Sepanduk Risalah Pertikai Pemilihan Calon Bersatu Di Semenyih Beredar


Faisal Asyraf Diterbitkan Hari ini 2:58 tengahari 

PRK SEMENYIH | Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat berselisih pandangan berhubung calon yang akan dipertandingkan.

Perselisihan itu membawa kepada tindakan menaikkan beberapa sepanduk di pinggir jalan di Semenyih selain pengedaran risalah untuk menyatakan rasa tidak senang dengan beberapa individu yang dipercayai akan dicalonkan menjadi calon bagi PRK berkenaan.

Salah satu sepanduk memaparkan gambar individu yang didakwa berkemungkinan menjadi calon, dengan gambar itu dipangkah dan disertakan ayat "kami tak sokong calon ini".

Sepanduk lain yang turut memaparkan individu sama disertakan dengan ayat "N24 tolak calon luar".

Sepanduk itu dilihat dipasang berhampiran sebuah simpang jalan di Semenyih.

Malaysiakini juga melihat risalah yang memaparkan beberapa gambar individu yang didakwa berkemungkinan dicalonkan, yang turut berpangkah.

Setiap satu gambar itu disertakan tajuk seperti "kaki sapu projek", "Zero Politik/Chipsmore", "pernah kena reject ", "ahli majlis korup", dan Legasi Ayahanda Batas.

Difahamkan, risalah berkenaan turut ditampal pada dinding di kawasan awam.
Sumber dalam Bersatu percaya bahawa akar umbi parti di Hulu Langat terpecah kepada beberapa kem dan menyebabkan pergeseran berhubung calon yang akan dipertandingkan dalam PRK Semenyih.

"Dari satu sisi, Bersatu di sini seperti PKR yang mempunyai beberapa kem. Pada masa yang sama, terdapat pihak yang menyokong individu luar untuk bertanding, namun ahli tempatan menyokong individu dari Semenyih atau Hulu Langat," kata sumber.

Semenyih merupakan dewan undangan negeri (DUN) yang terletak di bawah parlimen Hulu Langat.

Sumber berkata, sepanduk dan risalah berkenaan kemungkinan dipasang dan diedarkan oleh kem di Hulu Langat yang tidak berpuas hati apabila nama pemimpin mereka tidak dicadangkan kepada kepimpinan untuk dicalonkan.

"Tindakan menunjukkan rasa tidak puas hati secara umum seperti itu tidak baik untuk imej parti kerana ia menunjukkan perpecahan. Kita juga bimbang kem tertentu tidak akan memberi sokongan penuh kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi pemangku Ketua Bersatu Hulu Langat, Rais Zulkifli untuk mendapatkan respons.

Kerusi Semenyih kosong selepas penyandangnya Mohd Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia bulan lalu.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan bahawa parti mereka akan meletakkan calon muda yang berpendidikan tinggi dan diterima oleh orang ramai bagi PRK itu.

Penamaan calon akan diadakan pada 16 Feb.

Media sebelum ini melaporkan lapan nama sudah dicadangkan termasuk dua daripada Wanita Bersatu, seperti yang diumumkan Ketua Wanita Bersatu, Rina Harun semalam.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/sepanduk-risalah-pertikai-pemilihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berebut Nak Jadi Calon Sukarkan Lagi Bersatu Di Semenyih

Berebut Nak Jadi Calon Sukarkan Lagi Bersatu Di Semenyih

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 450 hits
Menjelang seminggu lagi sebelum hari penamaan calon PRK Semenyih pada 16 Februari depan suasana di kawasan itu ketika ini mula sibuk dikunjungi oleh mereka yang bergelar pemimpin Yang paling menonjol kerap berkunjung ke Semenyih tentunya ia...
Mukhriz Sahkan Siti Nurhaliza Bukan Calon Bersatu Di Semenyih

Mukhriz Sahkan Siti Nurhaliza Bukan Calon Bersatu Di Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 342 hits
Foto ihsan Facebook Siti NurhalizaALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon nbsp parti itu pada pilihan raya kecil Dewan
Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 408 hits
Selasa 29 Januari 2019 6 34pmOleh Dawn ChanPENGERUSI PH Selangor Amirudin Shari hadir pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini Foto Faiz AnuarSHAH ALAM Pakatan Harapan Selangor tetap...
Bersatu Hulu Langat Serah Enam Nama Calon Prk Semenyih

Bersatu Hulu Langat Serah Enam Nama Calon Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 429 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat telah menyerahkan nama calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih kepada pucuk pimpinan parti baru baru ini KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat telah menyerahkan na...
Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 374 hits
Astro Awani ANWAR Kita akan beri sokongan penuh GOMBAK Pakatan Harapan meletakkan calon daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac depan Menurut Ahli ...
Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 437 hits
PETALING JAYA Parti Sosialis Malaysia hari ini mengesahkan akan bertanding dalam pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan diadakan 2 Mac ini Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan berkata parti itu akan mengumumkan cal...
Nama Siti Nurhaliza Tiada Dalam Calon Prk Semenyih Mukhriz

Nama Siti Nurhaliza Tiada Dalam Calon Prk Semenyih Mukhriz

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 483 hits
Datuk Seri Siti Nurhaliza foto AFFAN FAUZI ALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan...
Pukulan Maut Buat Bersatu Jika Bn Menang Di Semenyih Annuar

Pukulan Maut Buat Bersatu Jika Bn Menang Di Semenyih Annuar

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 299 hits
MALAYSIAKINI Parti Pribumi Bersatu Malaysia bakal menerima satu pukulan maut sekiranya BN berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Semenyih pada Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti kata Annuar Musa Bagaimanapun Setiausa...
Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 471 hits
Entah kenapa tiba tiba saja isu kelulusan akademik Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya muncul kembali menjadi perhatian di media sosial dan juga media arus perdana Sebelum ini ketika Marzuki dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage