Sepandai Pandai Tupai Melompat


Sepandai-pandai tukai melompat.  Bukan nak cerita pasal kecurangan.  Memang nak cerita pasal tupai.  Kalau yang rajin baca post akak mungkin pernah terbaca tentang seekor tupai yang kami pelihara sejak kecil lagi.  Kami berikan nama tupai ini Jack.  Semalam petang, dapat wasap daripada anak, Jack terlepas  dari sangkarnya.  Tak nampak di mana-mana pun di halaman rumah.  Dalam hati akak, tak apalah mungkin dah tiba masanya, kami melepaskan Jack.
Walaupun  mulut kata tak apa, dalam hati bukan main sedih lagi. Yelah Jack ni kami pelihara sejak dari kecil, belum buka mata.  Bagi susu hari-hari, dah besar sikit bagi makan macam-macam.  Dah beberapa kali juga terlepas tapi tak pernah lagi melompat jauh, biasa dia akan main depan-depan pintu rumah saja.
Awal pagi tadi, kakak bagitau Jack dah balik. Terkejut memang terkejut, mungkin tengahmalam dia balik cari sangkar dia semula.  Mujur en hubby dan anak perasan. Cepat-cepat cari makanan dan umpan semula masuk ke sangkar.  Masuk sahaja dalam sangkar, kakak kata Jack terus cari air. Oooo....haus rupanya dah berjalan jauh.  Lepas minum makan semua terus masuk dalam kotak tempat tidur dia. Jack ni bila dah besar dah susah nak pegang.


Dah besar sikit masa ni.  Siapkan kait bunjut besar untuk  Jack tidur.  Tupai suka tidur di tempat gelap, terlindung daripada pandangan.  Memang suka dia duduk dalam bunjut tu. Bergulung-gulung badannya bila tidur


Waktu pertama kali kami jumpa Jack.  Kecil sangat. En hubby terjumpa Jack atas bumbung rumah burung.  Tempat tu berdekatan dengan pokok-pokok pinang hiasan yang kami tanam.  Mungkin terjatuh daripada sarang atau celah-celah pelepah pokok pinang tu.  Mulanya kami tunggu juga kot-kot ada tupai yang mungkin ibu dia datang untuk cari anak tupai ni. Tunggu-tunggu tak nampak bayang juga, kami ambil keputusan ambil terus anak tupai ni masuk dalam rumah

Awalnya letak sekali dengan anak ayam yang baru menetas.  Anak ayam ni hasil cubaan en hubby menetas tanpa ibu, kami guna mentol sahaja.  Elok berkawan dua ekor ni.  Berpelukan bila tidur

Mata pun tak buka lagi.  Kami cuba sahaja apa cara pun supaya Jack boleh terus hidup.  Guna botol susu yang kecil ni, kami guna susu kambing bagi pada Jack.  Secara kebetulan juga, ada anak-anak kucing tanpa ibu di rumah yang juga kami jumpa depan rumah waktu hujan. Waktu ni dah macam rumah penyelamat haiwan dah.  Masa ni juga adalah waktu PKP, tak boleh keluar rumah kan, jadi aktiviti-aktiviti nilah yang digunakan mengisi masa yang ada

Dah buka mata.  Serasi dengan susu kambing.  Memang seronok jaga Jack waktu ni.  Tak susah pun ...tiba waktu makan, sediakan susu, dia minum tak hirau keliling dah. Lepas minum susu, lompat-lompat dalam sangkar, bila penat masuk dalam bunjutnya tidur


Waktu kecil ni, memang kami bawa sahaja Jack ke mana-mana pun sekiranya kami perlu bermalam.  Duduk elok dalam sangkar kecilnya. Ada masa kami lepas dia bermain, waktu ni dia tak gerak jauh

Akak juga sediakan satu bunjut asing bertangkai untuk kegunaan bawa Jack. Memang dia akan duduk diam dalam tu terutama kalau lepas minum susu, sampai tertidur-tidur

