Projek River Of Life Kuala Lumpur Antara Terbaik Di Dunia
Kawasan yang bergemerlapan dengan cahaya warna warni di tebing Sungai Klang ini, menjadi fokus kepada projek River Of Life. Satu projek pembangunan semula yang pernah dianggap sebagai projek pemulihan sungai di kota termahal.
Tetapi ia berbaloi. Kerana pertumbuhan perniagaan di tebing sungai ini dengan kafe, pancutan air berteknologi tinggi, laluan basikal dan persembahan koreografi cahaya. Yang mengubah pemandangan di kawasan ini kepada warna kebiruan kobalt.
Projek River of Life Idea PM ke-6
Projek River of Life sepanjang 110km dari pusat bandar Kuala Lumpur sehingga Selat Melaka. Adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur di bawah kerajaan BN ketika itu. Bertujuan untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi satu ikon waterfont atau persisiran sungai yang dinamik dan berdaya huni.
Melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
Sejak dilancarkan pada Julai 2011 oleh mantan Perdana
Menteri ke-6, kita telah dapat menyaksikan perubahan pada wajah Kuala Lumpur.
Lebih bermakna lagi perubahan ini bermula di tempat di mana Kuala Lumpur itu
sendiri bermula. Iaitu di tebing tempat pertemuan Sungai Gombak dan Sungai
Klang, kira-kira 170 tahun dahulu.
Projek River of Life ini bakal mewujudkan 14,000 buah
kediaman bagi 35,000 penghuni dan menjana 27,000 pekerjaan baru. Serta
merancakkan industri pelancongan selepas disiap sepenuhnya pada tahun 2020.
Pembangunan sesuatu kawasan riadah adalah sinonim di
bandar bandar besar di negara maju. Sehingga menjadikan ia satu tarikan atau
ikon kepada bandaraya itu sendiri.
Jika dulu, tempat ini amat tercemar dengan sampah sarap, berbau busuk dan air di sungai-sungai sini berwarna teh tarik. Hari ini ia mendapat sambutan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi dan riadah oleh pelancong luar dan tempatan bersama keluarga.
‘River Of Life Kuala Lumpur’ Tersenarai Sebagai Tempat Terbaik Di Dunia
Baru-baru ini River of Life telah tesenarai antara tempat tebaik di dunia dalam kategori waterfront districts menurut Independent.
Ini merupakan satu perkara yang membanggakan buat
negara kita. Melalui pengiktirafan ini akan menarik lagi pelancong berkunjung
ke Malaysia serta memajukan industri perlancongan kita.
The post Projek River Of Life Kuala Lumpur Antara Terbaik Di Dunia appeared first on AbamFin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cikpinz.com/projek-river-of-life-kuala-lumpur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=projek-river-of-life-kuala-lumpur