Senarai Lengkap 24 Hotel Resort Chalet Di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak Beserta Contact Number Maklumat Pool
Dah lama mama nak buat post ni tapi asyik terganggu aje. Dah lama mama nak buat post ni. Untuk rujukan mama juga nanti. Semoga membantu. Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort, Chalet dan Penginapan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number.
Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat PoolGambar-gambar kebanyakannya mama ambil dari google maps aje, malas nak korek henpon sedangkan mama dah ambil semua gambar ni dulu lagi. malas hihi.. Untuk gambar bilik dan chalet sebenanrnya nampak lagi cantik kalau korang tengok sendiri website diorang. Mama cuma tunjukkan luaran aje.
Lorong PertamaMama akan listkan Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor mengikut lorong bermula dengan lorong paling awal yg kita akan jumpa bila ke Teluk Nipah. Kedudukan semua resort dan chalet ni bersusun sebelah-sebelah mengikut lorong. So, setiap lorong mama akan senaraikan dari yang paling dekat dengan pantai hingga ke belakang sekali yang paling jauh.
Untuk lorong pertama ada satu aje chalet
1. Nipah Mas Chalet

Mama baru je review. Boleh baca kat sini. Betul-betul tepi jalan, terletak di belakang kedai makan. memang hampir dengan pantai.
Sebuah chalet yang menawarkan penginapan yang ringkas di Teluk Nipah. Ringkas tapi cukup pada mama, ada kipas, aircond, tilam selimut, tuala dan bilik air. Jadi lah.. Mama pernah book sini tahun ni.
Jenis Bilik: Ada pelbagai jenis bilik
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: +6018-5742871
2. Hornbill Resort Pulau Pangkor
Resort yang bukan terletak di lorong, sebaliknya betul2 menghadap pantai. Keluar je dari resort dah boleh berjalan ke pantai dah. Nampak best tapi mama tak pernah book, luaran nampak macam lama je bangunannya. Tengok kat website rupanya nampak cantik. nanti nak try duk sini
Resort ini sangat dekat dengan pantai dan mempunyai kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Ia juga menawarkan bilik dengan balkoni atau teres peribadi.
Jenis Bilik: Bilik Standard, Bilik Deluxe, dan Bilik Keluarga. Bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, TV, dan peti sejuk.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.
No. Telefon: +605-6852005
Lorong KeduaSebelah Hornbill resort ada lorong. Ni mama namakan lorong kedua
3. Palma Beach Resort
Terletak hampir juga dengan pantau. beberapa langkah aje dah sampai, cuba tengok gambar tu
Jenis Bilik: Pelbagai jenis bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, TV, dan wifi.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak yang luas dan selesa.
Phone: 05-685 3693
4. Vagary Pangkor
Terletak berhadapan dengan Palma Beach Resort. Cantik kan
Dekat dengan pantai
Dah lama mama berangan nak duduk sini sebab cantik. Pilihan penginapan yang sesuai untuk semua jenis pelancong, dari pasangan hingga backpackers.
Jenis Bilik: Pelbagai jenis chalet untuk 2 orang, 4 orang, dan juga untuk backpackers.
Kolam Renang/Pool: Tidak tersedia.
No. Telefon: +6019-3713362
5. Ai Beach Resort
Resort yang berhampiran dengan pantai juga.Terletak di sebelah Vagary
Antara resort yang mendapat rating tinggi dan menawarkan suasana yang menenangkan.
Jenis Bilik: Ada Standard, Triple dan Family Room
Kolam Renang/Pool: Tidak tersedia.
No. Telefon: +6019-9919520
6. Purnama Beach Resort
Bersebelahan Ai tapi semakin ke dalam. Boleh nampak pantai dari sini
Resort berhampiran dengan pantai, so tak jauh nak jalan kaki. Resort selesa yang terletak di tepi pantai. Sesuai untuk percutian keluarga. Mempunyai bilik mesyuarat dan kemudahan asas lain.
Jenis Bilik: Tidak dinyatakan secara spesifik tetapi ia mempunyai pelbagai jenis penginapan yang sesuai untuk percutian yang damai.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6853530
7. Pangkor Palm Bay Resort
Terletak berhadapan Purnama Beach Resort. Boleh nampak pantai dari sini tapi kena berjalan kaki juga lah. Antara pilihan popular di Pangkor. Ada homestay sesuai juga utk grup ramai
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik tersedia.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6855067
8. Intan Beach Resort Pangkor
Terletak bersebelahan Pangkor Palm Bay Resort (yg hijau tu). Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik dan chalet yang cantik.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: 017-577 1559
9. Sunset View Chalet (Ada Hornbill Feeding)Mama pernah duduk chalet yg berhampiran Sunset View ni. Mulanya tak perasan ada chalet sebab pintu masuk dia penuh dengan bunga kertas haha. Yang menariknya chalet ni ada buat hornbill feeding tau. Mama pernah tengok dan shate kat youtube. Masa PKP pun dia bagi burung makan, bagus owner dia. Tapi chalet ni agak jauh sikit la kalau nak ke pantai.
Pantai nun sana. Kalau suka briskwalk ok je
video hornbill feeding. maaf la ye mama sendiri geram tgk video ni.. tak pro sori
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik dan chalet yang cantik.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: 05-685 5448
10. Homestay Mak SaadiahAgak jauh dari pantai tapi rasanya ada menyediakan sewa motor, ada byk motor. homestay besar dan gated masa lalu depan ni. Homestay ni besar nam bilik2 dia semua nampak proper tau. Kalau nak vibe hotel boleh duduk sini
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan homestay dan bilik.
Kolam Renang/Pool: Ada..
No. Telefon: 019-932 1669
11. Nipah Guesthouse Pangkor
gambar dari en google. cantik pool dia
Chalet ni cantik tapi kedudukannya terletak jauh dari pantai. Terletak di hujung sekali lorong 2 jauh dari homestay Mak Saadiah. . Kalau korang ok berjalan jauh boleh je ke pantai tapi kalau mama sendiri tak larat uitt. Kalau ada kenderaan ok la. Banyak port OOTD
Jenis Bilik: Chalet, Guesthouse (untuk 6 orang), dan Kotej A-Frame.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang luaran.
No. Telefon: +6017-5069259
Sekian la untuk lorong tengah tu. Ada lagi homestay rumah org tapi jaraknya dah jauh sgt dari pantai, kalau korang nak, cari sendiri la yek.
Lorong KetigaNi lorong yg paling heppening pada mama, sebab lorong ni sgt hampir dengan kedai makan. Mama sendiri pernah booking kat sini. Nak masuk lorong ni kita akan berjumpa dgn kedai duty free disebelah kirir dan Mijuen di sebelah kanan. Baca ni Dinner Di Mijuen Thai Restaurant Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak
12. Pangkor Island Chalet
Terletak di sebelah restoran mijuen, memang sangat berdekatan dengan pantai.
Dekat tu je pantai
Chalet yang berkonsepkan penginapan bajet. Menyediakan kemudahan asas seperti set BBQ, seterika, dan buaian bayi.
Jenis Bilik: Bilik chalet dengan 1 katil kelamin dan 2 tilam bujang. Boleh memuatkan sehingga 4 orang.
Kolam Renang/Pool: Pool comel di depan chalet.
No. Telefon: +6017-4673477
13. Lyana VillaTerletak di belakang kedai Duty free tu, sangat hampir dengan pantai
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan bilik. Ni mama ambil rate dari FB dia. Nampak bilik dia bersih dan proper juga
Kolam Renang/Pool: Tiada
No. Telefon: 05-685 3393// 019-594 4419
Pantai dekat je kan
14. Ombak Inn Chalet
Bersebelahan dengan Lyana Villa. Hampir dengan pantai
Jenis Bilik: Chalet dengan balkoni dan bilik-bilik dengan harga berpatutan.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: +605-6855223
15. Suria Beach Resort
Gambar dari Agoda. Pool nampak luas dan selesa
Resort ni bersebelahan dengan Ombak Inn Chalet dan berhadapan dengan Pangkor Bay View Beach Resort. boleh nampak pantai dari sini. Masih lagi tak jauh dari pantai
Jenis Bilik: Pelbagai jenis bilik, sesetengahnya dilengkapi dengan balkoni.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6853922
16. Pangkor Bay View Beach ResortMama pernah duduk di sini 2 kali. puas hati juga duduk di sini, Baca ni Review Pangkor Bay View Resort Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak
Resort ni hampir dgn pantai. boleh nampak pantai dari sini
Resort tepi pantai yang sesuai untuk keluarga dan program korporat. Terletak berdekatan dengan tempat makan dan kedai serbaneka. Kat sini ada byk pilihan bilik.
Jenis Bilik: Terdapat bilik-bilik seperti Standard Room, Deluxe Room, dan Family Room.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +605-6853540
17. Nipah Bay VillaMama pernah duduk di sini tapi mama ingat2 lupa sebab masa tu masih study kat U.
Masih dalam jarak yg selesa untuk berjalan kaki nak ke pantai
Menawarkan penginapan gaya vila yang unik, dilengkapi dengan kemudahan dapur dan ruang tamu di setiap unit.
Jenis Bilik: Vila dan chalet dengan suasana yang tenang dan selesa.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: +6013-7792198 atau +605-6852198
18. Pangkor Palm Bay Resort (resort yg sama dari Lorong 2) Refer no 7Terletak bersebelahan dengan Pangkor Bay View.
ambil gambar dari fb
Jenis Bilik: Resort dengan pelbagai jenis bilik jenis chalet. Ada juga pakej menarik.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang.
No. Telefon: 05-685 5067
19. Joe Fisherman Inn
Terletak bersebelahan dengan Pangkor Palm Bay Resort. Sedikit jauh dari pantai tapi masih ok untuk berjalan. Boleh nampak pantai dari sini
Jenis Bilik: Chalet dengan bilik yang selesa. Banyak pilihan bilik.
Kolam Renang/Pool: Ya. Ada tersedia.
No. Telefon: +605-6851877
20. Pangkor Inn ChaletTerletak berhadapan dengan Joe Fisherman Inn. Sudah agak jauh dari pantai tapi masih boleh berjalan kak lagi.
nun jauh tu pantai. nampak tak
Jenis Bilik: Chalet dengan bilik yang selesa. Banyak pilihan bilik.
Kolam Renang/Pool: Ya. Ada tersedia.
No. Telefon: 017-467 3477
21. Nazri Nipah CampTerletak sebelah Pangkor Inn Chalet. Lagi jauh dari pantai tapi masih dalam jarak boleh berjalan kaki lagi. Tak berapa mesra wheelchair sebab banyak tangga kat sini.
Pantai jauh nun di sana. hampir tak nampak dah
Jenis Bilik: Pelbagai pilihan termasuk Double, Triple dan Keluarga.
Kolam Renang/Pool: Tiada.
No. Telefon: 011-1142 8907
22. Teratak Nipah Homestay
Terletak berjauhan dari pantai, jauh lagi dari Nazri Nipah Chalet tu.. semput juga kalau nak berjalan kaki. Mama rasa dalam 1 km ada. Tapi kalau ada kenderaan takde masalah
Homestay ini merupakan pilihan penginapan yang lebih santai dan berkonsepkan rumah. Ia sesuai untuk percutian keluarga atau kumpulan kecil.
Jenis Bilik: Ada byk unit homestay.
Kolam Renang/Pool: Kolam renang yang besar dan selesa.
No. Telefon: +6012-919 5905
Lorong 3 (Lain-lain)Ada lagi homestay yang lagi kedalam sana seperti di bawah. Tapi sangat jauh untuk berjalan kaki. kena ada kenderaan ye. Malas pula mama nak senaraikan selepas baca review. Korang boleh cari sendiri la ye.
Pangkor Island HomestayHomestay simple untuk keluarga.
Uwais Homestay & ChaletHomestay dan chalet untuk keluarga. nampak cantik dan ada banyak bilik. cuma korang kena baca sendiri review dia
Jamaliah HomestaySimple homestay untuk keluarga.
23. Pangkor Nature View House
gambar dari booking
Penginapan homestay yang dikelilingi oleh alam semula jadi dan taman yang indah. Sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan. Terletak sangat jauh dari pantai mama sendiri tak tau nak pegi sini guna jalan mana. Nampak dari map jauh ke dalam lagi dari Jamaliah Homestay tapi tempat ni nampak proper dan terurus tau.
Jenis Bilik: Bilik Standard King,etc.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang luaran.
No. Telefon: 017-503 9090
Resort Depan PantaiResort ni ni sebenarnya takdelah betul-betul depan pantai sebab nak access ke pantai perlu berjalan sedikit. Tapi kedudukan resort ni memang di tepi jalan utama Teluk Nipah, bersebelahan dengan kedai-kedai makan. Terjenguk-jenguk juga mama tengok resort ni dari luar sebab nampak cantik dan ramai juga yg duduk sini
24. Anjungan Beach Resort & Spa
cantik kan. gambar dari booking
Resort ini berkonsepkan tropika kontemporari dengan sentuhan maritim. Ciri istimewanya ialah kolam renang luaran berbentuk bot dengan jet spa. Ia juga mempunyai restoran dan Wi-Fi percuma. Terletak di bahagian hujung Teluk Nipah.
Jenis Bilik: Menawarkan pelbagai jenis bilik seperti Bilik Family, Bilik Deluxe Double, Bilik Deluxe Triple dan banyak lagi.
Kolam Renang/Pool: Ya, ada kolam renang luaran.
No. Telefon: +605-6851500
Itu saja senarai mama buat kali ni. Ada juga beberapa homestay yang mama tak senaraikan. Jika ada permintaan beritahu la ye.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamapipie.com/2025/11/senarai-lengkap-24-hotel-resort-chalet.html