Curang Itu Adalah Pilihan Bukan Takdir Semata Mata


 


Assalamualaikum
 Kebelakangan ini trend tentang kes curang. Maksud curang ialah 1. tidak jujur, tidak lurus (tulus) hati: orang-orang yg munafik senantiasa berhati ~; 2. tidak setia (khianat) kpd suami (isteri, tunangan dsb) dengan menjalin hubungan cinta dsb dgn orang lain; mencurangi 1. menipu, membohongi, me­ngakali; 2. berlaku tidak setia kepada (suami, isteri dsb): . (Kamus Dewan Edisi Keempat).
 Kejadian curang itu tidak hanya dari sebelah pihak tapi adalah persetujuan dari kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Kalau seorang tidak melayan, maka tidak akan jadi. Curang itu adalah pilihan bukan takdir semata-mata. 
Hakikat manusiawi suka pada kecantikan dan yang kacak. Dimata kita terlihat dia sempurna, dialah mahligai yang kita cari. Dialah pujaan hati. 
Jika dibandingkan dengan pasangan kita, jauh beza bagaikan langit dan bumi.
Hakikatnya dikala kita susah pasangan kitalah selalu ada dengan kita. Tapi harus ingat tiada benda yang dijanjikan ALLAH di dunia ini akan kekal selamanya. Harta, rupa, paras, kesenangan boleh hilang bila-bila masa tetapi seseorang yang setia menemani kita disaat susah dan senang itu yang sebenarnya susah dicari. 
Ingat dikala kita sia-siakan dia lebih ramai lagi yang menanti dia, kerana dia lelaki dan perempuan yang baik. 
Aku sendiri ada pengalaman yang rasanya ramai pengikut blog ini tahu. Perkenalan 10 tahun dihancurkan oleh sahabat sendiri apabila dia memilih untuk curang dibelakang aku. Alasan aku sibuk kerja dan dia kesunyiaan dan paling sedih dapat tangkap berdua dihotel.
Memang perit, memang sedih,ambil waktu yang lama untuk pulih.
Tapi aku yakin ini adalah doa-doa orang yang sayang aku. Doa aku untuk tunjukkan sifat dia yang sebenarnya.
Jika sekarang kamu dalam posisi hubungan terlarang ini, fikir-fikirlah.
Fikirkan suami,
fikirkan isteri,
anak-anak mahupun keluarga.
Buat perkara terlarang memang nampak seronok tapi ingat kesannya Maha Dasyat. 
Benar orang cakap ketika kita ada segalanya kita akan diuji dengan dasyat.
 Harus juga hati-hati bahawa

Allah makbulkan doa orang teraniaya
Tiga perkara yang perlu kita bimbang berlaku ke atas diri apabila terkena doa orang yang kita aniaya, fitnah dan zaliminya. Ini kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan oleh Allah SWT.
Salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas pernah berdoa kepada Allah SWT supaya menimpakan bala kepada Usamah bin Qatadah yang memfitnahnya: “Demi Allah, saya ingin berdoa meminta tiga perkara: ‘Ya Allah, jika hamba-Mu ini berbohong, bangun memfitnah kerana riyak dan inginkan nama, maka panjangkan umurnya, panjangkan kefakirannya dan dedahkan dia dengan bala bencana.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Allah SWT memperkenankan doa Saad bin Abi Waqqas itu. Perawi hadis berkenaan mengatakan, selepas berpuluh tahun, beliau sampai di Kufah. Di sana beliau mendapati di tepi jalan ada seorang lelaki yang cukup tua.
Dikatakan mengenai diri lelaki itu kelopak matanya jatuh manakala bulu mata dan kening semuanya sudah gugur. Dia hidup dalam keadaan sangat terhina duduk di tepi jalan sambil mengangkat tangan untuk meminta sedekah.
Ada anak muda yang seusia dengan cicitnya turut diganggu. Perawi hadis itu bertanya, “Wahai orang tua, sebab apa kamu jadi terhina seperti ini?”
“Sedangkan orang tua sama usia dengan kamu berada di masjid beribadat kepada Allah, tetapi kamu duduk tepi jalan meminta sedekah dan mengganggu anak-anak perempuan seusia dengan cicit kamu.”
Lelaki itu berkata, “Aku jadi begini kerana aku terkena doa orang yang difitnah. Dulu aku memfitnah sahabat Nabi bernama Saad bin Abi Waqqas. Dia berdoa kepada Allah, maka hari ini kamu melihat aku dihina sebegini kerana doa Saad bin Abi Waqqas.”
Riwayat itu membuktikan doa orang yang dizalimi dibenarkan syarak. Justeru, hidup di dunia ini jangan sesekali kita cuba menganiaya orang lain. Malah, Allah SWT sebagai Tuhan pun mengharamkan Dia melakukan kezaliman.
Dalam satu hadis qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai hamba-hamba Aku, sesungguhnya Aku mengharamkan Aku melakukan kezaliman.”
Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Ingatlah, doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa saja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan
 
 







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.akupenghibur.com/2023/04/Curang-itu-adalah-pilihan-bukan-takdir-semata-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Beraya Berempat Datin Elvina Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki Ke 2 Nama Ringkas Jadi Pilihan

Dapat Beraya Berempat Datin Elvina Selamat Lahirkan Cahaya Mata Lelaki Ke 2 Nama Ringkas Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 344 hits
Pelakon Datin Elvina Mohamad selamat melahirkan cahaya mata keduanya di sebuah pusat perubatan di Damansara pada 20 April lalu Walaupun masih belum mendedahkan wajah comel bayinya itu namun dia sudah mengumumkan nama anak lelaki keduanya ia...
Ini Adalah 19 Mou Bernilai Rm170 Billion Yang Ditandatangani Itu

Ini Adalah 19 Mou Bernilai Rm170 Billion Yang Ditandatangani Itu

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 502 hits
Ketiadaan butiran mengenai 19 memorandum persefahaman yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China sewaktu lawatan rasmi Anwar Ibrahim ke Beijing menimbulkan persoalan berkaitan jenis dan nilai sebenar pelaburan yang didakwa dirai...
Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah Sahaja

Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 240 hits
Merancang Harta Bukanlah Semata Mata Hibah SahajaSebagai seorang perunding takaful saya sering menerima soalan berkaitan bagaimana untuk membuat hibah Nak pastikan isteri suami dan anak anak dapat manfaat harta peninggalan mereka Terutamany...
Sambal Khairul Aming Tak Sedap Kata Lelaki Ini Tetapi Netizen Bangkang Tegaskan Rasa Sedap Itu Adalah Subjektif

Sambal Khairul Aming Tak Sedap Kata Lelaki Ini Tetapi Netizen Bangkang Tegaskan Rasa Sedap Itu Adalah Subjektif

papar berkaitan - pada 14/4/2023 - jumlah : 488 hits
Di bulan Ramadan selain menunggu resepi yang akan dimuat naik oleh Khairul Aming produk makanan keluarannya iaitu Sambal Nyet juga dinantikan oleh peminat peminatnya Baru baru ini pula tular mengenai Sambal Nyet yang habis terjual sebanyak ...
2 Minggu Menjelang Hari Raya Ini Item Dari Y O U Beauty Wajib Ada Pilihan Beautifulnara

2 Minggu Menjelang Hari Raya Ini Item Dari Y O U Beauty Wajib Ada Pilihan Beautifulnara

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 167 hits
Fuh lebih kurang 2 minggu lagi sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri kan Sekejap je rasa kita berpuasa Persiapan raya anda macam mana Kami harap tiada lah insiden berebut barang raya di kedai bila buat persiapan last minit Sebut pasal pers...
Drama Segenap Takdir Lakonan Zara Zya Niezam Zaidi

Drama Segenap Takdir Lakonan Zara Zya Niezam Zaidi

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 1563 hits
Tonton drama adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika akan mengisi slot Samarinda TV3 Drama bersiri 15 episod terbitan A Ten Alliance Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eoon Shuhaini Menampilkan pelakon seperti Siti Khadijah Halim Niezam Zai...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi