Serah Kuasa Boleh Dikhianati
EDY NOOR REDUAN
1. Adalah yang menjadi satu rahsia terbuka, peralihan kuasa Perdana Menteri di antara Tun Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terkandung dalam perjanjian yang dimeterai pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada tanggal 6 Januari 2018. Perjanjian ini dinamakan Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan.
2. Perjanjian ini ditandatangan oleh semua pimpinan (PH), bukan ditandatangani Presiden UMNO ataupun Presiden PAS. Sebab itu kita berasa pelik bila ada pihak lain yang bercakap soal perjanjian ini seolah mereka salah seorang yang menurunkan tandatangan.
3. Menurut perjanjian, boleh dirumuskan bahawa Tun Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ke-7 ‘sementara’ DS Anwar Ibrahim melalui proses pengampunan diraja. Juga ‘sementara’ Anwar Ibrahim DAPAT SEGERA BERPERANAN dalam Kerajaan Persekutuan, yang juga bermaksud setelah Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Port Dickson.
“Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8” (6 Januari 2018)
4. Menurut perjanjian bertarikh 6 Januari 2018 itu, sepatutnya tiada halangan untuk DS Anwar Ibrahim terus mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 sebaik sahaja beliau menjadi Ahli Parlimen Port Dickson. Namun Tun Mahathir telah meminta supaya jawatan Perdana Menteri sementara (Interim PM) yang disandang itu dilanjutkan sehingga 2 tahun.
5. Dalam satu temuramah oleh akhbar The Mainichi pada 26 Januari 2018 di Jepun, hampir sebulan selepas Perjanjian Muafakat dimetrai, Tun Mahathir berkata beliau akan hanya akan menjadi Perdana Menteri dua tahun paling lama sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14. Ini bermakna Tun Mahathir sedari awal telah menyebut ungkapan Perdana Menteri 2 tahun, dan kata-kata ini terus digenggam erat.
6. Ingin juga dicatitkan di sini bahawa selepas PH menang PRU14, Dr Wan Azizah telah memberi laluan kepada Tun Mahathir sebagai PM ke-7 demi menghormai perjanjian. Tiada undang-undang yang boleh menghalang Dr Wan Azizah menjadi PM ketika itu, namun ia tidak berlaku kerana Dr Wan Azizah dan juga seluruh parti Reformasi berpegang kepada janji, kecuali segelintir yang keluar dewan sewaktu perjanjian ini diumumkan.
7. Menyedari Anwar boleh saja terus diangkat menjadi PM ke-8 sebaik cukup syarat (Ahli Parlimen), Tun Mahathir memberi mesej kepada Anwar dengan mengulangi pendirian menjadi Perdana Menteri selama 2 tahun dalam satu temu bual ‘One on One TRT World’ bersama Ghida Fakhry pada 2 Oktober 2018, iaitu ketika kempen PRK Port Dickson baru bermula.
8. Mesej Tun Mahathir itu didengari Anwar dan Tun Mahathir menjadi PM sehingga hari ini adalah kerana ehsan kesabaran Anwar. Jika benar ketamakkan kuasa adalah segalanya, mungkin Perdana Menteri kita pada ketika ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi ia tidak berlaku, atas kesabaran tahap dewa dan sikap rasional.
9. Kenyataan Anwar kata pada 22 Januari lalu meminta supaya tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka dan menghormati konsensus yang disepakati pada Januari 2018. Pertama, Anwar bilang jangan bicara secara terbuka, bukan bermaksud tidak boleh berbincang secara tertutup. Kedua, rujuk semula pada Perjanjian Muafakat PH dan ‘hormatinya’.
10. Anwar hanya minta diberikan tarikh muktamad peralihan kuasa, dan tarikh yang diberikan itu haruslah munasabah dengan merujuk kepada Perjanjian Muafakat Pakatan Harapan.
12. Perjanjian ini mungkin boleh dikhianati dengan cara mengusulkan undi percaya di Parlimen supaya Perdana Menteri ke-7 kekal hingga ke akhir penggal. Maka tidak hairanlah jika kita melihat banyak pertemuan pelik dengan pembangkang, pemberian RM400 juta tanpa syarat, pemberian projek di rumah menteri dan sebagainya, untuk mencukupkan bilangan majoriti mudah undi percaya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/26207