Berebut Nak Jadi Calon Sukarkan Lagi Bersatu Di Semenyih




Menjelang seminggu lagi sebelum hari penamaan calon PRK Semenyih pada 16 Februari depan, suasana di kawasan itu ketika ini mula sibuk dikunjungi oleh mereka yang bergelar pemimpin.


Yang paling menonjol kerap berkunjung ke Semenyih tentunya ialah pemimpin-pemimpin daripada Bersatu.


Hal ini tidaklah menghairankan kerana wakil Bersatu akan bertanding dalam PRK itu bagi mewakili PH.


Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Redzuan Mohd Yusof atau Pak Wan dan Syed Saddiq Syed  Abdul Rahman adalah pemimpin utama Bersatu yang telah berkunjung ke Semenyih setakat ini.


Semua kehadiran mereka itu tidak lain ialah untuk memastikan wakil Bersatu yang dipilih sebagai calon nanti mampu mengekalkan kemenangan PH di kerusi tersebut.


Untuk itu, beberapa program bertemu pengundi dan menubuhkan bilik gerakan di kawasan peti undi sudah mula digerakkan.


Di atas kertas, walaupun PH menang dengan majoriti 8,964 pada PRU14 lalu melalui pertandingan empat penjuru dengan undi dikumpul berjumlah 23,428, tetapi disebabkan UMNO dan Pas sekarang ini sudah saling bekerjasama, angka itu bukan lagi suatu kelebihan buat mereka.


Jika undi Pas berjumlah 6,966 yang diraih pada pilihanraya lalu dicampurkan dengan undi BN sebanyak 14,464, bermakna majoriti PH sudah jadi mengecil kepada angka tidak sampai 2,000 undi.


Undi PSM berjumlah 1,293 yang diperolehi pada pilihanraya lalu turut menjadi penentu kali ini, lebih-lebih jika benar calon Melayu berfahaman sosialis bakal diletak menggantikan S Arutchelvan.


Berlawan dalam suatu pilihanraya kecil dengan hanya kelebihan tidak melebihi 2,000 undi, ditambah dengan pelbagai isu yang tidak selesai yang menyebabkan kian bertambah mereka yang hilang keyakinan kepada kerajaan, ia bukanlah suatu tugas yang mudah bagi PH.


Sebaliknya, bersama berlambak-lambak isu itu, terbaru berkaitan kelulusan akademik beberapa pemimpin Bersatu yang dipertikaikan umum, pentas-pentas ceramah UMNO dan Pas tentu saja mampu mengundang kehadiran penonton yang lebih ramai berbanding PH.


Dari segi isu dan kedudukan pentadbiran kerajaan yang lemah, kucar-kacir serta tidak menentu, PH boleh dikata tidak boleh bergantung sama sekali dengannya untuk dipersembahkan kepada pengundi.


Kedua-dua aspek ini sedang menyebelahi pembangkang atau BN dan satu-satunya perkara yang mungkin boleh menyelamatkan PH ialah jika calon daripada Bersatu yang dipilih nanti benar-benar merupakan pilihan yang terbaik dan  diterima ramai.


Bagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah mereka yang melobi sebagai calon Bersatu juga boleh dikata ramai jumlahnya.


Hal ini tentu saja, salah satu sebabnya ialah disebabkan Bersatu sudah menjadi kerajaan bersama PH ketika ini.


Jika dulu ada yang sedia memberi laluan asal saja calon yang dipilih itu mampu mencipta kemenangan, kini berebut-rebut pula mereka yang mahu ke depan menonjolkan diri sendiri dan mengenepikan orang lain.


Difahamkan, sekurang-kurangnya ada enam individu daripada Bersatu sedang melobi untuk menjadi calon PH pada waktu ini.


Ada yang melobi melalui Presiden, Timbalan Presiden, tidak terkecuali ada yang turut meminta pertolongan daripada pemimpin-pemimpin atasan yang berjawatan menteri atau orang tertentu yang rapat dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin.


