Seorang Warga Tempatan Dikuarantin Akibat Coronavirus Di Malaysia


TERKINI : 25/01/2020, Sabtu, (update : 13:30Hrs) YB Datuk Seri Dzulkifly Ahmad, Menteri Kesihatan baru sahaja mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari negara China telah dikuarantin di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk tujuan pemantauan.
Baru sahaja masyarakat digemparkan dengan epidemik influenza yang melanda negara sejak bulan Disember 2019 hingga minggu lalu. Malah, sejak 2 minggu lepas vaksin influenza laku keras gara-gara masing-masing baru sedar akan kepentingan vaksin influenza begitu penting. 


Maka, gegak gempitalah masyarakat umum ke klinik-klinik swasta untuk mendapatkan vaksin tersebut untuk diri, anak-anak dan ahli keluarga. Ia mengakibatkan stok yang disimpan oleh banyak klinik swasta terlajak laris pula.
Saya sendiri dihibungi keluarga terdekat daripada Johor untuk datang ke rumah untuk tumpang bermalam semata-mata ada temujanji dengan Doktor di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Dan baru sahaja epidemik ini beransur reda, datang pula kegemparan baru iaitu masalah coronavirus di Malaysia.
Persoalannya, apa dia coronavirus di Malaysia ini ?? Insya Allah hari ini saya akan cuba memberikan pencerahan mengenai coronavirus.

Apakah Coronavirus?World Health Organization (WHO) menakrifkan coronavirus adalah berasal daripada keluarga besar dari virus yang menyebabkan penyakit, mulai dari flu biasa hingga penyakit yang lebih parah, seperti Middle East Respiratory Syndrome (MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS-CoV). 
Sebahagian besar coronavirus adalah virus yang tidak berbahaya. Coronavirus adalah jenis virus zoonosis atau maksud lainnya virus ini disebarkan melalui haiwan dan mungkin juga manusia.Kajian yang dilakukan oleh WHO mendapati bahawa SARS-CoV ditularkan dari musang ke manusia, sementara itu MERS-CoV pula ditularkan dari unta dromedaris ke manusia. Dan terdapat pula beberapa CoV lain yang terdapat pada haiwan, tapi belum menjangkiti manusia. 
Coronavirus WuhanWuhan merupakan salah satu provensi atau wilayah dalam negara China. Provinsi Wuhan yang tersebar virus baru dikenali sebagai Wuhan coronavirus.Menurut Al Jazeera, pada 25/01/2020 sahaja, daripada 1287 kes berkaitan coronavirus Wuhan. Dan ia telah mengorbankan 41 nyawa rakyat China sehingga kerajaan China terpaksa meletakkan siren red alert dan memastikan segala organisasi berkaitan kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga.Baca Al-Jazeera (25/01/2019) https://www.aljazeera.com/news/2020/01/coronavirus-symptoms-vaccines-risks-200122194509687.htmlDan coronavirus yang sedang kita bincangkan hari ini adalah juga dikenali sebagai Virus Wuhan dan secara rasmi dinamakan 2019-nCOV, adalah virus baru yang tidak dikenal pasti oleh manusia sehingga pihak berkuasa China melaporkan kes pertama pada Disember tahun lepas.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ia adalah sejenis coronavirus.
Coronavirus sebenarnya terdapat dalam pelbagai spesies haiwan dan bentuknya digambarkan sebagai pancang seperti mahkota di permukaan haiwan. Jarang sekali coronavirus ini berkembang dan menjangkiti manusia

Coronavirus pertama kali dikenal pasti pada tahun 1960-an dan sejak itu, terdapat tujuh jenis yang dilapor menjangkiti manusia

Empat daripada ini biasanya menyebabkan penyakit saluran pernafasan yang ringan dan sederhana seperti selesema biasa, dengan gejala yang terkenal seperti sakit tekak, batuk, dan sakit kepala

Manakala tiga yang lain mampu menjejaskan kesihatan manusia ke tahap teruk:

