Senoi Praaq Digelar Pembunuh Senyap Oleh Cia Pga


Bernama

Gelaran ‘Silent Killer’ (pembunuh senyap) diberikan kepada Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) kerana ketangkasan, keberanian dan kemahiran ilmu hutan mereka yang tinggi selain tidak gentar berdepan musuh.
Sarjan Baharuddin Ramli, 54, yang terkorban dan rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah, selepas berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Selasa, adalah anggota pasukan itu yang merupakan sebahagian daripada Batalion 3 PGA, berpangkalan di Bidor, Perak.
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Supt Rosman Kasman memberitahu Bernama, sejarah gelaran itu bermula apabila Senoi Praaq yang bermaksud ‘Orang Perang’, ditugaskan ke selatan Thailand pada 1960 untuk memujuk lebih 3,000 Orang Asli yang tinggal di sana membantu dalam pemburuan pemimpin komunis Soo Ah Chye di sana.
Beliau berkata pada 1964, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Lt. Kol. R.O.D. Noone yang merupakan pengasas Senoi Praaq, bersama-sama sekumpulan anggota Senoi Praaq telah dihantar ke Pleiku, Vietnam atas permintaan pemimpin negara berkenaan ketika itu bagi melatih kumpulan masyarakat asli di sana.
Mereka diminta melatih cara-cara menentang komunis secara ‘heart and mind’ sebagaimana yang dijalankan dengan jayanya di negara ini semasa melawan komunis ketika darurat, katanya.

"Mereka bertanggungjawab membentuk pasukan Montagnard Scouts di bawah MSP (Mountain Scout Program) kendalian CIA dengan kerjasama BRIAM (British Advisory Mission).
"Di sanalah mereka mendapat gelaran 'The Silent Killer' oleh CIA dan mereka juga pernah digunakan secara rahsia dalam menjalankan misi-misi sulit di Laos," kata Rosman.
Menurutnya, setelah 11 bulan menjalankan misi-misi sulit itu, pasukan Senoi Praaq tersebut pulang ke tanah air dan di sepanjang perjalanan tersebut mereka menggempur musuh.
"Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan balik dan peristiwa itu telah disematkan dalam sebuah buku berjudul Death Waits in the Dark: the Senoi Praaq, Malaysia’s Killer Elite," katanya.
Beliau berkata penubuhan unit elit tersebut pada Mei 1956 oleh Noone dibuat atas arahan pihak British berdasarkan keperluan untuk mengadakan satu kumpulan Orang Asli beroperasi di kawasan hutan pedalaman bagi memenangi hati Orang Asli yang dipercayai terpengaruh oleh propaganda komunis pada ketika itu.

Beliau berkata selain itu, pada 1957, British Army 22 Special Air Service Regiment (SAS) telah memberi pengiktirafan kepada pasukan Senoi Praaq dengan pemakaian 'Beret Merah' atas kejayaan cemerlang unit tersebut dalam setiap operasi membanteras komunis.
Menurutnya, sejak penubuhan unit Senoi Praaq itu, pelbagai kejayaan dilakar dan mereka banyak terlibat dalam pelbagai operasi, antaranya Op Bamboo yang merupakan operasi tertua dilaksanakan oleh pasukan keselamatan negara yang dilancarkan pada Oktober 1959 di Perak dan berakhir pada 2 Dis 1989 susulan pemeteraian perjanjian damai.
"Seperti mana yang kita ketahui, penugasan Op Bamboo bertujuan mengekang pergerakan dan memusnahkan ancaman musuh nombor satu negara ketika itu iaitu komunis. Di sinilah kepakaran Senoi Praaq diperlukan bagi membantu menjejaki komunis-komunis di dalam hutan tebal," katanya.
Sungguhpun ancaman komunis telah berakhir, khidmat Senoi Praaq sentiasa diperlukan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air di sempadan negara selain menyertai misi mencari dan menyelamat orang hilang di hutan.
"Antaranya, pasukan Senoi Praaq ini terlibat dalam misi pencarian seorang remaja perempuan warga Ireland-Perancis, Nora Anne Quoirin yang hilang di Negeri Sembilan pada Ogos tahun lepas, selain digunakan bagi mengesan pemburu haram yang merosakkan flora dan fauna pada Oktober tahun lepas," katanya.- Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/11/senoi-praaq-digelar-pembunuh-senyap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senoi Praaq Punyai Reputasi Cemerlang