Tupai suka makan buah-buahan.  Apa jenis buahpun terutama yang manis dan rangup memang Jack suka.  Kalau makan durian mesti asingkan beberapa ulas untuk Jack. Kadang-kadang bagi makanan jenis kekacang.  Jack juga suka sembunyikan kacang dalam sangkar dia. 
Waktu kecil macam ni, boleh lagi hulur-hulur jari untuk dia bermain.  Bila makin besar, gigi nya semakin panjang dan tajam, tak berani dah nak sua jari macam ni, memang kena ngaplah jawapnya

Dah pandai minta lepas.  Waktu ni kami lepas kan sahaja dalam rumah sebab mudah nak tangkap dia. Pergerakannya sangat pantas, memang penat kalau dia terlepas dalam rumah. Tapi seronok

Port paling Jack suka lepak, atas meja kerja akak.  Lepas puas melompat sana sini, Jack akan melepak macam tu atas meja.   Kalau korang nak tahu,  Jack ni macam  tupai dalam kartun Alvin & Chipmunks tu. Di tepi badannya ada jalur warna lebih cerah, memang cantiklah

Itulah serba sedikit cerita tupai ni.  Penghibur juga ni di rumah.  Suka tengok gelagat dia.  Bila dia hilang semalam memang terasa jugaklah.  




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2023/06/sepandai-pandai-tupai-melompat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Pandai Menyorok Main Setia Disisi Bila Abah Ummi Solat Neelofa Kongsi Perkembangan Terkini Bilal

Dah Pandai Menyorok Main Setia Disisi Bila Abah Ummi Solat Neelofa Kongsi Perkembangan Terkini Bilal

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 199 hits
Kemunculan Muhammad Bilal anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Haris senantiasa dinantikan peminatnya di Instagram Begitu juga dengan beberapa perkongsian Neelofa di Insta Storynya Semuanya yang berkisarkan Bilal akan menjadi perhatian ra...
Umno Jangan Cepat Melompat Teliti Dan Fahami Dulu Ucapan Tony Pua

Umno Jangan Cepat Melompat Teliti Dan Fahami Dulu Ucapan Tony Pua

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 257 hits
Jika pemimpin UMNO bersikap teliti dan tidak semata mata terkena renjatan letrik dengan ungkapan gabungan korup tiada apa2 yang pelik sebenarnya dalam ucapan Tony Pua itu UMNO JANGAN CEPAT MELOMPAT TELITI DAN FAHAMI DULU UCAPAN TONY PUA Ter...
Walaun Tak Pandai Matematik Fitnah Tnb

Walaun Tak Pandai Matematik Fitnah Tnb

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 176 hits
Sifat walaun Dia memfitnah perbetulkan Tapi bukan dia nak mengaku salah dia tohmah pula kerajaan Jijik sungguh la perangai walaun Begini ajaran ulama dalam PAS Pengalaman aku sendiri bil aku maintain daripada Januari sampai sekarang Rendah ...
Dah Pandai Sebut Nama Penuh Sendiri Bukan Main Petah Sambung Ayat Ibu Ramai Geram Tengok Fatima

Dah Pandai Sebut Nama Penuh Sendiri Bukan Main Petah Sambung Ayat Ibu Ramai Geram Tengok Fatima

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 437 hits
Tempias populariti ibu dah ayahnya Nur Fatima Aisya anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur Ada sahaja j...
Lepastu Minta Hantaran Rm20k Remaja Perempuan Galak Komen L Cah Di Tiktok Dah Pandai Sembang Pasal Seks

Lepastu Minta Hantaran Rm20k Remaja Perempuan Galak Komen L Cah Di Tiktok Dah Pandai Sembang Pasal Seks

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 156 hits
Satu hantaran TikTok baru baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen gara gara sikap remaja masa kini yang tidak segan silu bersembang soal seks dan isu dalam kain di media sosial Hantaran asal pada mulanya juga telah...
Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pendapat 3

Isteri Panggil Bomba Angkut Barang Ke Rumah Mak Selepas Bergaduh Dengan Suami

Mcmc Sita Telefon Bimbit Amp Kad Sim Pemilik Akaun Fb Didakwa Sentuh Isu 3r

Fitnah Dan Tohmahan Bangkitkan Semangat Juang Datuk Nazrul

How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing