 2020 ke Sabah. Saringan dilakukan di semua cawangan Selcare Clinic milik anak syarikat Kerajaan Negeri, Selgate Healthcare Sdn Bhd
Selain itu, menurut Amiruddin, Kerajaan Negeri juga mengekalkan larangan kepada semua jenis kelab malam dan bar daripada beroperasi. Restoran berkonsepkan bar di seluruh negeri juga dihadkan operasi sehingga 11.00 malam berkuatkuasa Sabtu, 3 Oktober 2020.
“Kerajaan Negeri turut mengambil langkah segera dengan menambahbaik SELangkah.
“Iaitu dengan Ciri ‘Peta & Semakan Premis’ yang membolehkan rakyat mendapat maklumat berkenaan premis-premis yang telah dilaporkan terdedah kepada Covid-19
“Juga Ciri ‘Semakan kendiri’ di mana pengguna boleh membuat semakan silang (cross check) sama ada pengguna telah mengunjungi premis-premis yang berisiko dalam tempoh inkubasi,” katanya lagi.
Amiruddin juga menegaskan Selangor akan mewujudkan empat Pusat Tahanan Sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di beberapa lokasi yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan.
Selangor, katanya, akan menghadkan persidangan secara beramai-ramai dan menggalakkan masyarakat untuk sentiasa mengikut Tatacara Operasi Piawai (SOP) apabila berada di kawasan yang melibatkan ramai orang.
“Sayugia diingat Selangor pernah mencatatkan nilai kes yang tinggi semasa awal pandemik ini, namun kita berjaya mengawalnya. Ini membuktikan bahawa kaedah kita sebelum ini adalah berkesan sekiranya ia disokong penuh oleh masyarakat.
“Justeru, rakyat diseru agar terus mematuhi SOP dan mengamalkan 3W (Wash, Wear dan Warn) serta mengelakkan 3S (Sempit, Sesak dan Sembang Jarak Dekat).
“Penyertaan kita semua adalah kunci kepada kejayaan terdahulu, dan Kerajaan Negeri berharap agar kita dapat mengulangi semula kejayaan yang sama, Insya-Allah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29961

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Berpotensi Merebak Lebih Cepat Di Selangor

Covid 19 Berpotensi Merebak Lebih Cepat Di Selangor

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 393 hits
Nilai kebolehjangkitan Covid 19 di Selangor meningkat kepada 1 95 melepasi paras kritikal iaitu 1 6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya b...
Tun M Tidak Setuju Pru Mengejut Bimbang Covid 19 Merebak

Tun M Tidak Setuju Pru Mengejut Bimbang Covid 19 Merebak

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 337 hits
Pilihan raya umum tidak perlu diadakan dalam waktu terdekat kerana wabak Covid 19 dalam negara belum pulih kata bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad Ahli Parlimen Langkawi itu bimbang kos pilihan raya akan meningkat dan ramai rakyat ak...
Nilai Rt Covid 19 Di Selangor Lepasi Paras Bahaya

Nilai Rt Covid 19 Di Selangor Lepasi Paras Bahaya

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 725 hits
Nilai kebolehjangkitan Covid 19 di Selangor meningkat kepada 1 95 melepasi paras bahaya iaitu 1 6 susulan peningkatan kes beberapa hari kebelakangan ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes baharu harian dicat...
Covid 19 Spreading Faster In Selangor Than Sabah Health Dg

Covid 19 Spreading Faster In Selangor Than Sabah Health Dg

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 389 hits
COVID 19 Selangor has recorded an Rt value of 1 95 which is much higher than Sabah s 1 29 This comes following a surge in daily new infections from just two to three cases up to 10 to 15 An Rt value indicates how fast Covid 19 is spreading ...
2 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Sabah Selangor

2 Lagi Kluster Baru Covid 19 Dikesan Di Sabah Selangor

papar berkaitan - pada 4/10/2020 - jumlah : 378 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah PETALING JAYA Kementerian Kesihatan memaklumkan 2 lagi kluster baru dilaporkan hari ini masing masing 1 di Sabah dan Selangor Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah...
As Covid 19 Cases Rise Selangor Chips In With Free Screening And New Measures

As Covid 19 Cases Rise Selangor Chips In With Free Screening And New Measures

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 449 hits
COVID 19 The Selangor government has resolved to implement several new initiatives following the rise of Covid 19 cases in the state Selangor Menteri Besar Amirudin Shari said any Selangor residents who recently returned from Sabah between ...
2 Pelajar Sekolah Di Selangor Seorang Kakitangan Bank Di Jb Positif Covid 19

2 Pelajar Sekolah Di Selangor Seorang Kakitangan Bank Di Jb Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 824 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat dua pelajar di sebuah sekolah menengah di Pandamaran Jaya Pelabuhan Klang Selangor dikesan positif Covid 19 Bagaimanapun Pengarahnya Dr Sha ari Ngadiman ketika dihubungi berkata kedua d...
Covid 19 Empat Daerah Di Selangor Kini Zon Kuning

Covid 19 Empat Daerah Di Selangor Kini Zon Kuning

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 906 hits
SHAH ALAM Empat daerah di Selangor ditakrif sebagai zon kuning wabak koronavirus setakat jam 12 tengah hari semalam Selangor Task Force Covid 19 menerusi kenyataan memaklumkan dua kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan...
Sabah Syor Langkah Tegas Bendung Covid 19 Kepada Mkn

Sabah Syor Langkah Tegas Bendung Covid 19 Kepada Mkn

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 294 hits
Sabah syor langkah tegas bendung Covid 19 nbsp kepada MKN Dikemas kini 37 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Oct 2020 3 27PM
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Marjeena Cafe Parit Buntar

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

Perjalanan 100 Tahun Jejak Yang Dibina Untuk Rakyat

Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

11 Kata Kata Putus Cinta Paling Menggetarkan Hati Menyentuh Tapi Membebaskan

Menziarah Pusara Arwah Abang

No Charges For Mother In Child Overboard Case