1. Sindrom pernafasan akut teruk (SARS) coronavirus yang membunuh hampir 800 orang di 32 negara pada tahun 2003,2. Sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) coronavirus, yang pertama kali dilaporkan di Arab Saudi pada tahun 2012, dan3. Koronavirus Wuhan semasa dan terkini atau 2019-nCOV.
Gejala / Simtom Coronavirus WuhanOrang yang terinfeksi virus ini akan menunjukkan gejala yang berbeza-beza. Gejala yang muncul biasanya bergantung dari jenis virus dan seberapa serius infeksinya.Berikut adalah gelaja-gejala untuk mereka yang dijangkiti coronavirus yang ringan:Hidung berairSakit kepalaBatukSakit kerongkongDemamTidak sedap badan secara keseluruhanJenis coronavirus yang lain boleh menyebabkan gejala yang lebih serius. Infeksi jenis ini pula lebih serius sehingga menyebabkan bronkitis dan pneumonia, yang menyebabkan gejala seperti:Demam, yang akan cukup tinggi jika Anda mengidap pneumoniaBatuk berkahakNapas pendekSakit dada ketika Anda bernafas atau batukBeberapa infeksi yang lebih parah akibat coronavirus adalah yang umumnya lebih sering terjadi pada pengidap gangguan hati dan jantung, atau mereka yang mempunyai masalah sistem kekebalan tubuh yang lemah, bayi, dan orang tua. 
Penyakit-penyakit Berkaitan CoronavirusBeberapa penyakit berkaitan coronavirus telah direkodkan. Diantaranya seperti:
1. MERS
Penularan MERS yang bermula di negara Arab Saudi pada 2012.Sekitar 858 orang meninggal dunia karena MERS, yang pertama kali muncul pada 2012 di Arab Saudi dan di negara lain di Timur Tengah, Afrika, Asia, dan Eropa. Pada April 2014, orang Amerika pertama mendapat rawatan khusus di hospital kerana MERS di Indiana dan kes lain dilaporkan juga terjadi di Florida dan kedua-dua mangsa diketahui baru kembali dari Arab Saudi. Pada Mei 2015, kejadian luar biasa MERS terjadi di Korea, yang merupakan kejadian luar biasa terbesar di luar Arab. Gejala MERS akibat coronavirus adalah demam, susah bernafas, dan batuk. Penyakit ini tersebar melalui sentuhan terus (direct contact) diantara orang yang telah dijangkiti dengan mereka yang belum dijangkiti.Menurut kajian, MERS boleh menyebabkan 30-40% kematian kepada pengidapnya. 
2. SARS
Shematic Diagram struktur coronavirus SARS.
Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) adalah penyakit menular yang disebabkan oleh virus jenis coronavirus dikenali sebagai SARS-CoV. Mereka yang dijangkiti SARS akan menghadapi masalah pneumonia yang boleh menyebabkan kematian. Virus itu awalnya muncul di Provinsi Guangdong di Tiongkok Selatan pada November 2002, hingga akhirnya tiba di Hong Kong.SARS-CoV kemudian mulai tersebar dengan cepat ke seluruh dunia dan menginfeksi orang di 37 negara. Pada 2003, sebanyak 774 orang meninggal dunia karena kejadian luar biasa SARS. Pada tahun 2015, tidak ada laporan lebih lanjut tentang kes SARS.  Gejala penyakit SARS berkembang dalam waktu seminggu dan diawali dengan demam. Sama seperti flu, gejala yang dirasakan orang dengan penyakit SARS akibat coronavirus adalah:Batuk keringPanas dinginDiareSesak napasSelepas itu, Pneumonia, infeksi paru-paru parah, mungkin akan berkembang. Pada tahap lanjut, SARS menyebabkan kegagalan pada paru-paru, hati, atau jantung. 
3. Pneumonia Akibat 2019-nCoV
Pada akhir Desember 2019, WHO mengumumkan kes pneumonia yang penyebabnya tidak diketahui di daerah Wuhan City, Provinsi Hubei, Tiongkok.Pada 7 Januari, jenis baru, iaitu novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV) diidentifikasi sebagai penyebab kes tersebut. Virus 2019-nCoV merupakan jenis baru coronavirus yang tidak pernah direkodkan pada manusia sebelumnya. Berdasarkan Journal of Medical Virology, kebanyakan orang yang terinfeksi nCoV-2019 mempunyai kaitan dan hubungan dengan daging haiwan liar yang dijual di pasar ikan Huanan, yang menjual unggas, ular, kelelawar, dan hewan ternak lainnya.Penelitian tersebut menyimpulkan bahwa coronavirus yang menginfeksi manusia pada akhir Desember 2019 adalah berasal dari ular.Manakala sebuah laman web berkaitan kesihatan terkenal iaitu WebMD, baru-baru ini ada 300 kes yang terjadi di Tiongkok dengan jumlah kematian yang semakin meningkat. Seorang pelancong juga diketahui telah membawa virus tersebut ke US.Pada 10 Januari 2020, WHO menerbitkan serangkaian panduan sementara untuk semua negara tentang cara mempersiapkan diri menghadapi virus ini.Dan CDC menyebutkan bahwa kes nCoV-2019 pertama kali diumumkan di Amerika Serikat pada 21 Januari 2020.
Bagaimana penyebaran virus ini terjadi?Penyebaran coronavirus dari manusia ke manusia adalah hal yang belum diteliti secara khusus. Namun, dipercaya penyebaran coronavirus adalah melalui cairan yang dikeluarkan dari sistem pernapasan. Beberapa kemungkinan penyebaran coronavirus adalah:Melalui udara (batuk dan bersin tanpa menutup mulut). Melalui sentuhan atau berjabat (bersalaman) tangan orang yang terinfeksi. Melakukan kontak dengan permukaan atau benda yang terdapat virus, kemudian menyentuh hidung, mata, atau mulut. Terkadang, penyebaran coronavirus adalah melalui kontak dengan kotoran. Kemampuan coronavirus dalam bermutasi adalah salah satu hal yang dipercaya membuat virus ini sangat mudah menular dengan cepat.
Coronavirus di MalaysiaYB Datuk Seri Dzulkifly Ahmad, Menteri Kesihatan.Sinar Harian melaporkan pada 25/01/2020, tiga orang warga China yang dikuarantin di Johor Baharu disahkan positif bagi coronavirus, kata YB Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad, Menteri Kesihatan.

"Mereka ialah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki yang berusia 66 tahun dari Wuhan, China yang didapati positif bagi virus itu di Singapura," katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Menurutnya, tiga yang terlibat merupakan seorang wanita berusia 65 tahun, yang merupakan isteri pesakit di Singapura itu dan dua cucu lelakinya.
"Mereka kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh," katanya. - BernamaBerita Harian pula melaporkan pada 23/01/2020, ujian makmal terhadap empat individu yang disyaki dijangkiti coronavirus baharu dikenali sebagai 2019-nCoV, disahkan negatif.Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan menerima laporan empat kes, dua di Sabah dan dua di Selangor.Katanya, semua empat individu itu dimasukkan ke wad pengasingan sebaik dikesan, bagi membolehkan rawatan dan siasatan dijalankan.
“Ujian makmal pada sampel tiga pesakit pertama didapati negatif bagi jangkitan 2019-nCoV. Seorang lagi pesakit baru dikesan dan dimasukkan ke wad pengasingan di Sabah semalam, sebelum sampelnya dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).“Keputusan ujian pengesanan dan pengesahan virus 2019-nCoV atas kes terbabit turut mengesahkan beliau negatif bagi jangkitan coronavirus baharu itu.“Gejala yang dialami oleh beliau adalah disebabkan oleh jangkitan influenza A. Beliau kini beransur pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.Beberapa kes di luar Wuhan mula dikesan kemudian, termasuk di Beijing, Shanghai dan Guangdong, selain Thailand, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat. Pihak berkuasa China mengesahkan 571 kes dan 17 kematian dicatatkan setakat semalam (Rabu).Mengulas langkah siap siaga dilaksanakan Kementerian Kesihatan selaras saranan WHO, Dr Noor Hisham memaklumkan, aktiviti saringan di pintu masuk antarabangsa kini diperkukuh dan individu disyaki akan dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.Jelasnya, saringan pesakit di klinik kesihatan dan hospital turut diperkukuh, manakala tatacara pengurusan kes disyaki wabak 2019-nCoV membabitkan fasiliti kesihatan dan swasta turut dikeluarkan.Sementara itu, beliau turut menyarankan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke Wuhan, China bagi mencegah penularan wabak 2019-nCoV, namun jika terpaksa, mereka perlu mengelak mengunjungi tempat tumpuan umum atau bergaul rapat dengan individu yang memiliki gejala wabak berkenaan.Jelasnya, mereka juga perlu mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi, selain membawa penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan untuk digunakan apabila perlu.“Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan daripada melawat ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan serta mengelak memakan sebarang produk haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.“Mereka juga perlu segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun sukar bernafas, dalam tempoh 14 hari selepas pulang daripada lawatan itu.“Maklumkan mengenai sejarah perjalanan berkenaan kepada doktor yang merawat,” jelasnya.
Diagnosis Coronavirus
Jika Anda mengalami gejala-gejala yang telah disebutkan sepeti di atas, Anda perlu pergi ke mana-mana klinik kesihatan awam ataupun swasta yang berdekatan.1. Sila maklumkan pegawai perubatan atau doktor yang bertugas mengenai lokasi yang baru Anda kunjungi. Atau sila nyatakan juga sejarah sentuhan anda dengan mana-mana haiwan dalam tempoh 4 minggu sebelum disayaki mengalami masalah ini.Sebahagian besar infeksi MERS-CoV ditemukan berasal dari Semenanjung Arab. Sementara itu, untuk SARS-CoV dan 2019-nCoV umumnya berasal dari daerah Tiongkok.Maka, informasi ini sangat penting untuk dilaporkan terutama jika Anda baru pulang daripada daerah-daerah yang telah disebutkan di atas. 2. Sentuhan secara terus kepada haiwan-haiwan pembawa virus ini, seperti unta dan ular, atau menggunakan produk berbahan unta juga penting untuk dilaporkan demi membantu diagnosis penyakit akibat coronavirus.3. Selepas memberitahu 2 informasi penting itu, barulah anda bersedia untuk melakukan diagnosis daripada pegawai perubatan yang bertugas.
Berikut adalah beberapa hal yang mungkin dilakukan doktor untuk mendiagnosis coronavirus yang mungkin menjangkiti Anda.Melihat sejarah kesihatan Anda, termasuk gejala yang Anda rasakanMelakukan pemeriksaan fizikalMelakukan ujian darah (blood test)Melakukan laboratorium test terhadap kahak, sampel dari spesimen sistem pernafasan yang lainnya. Bagaimana mengubati masalah kesihatan akibat virus ini?Tidak ada pengubatan yang khusus untuk penyakit yang disebabkan oleh CoV pada manusia. Sebahagian besar mereka yang dijangkiti virus ini akan sembuh dengan sendirinya.Namun, hal-hal yang dapat meredakan gejala penyakit akibat coronavirus adalah:Makan ubat penyakit dan flu, tapi jangan ambil Aspirin pada anak-anak.Gunakan pelembap ruangan atau mandi dengan air panas.Jika Anda mengalami sakit ringan, Anda perlu minum banyak air dan beristirehat di rumah.Langkah Pencegahan CoronavirusSehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi vaksin apa pun yang dapat mencegah coronavirus. Namun, cara yang dapat Anda lakukan untuk terhindar dari penyebaran coronavirus adalah:Cuci tangan lebih sering dengan sabun dan air, setidaknya 20 detik. Hindari menyentuh tangan, hidung, atau mulut dengan tangan yang belum dicuci. Elakkan daripada menyentuh orang yang dijangkiti coronavirus. Bersihkan barang yang sering Anda sentuh. Menutupi mulut Anda saat batuk dan bersin dengan tisu dan segera cuci tangan. Tinggal di hospital sekiranya dihidapi virus ini.  Selain itu, anda juga boleh mengurangkan risiko untuk menghidapi coronavirus ini dengan cara :Hindari menyentuh haiwan atau burung.Hindari mengunjungi pasar basah, kawasan ladang penternakan atau pasar haiwan hidup.Hindari bersentuhan dengan pesakit-pesakit yang memiliki gejala infeksi saluran nafas.Mematuhi petunjuk keamanan makanan dan aturan kebersihan.Memakai penutup mulut atau 'mask' sekiranya anda merasakan kesihatan tidak nyaman khususnya ketika berada di kawasan wabak.Sila mendapatkan konsultasi daripada pakar paru-paru atau respiratori atau pegawai perubatan setelah kembali dari kawasan yang dikatakan menular wabak ini.
Coronavirus dan Sukan
Sebagai  seorang graduan bidang sains, kesihatan dan kecergasan, saya menyeru rakan-rakan dan aktivis kecergasan agar sentiasa nasihat menasihati diantara satu sama lain agar sentiasa mengamalkan segala amalan pencegahan seperti mana yang saya tulis di atas.
Buat masa ini kes terkait dengan coronavirus di Malaysia masih lagi tidak begitu serius. 
Namunbegitu, sebagai aktivis kecergasan, jurulatih (coach) dan pengurus-pengurus acara mestilah menyediakan peralatan-perlatan pencegahan yang berkaitan seperti mask, sabun untuk cuci tangan atau 'hand sanitizer' dan lain-lain.
Kerap cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer di pasaran.Dan lebih penting setiap individu yang terlibat dengan acara-acara yang melibatkan sentuhan (direct contact) dengan pihak lain seperti sukan bolasepak, hoki, futsal dan seumpamanya mestilah memastikan cuci tangan dengan air bersih dan juga sabun sebelum menyentuh mulut, hidung atau makanan.
Begitu juga dengan mereka yang terlibat dalam acara-acara seperti larian marathon, half marathon, fun run, jamboree basikal dan lain-lain juga mesti memastikan kebersihan diri sentiasa berada di tahap tertinggi.
Tidak lupa juga kepada mereka yang sentiasa menggunakan peralatan-peralatan milik awam dan umum seperti segala peralatan di gimnasium, pastikan anda bawa tuala sendiri untuk melapikkan diri anda dengan alatan secara terus (direct contact).
Pastikan sentiasa membawa bersama tuala lapik di gimnasium.Manakala, saya ingin juga menasihati penganjur-penganjur acara sukan peringkat antarabangsa agar, memastikan peserta-peserta daripada luar negara mestikan bebas masalah kesihatan melibatkan coronavirus ini.
Pihak penganjur boleh sahaja mewajibkan peserta-peserta antarabangsa agar mendapatkan 'medical report' daripada klinik awam dan swasta di Malaysia sebelum diterima untuk menyertai acara.
Selain itu, rakan-rakan juga dinasihatkan agar mengelakkan untuk menyertai mana-mana acara sukan yang melibatkan negara-negera yang tersebar dengan coronavirus.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/01/coronavirus-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

Seorang Lagi Pelancong Dari Wuhan Positif Coronavirus Menjadikan Kes Ini Meningkat Kepada 4 Orang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 538 hits
Sumber gambar dari detikNewsNampaknya penularan virus ini begitu cepat sekali dalam masa 24 jam Malaysia telah terima seorang lagi pesakit yang positif dengan virus ini Bukan Malaysia sahaja Singapura juga turut meningkat Namun setakat ini ...
2 Orang Tempatan 2 Warga China Disyaki Coronavirus Ditahan Di Wad Isolasi

2 Orang Tempatan 2 Warga China Disyaki Coronavirus Ditahan Di Wad Isolasi

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 294 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan setakat ini empat individu telah dikuarantin di hospital selepas disyaki dijangkiti coronavirus Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka dua warga tempatan dan d...
3 Warga China Masuk Ke Malaysia Disahkan Positif Koronavirus Kkm

3 Warga China Masuk Ke Malaysia Disahkan Positif Koronavirus Kkm

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 494 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiga warga China yang memasuki negara ini disahkan positif koronavirus Menteri Dzulkefly Ahmad berkata tiga warga China itu masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru itu merupakan ahli keluarga terdeka...
Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

Kes Pertama Koronavirus Di Malaysia Tiga Warga China Kini Di Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 736 hits
Kes pertama koronavirus di Malaysia tiga warga China kini dirawat di Hospital Sungai Buloh Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor disahkan positif koronavirus Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr ...
1 Warga Sleman Meninggal Dunia Akibat Penyakit Leptospirosis

1 Warga Sleman Meninggal Dunia Akibat Penyakit Leptospirosis

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 275 hits
Dinkes Sleman sedang melakukan audit kejelasan pasien yang meninggal
Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

Koronavirus 14 Warga Hubei China Cuba Masuk Malaysia Dihantar Balik Ke Negara Asal

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR Seramai 14 pengunjung dari wilayah Hubei China yang cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjaya dikesan dan dihalang oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Selasa lalu ujar Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muh...
Ramai Warga Singapura Bercuti Di Johor Lari Dari Coronavirus China Suara Tv

Ramai Warga Singapura Bercuti Di Johor Lari Dari Coronavirus China Suara Tv

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 672 hits
JOHOR BAHRU Ramai rakyat Singapura yang bimbang dengan pengumuman Kementerian Kesihatan republik itu mengenai pengesahan kes pertama coronavirus memutuskan untuk menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina di luar negara termasuk ke...
Polis Buru Individu Sebar Berita Palsu Pelancong China Mati Akibat Coronavirus

Polis Buru Individu Sebar Berita Palsu Pelancong China Mati Akibat Coronavirus

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 431 hits
Kebelakangan ini banyak berita palsu disebarkan oleh individu individu tidak bertanggungjawab berhubung penularan wabak coronavirus termasuk di negara ini Salah satu berita palsu tersebut mendakwa kononnya seorang lelaki warga emas dari Chi...
Coronavirus Respon Tun M Kuarantin Rakyat Malaysia Di Pulau Jerejak

Coronavirus Respon Tun M Kuarantin Rakyat Malaysia Di Pulau Jerejak

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 370 hits
Pulau Jerejak di Pulau Pinang tidak akan dijadikan sebagai pusat kuarantin bagi rakyat Malaysia yang bakal dibawa pulang dari Wuhan China susulan penularan wabak koronavirus di wilayah berkenaan kata Perdana Menteri Menurut Tun Dr Mahathir ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo