Senarai Website Yang Boleh Jana Pendapatan Online Untuk Tahun 2019


Setiap tahun saya akan buat penyenaraian laman web yang saya yakini mampu untuk memberikan pendapatan tambahan.
 
Bagi meneruskan tradisi tahun-tahun yang lalu, kali ini saya akan kongsikan beberapa laman web yang anda boleh kunjungi jika anda berhasrat untuk buat duit online pada tahun 2019.
 
Saya rasa kat luar sana sebenarnya ada banyak lagi laman web yang boleh dipercayai. Apa yang saya senaraikan disini hanyalah sebahagian sahaja. Kebanyakkan yang saya cerita kat sini adalah laman web yang saya sendiri sertai dan ada pengalaman buat duit dengan mereka.
 
Kalau anda buat perbandingan artikel ini dengan artikel tahun sebelumnya, anda akan dapat lihat ada beberapa laman web yang saya keluarkan dari senarai.
 
Laman web yang saya keluarkan dari senarai tu, sebabnya saya rasa macam buang masa nak layan. Kita buat kerja punyalah banyak, tapi income entah apa-apa.
 
Tak apalah, program macam tu kita boleh lupakan sahaja, dan seterusnya kita fokus pada program lain yang boleh bagi pendapatan yang agak lumayan. Jom perhatikan senarai ini dan lepas tu jangan lupa untuk ambil tindakan ya.
 
(1) Involve Asia Saya mulakan dengan Involve Asia.
 
Involve Asia menyediakan platform untuk kita sertai mereka sebagai ejen affiliate. Pendaftaran sebagai ejen boleh dilakukan melalui pautan ini.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk sertai program ini. Setelah pendaftaran kita diterima, kita akan diberi akses untuk mempromosikan banyak jenama dan syarikat popular dari pelbagai industri.

 
(2) Shopee Terdapat dua cara kalau nak buat duit dengan laman web atau applikasi Shopee.

Cara pertama adalah sebagai penjual, manakala cara yang kedua adalah sebagai ejen affiliate Shopee.
 
Untuk mendaftar sebagai affiliate Shopee, anda perlu sertai melalui Involve Asia.
Baca juga: Program Affiliate Shopee | Cara join beserta bukti pendapatan
 
(3) Lazada Sama seperti Shopee, Lazada adalah satu lagi platform ecommerce yang terkenal di Malaysia.

Kalau nak buat duit dengan Lazada juga ada dua cara. Pertama sebagai penjual dan cara kedua adalah sebagai ejen affiliate. Komisen sebagai ejen affiliate adalah sekitar 2% – 12% dan ia berbeza mengikut kategori produk.
 
Oleh kerana laman web Lazada mempunyai ribuan produk, maka peluang untuk dapat komisen juga agak tinggi, asalkan anda konsisten buat kerja-kerja marketing.
 
Untuk sertai program affiliate Lazada, anda boleh sertai melalui Involve Asia ataupun boleh sertai menerusi laman web Lazada itu sendiri.
 
Andai kata anda nak sertai terus melalui Lazada sendiri, bolehlah ke pautan ini.
 
(4) Klikjer Laman web Klikjer juga menawarkan program affiliate.

Fokus laman web klikjer adalah menghasilkan produk informasi dalam bentuk digital yang mampu untuk membantu pembelinya menjana pendapatan tambahan ataupun sehingga dapat mengubah kehidupan pembeli tersebut.
 
Misalnya kalau sebelum ini individu tersebut adalah seorang peniaga ais krim, dan jualannya biasa-biasa sahaja. Apabila dia baca ebook Bisnes Ais Krim, dia boleh mengetahui bagaimana cara nak dapatkan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan walaupun hanya buat secara part time.
 
Peningkatan dari segi pendapatan ini bukanlah berlaku secara tiba-tiba atau kerana ada unsur magik. Tidak. Ianya disebabkan oleh ilmu yang dikongsikan.
 
Mungkin antara yang perlu diperbaiki adalah
Resipi dan cara pembuatan ais krim Teknik pemasaran Teknik jualan Strategi dapatkan pelanggan Strategi jual banyak produk dalam satu masa  
Selain jadi affiliate, saya juga biasa beli ebook yang dijual oleh klikjer. Ebook terbaru yang saya beli dari klikjer adalah ebook berjudul Bisnes Shopee dan anda boleh baca review ebook tersebut di pautan ini.
 
(5) Visondata Visondata adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan wifi kepada mereka yang nak travel keluar negara.

Sebelum anda meninggalkan Malaysia, boleh langgan dulu perkhidmatan wifi dengan Visondata bagi memastikan anda dapat kekal berhubung dengan yang tersayang.
 
Kalau nak sertai program affiliate Visondata ini, boleh buat pendaftaran di halaman ini. Kemudian cari pautan affiliate program dan seterusnya daftar.
 
Saya suka program ni sebab struktur affiliate komisen yang berbilang tingkat.
 
(6) Adhance.my Program Adhance ini pun bagus juga.

Melalui program ini, kita akan mempromosikan laman web carian kerja yang bernama Maukerja.my
 
Andai kata melalui pemasaran yang kita jalankan, ada pelayar internet yang memohon kerja, dari situ kita akan dapat komisen. Setiap orang yang memohon kerja melalui kita, kita akan dibayar upah sekitar RM0.10 – RM1.00
 
Lagi ramai yang mohon kerja, lagi tinggilah pendapatan yang boleh kita hasilkan. Menurut laman web Adhance ini, kita boleh jana pendapatan sehingga RM5,000 setiap bulan mempromosikan perkhidmatan mereka.
 
Saya tak pernah lagi dapat sebanyak tu. Mungkin sebab saya ni agak pemalas la kot.
 
(7) Bookcafe Ada banyak laman web berkonsepkan ecommerce yang menjual buku di Malaysia.

Tapi sayangnya, bukan semua laman web yang menjual buku tu menawarkan program affiliate. Tapi laman web Bookcafe ni ada tawarkan program affiliate.
 
Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda jenis yang suka membaca, suka buku, bolehlah join program affiliate bookcafe ini dan seterusnya mula buat kerja-kerja rekemen buku apa yang best.
 
Dengan bookcafe ini, kita boleh pilih sama ada nak jadi ejen dropship ataupun nak jadi ejen affiliate. Saya pilih untuk jadi affiliate sahaja, memandangkan saya ada banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.
 
Jika anda minat nak daftar sebagai affiliate, boleh pergi ke halaman ini untuk pendaftaran.
[https://bconline.com.my/friends/]
 
(8) Sistem Jualan PRO Ini program affiliate yang dah agak lama tapi diberikan nafas dan pendekaran baru.

Ketika baru diperkenalkan, program ini cepat mendapat tempat dihati warga internet sebabnya program affiliate Sistem Jualan PRO ini adalah satu-satunya program affiliate yang menawarkan komisen affiliate dua peringkat.
 
Kita boleh pilih sama ada nak fokus buat sales atau dapatkan ejen affiliate dibawah kita sebagai downline. Bila dah ada downline, waktu tu kita akan dapat nikmati pendapatan pasif. Menarik kan?
 
Kalau anda minat nak sertai, bolehlah daftar disini. Tapi ada bayaran untuk jadi ahli, dan untuk pengetahuan anda program affiliate ini hanya dibuka kepada pembeli sahaja.
 
(9) OnPay.my OnPay merupakan sebuah sistem memproses pembayaran yang turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan bagi memudahkan usahawan online menjual lebih banyak produk dengan lebih sistematik.

Ada ramai juga usahawan online di Malaysia yang menggunakan sistem OnPay dalam bisnes yang mereka lakukan.
 
Jika anda ingin jual produk anda sendiri dan tak mahu bergantung kepada laman web ecommerce Lazada mahupun Shopee, bolehlah buat laman web jualan sendiri dan pasangkan dengan sistem memproses tempahan OnPay.
 
Kalau nak buat duit dengan OnPay, kita boleh daftar sebagai ejen affiliate. Untuk pengetahuan, anda boleh layari pautan marketplace bagi melihat senarai produk yang dijual yang menggunakan sistem OnPay.

Setiap produk dimiliki oleh individu yang berbeza. Kalau minat nak jadi affiliate, kena daftar dengan setiap seller secara berasingan.
 
Ada banyak sangat produk dalam marketplace OnPay. Kalau rajin, In Shaa Allah boleh buat banyak duit melalui program ini.
 
(10) OrderSini Konsep OrderSini lebih kurang sama macam OnPay.

Sistem ini lebih kurang macam alternatif bagi OnPay.
 
Dalam sistem OrderSini ini juga ada banyak produk yang best untuk dipromosikan. Kalau minat nak join, bolehlah ke pautan ini.
 
(11) Kumoten Dropship Kali pertama saya dengar nama Kumoten adalah semasa saya ikuti program eRezeki. Saya pun tak tahu apa status program eRezeki sekarang. Walaupun laman web mereka masih ada, namun saya kurang pasti sama ada mereka masih menjalankan sebarang aktiviti.

Pada waktu catatan ini saya tulis, saya masih belum ada sebarang pengalaman menggunakan khidmat dari Kumoten lagi. Namun, saya tetap ada perancangan untuk gunakan Kumoten bagi tujuan bisnes dropship di Shopee.
 
Kalau anda baca laman web Kumoten ini, ada disebutkan disitu betapa mudahnya untuk jual barang di Shopee secara dropship.
 
Kita hanya perlu pilih produk mana yang kita nak jual, kemudian tekan butang sync dan produk tersebut akan muncul di kedai Shopee milik kita secara automatik.
 
Anda boleh ikut tutorial yang disediakan oleh Kumoten tentang cara nak buat proses sync ataupun kalau nak lagi bagus, rujuk la panduan Bisnes Shopee.
 
(12) Jobdirumah Jobdirumah adalah program latihan yang menawarkan kursus kepada individu yang minat nak belajar selok belok dan cara untuk jadi seorang freelancer.

Awal-awal dulu, semasa saya merancang nak bekerja sebagai freelancer, panduan ini adalah salah satu panduan yang saya jadikan sebagai rujukan.
 
Untuk sertai program latihan ini, boleh terus daftar disini. Senang cerita macam ni lah… bila anda dah faham tentang cara kerja seorang freelancer, anda pasti tak ada masa nak duduk termenung dan akan sibuk dengan macam-macam job.
 
(13) Fiverr Fiverr adalah laman web untuk kita jual kemahiran dan servis yang kita ingin tawarkan.

Katakanlah, setelah anda ikuti program latihan Jobdirumah, anda berhasrat untuk menawarkan khidmat pemasangan laman blog menggunakan sistem wordpress dan memberikan premium theme secara percuma, maka salah satu tempat untuk dapatkan pelanggan adalah di Fiverr.
 
Ini dia laman web fiverr https://www.fiverr.com/
 
(14) Google Adsense Program Google Adsense adalah dalam kategori program pengiklanan.

Sebelum ini saya tak dibenarkan untuk siarkan iklan adsense di blog milik saya sebab dulu pernah kena banned. Tapi lepas tu saya daftar balik menggunakan akaun orang lain, dan sekarang blog saya dah mula menyiarkan iklan Google Adsense.
 
Pendapatan dari program pengiklanan bergantung kepada banyak faktor. Antaranya
Berapa banyak klik pada iklan Berapa ramai yang tengok iklan Berapa lama masa yang orang luangkan untuk tengok iklan  
Melalui program Google Adsense, saya boleh dapat sekitar USD2 – USD5 setiap hari. Jumlah ini memang tak begitu besar, boleh jadi disebabkan trafik blog yang tak begitu besar. (Ya, saya kena usaha dengan lebih gigih)
 
Berita baik tentang Adsense ni ialah, pendapatan dari program ini boleh digabung dengan pengiklanan di Youtube dan juga iklan di Applikasi.
 
Menurut saudara Yuzairi, beliau boleh dapat income sehingga USD100 (atau bersamaan dengan RM400) dalam masa sehari melalui apps android yang beliau hasilkan.

Memang hebat dan rasa macam tak masuk akal bila difikir-fikirkan. Tapi percayalah, memang itulah hakikatnya.
 
Syarat untuk dapat bayaran dari Adsense ialah income terkumpul perlu capai USD100 dalam masa sebulan. Bayaran akan dibuat terus ke akaun bank. Andai kata anda nak belajar lagi tips dan trik adsense, muat turun panduan ni ya.
 
(15) Travel Ads Network Ini pun program jenis pengiklanan.

Saya tahu tentang program ini sebab ada wakil dari syarikat ini yang hantar emel pada saya. Kerjanya tak susah mana pun.
 
Saya hanya perlu siarkan iklan dari syarikat ini, dan jika terdapat jualan hasil daripada kerja-kerja penyiaran iklan tersebut, saya akan dapat komisen.
 
Oleh sebab dalam blog ni, kadang-kadang saya akan tulis tentang topik travel, jadi bolehlah sesuaikan topik tersebut dengan iklan-iklan dari program ini.
 
Itu sahaja yang saya boleh syorkan.
 
Kadang-kadang saya ada masalah terlupa yang saya pernah join program buat duit. Lepas tu mulalah terkejut bila tiba-tiba dapat bayaran komisen.
 
Saya sendiri tak perasan! Rupa-rupanya artikel yang saya pernah tulis untuk mempromosikan produk-produk yang dipasarkan melalui program affiliate telah menghasilkan jualan.
 
Baiklah, dalam posting ini saya telah kongsikan kepada anda semua 15 program buat duit.
 
Andaikan anda berjaya dapat RM100 dari setiap program setiap bulan. Bermakna dalam sebulan anda akan miliki sebanyak RM1,500 pendapatan tambahan.
 
Ok… mungkin anda rasa RM1,500 macam terlalu sukar untuk dicapai. Mungkin sebab anda masih agak baru dan tak tahu bagaimana nak bermula. Tak apa saya faham semua tu.
 
Tapi how about RM100 per month? Saya rasa jumlah itu tidak terlalu tinggi dan memang tak mustahil untuk dicapai. Anda pilihlah sama ada nak buat semua, atau nak fokus beberapa program sahaja.
 
Semoga berjaya, dan jangan lupa untuk ambil tindakan!
 
Knowledge without any action is just about the same as not knowing anything…
 
The post Senarai website yang boleh jana pendapatan online untuk tahun 2019 appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/senarai-website-jana-pendapatan-online-2019/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Aktiviti Menarik Yang Anda Tidak Boleh Ketinggalan Untuk Tahun 2019

10 Aktiviti Menarik Yang Anda Tidak Boleh Ketinggalan Untuk Tahun 2019

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 738 hits
Jeju adalah tempat yang kami suka dan tidak keberatan akan kembali lagi dan lagi Pemandangan sangat indah kelajuan kehidupan lebih perlahan dan ia adalah cara terbaik untuk melarikan diri dari kesibukan dan kehidupan kota Pasti aka nada ses...
Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate E Book Zero To Hero Dari Dato Aliff Syukri

Jana Pendapatan Online Melalui Affiliate E Book Zero To Hero Dari Dato Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 506 hits
Kalau sebut nama Dato Aliff Syukri sure ramai yang kenal kan Seorang usahawan kosmetik yang telah berjaya membina empayar beliau sendiri Mempunyai sikap yang suka buat lawak sinis sehingga menjadi viral di media sosial Majoriti penuh dengan...
Ibu Terkejut Macam Mana Lintah Boleh Masuk Pampers Anak Berusia 4 Tahun

Ibu Terkejut Macam Mana Lintah Boleh Masuk Pampers Anak Berusia 4 Tahun

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 607 hits
Biasalah kalau musim musim sejuk dan hujan ni banyak serangga dan haiwan yang merayap keluar dari kawasan persembunyian masing masing Paling admin geli serangga macam lipas dan lintah Euw Apa apapun ibu bapa kat luar sana eloklah korang ber...
Alphabet Membukukan Pendapatan Rp 543 6 Triliun Pada Kuartal Ii 2019

Alphabet Membukukan Pendapatan Rp 543 6 Triliun Pada Kuartal Ii 2019

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 217 hits
Induk usaha Google Alphabet membukukan pendapatan USD 38 9 miliar atau berkisar Rp 543 6 triliun pada kuartal II 2019
Inovasi Dan Produk Baru Kerek Pendapatan Bfi Finance Jadi Rp 2 5 T Di Semester 1 2019

Inovasi Dan Produk Baru Kerek Pendapatan Bfi Finance Jadi Rp 2 5 T Di Semester 1 2019

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 196 hits
Perusahaan tetap mendorong pertumbuhan bisnis untuk menjawab beragam tantangan tersebut dengan membukukan piutang pembiayaan neto Rp 16 4 triliun serta mencatat total aset senilai Rp 18 3 triliun di semester pertama 2019
Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

Pihak Berkuasa Kesihatan P Pinang Arah Tutup 120 Kedai Makan Sejak Awal Tahun 2019 Ini

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 373 hits
Sebut pasal negeri Pulau Pinang semua orang tahu itu negeri yang terkenal dengan kelebihan dari segi makanannya yang sangat sedap Saya sebagai orang Pulau Pinang mungkin ada sedikit perasaan syok sendiri Siapa lagi nak banggakan dengan kele...
Selamat Cuti Hari Sarawak Banyak Cuti Hari Minggu Yang Panjang Tahun 2019

Selamat Cuti Hari Sarawak Banyak Cuti Hari Minggu Yang Panjang Tahun 2019

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 672 hits
Salam Isnin Cuti hari Isnin ni jadi kita pergi bercuti selama 3 hari Tahun 2019 ni agak banyak juga cuti weekend yang panjang di Sarawak hehe Jadi kita manfaatkannya untuk bercuti dan merehatkan minda Untung la orang bekerja di Sarawak Dan ...
10 Sertifikat Online Yang Bisa Dilampirkan Ke Cv Buat Cari Kerja Tinggal Buka Website Saja

10 Sertifikat Online Yang Bisa Dilampirkan Ke Cv Buat Cari Kerja Tinggal Buka Website Saja

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 324 hits
Nggak perlu datang ke seminar atau ikut kursus sampai luar kota lagi untuk dapat sertifikat
Senarai Rasmi Pemain Manchester United 2019 2020

Senarai Rasmi Pemain Manchester United 2019 2020

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 553 hits
Senarai Rasmi Pemain Manchester United 2019 2020 BILAKAH tarikh perlawanan Liga Perdana Inggeris EPL musim 2019 2020 bakal membuka tirai Musim perpindahan pemain EPL untuk fasa pertama bakal dibuka pada 5 Jun 2019 Musim perpindahan pemain i...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip