Dah Pandai Sebut Nama Penuh Sendiri Bukan Main Petah Sambung Ayat Ibu Ramai Geram Tengok Fatima
Tempias populariti ibu dah ayahnya, Nur Fatima Aisya, anak kesayangan pelakon Fazura dan Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian ramai.
Kepetahan anak kecil itu yang kini berusia dua tahun lebih itu sentiasa buat wargamaya terhibur. Ada sahaja jawapan dari mulutnya kala menjawab pelbagai persoalan dari Fazura.
Terbaru menerusi beberapa perkongsian video pendek Fatima di media sosial, Fazura memuat naik video Fatima yang menjawab pertanyaannya.
Namun apa yang membuatkan wargamaya terhibur pastinya kepetahan Fatima yang menjawab dengan lancar dan pantas.
“You’re not wrong Fatima.
“Dah pandai sebut nama penuh sendiri dah,” tulis Fazura menerusi kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya geram pastinya melihat Fatima yang menyebut nama penuhnya dengan begitu lancar sekali.
Walaupun sedang leka bermain namun Fatima mampu menjawab soalan ibunya dengan jawapan ‘budak baik’ dan ‘anak solehah’ dengan begitu pantas dan yakin. Memang terbaik.
Walau baru berusia dua tahun lebih namun Fatima cukup lancar dan menyebut sebutan perkataan dengan penuh. Memang comel!
Terdahulu, Nur Fatima Aisya yang menjadi kesayangan ramai ini dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.
View this post on Instagram
A post shared by Fattah Fazura Fatima (@fattzuralovelife)
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Dah Pandai Sebut Nama Penuh Sendiri” Bukan Main Petah Sambung Ayat Ibu, Ramai Geram Tengok Fatima! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dah-pandai-sebut-nama-penuh-sendiri-bukan-main-petah-sambung-ayat-ibu-ramai-geram-tengok-fatima/