Walaupun nama calon hanya akan diumumkan pada 14 Februari nanti, tetapi dengan semakin ramai yang melobi ini, Bersatu ini sangat terdedah kepada kemungkinan tersalah pilih calon, sebaliknya tidak mustahil yang terpilih nanti hanya kerana kuat serta rajinnya melobi semata-mata.


Selain itu, hal ini juga mendedahkan kepada kebarangkalian berlakunya sabotaj dalaman daripada lima kumpulan atau penyokong calon yang tak terpilih itu.


Bersama semakin kuat seruan agar PH tidak dimenangkan di Semenyih ini dengan tujuan menuntut kerajaan agar segera menunaikan janji-janjinya, menyedarkan para pemimpinnya daripada mimpi keseronokan memegang jawatan, mengurangkan kesombongan, sambil menambah kemesraan terhadap rakyat, laluan mengekalkan kemenangan ternampak masih berliku buat Bersatu.


Yang lebih sukar, termasuk daripada penyokong PH sendiri, BN juga sedang dibantu oleh mood dan doa rakyat di seluruh negara yang secara majoritinya lebih mahukan PH  dikalahkan berbanding dihadiahkan kemenangan. (ShahbudinHusin 10/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/berebut-nak-jadi-calon-sukarkan-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sepanduk Risalah Pertikai Pemilihan Calon Bersatu Di Semenyih Beredar

Sepanduk Risalah Pertikai Pemilihan Calon Bersatu Di Semenyih Beredar

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 371 hits
Diterbitkan Hari ini 2 58 tengahari PRK SEMENYIH Menjelang pilihan raya kecil Semenyih 2 Mac ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilihat berselisih pandangan berhubung calon yang akan dipertandingkan Perselisihan itu membawa kepada tindakan ...
Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 381 hits
Astro Awani ANWAR Kita akan beri sokongan penuh GOMBAK Pakatan Harapan meletakkan calon daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac depan Menurut Ahli ...
Mukhriz Sahkan Siti Nurhaliza Bukan Calon Bersatu Di Semenyih

Mukhriz Sahkan Siti Nurhaliza Bukan Calon Bersatu Di Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 346 hits
Foto ihsan Facebook Siti NurhalizaALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon nbsp parti itu pada pilihan raya kecil Dewan
Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 413 hits
Selasa 29 Januari 2019 6 34pmOleh Dawn ChanPENGERUSI PH Selangor Amirudin Shari hadir pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini Foto Faiz AnuarSHAH ALAM Pakatan Harapan Selangor tetap...
Calon Bn Semenyih Ada Ijazah Asli Kata Najib

Calon Bn Semenyih Ada Ijazah Asli Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 417 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama calon BN PRK N 24 Semenyih Zakaria Hanafi ketika singgah untuk makan tengah hari di Gerai Asam Pedas Klebang Semenyih Selangor foto IQBAL BASRI SEMENYIH Secara berseloroh bekas Perdana Me...
Resmi Dun Semenyih Akan Ditandingi Empat Calon

Resmi Dun Semenyih Akan Ditandingi Empat Calon

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 355 hits
Secara rasmi kerusi DUN Semenyih akan ditandingi empat calon Pertembungan empat penjuru itu membabitkan Zakaria Hanafi dari BN Muhammad Aiman Zinali Nik Aziz Afiq Abdul dan Kuan Chee Heng Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sayuthi Bakar ber...
Terkini Calon Ph Lari Tidak Menjawab Soalan Media Di Penamaan Calon Prk Semenyih

Terkini Calon Ph Lari Tidak Menjawab Soalan Media Di Penamaan Calon Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 333 hits
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih Muhammad Aiman Zainali pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil N 24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang Saujana Impian Selangor
Calon Ph Semenyih Baru Tahu Namanya Terpilih Sebagai Calon Pada Pagi Khamis Viralhancing

Calon Ph Semenyih Baru Tahu Namanya Terpilih Sebagai Calon Pada Pagi Khamis Viralhancing

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 378 hits
Pemilihan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih adalah di luar jangkaan Muhammad Aiman Zainali Foto BernamaMenurut Bendahari Bahagian Hulu Langat itu walaupun dir...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids