Jajaran Lrt Pulau Pinang Dilanjutkan Ke Seberang Perai Bagi Pembangunan Seimbang Pm Anwar


Jajaran LRT Pulau Pinang Dilanjutkan Ke Seberang Perai Bagi Pembangunan Seimbang – PM Anwar
BUKIT MERTAJAM, 8 Nov (Bernama) — Kerajaan Persekutuan melanjutkan jajaran projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang hingga ke Seberang Perai bagi memastikan pembangunan negeri itu seimbang dan dinikmati semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri membuat keputusan itu selepas meneliti cadangan asal yang hanya melibatkan kawasan di pulau tanpa menyambung laluan ke tanah besar.
“Mereka (pembangkang) tanya mengapa kos LRT Pulau Pinang terlalu mahal dan mengapa harga itu bertambah. Apabila dibentang kepada saya oleh kerajaan negeri, projek LRT itu hanya di pulau dan saya sebagai anak Pulau Pinang dan dibesarkan di Seberang Perai, tidak mahu projek itu tersekat di situ.
“Jadi saya yang mencadangkan supaya LRT menyeberang lautan sampai ke Seberang Perai dan projek itu akan sampai ke Penang Sentral di Seberang Perai. Kalau tidak, mereka kata kita hanya jaga pulau sahaja, kepentingan orang Cina sahaja, tidak jaga seberang, tak jaga Melayu. Ini polemik yang tidak menguntungkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Hadir sama Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia Steven Sim dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Perdana Menteri berkata pembinaan jajaran ke Seberang Perai memastikan kawasan seperti Permatang Pauh, Bagan dan Nibong Tebal turut menikmati manfaat daripada sistem pengangkutan moden itu selain meningkatkan kesalinghubungan antara kedua-dua wilayah negeri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menolak dakwaan pihak tertentu mengenai kos projek meningkat kerana faktor tidak menentu sambil menjelaskan bahawa kenaikan kos berpunca daripada keputusan menambah jajaran ke Seberang Perai.
LRT Mutiara Line merupakan laluan LRT pertama di luar Lembah Klang yang melibatkan pembinaan laluan sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik. Jajaran itu direka untuk meningkatkan keterhubungan antara Pulau Pinang dan tanah besar sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya dan menambah baik ketercapaian.
Pelan jajaran utama merangkumi laluan dari Pulau Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR-A) ke Penang Sentral dan Stesen Komtar di Georgetown dengan perkhidmatan tren dijadualkan bergerak secara bergilir di sepanjang laluan.
Dalam pada itu, Anwar turut menggesa semua pihak yang terlibat supaya mempercepat pelaksanaan projek peningkatan infrastruktur di negara ini termasuk PTJSD bagi mengurangkan kesesakan dan memberikan manfaat segera kepada rakyat.
Projek yang merangkumi kawasan Juru, Sungai Dua, Pematang Pauh dan sempadan Pulau Pinang itu tertangguh sekian lama namun kini dapat dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS Malaysia Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Walaupun unjuran tempoh siap 24 hingga 48 bulan, saya tidak mahu ia ditangguhkan. Percepatkan pelaksanaan supaya rakyat menikmati keselesaan dan penjimatan ekonomi lebih awal,” katanya.
PTJSD yang bernilai RM3 bilion dijangka dapat memendekkan masa perjalanan dari satu jam kepada 20 minit semasa waktu puncak.
Projek itu juga akan mengurangkan kesesakan trafik apabila 30 peratus pengguna beralih ke laluan terus Juru-Sungai Dua.
Sumber: Bernama
The post Jajaran LRT Pulau Pinang Dilanjutkan Ke Seberang Perai Bagi Pembangunan Seimbang – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/08/jajaran-lrt-pulau-pinang-dilanjutkan-ke-seberang-perai-bagi-pembangunan-seimbang-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pajakan Pulau Pinang Kedah Sedang Muktamadkan Proses Undang Undang

Isu Pajakan Pulau Pinang Kedah Sedang Muktamadkan Proses Undang Undang

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 108 hits
Isu Pajakan Pulau Pinang Kedah Sedang Muktamadkan Proses Undang Undang Kerajaan negeri Kedah kini dalam peringkat untuk memuktamadkan pelantikan peguam bagi melaksanakan analisis penyediaan dokumen serta proses perundangan di mahkamah berhu...
Lelaki Tinggalkan Selipar Kereta Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Lelaki Tinggalkan Selipar Kereta Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 140 hits
Malinda Abdul MalikGEORGE TOWN Pasukan bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke laut dari Jambatan Pulau Pinang arah Perai menghala ke pulau hari ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi...
Pulau Pinang Lancar Cip Fpga Pertama Negara

Pulau Pinang Lancar Cip Fpga Pertama Negara

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 137 hits
Pulau Pinang melakar sejarah apabila Silicon X Sdn Bhd syarikat rekaan litar bersepadu tempatan berjaya membangunkan dan menghidupkan cip Field Programmable Gate Array pertama Malaysia Pencapaian ini menjadikan Silicon X sebagai syarikat pr...
Anwar Temui Ceo Nvidia Berkenaan Pembangunan Ai Di Malaysia

Anwar Temui Ceo Nvidia Berkenaan Pembangunan Ai Di Malaysia

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 182 hits
Anwar Temui CEO Nvidia Berkenaan Pembangunan AI Di Malaysia GYEONGJU 31 Oktober Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang di luar Mesyuarat Pemimpin Pemimpin...
Pulau Pinang Calonkan Kampung Melayu Lama Air Itam Sebagai Tapak Warisan

Pulau Pinang Calonkan Kampung Melayu Lama Air Itam Sebagai Tapak Warisan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 77 hits
Pulau Pinang Calonkan Kampung Melayu Lama Air Itam Sebagai Tapak Warisan GEORGE TOWN 14 November Pulau Pinang terus memelihara tapak tapak warisan bersejarah dan kampung tradisional dengan mencalonkan Kampung Melayu Lama Air Itam di sini se...
Sanusi Nekad Teruskan Tuntutan Pulau Pinang Saya Tidak Akan Berundur

Sanusi Nekad Teruskan Tuntutan Pulau Pinang Saya Tidak Akan Berundur

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 91 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bahawa negeri itu tidak akan berundur dalam isu pajakan Pulau Pinang yang kini memasuki fasa perundangan Memetik laporan daripada Kosmo Sanusi menyatakan dalam ucapannya sewak...
Dap Tegaskan Pulau Pinang Negeri Berdaulat Tolak Cubaan Persoal Kedudukan Negeri

Dap Tegaskan Pulau Pinang Negeri Berdaulat Tolak Cubaan Persoal Kedudukan Negeri

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 95 hits
DAP Pulau Pinang menegaskan bahawa Pulau Pinang kekal sebagai sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan menolak sebarang cubaan untuk mempersoalkan kedudukannya Dua entiti berasingan Memetik laporan daripada Malaysia Gazette Pe...
Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 192 hits
Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini KUALA LUMPUR 25 Okt Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Perak dan Pulau Pinang terus meningkat manakala di Kedah mencatatkan pen...
Hiburan Tiada Istilah Sondol Menyondol Bella Astillah Minta Netizen Henti Kecam Ami Ilana

Gaji Kecil Bukan Alasan Ramai Anak Muda Dah Mula Simpan Emas Rm10 Je

Festival Pelancongan Saudi 2025 Kembali Ke Malaysia Dengan Program Arab Saudi Winter Is Alive

Nekad Terjun Kereta Takut Dipukul Suami

Delicious Wagyu Beef Joint Recipe

Birthday Dinner Di Secret Recipe

Sultan Pahang Mahu Semua Pegawai Kakitangan Masjid Di Negeri Ini Mencarum Bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nikmati Aiskrim Ayam Goreng Jfc Dan 3d Fruity Viral

Scam Buah Mangga

Apakah Artinya Kebebasan Kewangan Ketika Anda Mengembara

Jamal Kucing Kesayangan Keluarga Kami Telah Mati

Jika Cinta Itu Buta Drama Penuh Plot Twist Sampai Geram Rasa Nak Sekeh Je

Kotak Produk Eco Friendly Pilihan Bijak Untuk Jenama Yang Prihatin Alam Sekitar