Beri Jpn Ppd Sekolah Kuasa Tutup Sekolah Jika Ada Kes Covid 19 Cadang Nutp

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)  berharap kuasa untuk membuat pertimbangan di luar kebiasaan seperti  menutup sesi persekolahan secara fizikal diberikan kepada Jabatan  Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya terdapat kes Covid-19 yang melibatkan  murid atau guru.
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata  pertimbangan sama juga harus diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah  (PPD) dan pentadbiran sekolah sendiri supaya tindakan pantas dapat  diputuskan yang membabitkan penutupan operasi institusi itu.
Beliau  berkata walaupun arahan penutupan sesebuah sekolah akibat Covid-19  dibuat atas saranan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara dan  Kementerian Kesihatan namun JPN, PPD dan sekolah itu sendiri lebih  maklum situasi sebenar termasuk keseriusan institusi tersebut berdepan  ancaman Covid-19.
"Sebelum ini kita selalu mengambil pendekatan  tunggu dan lihat yang kebiasaannya lambat untuk membuat keputusan  sedangkan kita harus tahu menguruskan murid di sekolah ini tidak sama  dengan orang dewasa, jadi tindakan pantas harus dilaksanakan.
"Apatah  lagi jika keadaan itu sudah jelas menampakkan ketidakselesaan dalam  kalangan murid dan juga guru maka keputusan segera harus dibuat, "  katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Model Persekolahan  Penjarakan Fizikal dan Model Pedagogi Penjarakan Fizikal Pandemik  Covid-19 di Kuala Lumpur hari ini.
 Beliau  mengulas laporan mengenai 100 murid di Ampang yang diarahkan menjalani  ujian swab Covid-19 di klinik kesihatan selepas seorang guru disahkan  positif pandemik itu.
Bagaimanapun, difahamkan sesi persekolahan tetap berjalan seperti biasa kerana tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan JPN.
Ditanya  sama ada aktiviti sukan dan kokurikulum perlu dihentikan buat sementara  waktu susulan terdapat kes Covid-19 di sekolah, beliau berkata pihak  institusi itu sepatutnya diberikan kelonggaran untuk tidak meneruskan  aktiviti tersebut jika berdepan risiko jangkitan tanpa dikenakan  tindakan.
Aminuddin berkata NUTP dimaklumkan terdapat aduan  daripada pihak sekolah yang diarah mengemukakan surat tunjuk sebab  berikutan kegagalan menganjurkan aktiviti itu selaras dengan garis  panduan pelaksanaaan aktiviti sukan dan kokurikulum yang dikeluarkan KPM  sebelum ini.
"Walaupun ia kes terpencil namun pihak sekolah  seharusnya ada pilihan, jika didapati berisiko boleh untuk tidak membuat  aktiviti itu… kitapun faham aktiviti ini penting juga untuk menarik  kedatangan murid ke sekolah, " katanya.
- Bernama    
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/beri-jpn-ppd-sekolah-kuasa-tutup.html