Senarai Sekolah Menengah Agama Di Kuantan Pahang


Sedang mencari maklumat mengenai Sekolah Menengah Agama di Kuantan? Anda sedang berada di artikel yang tepat.
Syukur alhamdulillah, diberikan rezeki tinggal di negeri pantai timur iaitu Pahang Darul Makmur. Walaupun adakalanya kurang rasi tinggal di sini namun ada banyak kelebihan yang saya suka dan antaranya ialah pendidikan Islam di sini terjaga dan begitu memberangsangkan sekali! Masya Allah. 
Baiklah, saya doakan ya agar di mana sahaja anda berada, anda dan keluarga berada dibawah perlindungan Allah swt. Dikurniakan anak-anak yang berakhlak tinggi, sopan dan tahu buruk dan baik setiap perbuatan mereka insya Allah. Kita minta Allah jaga baik-baik. 
Bolehlah ibu-ibu dan bapa-bapa mula merancang nak masukkan anak ke sekolah agama yang mana nanti dan bagaimana caranya.


Apa Itu Sekolah Agama?Sekolah Agama bermaksud mana-mana tempat yang digunakan bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran agama Islam sama ada secara fizikal atau secara dalam talian (maya), di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, tahfiz dan pondok. Ia ditubuh dan ditadbir urus oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) atau individu secara perseorangan atau berkumpulan, atau pertubuhan atau syarikat. Institusi ini berdaftar dengan PBAN dan bukan berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa.
Baca juga : Niat Ganti Puasa & Soal Jawab Tentang Puasa Ganti
Beza Sekolah Menengah Agama (SMA/SMKA) VS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasti ramai ibu bapa yang tertanya apakah perbezaan antara Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terdapat di Malaysia.  Secara asasnya, aliran agama di Sekolah Menengah di bawah KPM mempunyai 3 pilihan iaitu SMKA, SABK (SAM/SMA) & KAA.  
5 Perbezaan SMKA Berbanding SMK ialah :-
1. Pelajaran subjek Bahasa Arab
Walaupun anak-anak sudah mula belajar subjek Bahasa Arab di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan, tetapi apabila masuk ke tingkatan 1, mereka sudah tidak sambung belajar lagi. Oleh itu, peluang untuk memahirkan diri dalam subjek Arab perlu diteruskan dengan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. 
2. Menggantikan Subjek Pendidikan Islam kepada (Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah)
Subjek Pendidikan Islam pula dipecahkan lagi kepada bahagian yang lebih khusus iaitu Pendidikan Al Quran & Sunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Dengan mempelajari subjek PQS dan PSI, pelajar akan dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam seterusnya menjana individu cemerlang dan kuat pegangan agama berasaskan nilai-nilai Islam. 
3. Pemantapan Sahsiah Dini & Biah Solehah
Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), persekitaran yang diterapkan di sekolah berteraskan landasan agama yang berbentuk Islamik. Antara amalan yang diterapkan bagi SMKA adalah kewajipan solat berjemaah, amalan mathurat dan doa haikal pagi dan petang, bacaan almulk, as sajadah, al waqiah bergilir setiap malam, bacaan al Kahfi pada hari Jumaat, sistem Usrah bagi setiap pelajar, qiamullail, tazkirah maghrib, kuliah agama dan sebagainya bagi pemantapan rohani. Proses mentarbiahkan pelajar untuk membentuk akhlak yang baik memerlukan usaha yang berterusan serta membuat latihan amali supaya dapat membiasakan diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi segala sifat yang terkeji. Suasana persekitaran fizikal di sekelilingnya yang berbentuk Islamik yang akhirnya akan menjadi satu budaya yang sebati dalam jiwa dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar.
4. Ilmu Agama dan Akademik yang Seimbang
Selain subujek agama, SMKA juga menitikberatkan keseimbangan dari segi akademik. mereka mempunyai kelas-kelas intensif bagi meningkatkan prestasi pelajar di sekolah. Hal ini seiring dengan matlamat SMKA bagi membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi, memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara.
5. Peluang Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)
Kelebihan utama bagi pelajar SMKA ialah mereka mempunyai peluang untuk memasuki kelas KKQ. Kelas ini amatlah digalakkan kepada pelajar bagi memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran dalam kalangan murid-murid yang mengikuti kelas berkenaan dari aspek kemahiran Taranum, Hafazan, Tajwid,Ulum Al-Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat Al-Sab’ie.
6. Disediakan Pilihan Asrama
Bagi pelajar yang menuntut di SMKA, mereka disediakan penginapan di asrama. Majoriti pelajar akan tinggal di asrama dan menjalani rutin harian yang ditetapkan oleh sekolah. Ini adalah satu kelebihan bagi para pelajar di SMKA kerana pelbagai aktiviti kerohanian dapat dijalankan dengan lancara apabila semua perlajar tinggal di asrama. Semua pelajar tidak terkecuali untuk mengikuti segala program dan modul yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Program pembangunan dan kecemerlangan sahsiah merupakan di antara program utama yang dapat merealisasikan objektif pembentukan pelajar SMKA yang bersahsiah tinggi, beriman dan bertaqwa. Program ilmu yang dilaksanakan di asrama seperti kuliah Maghrib, tazkirah dan majlis bacaan kitab dapat dilaksanakan secara mingguan atau bulanan di asrama dengan lancar.
5 Keistimewaan Sekolah Menengah Aliran Agama (SMKA/ SMA/ SABK/ KAA)
Berusaha mengamalkan budaya hidup IslamBanyak peluang melanjutkan pelajaranMenguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-QuranPotensi menjadi tenaga pakar yang faham IslamLahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab
Baca juga : Panduan Lengkap Solat Hajat Serta Cara Buat Solat Hajat Jemput Rezeki
Beza Silibus Sekolah Menengah Agama (SMA) VS Sekolah Menengah Agama Aliran Tahfiz Sekolah menengah agama bukanlah sekolah yang menghasilkan pelajar tahfiz iaitu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Tetapi usah bimbang, di SMA anak anda tetap ada silibus tahfiz iaitu sebanyak 15 juzuk, di mana pada setiap tahun mereka perlu menghafaz 3 juzuk sahaja. TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional dari golongan pelajar hafiz dan hafizah. 
Sistem pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama & Sekolah Menengah Agama AliranTahfiz terdiri daripada 3 silibus (manhaj) :
i. Silibus Akademik 10@11 subjek (SPM) (kurikulum kebangsaan - KPM)ii. Silibus KBD (Kurikulum Bersepadu Dini) 3 subjek Men. Rendah & 5 subjek Menengah Atas ( bgai kelas Dini Tulen) menggunakan bahasa Arab sepenuhnya
Menengah Rendah- Tafsir- Hadith- Tauhid- Fiqah- Sirah- Tajwid
Menengah Atas- Lughah Arabiah Muassirah- Al-Syariah Islamiah- Usul Al-Din- Manahij Ulum Islamiah (KBD DINI AGAMA)- Adab wa Balaghah (KBD DINI AGAMA)
iii. Silibus Tahfiz (SMKA - 15 Juzuk, Tahfiz - 30 Juzuk)
*Matapelajaran teras kurikulum kebangsaan turut dilaksanakan (B. Melayu, B. Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, P. Jasmani, P. Seni Visual, Reka Bentuk Teknologi)
**Bagi matapelajaran sains tulen, biologi, fizik dan kimia atau sains fizikal tidak semua ada di sekolah menengah agama, pastikan anda semak dahulu dengan sekolah tersebut sebelum mendaftarkan anak-anak anda

Maksud SMKA, SMA, SABK, KAA
Terdapat empat jenis sekolah agama di peringkat menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Agama Bantuan Kebangsaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA). Kesemua ini adalah aliran agama, bezanya ialah dari sekolah kerajaan, negeri atau harian, contohnya KAA ialah kelas agama di sekolah menengah kebangsaan. 
Senarai Sekolah Menengah Agama di Kuantan, PahangMari lihat senarai sekolah Menengah Agama yang ada di Kuantan. Saya akan senaraikan senarai lengkap untuk membantu anda semua memilih yang manakah terbaik buat anak anda. Ingat ya, masukkan anak ke sekolah mana-mana pun, jika anak tidak minat atau suka, ianya hanya sia-sia. Bertanyalah dahulu kepada anak jika mereka berminat dan boleh bawa subjek-subjek aliran agama

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tiada sekolah menengah kebangsaan agama di daerah Kuantan, tetapi anda boleh mencuba di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan

Senarai Sekolah Menengah Agama (SMA)


Sekolah Menengah Agama mengikut negeri masing-masing. Di Pahang, sekolah agama ini dikenali sebagai SMAN (Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang). Syarat kemasukan adalah ibu atau bapa lahir di Pahang atau anak lahir di negeri Pahang, atau telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun. 


Sekolah Menengah Agama Al- Ihsan

Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan atau nama ringkasnya SMA Al-Ihsan, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kuantan, Pahang. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan ialah sebuah sekolah menengah agama berprestasi tinggi di kuantan. Juga boleh dikatakan sekolah agama kluster kecemerlangan di Pahang ni, setiap tahun permohonan adalah melebihi 1,000 pelajar. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan mempunyai asrama dan mengutamakan pelajar yang duduk jauh, manakala pelajar yang tinggal di Kuantan boleh berulang-alik setiap hari. 
Senarai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Agama dan Kelas Aliran Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan. Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004

Senarai Sekolah Menengah Bantuan Agama Kuantan:- 
1. SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAARIFFELDA BUKIT GOH, 26050 KUANTAN, PAHANGNombor Telefon : 09-5476151Nombor Faks : 09-5476170Kod Sekolah : CFT4001
2. MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL BASRIYAHLOT 116, KG PELINDUNG, BESERAH, 26100 KUANTANNombor Telefon : 09-5445951Nombor Faks : 09-5445951Kod Sekolah : CFT4002
Nak tahu lebih lanjut mengenai SABK? Baca sini : https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-agama-bantuan-kerajaan-sabk
Kelas Aliran Agama (KAA) Tujuan KAA ini adalah bagi meraikan pelajar yang tidak dapat memasuki mana-mana SMKA, SMA atau SABK. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan tetapi berada dalam aliran agama. Permohonan harus dibuat pada akhir darjah 6 melalui PPD. 
Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan KAA yang ada di Kuantan:- 
1. SMK TENGKU AMPUAN AFZAN2. SMK BUKIT GOH3. SMK BUKIT RANGIN 4. SMK PAYA BESAR5. SMK PELABUHAN6. SMK SUNGAI ISAP MURNI7. SMK TG PANGLIMA PERANG TG MUHAMMAD
Sekolah Menengah Agama Swasta

Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad
Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) ialah sebuah sekolah menengah agama Islam di Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan lanjutan dan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad (SRAI)

Baca juga: Solat Witir: Panduan Lengkap Niat, Cara dan Doa Dengan Solat Witir Dari Awal Sampai Habis
Senarai Sekolah TahfizSekolah berprestij cemerlang dan bangganya apabila Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mendapatkan tempat ke empat sekolah terbaik di Malaysia pada keputusan SPM 2022, GPS 1.20. Masya Allah. 



MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANGKAMPUS MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26600 KUANTAN26600 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 09-5343333Nombor Faks : 09-5343000Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ NEGERI (MENENGAH)Kod Sekolah : CXC4001** Sekolah ini khas untuk anak negeri Pahang sahaja.
Syarat-Syarat Kelayakan Memohon
Program Tajaan Penuh Daripada Yayasan PahangPermohonan hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri PahangBerumur tidak melebihi 13 tahunMemperoleh sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-QuranMemiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badanLulus dalam sesi temudugaPendapatan isi rumah RM8000 ke bawah

MADRASAH UMAMAH HALIMILOT 3/790, KAMPUNG RUMBIA BESERAH26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 09-5444771Nombor Faks : 09-5444771Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZF4001

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN PENGKALAN DAMARLOT 654 JALAN SEK KEB SG KARANG DARAT26060 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 09-5441971 / 012-9607857 / 013-9566788Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4005

AL-MADRASAH AL-ALAMIYYAHNO 28 LORONG SRI DAMAI 525150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 010-5793972Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4006

MADRASATU SAYYIDIL MURSALIN WA UMMUL MUKMININD202B, BUKIT SETONGKOL25200 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 09-5137554Nombor Faks : 09-5135326Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4018

PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ RIBAT AZ-ZAHRAPUSAT PENGAJIAN TAHFIZ RIBAT AZ-ZAHRA 1/1388 KAMPUNG SUNGAI KARANG PANTAI26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 019-9195929Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4020

MAAHAD TAHFIZ MUHAMMADILOT 15484 JALAN PINTAS BUKIT RANGIN25150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 013-4673494Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4021

MADRASAH TAHFIZ ANWARUL TANZIL AL-OTHMANIAHSURAU OTHMANIAH, SIMPANG 3, TANJUNG PASIR, R.T.P BUKIT GOH26050 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 148373223Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4022

MADRASAH AL-QURAN QURATUL AIN LIL BANATNO. 12, JALAN KS 3/7, KOTA SULTAN AHMAD SHAH25200 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 199510161Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4023

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN IBTIDA AD-DINIYYAHNO. 16, BANDAR INDERA MAHKOTA25200 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 129522957Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4024

MADRASAH AL-QURAN DARUL MUKHLASINNO. 317, LORONG CEMPAKA KG SRI MAHKOTA BT 12, JALAN GAMBANG,26070 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 011-10930014Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4025

MAAHAD TAHFIZ ZAID BIN TSABITNO. 1, LORONG 2/79 BANDAR INDERA MAHKOTA 225200 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 014-3675171Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4026

TAHFIZ IBNU SOLEHNO. 4/708 & 5/708 JALAN TENGAH, KG SG KARANG DARAT26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 019-9829978Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)Kod Sekolah : CZH4027
SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD TANJUNG LUMPURNO B24, BANGUNAN KEDAI ASTAKA VILLAGE, TAMAN ASTAKA VILLAGE25150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 017-9333136Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CYR4006

MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN FATHUL ULOOMKUARTERS GURU 2 MASJID MAT KILAU BATU 5 JLN GAMBANG25150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 019-9204608Nombor Faks : 017-9122869Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4003

AKADEMI TAHFIZ INDERA MAHKOTANO A-45 TINGKAT 1, JALAN IM 7/16, INDERA MAHKOTA,25200 KUANTAN25200 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 09-5730812 /017-9145633Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4008

MADRASAH ASYRAFUL MADARISLOT 1581, KG PAYA BUKIT GELUGOR, BATU HITAM BESERAH26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 09-5444346Nombor Faks : 09-5444346Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4009

MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QURAN (MABIQ)LOT 29738, KG PERAMU, TANJUNG LUMPUR26060 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 011-51968963Nombor Faks : 09-5341639Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4010

MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL-BASRIYAH HJH MAIMUNAHLOT 1/1717 KM 6 JLAN BESERAH,BESERAH26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 017-9166334Nombor Faks : 09-5444346Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4013

MADRASAH DIRASATID DEENIYYAH WA TARBIYAH LIL BANATNO 47 JLN KEMPADANG PERDANA 2, JALAN PANTAI SEPAT25150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 95342654Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4014

AKADEMI TAHFIZ AL-AMEEN ASPA COTTAGENO.17 JALAN DESA ASPA, ASPA COTTAGE26510 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 013-9207335Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4016

SMART TAHFIZNO 1-12 LORONG BANDAR PUTRA 3/5, 3/6 TAMAN PASDEC PUTRA, JALAN TANJUNG LUMPUR, BANDAR PUTRA PUTRA,26060 KUANTAN26060 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 019 989 3175Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4017

TAHFIZ DARUL QURAN DHIYAUDDINNO.1 BANDAR BARU CHENDOR, 26080 KUANTAN, PAHANG26080 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 013-9378118Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4018

MADRASATUL QURAN SIRAJUL MUKHLASINNO. 2, LORONG 15, PERATANG BADAK JAYA25150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 148215334Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4019

DAR AISHAH LI TAHFIZIL QURAN QISMUL BANAATNO 2. JALAN TENGAH SUNGAI KARANG26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 014-5026534Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4020

MADRASAH HUFFAZ AL-MUNIRAHLOT 703C, KG SUNGAI KARANG DARAT26100 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 019-9322482Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4021

MAAHAD TAHFIZ AL-HAJJPERMATANG BADAK25150 KUANTANPAHANGNombor Telefon : 019-9335354Nombor Faks : TIADAJenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)Kod Sekolah : CZG4022

Syarat Kemasukan SMA PahangRupanya untuk masuk ke Sekolah Menengah Agama ini perlu lalui proses permohonan, keputusan Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) adalah sangat penting dan wajib diambil oleh semua pelajar yang ingin masuk ke sekolah aliran agama. Tidak kiralah SMKA, SMAN, SABK atau KAA, anda perlu memiliki sijil keputusan yang memuaskan dan cemerlang. Malah, lain sekolah lain aras penerimaannya. Selain itu, pastikan semasa di darjah 6, anak-anak ini fokus untuk mendapatkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang-kurangnya gred 5. Cemerlang dalam Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.


PenutupTiada seorang ibu bapa pun mahukan yang tidak baik untuk anak-anak, tidak kira apa jua bidang yang anak ingin ceburi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong dan mendokong keputusan mereka selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syarak. Namun bagaimana pula, jika kita sebagai ibu bapa memberikan dorongan untuk anak dalami ilmu agama sambil meneruskan matapelajaran akademik yang mereka minati?
Mata pelajaran aliran agama tidak mudah, banyak dan memerlukan tumpuan yang tinggi kerana ia jauh berbeza dengan subjek di sekolah menengah kebangsaan. Disiplin dan cinta terhadap Al Quran dan bina sahsiah diri sebagai Muslim adalah tonggak kejayaan anak-anak ini. Jika kita mahukan anak-anak berada di aliran agama, maka kita juga harus berusaha selari dengan mereka. Kita impikan syurga buat anak-anak, maka role model tetap adalah ibu bapa kan? 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/09/sekolah-menengah-agama-kuantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Keletihan Balik Dari Kuantan Pahang

Masih Keletihan Balik Dari Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 297 hits
MASIH KELETIHAN BALIK DARI KUANTAN PAHANG Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi SELAMAT SAMPAI HOME SWEET HOME Syukur Alhamdulillah Selepas 6 tahun Ke Kuantan semula Lama sungguh la Allahuakbar ...
Berapa Gaji Permulaan Guru Benarkah Gaji Guru Sekolah Menengah Jauh Lagi Banyak Dari Guru Sekolah Rendah

Berapa Gaji Permulaan Guru Benarkah Gaji Guru Sekolah Menengah Jauh Lagi Banyak Dari Guru Sekolah Rendah

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 175 hits
Ramai Yang Nak Tahu Berapa Gaji Permulaan Guru Betulke Gaji Guru Sekolah Menengah Lagi Tinggi Guru memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara Mereka memiliki tanggungjawab besar dalam membentuk generasi muda menjadi i...
Senarai Cuti Umum Pahang Sepanjang Tahun 2023

Senarai Cuti Umum Pahang Sepanjang Tahun 2023

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 215 hits
Pada tahun 2023 negeri Pahang di Malaysia akan menyambut 16 cuti umum Senarai ini termasuk cuti persekutuan dan peringkat negeri serta tradisi dan kebudayaan Adakah anda merancang untuk bercuti ketika hari cuti umum Pahang nanti Dengan meng...
Jangan Polemik Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Di Sekolah Kata Menteri Agama

Jangan Polemik Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Di Sekolah Kata Menteri Agama

papar berkaitan - pada 26/8/2023 - jumlah : 254 hits
freemalaysiatoday com 26 Aug 2023Mohd Na im Mokhtar berkata Kementerian Pendidikan jelas menyatakan program itu hanya untuk guru dan murid beragama Islam sahaja Mohd Na im Mokhtar berkata program itu telah dinyatakan bertujuan menerapkan se...
Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik Sesi 2024 2025

Permohonan Kemasukan Ke Kolej Vokasional Sekolah Menengah Teknik Sesi 2024 2025

papar berkaitan - pada 27/8/2023 - jumlah : 334 hits
Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional Sekolah Teknik Sesi 2024 2025KOLEJ VOKASIONAL PROGRAM VOKASIONALProgram yang ditawarkan di 87 buah kolej vokasional memberi fokus kepada 35 program pengajian Program ini merangkumi dua tahun di perin...
Prk Dun Pelangai Barisan Nasional Pahang Senarai Enam Calon Berkaliber

Prk Dun Pelangai Barisan Nasional Pahang Senarai Enam Calon Berkaliber

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 217 hits
nbsp KUALA LUMPUR Barisan Nasional Pahang telah menyenaraikan enam nama berpotensi berkaliber dan berwibawa tersenarai untuk dipertimbangkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Senarai nama berkenaan telah d
Prk Dun Pelangai Anak Felda Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

Prk Dun Pelangai Anak Felda Antara Senarai Calon Barisan Nasional Pahang

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 200 hits
nbsp BENTONG Barisan Nasional Pahang telah menyenarai pendek enam nama bagi pemilihan calon untuk Piliran Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Pahang bulan hadapan Dua nama yang paling disebut sebut sebagai antara pertimbangan UMNO dan
Mui Nilai Konten Oklin Fia Jilat Es Krim Bukan Penistaan Agama Begini Penjelasannya

Mui Nilai Konten Oklin Fia Jilat Es Krim Bukan Penistaan Agama Begini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 118 hits
Sementara untuk perihal pidananya Diaz mengatakan kalau pihaknya akan konsultasi ke ahli pidana
Jais Buka 6 Pusat Pengumpulan Al Quran Dan Buku Agama

Jais Buka 6 Pusat Pengumpulan Al Quran Dan Buku Agama

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 184 hits
Jabatan Agama Islam Selangor membuka enam pusat pengumpulan al Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu Pengarah Jais Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata penetapan itu dilakukan selaras den...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names