Senoi Praaq Punyai Reputasi Cemerlang


 BH ONLINE
Balu mendiang Koperal Baharuddin Ramli, dari Pasukan Gerak Am (Unit Senoi Praaq), Relow Ko, 48, merenung gambar mendiang suaminya di kompleks perumahan Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam.Baharuddin, 54, terkorban selepas ditembak di sempadan Malaysia-Thailand semalam. FOTO BERNAMA KUALA LUMPUR: Kehandalan, ketangkasan dan kecekapan Orang Asli dalam ilmu perhutanan menjadikan mereka adalah pilihan utama untuk diserapkan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai anggota unit Senoi Praaq, Pasukan Gerakan Am (PGA).
Pasukan berkenaan diasaskan oleh Ketua Jabatan Orang Asli, Richard Noone pada Mei 1956 dengan kekuatan seramai 10 Orang Asli bertujuan menghapuskan ancaman komunis dalam kalangan masyarakat itu.
Kini, unit yang diletakkan di bawah PGA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) itu masih berfungsi mengekalkan keamanan negara, dan menghindari ancaman musuh terutamanya di hutan, di samping terbabit dalam misi mencari dan menyelamat di kawasan itu.
Setelah lebih 60 tahun ditubuhkan, Senoi Praaq kembali menjadi perhatian ramai apabila unit itu turut terbabit dalam misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lalu.
Disyorkan Untuk Anda Kes tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand kali ketiga bulan ini - KPNKerajaan Negeri Sembilan zahir takziah kepada keluarga mendiang BaharuddinKPN, warga PDRM rakam takziah anggota PGA terkorban Unit itu digunakan untuk menjejak dan mengesan remaja berkenaan selain digunakan bagi mengesan pemburu haram yang merosakkan flora dan fauna pada Oktober 2019.
Unit Senoi Praaq dilatih dengan ilmu pertempuran dan taktik serangan pantas menjadikan ia dianggap legenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal hingga ke sempadan negara Thailand.
Selain itu, mereka ini amat pakar dalam mengenal pasti denai-denai di hutan dan mahir mengesan jerangkap samar yang dipasang musuh.
Perkara itu diakui sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang menyebut Senoi Praaq mempunyai reputasi yang cemerlang dan baik serta digeruni dalam kalangan penyeludup di sempadan negara, kerana sifat mereka yang amanah dan berintegriti tinggi semasa menjalankan tugas.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas berhubung insiden di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi semalam, yang menyaksikan salah seorang daripada anggota Senoi Praaq, Kpl Baharuddin Ramli, 54, dari suku kaum Semelai, terkorban, selepas kejadian berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup semasa melakukan tinjauan dan risikan di kawasan berkenaan.
Rakan setugasnya Kpl Norihan a/l Tari cedera parah dalam kejadian itu, dan kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/senoi-praaq-punyai-reputasi-cemerlang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senoi Praaq Digelar Pembunuh Senyap Oleh Cia Pga

Senoi Praaq Digelar Pembunuh Senyap Oleh Cia Pga

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 217 hits
Gelaran Silent Killer diberikan kepada Pasukan Gerakan Am Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat kerana ketangkasan keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh Sarjan Baharuddi...
Senoi Praaq Elite Orang Asli Police Unit With A Proud Record Of Service

Senoi Praaq Elite Orang Asli Police Unit With A Proud Record Of Service

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 237 hits
The prowess agility and efficiency of the Orang Asli in forest knowledge makes the community the ideal choice to be recruited in the Royal Malaysian Police as a member of the General Operations Force The Senio Praaq team was founded by Oran...
Cemerlang Bersama Spurs Adakah United Menyesal Buang Mourinho

Cemerlang Bersama Spurs Adakah United Menyesal Buang Mourinho

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 276 hits
Sekalipun telah dipecat oleh Manchester United tiada siapa yang mampu menafikan reputasi hebat yang dimiliki oleh Jose Mourinho dengan rekod kejuaraan yang dimenanginya sepanjang bergelar pengurus di beberapa kelab Eropah Setahun yang lalu ...
Saya Tak Tahu Apa Benda Tu Ibu Mengigil Ketakutan Nampak Makhluk Punyai Sesungut Keluar Dari Bilik Anaknya

Saya Tak Tahu Apa Benda Tu Ibu Mengigil Ketakutan Nampak Makhluk Punyai Sesungut Keluar Dari Bilik Anaknya

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 523 hits
Viral video di media sosial baru baru ini yang menunjukkan kelibat satu lembaga pelik di pintu salah satu bilik di rumah yang hanya didiami oleh seorang wanita dan bayinya Lapor Daily Star insiden itu dirakam kamera litar tertutup di Milwau...
Alhamdulilah Bajet 2021 Lulus Cemerlang

Alhamdulilah Bajet 2021 Lulus Cemerlang

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 290 hits
Jelas bahawa kerajaan PN melalui Menteri Kewangan mendengar segala keluh kesah rakyat Tidak pernah berlaku semakan atas perbahasan Ahli Dewan Rakyat selama 2 minggu di timbang dan di tambah baik dengan memberikan lebih segala 180 syor setel...
Security Alert Verify Your Metamask Account

Enticing Aroma Of Nasi Lemak Curious Tourists Flock To Sabah S Car Boot Stall

Not All Bail Bonds Are Equal What Makes Rocket Bail Bonds The Smart Choice In Sd

A Beautifully Refreshing Perspective On Proded888

Elite World Ku Adas By Ye Im Kozanl Architecture A Refined Coastal Retreat

Unearthing Derinkuyu The Ancient Underground City Of Cappadocia

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Andansura Kekalahan Tiga Adun Pada Pemilihan Pkr Beri Kelebihan Pn Bentuk Kerajaan Selepas Pru 16


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Did An Editorial Mistake Become A Crime

Modern Living In Moscow By Ariana Ahmad A Fusion Of Art And Function

Beige Apartment In Yekaterinburg By Alexander Tischler A Tranquil Customizable Space

Let Penang Be Your Platform Chow Pitches State As Asean Education Hub With Focus On Ai Green Tech And Chip Design

Sabah Pkr Chief Retains Division Post Predecessor Liew Shown The Door

Do People Have To Reach A Certain Age Before They Actually Accuire Wisdom Or Is It Just A Gift By Nature