Senoi Praaq Punyai Reputasi Cemerlang

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 276 hits
BH ONLINE Balu mendiang Koperal Baharuddin Ramli dari Pasukan Gerak Am Relow Ko 48 merenung gambar mendiang suaminya di kompleks perumahan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am semalam Baharuddin 54 terkorban selepas ditembak di sempadan Malaysia T...
Senoi Praaq Elite Orang Asli Police Unit With A Proud Record Of Service

Senoi Praaq Elite Orang Asli Police Unit With A Proud Record Of Service

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 265 hits
The prowess agility and efficiency of the Orang Asli in forest knowledge makes the community the ideal choice to be recruited in the Royal Malaysian Police as a member of the General Operations Force The Senio Praaq team was founded by Oran...
Filem Yang Dibintangi Oleh Mawar Rashid

Filem Yang Dibintangi Oleh Mawar Rashid

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 1177 hits
Filem yang dibintangi oleh Mawar Rashid Baru baru ini Wan Mawar Shaputri atau lebih dikenali dengan Mawar Rashid telah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH yang ke 33 Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium dan Bu Kasih S...
Part 1 Apakah At Last Melayu Mula Bangkit Pengkhianatan Bos Glc Terhadap Orang Melayu Miskin Oleh Megat Shahrizal Amir

Part 1 Apakah At Last Melayu Mula Bangkit Pengkhianatan Bos Glc Terhadap Orang Melayu Miskin Oleh Megat Shahrizal Amir

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 335 hits
Artikel berikut telah terbit enam bulan sudah ditulis oleh Megat Shahrizal Amir Sejak mula terbit saya telah menerima artikel ini beberapa kali menerusi WhatsApp dan emel Maka saya decide untuk upload dan memberi sedikit komen Komen saya se...
Bubarkan Judi Di Pasar Jibama Polisi Dilempari Batu Oleh Warga

Bubarkan Judi Di Pasar Jibama Polisi Dilempari Batu Oleh Warga

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 280 hits
Pasca dibubarkan permainan judi di pasar tersebut situasi sudah dikendalikan dan aktivitas perekonomian berjalan seperti biasa
Bikin Haru Pemulung Viral Yang Baca Alquran Diangkat Jadi Anak Oleh Syekh Ali Jaber Diajak Umrah

Bikin Haru Pemulung Viral Yang Baca Alquran Diangkat Jadi Anak Oleh Syekh Ali Jaber Diajak Umrah

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 267 hits
Syekh Ali Jaber langsung mendatangi keluarga Akbar untuk meminta izin lalu membawanya ke pesantren
Anak Kerap Sangat Demam Kurus Disebabkan Oleh Antibodi Yang Lemah Ini Puncanya

Anak Kerap Sangat Demam Kurus Disebabkan Oleh Antibodi Yang Lemah Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 351 hits
Kanak kanak kerap demam dan berbadan kurus adakah disebankan oleh antibodi badannya yang lemah Ini punca sebenarnya Ibu bapa sering kali gusar bila kerap mengalami demam dan selesema Kadang kala boleh berlaku hampir setiap bulan Adakah hal ...
Empat Lagi Suspek Kes Tembak Pga Disambung Reman

Empat Lagi Suspek Kes Tembak Pga Disambung Reman

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 239 hits
KANGAR Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden berbalas tembak dengan Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia Thailand minggu lepas dilanjutkan antara enam dan tujuh hari ...
Best Healthy Breakfast Recipe With Eggs

Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah

Jay Idzes Pilih Sassuolo Babak Baru Karier Sang Kapten Venezia

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Bursa Efek Indonesia Kalbar Bidik 100 Galeri Investasi Sekolah Pada 2025

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup

Pertama Kali Makan Nasi Khao Mok Sedap Laparoti

Agar Agar Pandan Gula Melaka 3 Lapis Cantik Ini Resipinya

Bila Yang Tenang Dituduh Ribut