Senjata Politik Ph Bn Adalah Fitnah



Inilah sebabnya sejak menjadi PMX, Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat. Cerita dongeng ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta. NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Bahagian 2
Setelah menumbangkan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob, PRU15 memperlihatkan sikap sebenar Pakatan Harapan yang sebelum ini didewakan sebagai parti yang berprinsip. Sebaliknya, kerajaan gabungan yang dipanggil kerajaan ‘perpaduan’, menunjukkan kehodohan sebenar PH/Anwar Ibrahim yang hanya mahu memegang kuasa dengan bersekongkol dengan UMNO dan melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM.
Anwar dan Zahid menyedari bahawa demi mengukuhkan kedudukan Anwar sebagai PMX, PH memerlukan sokongan orang Melayu yang merupakan hampir 60% pengundi yang akan memilih parti yang menang di mana-mana PRU atau PRN. PH dan UMNO semakin takut bahawa kekuatan BERSATU/Perikatan Nasional semakin kukuh. Ini memungkinkan kejatuhan sekali lagi kerajaan PH.
Rakyat pun telah lihat bahawa kerajaan PH bukanlah kerajaan yang berprinsip. Laungan transparensi, anti-rasuah dan good governance hanyalah slogan kosong. Rakyat melihat seorang pemimpin korup seperti Zahid diangkat menjadi TPM. Rakyat melihat nepotisme Anwar dalam lantikan Nurul Izzah yang kalah dalam PRU-15 sebagai penasihat khas PMX.
1. Peristiwa 1MDB-Goldman Sachs Yang Kerajaan Malaysia Rahsiakan 2. Skandal 1MDB: Senjata Menjatuhkan Kepimpinan Melayu Rakyat melihat jawatan Menteri penting kerajaan dipegang oleh orang yang kalah dalam PRU-15 seperti Zambry Abdul Kadir dan Tengku Zafrul Aziz sebagai Menteri Luar Negeri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Banyak lagi jawatan-jawatan dalam kerajaan dan GLC yang diberikan kepada penyokong tegar Anwar.
Hakikatnya, PMX telah memungkiri semua janji-janji pilihan raya dan manifesto yang diagungkan olehnya sebelum ini. Semua ini menjadikan BERSATU/PN/Muhyiddin lebih popular. Itulah sebabnya semboyan terhadap Gelombang Hijau dilaungkan berterusan untuk menakutkan rakyat Malaysia bahawa jika PN kembali berkuasa, Malaysia akan dipimpin oleh fundamentalis Islam PAS.
Atas ketakutan ini, usaha telah diambil sejak Januari 2023 untuk membunuh karakter Muhyiddin dengan menyamakannya sebagai pemimpin Melayu yang korup seperti mana korupnya pemimpin UMNO kluster Mahkamah. Ini satu plot cerita yang amat mudah untuk memomokkan orang Melayu dan rakyat Malaysia supaya membenci Muhyiddin/BERSATU.
Inilah sebabnya sejak menjadi PMX, Anwar menyebarkan cerita bohong tentang kerajaan PN menyalahgunakan wang rakyat. Cerita dongeng ini bermula dengan jumlah ajaib RM600 bilion kemudian turun kepada RM530 bilion, dan jatuh menjunam kepada RM92.5 bilion, kemudian jatuh merudum lagi ke hanya RM300 juta.
Akhirnya, apabila Muhyiddin ditangkap dan didakwa di Mahkamah, tidak ada pula rasuah RM300 juta dalam akaun peribadinya. Sebaliknya, Muhyiddin dituduh menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan dana politik bagi BERSATU. Naratif ini membolehkan SPRM membekukan dan menyita akaun BERSATU supaya BERSATU lumpuh sama sekali dalam menghadapi 6 PRN yang akan datang. Inilah objektif sebenar tindakan yang diambil terhadap BERSATU dan pemimpinnya.
Pada masa yang sama, legasi Muhyiddin dalam membangunkan semula ekonomi negara pada tahun 2021/22 perlu dihapuskan supaya rakyat Malaysia dan orang Melayu berterusan membenci Muhyiddin. Inilah sebabnya Anwar bergabung dengan Johari Ghani untuk mencemar usaha cemerlang pentadbiran Muhyiddin yang berjaya membawa balik sejumlah besar wang yang dicuri dari 1MDB. Ini akan diceritakan dalam episod yang akan datang.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/04/28/senjata-politik-ph-bn-adalah-fitnah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Curang Itu Adalah Pilihan Bukan Takdir Semata Mata

Curang Itu Adalah Pilihan Bukan Takdir Semata Mata

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 571 hits
Assalamualaikum Kebelakangan ini trend tentang kes curang Maksud curang ialah 1 tidak jujur tidak lurus hati orang orang yg munafik senantiasa berhati 2 tidak setia kpd suami dengan menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain mencurangi 1 me...
Agak Sukar Bertahan Lama Jika Yang Marah Kerajaan Adalah Rakyat

Agak Sukar Bertahan Lama Jika Yang Marah Kerajaan Adalah Rakyat

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 199 hits
Kerajaan Anwar akan kekal lebih lama jika kemajuan dan kebajikan Perlis Kedah Terengganu dan Kelantan yang mempunyai majoriti melayu lebih 90 tidak dinafi dan diabaikan Kaum bukan melayu akan merasa lebih selamat dan terjamin di kerajaan 4 ...
Guru Terbaik Umno Sekarang Adalah Lim Kit Siang

Guru Terbaik Umno Sekarang Adalah Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 255 hits
PENGARUH najib dalam umno sudah terhakis Setia dan tumpuan tertumpu kepada Presiden dan Timbalan Perdana Menteri Di sana ada habuan Jika CADANGAN membina semula umno datang dari Tun Mahathir di anggap sangat alergik Mungkin saranan Lim kit ...
Sambal Khairul Aming Tak Sedap Kata Lelaki Ini Tetapi Netizen Bangkang Tegaskan Rasa Sedap Itu Adalah Subjektif

Sambal Khairul Aming Tak Sedap Kata Lelaki Ini Tetapi Netizen Bangkang Tegaskan Rasa Sedap Itu Adalah Subjektif

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 464 hits
Di bulan Ramadan selain menunggu resepi yang akan dimuat naik oleh Khairul Aming produk makanan keluarannya iaitu Sambal Nyet juga dinantikan oleh peminat peminatnya Baru baru ini pula tular mengenai Sambal Nyet yang habis terjual sebanyak ...
Lepas Aku Nikah Suami Bisik Sesuatu Aku Terkejut Ada Perempuan Tunggu Luar Pejabat Kadi Rupanya Dia Adalah

Lepas Aku Nikah Suami Bisik Sesuatu Aku Terkejut Ada Perempuan Tunggu Luar Pejabat Kadi Rupanya Dia Adalah

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 161 hits
8220 Lepas aku nikah suami bisik sesuatu aku terkejut ada perempuan tunggu luar pejabat kadi rupanya dia adalah 8221 Harini setelah berminggu fikir masak masak dan setelah berbulan makan hati saya telah buat keputusan fail cerrai terhadap s...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat