Drama Terbaru Sekolah Tahfiz Sebagai Pusat Amalan Gay Lgbt Apa Kata Anda
Tahfiz Gay...! Apakah itu yang cuba disampaikan oleh drama #demituhanakubersaksi terbitan Prokuya Studios.
Menurut FB rasmi penerbit ini, drama ini mengisahkan "pengamal LGBT yang belajar di sekolah Tahfiz"!
Tahun lepas kita baru sahaja diusik dengan imej pengganas berserban dalam Polis Evo yang secara sengaja telah mencalarkan imej berserban dan berjubah sebagai ganas dan teroris. Kali ini, sebuah drama yang akan ditayangkan di RTM pula mengaitkan pusat Tahfiz dengan gejala LGBT.
Imej pelajar tahfiz yang berserban dan sering bersama al-Quran akan digambarkan dalam drama ini sebagai kaki liwat dan gangster Tahfiz!
Realistik?
Ya seperti biasa mereka akan beralasan bahawa kes LGBT berlaku di mana sahaja termasuk di Tahfiz. Tetapi jika betul mahu realistik perlu juga dikaji bahawa kes jijik seperti ini telah menjadi perkara normal di sekolah-sekolah kebangsaan hingga tidak menjadi isu lagi. Seingat saya, sejak zaman saya sekolah menengah lagi isu sotong dan kunyit ini telah kedengaran di sekolah-sekolah berasrama.
Atau jika mahu lebih realistik lagi buat sahaja cerita menteri bersemt ! Itu lebih real.
Bagaimana RTM boleh meluluskan tema seperti ini? Ini persoalan yang bermain difikiran saya dan netizen lain. Tetapi lebih mengejutkan, menurut penerbit drama ini, tema ini dicadangkan oleh RTM!
Jika penerbit drama ini bertujuan mengangkat tema LGBT dan memberikan petunjuk kepada golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan, kita sokong. Tetapi berapa peratus LGBT ini lahir di Tahfiz? Atau mereka yang masuk ke Tahfiz dalam keadaan sudah terpalit dengan LGBT?
Tengok dahulu baru kecam?
Alasan selamat produksi seperti ini apabila isu sensitif dibawakan bagi menimbulkan kontroversi dengan harapan ia mampu menaikan jumlah penonton. Jika sudah ditayangkan sudah terlambat untuk dinilai.
Jalan cerita yang baik semata-mata tidak memadai. Ini kerana kuasa visual atau gambaran "bercakap sendiri." Maksudnya, imej negatif pelajar berserban yang jahat, jijik dan kaki kunyit ini yang akan diingati oleh penonton bukan keseluruhan cerita. Damage has been done!
Kenapa Tahfiz dan pengajian Islam dimusuhi?
Media sejak sekian lama, dilihat amat memusuhi apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, dan sekolah Tahfiz dan pondok antara sasaran yang paling digemari. Saya tidak akan pernah lupa bagaimana media arus perdana mengecam dan menjatuhkan kreadibiliti sekolah pondok selepas kebakaran Pondok Pak Ya di Kedah. Perkara yang sama dilakukan oleh media hari ini dalam kes pembunuhan anak-anak Tahfiz yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah kebangsaan!
Demikian apabila terdapat kes dakwaan dera dan liwat di sekolah agama, media tidak tunggu lama untuk menyalak menyalahkan pengusaha dan guru-guru sekolah agama. Seolah-olah semua guru Tahfiz adalah peliwat. Sedangkan yang sebenarnya, Islamlah yang disumbat dalam kandang pesalah tanpa diberikan ruang membela diri.
Cemburu dengan Sekolah Tahfiz?
Memang patut pun jika ada pihak yang cemburu melihat sambutan ibubapa terhadap sekolah-sekolah Tahfiz dan Pondok. Bukan hanya sekolah Tahfiz tubuh bagaikan cendawan selepas hujan, tetapi kebanyakan Tahfiz menerima kemasukan yang melimpah setiap tahun hingga terpaksa menolak. Boleh bayangkan, bagi sekolah Tahfiz yang terkenal, kekosongan pelajar hanya 100 tempat, tetapi yang datang temuduga mencecah seribu!
Malah ibubapa yang menghantar anak-anak ke institusi pengajian Islam pula adalah dalam kalangan terpelajar, pensyarah, ahli perniagaan, dan malah guru-guru sekolah kebangsaan sendiri.
Kalau bukan kita yang bersuara menjaga institusi pengajian agama Islam ini, siapa lagi?
Sumber MORE feed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://adsenseephoto.blogspot.com/2019/08/drama-terbaru-sekolah-tahfiz-sebagai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+pasifincome+(Tronexus)