Senator Nafi Ugut Tok Batin Dan Ini Rakaman Suaranya


Diterbitkan Hari ini 8:31 malam


PRK CAMERON | Senator Bob Manolan Mohamad menafikan beliau mengugut tok batin di Cameron Highlands semasa bertemu mereka hari ini.

Dalam kenyataannya hari ini Bob Manolan berkata apa yang ingin disampaikannya ialah, ketua-ketua masyarakat Orang Asli itu tidak sepatutnya terlibat dengan Umno dan pada masa sama menerima eluan daripada kerajaan pusat.

Bob Manolan yang juga berketurunan Orang Asli berkata tok batin terbabit dilantik oleh menteri melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Justeru katanya adalah logik dan rasional untuk mereka sealiran dengan aspirasi dan dasar kerajaan Pakatan Harapan yang ingin membawa perkhidmatan terbaik dan perhatian khususnya isu masyarakat Orang Asli melalui agensi-agensi terbabit terutamanya Jakoa.

"Dalam keseluruhan kenyataan saya, tidak pernah saya menyatakan amaran atau ugutan yang berbunyi tiada undi tiada bayaran, atau pun no vote, no pay," katanya.

[Nota pengarang: Walaupun Bob Manolan tidak menggunakan perkataan "undi" beliau ada menyatakan pihak yang tidak "menyokong" PH atau kerajaan pusat akan disingkirkan. Sila rujuk rakaman audio dan transkrip di hujung berita ini.]

Malaysiakini juga melaporkan petikan ucapan Bob Manolan yang berkata tok batin dibayar antara RM900 dan RM1,200 oleh kerajaan persekutuan.

Justeru katanya mereka wajar menyokong PH.

Sokong agenda kerajaan

Kenyataan itu dibuat semasa sesi dialog di antara wakil rakyat PH dan 18 tok batin di Pos Betau, sebuah kawasan kubu kuat BN di Cameron Highlands.

Berdasarkan rakaman audio itu Bob Manolan ada menyebut: "Tak sokong, kita buang" dan "mana batin-batin yang tak sokong kerajaan, kita tak bayar gaji dia. Betul! Jangan bayar gaji dia."

Baca Penjelasan tentang isu tok batin Cameron Highlands

Beberapa tok batin yang ditemui Malaysiakini selepas majlis itu menyatakan rasa marah dan kecewa dengan kenyataan Bob Manolan.

Komuniti Orang Asli membentuk 22 peratus daripada lebih 32,000 pengundi berdaftar di Cameron Highlands. Mereka akan mengundi dalam PRK yang diadakan pada 26 Jan ini.

Berdasarkan rekod terdahulu, majoriti pengundi di kawasan tanah tinggi yang terkenal sebagai pusat percutian dan pertanian itu memberikan sokongan kepada BN.

Berikut ialah rakaman dan transkrip ucapan Bob Manolan tersebut:

"Batin dan jugak pengerusi MPKK adalah dibayar oleh kerajaan pusat. Iaitu gaji batin ada yang RM900, ada yang RM1,200 ada yang RM1,000. Bergantung kepada jumlah penduduk, bergantung kepada keluasan kampung.

"Jadi batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat maka itu batin kena sokong Pakatan Harapan.

"Tak sokong, kita buang.

"Mana batin-batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul! Jangan bayar gaji dia.

"Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia?

"Kita mahu pemimpin masyarakat orang asli, pengerusi MPKK mesti menyokong agenda rakyat, eh, agenda kerajaan.

"Kalau mereka tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan sekarang ini, bagaimana kita nak lantik dia jadi pemimpin masyarakat kampung?

"Dasar kerajaan sekarang bukan seperti kerajaan dahulu, kerajaan sekarang pemimpin Orang Asli itu mesti membela nasib anak buah mereka, kebajikan mereka.


"Masalah kampung mesti mereka ketengahkan kepada kerajaan, bukan mengikut kerajaan dulu.

"Angguk-angguk 'yes, yes' semua. Janji duit masuk tiap-tiap bulan. Ini kita tidak boleh terima.

"Sebab itu saya dapat maklumat ada batin yang dalam masa yang sama dia pengerusi ketua cawangan Umno. Pilih antara satu, kalau dia nak jadi batin, letak jawatan sebagai ketua cawangan Umno.

"Kalau dia nak jadi ketua cawangan Umno, letak jawatan batin. Itu saja.

"Jadi yang bayarnya kerajaan pusat dan batin ini adalah tertakluk di bawah Akta 134 dan yang paling penting, ini dalam Akta Orang Asli (Akta 134) batin dilantik oleh menteri.

"Menteri sekarang ini Pakatan Harapan. Ini kena jelas."

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/senator-nafi-ugut-tok-batin-dan-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Ugutan Terhadap Tok Batin Senator Pkr Nafi Anggap Ia Salah Faham Hancing Viral

Kenyataan Ugutan Terhadap Tok Batin Senator Pkr Nafi Anggap Ia Salah Faham Hancing Viral

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 332 hits
Kata senator PKR ini kepada Tok Batin kalau tak sokong PH jangan bayar elaun dia Malah kenyataan itu dianggap angkuh dan sombong serta menunjukkan ugutan yang ketara bagi seorang pemimpin kepada bakal pengundinya Kita bayar gaji dia dia tak...
Pkr Mohon Maaf Kenyataan Senator Ugut Tok Batin

Pkr Mohon Maaf Kenyataan Senator Ugut Tok Batin

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 270 hits
MALAYSIAKININaib Presiden PKR Tian Chua hari ini tampil mewakili PKR memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli susulan kenyataan Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohd Ia berhubung kenyataan senator itu pada 11 Jan lalu yang mencadangkan agar k...
Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

Manogaran Enggan Dikaitkan Dengan Isu Ugut Tok Batin

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 287 hits
dan Astro Awani Manogaran bersama Timbalan Presiden Keadilan Mohamed Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berarak ke Pusat Penamaan Calon SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata 12 Jan 2019 ASTRO AWANI SHAHIR OMARTANAH RATA Calon Pak...
Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 610 hits
Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Taktik Ugut Digunakan PH Calon DAP M Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai Kuih yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Bat...
Read The Law Ec Says After Senator S Kita Buang Orang Asli Tok Batin Comment

Read The Law Ec Says After Senator S Kita Buang Orang Asli Tok Batin Comment

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 354 hits
Nominations for the Cameron Highlands by election will be held on Saturday PETALING JAYA Following a senator s reported remark that Orang Asli village chiefs could lose their salaries or posts if they did not support Putrajaya in the upcomi...
Ugut Tok Batin Zuraida Backup Bob Monalan Hahahaha

Ugut Tok Batin Zuraida Backup Bob Monalan Hahahaha

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 221 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata tiada keperluan untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Dewan Negara Bob Manolan Mohd berhubung cadangan agar gaji tok batin yang tidak menyokong Pakatan Harapan tidak dibayar Sebaliknya kata Zurai...
Politik Ugut Tok Batin Tak Sokong Ph Jangan Bayar Gaji Dia

Politik Ugut Tok Batin Tak Sokong Ph Jangan Bayar Gaji Dia

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 386 hits
PRK Cameron Ketua ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil 26 Jan ini Amaran itu dinyatakan senator PKR Bob Mano...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba