Berapa Gaji Permulaan Guru Benarkah Gaji Guru Sekolah Menengah Jauh Lagi Banyak Dari Guru Sekolah Rendah
Ramai Yang Nak Tahu Berapa Gaji Permulaan Guru? Betulke Gaji Guru Sekolah Menengah Lagi Tinggi? Guru memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Mereka memiliki tanggungjawab besar dalam membentuk generasi muda menjadi individu yang berkualiti dan berdaya saing.
Walaubagaimanapun, persoalan mengenai gaji guru sering menjadi perbincangan yang hangat di kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai pandangan tentang berapa gaji permulaan guru serta sama ada gaji guru sekolah menengah lebih tinggi daripada sekolah rendah. Hari ini, admin akan membincangkan isu-isu tersebut dengan lebih mendalam.
Sebelum itu, admin mohon semua para pembaca turut sertai dalam channel telegram yang admin buat untuk inform maklumat semasa rakyat Malaysia, jom!
Sertai Telegram Rasmi Sistem Guru Online
Berapa Gaji Permulaan Guru? Benarkah Gaji Guru Sekolah Menengah Jauh Lagi Banyak dari Guru Sekolah Rendah?
Perbezaan Antara Gaji Guru Sekolah Rendah Dan Menengah
Perbandingan gaji antara guru sekolah rendah dan sekolah menengah juga merupakan isu yang dibincangkan. Terdapat pandangan yang berbeza mengenai sama ada gaji guru sekolah menengah lebih tinggi daripada guru sekolah rendah. Sebenarnya, SALAH jika anggap gaji seorang guru sekolah menengah adalah lebih tinggi daripada sekolah rendah.
Bukankah Sepatutnya Guru Sekolah Menengah Lebih Tinggi Sebab Mengajar Murid Yang Lebih Berusia?
Sesetengah pendapat menyatakan bahawa guru sekolah menengah mungkin mempunyai gaji yang lebih tinggi kerana tanggungjawab mengajar subjek yang lebih khusus dan kompleks, serta peluang untuk terlibat dalam aktiviti luar bilik darjah seperti kelas tambahan dan persediaan peperiksaan. Namun begitu, sistem gaji yang ditetapkan adalah berdasarkan gred semata-mata sahaja.
“Guru sekolah menangah dan sekolah rendah yang bergred dg41 adalah gaji yang sama”
Bingung mengenai gred seorang guru? Mari admin terangkan dibawah. Bermulanya gaji permulaan seorang guru sehingga naiknya gaji seorang guru.
Perihal Dengan Gaji Permulaan Guru Mengikut Gred
Gaji permulaan guru adalah satu topik yang kerap menjadi perhatian. Sering dianggap antara termahal dalam negara Malaysia. Mana tidaknya, gaji cikgu berada di tangga ketiga selepas doktor dan jurutera awam.
Gaji guru biasanya bergantung kepada beberapa faktor seperti kelayakan akademik, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, dan negara tempat guru tersebut mengajar. Guru dengan kelayakan yang lebih tinggi dan pengalaman mengajar yang panjang mungkin mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding guru baru yang masih dalam tempoh percubaan.
Berikut Adalah gaji permulaan untuk seorang guru mengikut gred mulai 1 Julai 2016
Perkhidmatan Pendidikan – Kumpulan Pelaksana
Kod Gaji SSM
Gred Gaji
Gaji Minimum (RM)
Gaji Maksimum (RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
SSM401DG40000
DG40
4,992.00
8,978.00
225.00
SSM401DG38000
DG38
3,604.00
7,831.00
195.00
SSM401DG34000
DG34
3,521.00
6,457.00
165.00
SSM401DG32000
DG32
2,848.00
6,077.00
155.00
SSM401DG29000
DG29
1,698.00
5,717.00
Perkhidmatan Pendidikan – Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Kod Gaji SSM
Gred Gaji
Gaji Minimum (RM)
Gaji Maksimum (RM)
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan (RM)
SSM401DG54000
DG54
6,080.00
13,144.00
320.00
SSM401DG52000
DG52
5,756.00
12,354.00
290.00
SSM401DG48000
DG48
5,125.00
11,640.00
270.00
SSM401DG44000
DG44
3,559.00
10,414.00
250.00
SSM401DG42000
DG42
2,188.00
9,552.00
225.00
SSM401DG41000
DG41
2,188.00
9,552.00
225.00
Maklumat ini adalah berdasarkan kod gaji SSM, gred gaji, gaji minimum dan maksimum dalam bentuk RM (Ringgit Malaysia), serta kadar kenaikan gaji tahunan untuk setiap gred gaji dalam perkhidmatan pendidikan kumpulan pengurusan dan profesional mulai dari 1 Julai 2016.
Tertanya-tanya? Gred yang mana mengikut kelayakan? Anda boleh terus rujuk terus jadual admin sedikan dibawah.
Kelayakan
Gred Sistem Saraan
Ijazah
41-54
Diploma/ Sijil Politeknik/ STPM
27-40
SPM
17-26
PMR/SRP
11-16
PMR Ke bawah
1-10
Kenapa Gaji Guru Semakin Mahal? Peningkatan Gaji Guru Dan Impaknya
Ramai yang persoalkan kenapa gaji guru adalah dikategori mahal. Sedangkan kerja guru hanyalah ajar budak-budak, tanda kertas dan dapat pulang awal sama macam murid-murid?
Anda yang tidak tahu, disini admin terangkan. Peningkatan gaji guru adalah suatu langkah yang sering dikaitkan dengan meningkatkan kualiti pendidikan oleh sesebuah negara. Gaji yang lebih tinggi dapat menarik individu berbakat dan berkelayakan untuk menceburi bidang perguruan, serta memotivasi guru-guru sedia ada untuk terus memberikan yang terbaik!
Ini boleh memberi kesan positif terhadap prestasi akademik murid-murid dan membantu dalam mencapai matlamat pendidikan negara.Namun, peningkatan gaji guru juga perlu seimbang dengan sumber kewangan negara dan keperluan sektor pendidikan yang lain.
Ringanlah Kalau Begitu Kerja Cikgu Ajar Budak-Budak Sahaja
SALAH ya. Kerja guru adalah antara kerja yang stress dalam dunia! Mana tidaknya kerja guru ini boleh bawa daripada pagi sampai malam. Mungkin tak ramai yang tahu bahawa guru amatlah bertanggungjawab dengan profession mereka, mereka bukan sahaja perlu mengajar dan ambil kisah murid-murid sahaja.
Guru Juga Ada Kerja Pengkeranian yang Berat
Dalam menyusun perancangan pengajaran harian, guru juga sibuk dengan membuat kerja perkeranian seperti catatan RPH, kemaskini data murid, laporan pengajaran, menyediakan bahan untuk anak murid dan lain-lain yang tak semua orang tahu. Ada guru yang tengah malam bersengkang mata membuat kerja tengah malam untuk siapkan.
Jadi relevan sebenarnya gaji seorang guru bermula dan ada kenaikan tinngi. Admin harap dengan perkongsian admin kali ini dapat membuka mata semua untuk memahami profession seorang guru yang sering disalah anggap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/08/gaji-permulaan-guru.html