Sentuh Isu 3r Polis Siasat Guan Eng


satuberita.myBy Admin
-July 9, 2023
Lim Guan Eng
TIMBALAN Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G. S. Suresh Kumar hari ini mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, siasatan tersebut berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum).

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa laporan polis berkait perkara itu.

“Laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

“Kenyataan itu dipercayai diucapkan beliau semasa berucap dalam program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.

“Pada 8 Julai lalu (semalam), portal berita Malaysianow turut menyiarkan artikel berhubung kenyataan Pengerusi DAP itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini memulakan siasatan terhadap Guan Eng berhubung isu berkenaan.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan, justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya, lapor Berita Harian.

Suresh Kumar menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/sentuh-isu-3rpolis-siasat-guan-eng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan

Kalau Terbukti Guan Eng Pun Main Isu 3r Kerajaan Mesti Berani Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 227 hits
Apabila kerajaan mengeluarkan arahan atau peringatan agar isu berkaitkan 3R tidak dimainkan terutama menjelang PRN akan datang ia sebenarnya bukan saja ditujukan kepada parti atau pemimpin blok pembangkang semata mata Secara umum dan mudah ...
Siasatan Polis Terhadap Guan Eng Bukti Kerajaan Tidak Bersikap Pilih Bulu

Siasatan Polis Terhadap Guan Eng Bukti Kerajaan Tidak Bersikap Pilih Bulu

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 193 hits
Berikutan adanya beberapa laporan polis terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng atas kenyataannya yang mengaitkan gelombang hijau dengan perobohan tokong pihak polis telah memulakan siasatan terhadap beliau Kenyataan Guan Eng itu dianggap menye...
Haji Hadi Kena Siasat Guan Eng Tak Kena Siasat

Haji Hadi Kena Siasat Guan Eng Tak Kena Siasat

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 333 hits
Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang dipercayai menyentuh isu 3R pada Ahad Kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng untuk merobohkan tokong tokong di Pulau Pina...
Pn Buat Laporan Polis Dakwa Guan Eng Racun Minda Pengundi Cina

Pn Buat Laporan Polis Dakwa Guan Eng Racun Minda Pengundi Cina

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 182 hits
Dania Kamal AryfPN hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng ekoran dakwaan dia menuduh gabungan itu akan merobohkan tokong Buddha di Pulau Pinang jika menang dalam PRN kali ini Antara yang hadir di ibu pejabat poli...
Mcmc Akan Siasat Hantaran Diselaraskan Sentuh Kos Sara Hidup

Mcmc Akan Siasat Hantaran Diselaraskan Sentuh Kos Sara Hidup

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 164 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ditugaskan untuk menyiasat hantaran media sosial yang disyaki dibuat secara salinan dan ditularkan Menganggap ia sebagai tindakan yang diselaraskan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil b...
Cops Record Statements From Sanusi Hadi Guan Eng On 3r

Cops Record Statements From Sanusi Hadi Guan Eng On 3r

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 345 hits
Police have recorded statements from caretaker Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor PAS president Abdul Hadi Awang and DAP chairperson Lim Guan Eng over three separate probes related to their alleged remarks touching on race religion ...
Zahid Comes To Guan Eng S Defence Over Viral Report

Zahid Comes To Guan Eng S Defence Over Viral Report

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 289 hits
Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi has come to Lim Guan Eng s defence following a viral report alleging that the latter said Perikatan Nasional would destroy temples in Penang if the coalition were to come to power Zahid who is also t...
Cops Probe Guan Eng For Sedition Over Temple Remark

Cops Probe Guan Eng For Sedition Over Temple Remark

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 266 hits
Police have confirmed receiving several police reports and have initiated investigations against DAP chairperson Lim Guan Eng over allegations that he touched on 3R religion royalty and race issues Bukit Aman Criminal Investigation Departme...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Di Balik Layar Dakwah Yufid

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung