Pukulan Maut Buat Bersatu Jika Bn Menang Di Semenyih Annuar


MALAYSIAKINI

   

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal menerima satu ‘pukulan maut’ sekiranya BN berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Pilihan Raya Kecil (PKR) yang akan diadakan nanti, kata Annuar Musa

Bagaimanapun Setiausaha Agung Umno itu berkata, menjadi suatu "misi yang mustahil" untuk pembangkang mencipta kemenangan di kerusi berkenaan.

"Susutnya majoriti Bersatu atau apa lagi kalau tewasnya mereka di tangan Umno/BN yang diikat kaki dan tangan, boleh menjadi ‘pukulan maut’ buat Bersatu. Ia mungkin menjadi katalis (pemangkin) perpindahan kuasa dan kepimpinan kepada Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.

"Justeru tewasnya Bersatu adalah penting bagi semua… bagi rakyat, bagi Umno/ BN, bagi PAS dan gagasan pembangkang, malah bagi PKR dan bagi DAP juga.

"Namun, bukan mudah untuk menewaskan penyandang dan sebuah parti kerajaan yang menang dengan majoriti yang sebegitu besar," kata Annuar dalam satu hantaran di Facebooknya.

Bagaimanapun kata Annuar, tidak mustahil untuk pembangkang mencipta kejutan di Semenyih apabila rakyat mula sepakat.

Bukan laluan mudah PH
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir Mohamad yakin Bersatu mampu mempertahankan kerusi DUN Semenyih yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Kata Mahathir kemenangan Bersatu pada PRU ke-14 lalu sebenarnya bukan 8,000 undi, tetapi 1,000 undi saja dan ia bukanlah laluan mudah buat mereka.

PRK Semenyih diadakan susulan penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia tiga minggu lalu.

Allahyarham merampas kerusi itu daripada BN dalam pertembungan empat penjuru pada pilihan raya 9 Mei lalu.

Selain PH dan BN, S Arutchelvan dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga dijangka sekali lagi bertanding untuk kerusi tersebut.

Hari penamaan calon bagi PRK Semenyih dijadualkan pada 16 Februari ini.

Pada PRU14, calon PH, Bakhtiar Mohd Nor memenangi kerusi DUN Semenyih dengan mendapat 23,428 undi berbanding pencabar terdekat dari BN, Johan Abdul Aziz yang juga penyandang dengan 14,464 undi.

Calon PAS pula memperoleh 6,966 undi. Dalam keadaan itu Bakhtiar memenangi kerusi DUN Semenyih dengan kelebihan 8,964 undi.

Bagaimanapun dengan andaian semua pengundi BN dan PAS memberi sokongan sama kepada calon pembangkang pada PRK akan datang, ia menjadi 21,430 undi.

Keadaan itu meletakkan PH hanya memiliki kelebihan 1,998 undi.

'Malu apa bossku' jdi buah mulut
Sementara itu Annuar berkata, meski pun diikat "kaki dan tangan", namun Umno dan BN tidak mati malah makin didokong rakyat.

Ini terbukti melalui kemenangan yang diraih pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands baru-baru ini.

Annuar juga berkata, gagasan pembangkang dalam bentuk lebih baru dan lebih segar sedang dijelmakan membabitkan pelbagai parti politik terutamanya Umno, PAS serta parti lain dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

"Dalam pada itu Umno terus dimurnikan dengan pertukaran pimpinan secara teratur, menerap budaya dan corak organisasi yang lebih unggu hasil sikap tidak malu untuk berubah dan merakyat.

"Umpama tagline 'malu apa bossku' yang kini menjadi buah mulut dan dengan dokongan rakyat datang dari segenap penjuru.

"Semua tahu Pakatan Harapan (PH) telah gagal.Mereka sendiri sudah mengakuinya. Mereka sendiri yang menuduh dan mengesahkan sesama mereka. Mereka yang membuktikan kleptokrasi sudah berganti dengan ‘kakistocracy’...yang merana kini adalah rakyat," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/pukulan-maut-buat-bersatu-jika-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Yakin Masih Ada Peluang Cerah Untuk Menang Di Semenyih

Bersatu Yakin Masih Ada Peluang Cerah Untuk Menang Di Semenyih

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 378 hits
Foto oleh Bernama PETALING JAYA Bersatu yakin mempunyai peluang cerah untuk mengekalkan kerusi Dun Semenyih bagi PH pada PRK kawasan itu yang dijadual diadakan pada 2 Mac ini Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Moham...
Bersatu Shortlists Five Candidates For Semenyih Polls

Bersatu Shortlists Five Candidates For Semenyih Polls

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 259 hits
KLANG Parti Pribumi Bersatu Malaysia has shortlisted five candidates including a woman for the upcoming Semenyih by election Selangor Bersatu chief Abdul Rashid Asari said the names have been sent to the Bersatu leadership to be finalised a...
Bersatu Hulu Langat Serah Enam Nama Calon Prk Semenyih

Bersatu Hulu Langat Serah Enam Nama Calon Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 429 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat telah menyerahkan nama calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih kepada pucuk pimpinan parti baru baru ini KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia Hulu Langat telah menyerahkan na...
Annuar Musa Jauh Di Sudut Hati Dr M Harap Calon Bn Menang Prk

Annuar Musa Jauh Di Sudut Hati Dr M Harap Calon Bn Menang Prk

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 380 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mendakwa jauh di sudut hati Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad mahu calon BN menang dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands 26 Jan ini Jelas Anggota Parlimen Ketereh itu dalam per...
Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 374 hits
Astro Awani ANWAR Kita akan beri sokongan penuh GOMBAK Pakatan Harapan meletakkan calon daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac depan Menurut Ahli ...
Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 408 hits
Selasa 29 Januari 2019 6 34pmOleh Dawn ChanPENGERUSI PH Selangor Amirudin Shari hadir pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini Foto Faiz AnuarSHAH ALAM Pakatan Harapan Selangor tetap...
Kalau Menang Di Semenyih Satu Sen Gaji Saya Tak Ambil

Kalau Menang Di Semenyih Satu Sen Gaji Saya Tak Ambil

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 344 hits
PRK SEMENYIH Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai uncle kentang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia i...
Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 471 hits
Entah kenapa tiba tiba saja isu kelulusan akademik Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya muncul kembali menjadi perhatian di media sosial dan juga media arus perdana Sebelum ini ketika Marzuki dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri ...
Sepanduk Risalah Pertikai Pemilihan Calon Bersatu Di Semenyih Beredar

Sepanduk Risalah Pertikai Pemilihan Calon Bersatu Di Semenyih Beredar

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 368 hits
Diterbitkan Hari ini 2 58 tengahari PRK SEMENYIH Menjelang pilihan raya kecil Semenyih 2 Mac ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat berselisih pandangan berhubung calon yang akan dipertandingkan Perselisihan itu membawa kepada tindakan ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari