Ramai Warga Singapura Bercuti Di Johor Lari Dari Coronavirus China Suara Tv



JOHOR BAHRU – Ramai rakyat Singapura yang bimbang dengan pengumuman Kementerian Kesihatan republik itu mengenai pengesahan kes pertama coronavirus, memutuskan untuk menghabiskan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina di luar negara termasuk ke bandar raya ini.
Kes pertama virus baharu itu disahkan malam tadi membabitkan warga emas 66 tahun dari Wuhan, China, yang bercuti ke Singapura. Anak lelaki warga emas itu yang berusia 37 tahun turut disyaki dijangkiti manakala lapan lagi yang sempat masuk Johor, kini dikuarantin di sebuah hotel di sini.
Tinjauan di perkarangan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, mendapati kebanyakan rakyat Singapura yang memasuki negara ini sempena cuti panjang Tahun Baru Cina juga turut memakai penutup hidung dan mulut.
Seorang rakyat Singapura yang mahu dikenali sebagai Stella, 36, berkata ramai rakyat Singapura yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kesihatan negara itu malam tadi memutuskan untuk sama ada bercuti di sini atau negeri lain berhampiran.
“Panik juga kerana sebelum ini hanya China, Jepun dan Amerika Syarikat mengesahkan jangkitan virus ini namun semalam sudah tiba di Singapura.
“Keluarga kami sepatutnya hanya menghabiskan cuti Tahun Baru Cina di Singapura namun mengubah keputusan saat akhir untuk meraikan raya di rumah ibu saudara di Taman Sutera.
“Kami juga sempat membeli penutup hidung dan muka bagi dipakai di kawasan awam bagi mengelakkan risiko mendapat jangkitan coronavirus mahu pun influenza,” katanya ketika ditemui di luar CIQ, hari ini.
Seorang lagi warga Singapura yang mahu dikenali sebagai Albert berkata, keadaan di Singapura terkawal namun ia tidak meredakan kebimbangan rakyat negara itu.
“Bila dapat tahu ada kes coronavirus disahkan di Singapura, saya dan keluarga memang mengeluarkan stok penutup hidung dan mulut yang sudah dibeli awal.
“Kami sangat bimbang kerana virus itu dikatakan mampu tersebar dengan cepat. Bagaimanapun kami harap tiada lagi kes coronavirus di Singapura kerana bimbang untuk mula bekerja semula minggu hadapan,” katanya.
Sila kongsi artikel ini. Terima Kasih!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/01/ramai-warga-singapura-bercuti-di-johor-lari-dari-coronavirus-china-suara-tv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Warga China Positif Virus Wuhan Di Singapura Lapan Di Kuarantin Di Johor Bharu

Tiga Warga China Positif Virus Wuhan Di Singapura Lapan Di Kuarantin Di Johor Bharu

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 593 hits
SINGAPURA Jumlah individu yang disahkan dijangkiti koronavirus di Singapura sehingga hari ini meningkat kepada tiga orang Kementerian Kesihatan Singapura mengumumkan perkara tersebut selepas hasil ujian yang dilakukan terhadap dua individu ...
Singapura Catat Kes Pertama Coronavirus 8 Rakyat China Dikuarantin Di Johor

Singapura Catat Kes Pertama Coronavirus 8 Rakyat China Dikuarantin Di Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 464 hits
Coronavirus semakin menggila Terkini dimaklum Singapura telah mencatat kes pertama di Wuhan Difahamkan pesakit yang dijangkiti itu adalah lelaki berusia 66 tahun berasal dari Wuhan Difahamkan dia dan keluarga telah menaiki penerbangan China...
Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

Jangan Datang Malaysia Please Singapura Sah Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus Rakyat Wuhan Datang Bercuti

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 559 hits
Semalam Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan Menurut CNA Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan Lelaki berusia 66 tahu...
Polis Johor Terima Laporan Kanak Kanak Warga China Dibawa Keluar Hospital

Polis Johor Terima Laporan Kanak Kanak Warga China Dibawa Keluar Hospital

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 869 hits
Polis Johor mengesahkan menerima laporan mengenai seorang kanak kanak lelaki warga China berusia dua tahun yang dibawa keluar dari sebuah hospital di Johor Bahru oleh ibunya pada Jumaat Ibu bapa kanak kanak yang didapati menghidap simptom k...
Agensi Pelancongan Nafi Gambar Tular Adalah Warga China Yang Lari Ke Langkawi

Agensi Pelancongan Nafi Gambar Tular Adalah Warga China Yang Lari Ke Langkawi

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 423 hits
LANGKAWI 26 Jan Sebuah agensi pelancongan menafikan dakwaan kononnya gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan ratusan warga China tiba di pulau ini kerana lari daripada wabak 2019 Novel Koronavirus yang dialami di negara itu Penguru...
2 Orang Tempatan 2 Warga China Disyaki Coronavirus Ditahan Di Wad Isolasi

2 Orang Tempatan 2 Warga China Disyaki Coronavirus Ditahan Di Wad Isolasi

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 335 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan setakat ini empat individu telah dikuarantin di hospital selepas disyaki dijangkiti coronavirus Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka dua warga tempatan dan d...
Singapura Sahkan 2 Lagi Pelancong Warga China Positif Virus Dari Wuhan

Singapura Sahkan 2 Lagi Pelancong Warga China Positif Virus Dari Wuhan

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 414 hits
Dua orang lagi telah disahkan dijangkiti koronavirus di Singapura ini menjadikan jumlah meningkat kepada tiga orang kata Kementerian Kesihatan Kes pertama yang disahkan ialah lelaki berusia 66 tahun dari Wuhan yang bercuti disana Beliau kin...
Selepas Lari Dari Hospital Warga China Cuba Panjat Dinding Cermin Di Lapangan Terbang

Selepas Lari Dari Hospital Warga China Cuba Panjat Dinding Cermin Di Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 661 hits
Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki bertutur hanya dalam bahasa Cina cuba memanjat dinding cermin pengasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor Bahru hari ini Video berdurasi 25 saat itu dimuat naik di akaun Twi...
Pelancong China Berang Dihalang Masuk Ketuk Dan Cuba Panjat Dinding Airport Senai Johor

Pelancong China Berang Dihalang Masuk Ketuk Dan Cuba Panjat Dinding Airport Senai Johor

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 891 hits
Ekoran daripada penularan wabak Coronavirus yang semakin membimbangkan semua laluan pintu masuk negara diperketatkan dengan pemeriksaan kesihatan yang rapi oleh pihak berwajib khasnya kepada pelancong dari negara China Menerusi video yang t...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998