Umno Jangan Cepat Melompat Teliti Dan Fahami Dulu Ucapan Tony Pua


 
Jika pemimpin UMNO bersikap teliti dan tidak semata-mata terkena renjatan letrik dengan ungkapan “gabungan korup”, tiada apa2 yang pelik sebenarnya dalam ucapan Tony Pua itu….

 

 

UMNO JANGAN CEPAT MELOMPAT, TELITI DAN FAHAMI DULU UCAPAN TONY PUA 

 

Ternampak marah benar pemimpin-pemimpin UMNO khususnya, dengan ucapan bekas Ahli Parlimen Damansara daripada DAP, Tony Pua yang melabelkan BN sebagai gabungan korup.

 

Berdentam-dentum para pemimpinnya bersuara menghentam pemimpin DAP berkenaan hanya dengan berdasarkan ungkapan gabungan korup yang digunakannya itu.

 

Sebenarnya, jika kita teliti dan fahami ucapan Tony Pua itu, tiada apa-apa yang ganjil dan pelik yang dilakukannya, malah beliau menunjukkan kejujuran dan keikhlasannya kepada PH.

 

Antara lain, Tony Pua dalam ucapan di majlis mengumpul dana bagi DAP itu lebih kepada luahan harapan supaya PH selepas ini dapat membentuk kerajaan sendiri tanpa membabitkan UMNO dan BN, sekiranya mereka menang dalam PRU16 akan datang.

 

Untuk itu, katanya, Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Perdana Menteri perlu membuktikan sesuatu kepada rakyat berbilang kaum di negara ini bahawa pentadbiran PH jauh lebih baik dan tidak korup seperti BN.

 

“Kena ingat kerajaan perpaduan sekarang ini mudah retak bila-bila masa. Jadi penting untuk Perdana Menteri dan keseluruhan kerajaan untuk terus berkhidmat.

 

“Anwar perlu menggunakan kesempatan ketika menjadi Perdana Menteri untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia serta kepada mereka yang tidak percaya dengan gabungan politik berbilang kaum bahawa parti berbilang kaum itu sebenarnya bersih dan tidak korup.

 

“Perlu tunjukkan supaya (rakyat tahu) ia jauh lebih baik jika dibandingkan dengan (parti) berteraskan Melayu, parti nasionalis Melayu seperti UMNO dan BERSATU.

 

“Kita sebenarnya boleh lakukan lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh pakatan korup seperti BN, UMNO serta BERSATU.

 

“Itu sebenarnya yang kita nak lakukan bila kita ada peluang lima tahun lagi bermula sekarang, untuk tunjukkan perbezaan.

 

“Bila kita berjaya, saya sangat yakin dalam tempoh empat tahun (akan datang) apabila diadakan PRU, PH akan terima sokongan besar daripada rakyat Malaysia.

 

“Kemudian, kita akan boleh tubuhkan kerajaan sendiri dan laksanakan reformasi dan perubahan yang kita mahukan di bawah PH demi kebaikan rakyat Malaysia. Itu paling mustahak untuk kita semua,” katanya.

 

Berita penuh Tony Pua di sini – https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/06/1118223/tony-pua-gelar-bn-pakatan-korup-harap-ph-bentuk-kerajaan-sendiri?fbclid=IwAR12jyjEnsGKedQ609FUvsaLOe81xSeyi6xTmkfvMD8k1WAjdZ6rbjpK22o

 

Apa dan di mana salahnya ucapan Tony Pua itu?

 

Memang benar beliau melabel BN sebagai gabungan yang korup, namun sasaran ucapannya ialah kepada PH sekalian penyokongnya serra juga kepada Anwar yang kini memegang jawatan Perdana Menteri.

 

Labelnya kepada BN sebagai gabungan korup adalah suatu ingatan kepada PH dan Anwar agar tidak membenarkan amalan rasuah berlaku dalam kerajaan sebagaimana kita semua tahu kerana skandal rasuahlah yang menyebabkan BN tumbang pada PRU14 lalu.

 

Secara tepatnya, Tony Pua hanya mahukan PH lebih cemerlang di masa depan, mampu berdiri sendiri dan membuktikan politik berbilang kaum yang diperjuangkan oleh PH selama ini adalah lebih baik untuk negara ini.

 

Apakah itu sesuatu yang salah?

 

Bukankah selama ini pun begitu nada ucapan semua pemimpin PH iaitu mahu PH mempunyai keupayaan mentadbir negara berdasarkan keyakinan terhadap perjuangannya sendiri?

 

Apakah bila sudah bersama dengan kerajaan perpaduan, pemimpin-pemimpin PH perlu toleransi atau lupa terhadap perjuangan sendiri yang dibina selama ini?

 

Dalam konteks DAP dan PH, apa yang diucapkan Tony Pua bukan saja tidak salah, malah sekadar ingin meletakkan kembali perjuangan PH di landasan yang betul.

 

Lagi pula, bukan pelik dan salah bila beliau melabel BN adalah gabungan yang korup kerana sejarah memang telah membuktikan begitu.

 

BN kalah pada PRU14 adalah disebabkan isu skandal rasuah yang melibatkan Najib Razak dengan 1MDB dan kemudian BN kalah lebih teruk lagi pada PRU15 lalu, antaranya ialah disebabkan gabungan itu dipimpin oleh Zahid Hamidi yang masih ada kes perbicaraan rasuah di mahkamah.

 

Apakah BN mahu menafikan hakikat tersebut?

 

Tambahan lagi, tidak saja BN yang dilabelnya korup, malah Bersatu yang disebabkan beberapa pemimpinya ada kes mahkamah turut juga dilabel korup oleh Tony Pua.

 

Makna kata, Tony Pua adalah adil adalah ulasannya dan tidak semata-mata menuduh BN saja sebagai korup.

 

Sebab itu, dalam mendepani isu ini, para pemimpin UMNO mestilah bersikap terbuka dan sedar realiti di depan mata.

 

Teliti dan fahami sepenuhnya ucapan Tony Pua dan bukan hanya melompat dengan ungkapan gabungan korup yang digunakannya.

 

Audien yang mendengar ucapannya ialah penyokong DAP yang barangkali masih ada harapan bahawa PH mampu berdiri sendiri di masa akan datang tanpa bergantung kepada sesiapa.

 

Ia barangkali sama saja dengan ucapan di program UMNO yang mana ada pemimpinnya berucap mahu parti itu kembali berkuasa, kembali menerajui kerajaan dan tidak lagi menumpang kepada PH yang dianggap tidak berjiwa Melayu sepenuhnya.

 

Kalau pun ada salah Tony Pua ialah di sebalik melabelkan BN sebagai gabungan korup, beliau agaknya terlupa pemimpin DAP Lim Guan Eng juga masih termasuk dalam kluster mahkamah ketika ini.

 

Cuma, Anwar masih dikira baik kerana tidak memberi Guan Eng jawatan dalam kerajaan sepertimana diberikannya kepada Zahid Hamidi yang mengetuai BN. – ShahbudinHusin 24/06/2023.

 

https://shahbudindotcom.net/

 

 

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/umno-jangan-cepat-melompat-teliti-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Tony Pua Yang Meremehkan Umno Bn

Ucapan Tony Pua Yang Meremehkan Umno Bn

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 129 hits
First of all Tony Pua tidak lagi memegang apa apa jawatan dalam DAP Ini bukan macam kenyataan penjawat awam beban negara oleh pemimpin dari Gerakan sebelum ini Kenyataan Tony itu berbentuk peribadi Kedua aku memang dah tak yakin dengan Tony...
Ini Ucapan Tony Pua Hina Umno Korup Ph Akan Jatuhkan Umno Pru16

Ini Ucapan Tony Pua Hina Umno Korup Ph Akan Jatuhkan Umno Pru16

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 185 hits
Bangkit ahli UMNO Apakah korang tidak merasa sedikit terkumit dalam hati setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Tony Pua Apakah korang masih mahu kekal mendiamkan diri selepas dihina sedemikian Tunjuk soladiriti anda masa PRN nanti
Tony Pua S Remarks On Umno Uncalled For Says Loke

Tony Pua S Remarks On Umno Uncalled For Says Loke

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 164 hits
DAP secretary general Loke Siew Fook said any provocative statements against its coalition partners in the unity government are not in line with the party s position PETALING JAYA DAP secretary general Loke Siew Fook says former Damansara M...
Serang Umno Loke Marah Pua

Serang Umno Loke Marah Pua

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 191 hits
Loke kata iti kenyataan individu pua dan tidak mewakili DAP sama sekali Berbelas tahun PUA ceramah hentam kutuk hina UMNO dengan pelbagai tohmahan Tiba tiba ini tahun member kena tukar tune dengan memuji Korang rasa idea akan tercetus atau ...
Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup

Dap Punca Ekonomi Gelap Ketua Pemuda Jawab Pua Kritik Umno Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 210 hits
freemalaysiatoday com 24 Jun 2023 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata Pua seharusnya sedar ekonomi negara melalui zaman gelap sepanjang 22 bulan pentadbiran PH dan DAP Dr Akmal Saleh minta DAP ambil tindakan terhadap Tony Pua manakala ...
Shidan Jangan Cemburu Dengan Umno Kamu Bukan Ahli Umno Lagi Umno Pilih Ph Sebab Yakin Dengan Ph

Shidan Jangan Cemburu Dengan Umno Kamu Bukan Ahli Umno Lagi Umno Pilih Ph Sebab Yakin Dengan Ph

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 167 hits
Shahidan kata UMNO menumpang pada PH Jadi dia ajak UMNO berkerjasama dengan PN pula Dah itu bukan menumpang PN ke tu Sebelum ni UMNO berkerjasama dengan Mahiaddin tapi apa UMNO dapat Parti itu tidak dihormati oleh PN Lantikan menteri pun ik...
Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

Dap Jarakkan Diri Daripada Ucapan Pua Gelar Bn Korup

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 193 hits
DAP jarakkan diri daripada ucapan Pua gelar BN korup Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10 29AM
Kenyataan Tony Pua Tidak Wakili Dap Anthony Loke

Kenyataan Tony Pua Tidak Wakili Dap Anthony Loke

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 143 hits
Kenyataan yang kurang menyenangkan terhadap komponen Kerajaan Perpaduan dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua sebagaimana dilaporkan media merupakan pendapat individu dan bukannya DAP Setiausaha Agung DAP Anthony Loke...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba