PRK Cameron | Ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil 26 Jan ini.Amaran itu dinyatakan senator PKR, Bob Manolan Mohd pada sesi dialog dengan Tok-tok Batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai pagi ini."Batin ini memang dibayar oleh kerajaan pusat, maka itu Batin kena sokong Pakatan Harapan. Tak sokong kita buang."Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia."Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia," katanya.Bob sendiri berasal dari masyarakat Orang Asli dan mewakili komuniti itu di Dewan Negara.Menurut Bob, pemimpin masyarakat Orang Asli dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kini perlu menyokong agenda kerajaan.Mereka yang hadir dalam majlis itu terdiri daripada ketua-ketua dan wakil daripada 18 perkampungan Orang Asli Semai dari kawasan terbabit.Sebelum ini ketua-ketua kampung Orang Asli dibayar antara RM800 dan RM1,200 berdasarkan jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kampung berkenaan.Bob menjelaskan, kerajaan PH hanya mahukan ketua-ketua kampung yang boleh bekerjasama dengan mereka demi kebaikan rakyat."Kalau mereka tak boleh bekerjasama dengan kerajaan sekarang ini, bagaimana kita nak lantik dia jadi pemimpin masyarakat kampung?|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |