Seorang Lagi Rakyat M Sia Jalani Hukuman Mati Di S Pura Esok




Esok, seorang lagi rakyat Malaysia, Datchinamurthy Kataiah, dijadual menjalani hukuman gantung sampai mati di penjara Singapura.
Ia menyusul selepas pelaksanaan hukuman serupa dijalankan ke atas Nagaenthran Dharmalingam, 34, pagi semalam.
Kedua-dua mereka ditahan, dibicarakan dan dihukum mati atas sebab yang sama: dadah.
Jadual pelaksanaan hukuman ke atas Datchinamurthy itu dimaklumkan melalui sepucuk surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang bertarikh 22 Apr lalu.
Pemuda berusia 36 tahun mendekam di Penjara Changi untuk menunggu nasibnya sejak 2015. Sebelum itu dia ditahan dan didakwa atas tuduhan mengedar 44.9g diamorphine.
Ia merupakan dadah yang diperbuat daripada heroin.
Datchinamurthy ditahan bersama seorang wanita Singapura pada 18 Nov 2011. Tidak seperti Datchinamurthy, wanita terbabit dihukum penjara seumur hidup oleh mahkamah Singapura.
Untuk rekod, republik berkenaan adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang antidadah paling tegas di dunia.
Dalam sepucuk surat yang ditulis teman wanita Datchinamurthy - dan dikongsikan kumpulan Sebaran Kasih - dia bercerita mengenai lawatan kali terakhir dilakukan ke penjara terbabit pada 26 Apr lalu.
“Semuanya terus bermain di fikiran saya: ketawa, jenaka, saat-saat yang menggembirakan. Amat menyedihkan untuk kehilangan seseorang yang kita sayangi dengan cara yang kejam seperti ini.
"Saya seperti tidak percaya apabila kita berbincang mengenai pengebumian kamu.
"Saya harap kamu mendapat kebebasan yang tidak diberikan oleh dunia ini. Saya berharap kamu akan dibebaskan daripada perjuangan antara hidup dan mati. Saya harap kamu akan masuk ke dunia tuhan.
“Hidup di dunia ini sukar - kerja, pendapatan, keluarga, anak-anak dan ibu bapa - ia bukan mudah.
"Jika kamu perlu pergi dahulu, kita akan berjumpa semula apabila tiba masa saya pula," kata surat itu.
Sementara itu dalam kenyataan dikeluarkan, Sebaran Kasih berkata, sukar untuk menerima kenyataan bahawa seorang lagi rakyat Malaysia akan menjalani hukuman mati ketika peristiwa dilalui Nagaentran baru saja berlalu.
“Surat ini akan menjadi surat terakhir kepada Datchinamurthy daripada orang yang disayanginya jika dia dihukum mati pada Jumaat ini.
"Bacalah surat itu untuk memahami dan merasai kesedihan teman wanita Datchinamurthy yang menunggu kematiannya," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2022/04/seorang-lagi-rakyat-msia-jalani-hukuman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Pengadilan Tinggi Jatuhkan Hukuman Mati Pada Predator Anak Di Sukabumi

Hakim Pengadilan Tinggi Jatuhkan Hukuman Mati Pada Predator Anak Di Sukabumi

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 157 hits
Sebelumnya Hendi divonis 15 tahun penjara dan denda Rp250 juta subsidair 3 bulan kurungan oleh hakim Pengadilan Negeri Cibadak Sukabumi Namun Jaksa Penuntut Umum mengajukan banding
Ph Pernah Cuba Ketatkan Sabitan Hukuman Mati Tapi Tak Berjaya

Ph Pernah Cuba Ketatkan Sabitan Hukuman Mati Tapi Tak Berjaya

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 345 hits
PH pernah cuba ketatkan sabitan hukuman mati tapi tak berjayaPosted By on April 28 2022 Hukuman mati ke atas rakyat Malaysia yang didapati bersalah mengedar dadah di Singapura Nagaenthran Dharmalingam yang dilaksanakan pagi ini memberi kese...
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung Ini Apa Yang Perlu Diketahui

Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung Ini Apa Yang Perlu Diketahui

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 196 hits
Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung Ini Apa Yang Perlu Diketahui KES warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada Rabu atas kesalahan menyeludup dadah di Singapura menarik perhatian antarabangsa Pe...
Lebaran 2022 Hukuman Ratu Atut Dan Jaksa Pinangki Dipotong Satu Bulan

Lebaran 2022 Hukuman Ratu Atut Dan Jaksa Pinangki Dipotong Satu Bulan

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 237 hits
Dia merinci dari 236 WBP yang memperoleh remisi Idulfitri itu 15 di antaranya memperoleh remisi khusus I 24 orang remisi khusus satu bulan 174 orang remisi khusus 1 bulan 15 hari 38 orang dan remisi khusus 2 bulan 3 orang
Napiter Aman Abdurrahman Jalani Vaksinasi Booster Di Nusakambangan Begini Potretnya

Napiter Aman Abdurrahman Jalani Vaksinasi Booster Di Nusakambangan Begini Potretnya

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 136 hits
Seperti yang dijalani Aman Abdurrahman alias Oman Rachman alias Abu Sulaiman Pria yang pernah menjadi murid gembong teroris asal Malaysia Noordin M Top ini menjalani vaksinasi booster di Lapas Nusakambangan Kabupaten Cilacap Jawa Tengah
Aksi Militan Palestina Jalani Latihan Anti Israel

Aksi Militan Palestina Jalani Latihan Anti Israel

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 167 hits
Aksi Militan Palestina Jalani Latihan Anti Israel Dalam latihan anti Israel tersebut para pasukan diuji ketangkasannya dengan melewati berbagai rintangan dan menggunakan senjata
Pemimpin Tertentu Umno Perlu Jalani Pantang Pru15

Pemimpin Tertentu Umno Perlu Jalani Pantang Pru15

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 184 hits
Benarkah Umno sudah menemui formula untuk terus mengungguli politik Malaysia pasca PRU15 Rata rata rakan taulan dan juga para pemimpin Umno nampaknya selesa dengan keputusan majlis tertinggi parti itu menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai c...
Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong

Ismail Sabri Pm Boneka Umno Rakyat Jangan Lagi Sokong

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 211 hits
Ismail Sabri PM boneka Umno rakyat jangan lagi sokongPosted By on April 17 2022Kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan tidak akan diteruskan selepas tamat 31...
Ziarah Ke Makam Bung Karno Ganjar Ajak Seluruh Rakyat Indonesia Jaga Persatuan

Ziarah Ke Makam Bung Karno Ganjar Ajak Seluruh Rakyat Indonesia Jaga Persatuan

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 172 hits
Ganjar mengatakan begitu banyak nilai nilai kebangsaan yang diwariskan Bung Karno untuk Indonesia Salah satunya adalah persatuan
Failed Startups To Success

Lirik Lagu Terpaling Puasa Papa Pipi Bell Ngasri

Telefilem Sinar Ramadan

Rasuah Warga Asing Dapat Lesen Penjaja

Me Time Sempena Women S Day

Pengasuh Didakwa Bunuh Kanak Kanak Perempuan Tiga Tahun

Awas Sibutramine Dalam Ubat Kurus Boleh Membunuh

Resipi Almond Cluster Sedap Hanya Guna 2 Bahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nora Danish Berjaya Khatam Al Quran Dalam 10 Hari Baca 50 Muka Surat Sehari

Apa Rahsia Nak Bantu Sapura

Kisah Ramadhan Hujung Minggu Pertama

Lirik Lagu Zapin Raya Haziq Rosebi Ezad Lazim

Europe S Largest Aquarium Installed In London Office Practical Fishkeeping

Buffet Ramadan Mpaj Convention Centre Melawati Bawah Rm100 Berbaloi Dan Sedap