Jumlah Mangsa Banjir Di Perak Pulau Pinang Meningkat Kedah Menurun Petang Ini


Jumlah Mangsa Banjir Di Perak, Pulau Pinang Meningkat, Kedah Menurun Petang Ini
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Pulau Pinang terus meningkat, manakala di Kedah mencatatkan penurunan setakat petang ini.
Di PERAK, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 2,963 orang daripada 1,006 keluarga setakat petang ini, berbanding 2,922 orang daripada 993 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan dua lagi PPS dibuka di Manjung dan Kerian menjadikan keseluruhan 28 PPS beroperasi setakat ini.
Seramai 2,042 orang daripada 712 keluarga ditempatkan di 19 PPS di Larut, Matang dan Selama, 597 orang daripada 199 keluarga di lima PPS di Manjung, 214 orang daripada 64 keluarga di tiga PPS di Kerian, serta 110 mangsa daripada 31 keluarga di sebuah PPS di Perak Tengah.
Di PULAU PINANG, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit apabila 1,052 orang daripada 288 keluarga direkodkan berada di PPS petang ini, berbanding 1,026 orang daripada 279 keluarga pagi tadi.
Menurut laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah PPS yang dibuka masih kekal tujuh dengan empat di Seberang Perai Utara (SPU), dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dan satu di Barat Daya.
Daerah SPU mencatatkan jumlah mangsa tertinggi seramai 798 orang dengan 401 orang berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi, 151 orang di Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang, 127 orang (SK Padang Menora) dan 119 orang (pusat penempatan banjir Labuh Banting).
Di Seberang Perai Tengah (SPT) pula, sebanyak 175 orang ditempatkan di SK Guar Perahu dan 45 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Pasir, manakala 34 orang berlindung di SK Tan Sri Awang Had Salleh dalam daerah Barat Daya.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir sedikit berkurangan kepada 1,562 orang daripada 488 keluarga setakat petang ini berbanding 1,858 orang daripada 587 keluarga pagi tadi, dengan semua mangsa dari daerah Kulim, Baling, Pokok Sena dan Pendang ditempatkan di 15 PPS.
JPBN Kedah dalam kenyataan memaklumkan Pendang merupakan daerah terbaharu terjejas banjir dengan tiga orang daripada sebuah keluarga ditempatkan di Dewan Badminton Tanjung Radin yang dibuka pada 2 petang tadi manakala 73 orang daripada 23 keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Pokok Sena.
Daerah Kulim masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,146 orang daripada 346 keluarga ditempatkan di lapan PPS manakala di daerah Baling, seramai 340 orang daripada 118 keluarga ditempatkan di lima PPS.
“PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng yang dibuka di daerah Kuala Muda pada Rabu, telah ditutup sepenuhnya pada 3 petang tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air telah surut,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan lima sungai di Kedah dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pendang di Pendang dengan 3.36 meter (m), Sungai Perik di Padang Terap (14.28m), Sungai Ketil, Kampung Bongor di Baling (60.22m), Sungai Laka di Kubang Pasu (22.55m) dan Sungai Titi Kerbau di Pendang (7.07m).
Tiga lagi sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Ketil, Kuala Pegang di Baling (37.09m), Sungai Chepir di Sik (36.51m) dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar (2.52m).
Sumber: BERNAMA
BACA: Sultan Pahang, Tengku Ampuan Zahir Ucapan Tahniah Kepada Mejar Fikry & Isteri Timang Kembar Tiga The post Jumlah Mangsa Banjir Di Perak, Pulau Pinang Meningkat, Kedah Menurun Petang Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/25/jumlah-mangsa-banjir-di-perak-pulau-pinang-meningkat-kedah-menurun-petang-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di Pps

Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di Pps

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 83 hits
Banjir Jumlah Mangsa Di Tiga Negeri Meningkat Lebih 4 000 Ditempatkan Di PPS KUALA LUMPUR 24 Okt Jumlah mangsa banjir di Perak Kedah dan Pulau Pinang meningkat dengan keseluruhan 4 252 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara petang ...
Hiburan Banjir Di Perak Semakin Buruk 1 776 Mangsa Dipindahkan Ke 23 Pps

Hiburan Banjir Di Perak Semakin Buruk 1 776 Mangsa Dipindahkan Ke 23 Pps

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 86 hits
Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1 776 mangsa daripada 609 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama serta Manjung telah dipindahkan ke 23 Pusat Pemindahan Sementara setakat jam 4 pagi Jumaat Menurut Sekretariat Jawat...
Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 87 hits
Mydin Dan Elly Mazlein Ringankan Beban Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Ketika ini beberapa kawasan di Malaysia dilanda bencana banjir susulan hujan lebat sejak kebelakangan ini Ramai yang turun dan tampil menghulurkan bantuan bagi mering...
Flood Victims Surge To 4 252 In Perak Kedah Penang Evacuees Housed In Relief Centres

Flood Victims Surge To 4 252 In Perak Kedah Penang Evacuees Housed In Relief Centres

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 103 hits
Flood conditions in Kampung Lahar Yooi Tasek Gelugor Penang October 24 2025 The number of flood victims in Perak Kedah and Penang has surged with a total of 4 252 people relocated to temporary relief centres by this afternoon Bernama picKUA...
Perak And Penang See Increase In Flood Evacuees Kedah Records Drop

Perak And Penang See Increase In Flood Evacuees Kedah Records Drop

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 58 hits
The number of flood evacuees at relief centres in Perak and Penang continue to rise while Kedah recorded a drop as of this evening Bernama picKUALA LUMPUR Oct 25 The number of flood evacuees at relief centres in Perak and Penang continue to...
Hampir 6 000 Mangsa Banjir Di Utara Masih Berlindung Di Pps

Hampir 6 000 Mangsa Banjir Di Utara Masih Berlindung Di Pps

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 74 hits
Hampir 6 000 Mangsa Banjir Di Utara Masih Berlindung Di PPS KUALA LUMPUR 25 Okt Sebanyak 5 788 mangsa banjir di Kedah Pulau Pinang dan Perak masih berlindung di pusat pemindahan sementara malam ini Di KEDAH jumlah mangsa banjir kembali meni...
Berita Jam 7 00pm Kereta Terjunam Dalam Sungai Jumlah Mangsa Belum Diketahui

Berita Jam 7 00pm Kereta Terjunam Dalam Sungai Jumlah Mangsa Belum Diketahui

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 105 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myTangkap layar Proton Saga sebelum tenggelam ke dalam Sungai Panchor petang tadi Gambar tularMuar Kami belum pasti lagi berapa orang ada dalam kereta itu kata Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jo...
Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 97 hits
Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat Beberapa kawasan di negeri Perak dilapor dilanda banjir kilat malam ini selepas hujan lebat berterusan menyebabkan paras air naik mendadak dan menenggelami beberapa jalan utama serta kawasan pe...
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 54 hits
Enam Sungai Di Kedah Lepasi Paras Bahaya Malam Ini ALOR SETAR Enam sungai di Kedah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 malam ini Menurut laman rasmi Public Info Banjir di Kedah Sungai Laka di Kampung Padang Pasir Kubang Pa...
Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Umno Youth Is Alcohol Good For People Now Putrajaya

Easy Guyanese Garlic Beef Recipe

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Doa Jiran Menembusi Langit Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Raih Simpati Ramai

The Electric Porsche Cayenne Enjoy 600 Km Of Exciting Journeys

Patung Unta Viral Dari Mekah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Tmj Pertahan 7 Pemain Warisan Tegaskan Dokumen Mereka Sah

Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

Sabah S Bajau Sama Seafaring Legacy Shines Through Chloe Lim S National Costume For Miss Universe 2025