Mercu tanda Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan. Pak Inche memilih untuk menginap di Bukit Bintang, senang katanya nak jalan-jalan, tak payah bawa kereta. Oh ya, lokasi majlis perkahwinan di Ampang, kiranya tak jauh la, sepelaung aje katanya, hahaha
Hotel penginapan kami yang terletak di celah-celah hutan batu KL. Dari celah-celah hutan batu nampak Menara Kuala Lumpur, hahaha. Pernah dulu semasa menghadiri kursus di KL tak silap tahun 1997, Sk dan seorang kawan tersesat sehingga ke Menara KL ni, mujur jumpa jalan pulang, hahaha
Kami stay di Cong Codei. Pak Inche la yang pilih hotel, dia yang bayo, kan. Tapi, macam mana oun dia mintak jugalah pendapat SK, tapi bagilah pendapat macam manapun, dia tetap pilih yang tu. Okeylah kan, dari dia pilih Hotel Ah Tong, hahaha
Ini kali ketiga Sk ke sini, yang best kali ni dorang upgrade penginapan kami dapat bilik premier
Bukan sahaja besar tapi siap ward drobe yang diasingkan bersama bilik air dan tandas. Siap juga dengan kelengkapan lain, selipar tidur pun jenis yang ada kualiti bukannya kain sekeping tu
Nak mandi guna shower boleh, nak guna bathtub pun boleh tapi tak sempat pun nak berendam-rendam ni, malas sebenarnya, lebih baik main handphone, kah kah kah
Malam tu layan Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru
Berbelas-belas tahun, memang inilah American Breakfast di café Cong Codei ni, tak berubah-ubah
Nak makan sikit rugi, nak makan banyak, gemuk, eleh.. memang dah gemuk pun. Makan telur hari-hari pun begitu jugak timbangannya, kah kah kah.. pasghah
Sampai dah rumah kenduri
Amboi.. amboi.. tembamnya pengantin doploh tahun lepas ni, hahaha
Family Sk yang dah sampai lebih awal bersama sepupu sepapat
Balik pengantin kami lepak di hotel, petang tu Pak Inche ajak jalan kaki ke KLCC. Hurmm.. lupa pulak nak ambil gambar kat KLCC, hahaha. Petanggggg tu, Cikwa jemput kami di sana sebab Sk ajak tengok pinggan mangkuk viral yang katanya lelong di Sunway Putra Mall
Pembohong betul, yang lelong tu haaa.. yang dah tak laku, pinggan putih kecik-kecik
Sarapan esok pagi. Haish, memang chef dah sign darah sarapan macam ni kat Cong Codei, hahahaha... hahahahah. Kali ni kita minum soya bean pulak, bunga meja pun warna merah semalam warna pink, hehe. amboiii, ada yang skrol ke atas balik nampak, hahahaha
Lepas check-out, Sk ajak Pak Inche ke Central Market. Orang kata, pinggan viral kat sana, murah, iye ke??? Jom kita tengok. Maka, lalulah depan Kota Raya ni. Teringat dulu-dulu, Angah kerja KL, nanti kami datang naik bas turun Puduraya, terus dibawanya ke sini makan Kenny Rogers, hahaha
Petaling Street... siapa yang pernah beli handbag ke.. apa-apalah kat sini maknanya dia sezaman la dengan SK, hahaha
Sampai pun Central Market, hahaha.. tapi tak jumpa pun pinggan viral??
Murahlah sangattttttttttt, hahahaha. Tokono lagi den
Lepas tu Pak Inche ajak makan Sup Utara kat mana tah, tak jumpa pun kedainya, haha.. sudahnya kami ternampak kedai ni, Kambing hangus??? bolehlahhhhh
Ikan Bakar ada, kambingnya mana? Sowei, tak ambil pulak gambar kambing, hahahaha|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |