Senarai Laman Web Untuk Buat Duit Online 2021
Sekarang ini memang ramai orang yang tengah susah disebabkan oleh pandemik covid-19 yang melanda negara.
Sebenarnya sebelum pandemik ini berlaku, memang sudah ada ramai orang yang hidup dalam kesusahan. Tapi disebabkan berlakunya pandemik ini, makin ramai pula orang yang mula hilang sumber pendapatan dan memerlukan pertolongan.
Kalau sebelum pandemik, orang yang dulunya hidup susah, kini jadi bertambah susah.
Manakala orang yang dulunya hidup selesa, boleh bertukar jadi susah disebabkan oleh mereka ini tak dibenarkan keluar bekerja dan juga berniaga.
Namun demikian, ini bukanlah satu pengakhiran. Andai kata kita dihalang untuk cari duit diluar, kita masih ada lagi opsyen untuk cari pendapatan di internet. Justeru menerusi posting kali ini saya akan kongsikan beberapa laman web yang boleh membantu anda buat duit di internet.
Satu sahaja yang saya nak minta dari anda. Anda baca dulu, kemudian silalah ambil tindakan. Bab senang ke susah, yang tu letak ke tepi dulu. Bagi yang tak biasa atau yang baru pertama kali dengar, memang akan rasa benda ni macam susah, tapi percayalah, bila kita buat dengan konsisten, lama-kelamaan ia akan jadi mudah dan akan jadi satu sumber pendapatan kepada kita.
Dekat akhir artikel ini juga, saya akan kongsikan bagaimana saya boleh bantu anda, supaya anda juga boleh hasilkan income anda sendiri. In Shaa Allah saya cuba tolong setakat yang termampu.
Tanpa membuang masa, ini dia senarai laman web untuk bantu anda jana pendapatan di internet.
(1) Klikjer
Saya nak mulakan dengan program affiliate Klikjer.
Laman web Klikjer menawarkan peluang kepada orang ramai untuk buat duit secara online sama ada sebagai seorang penulis ebook ataupun sebagai seorang ejen pemasaran atau ejen affiliate.
Sekiranya anda mempunyai bakat dan kemahiran untuk menulis ebook, mungkin boleh mula menulis sekarang dan hubungi pihak Klikjer untuk mula menerbitkan ebook hasil tangan anda dengan pasukan klikjer.
Pihak klikjer ini mempunyai pasukan pemasaran yang agak ramai dan hebat-hebat juga. Justeru, seandainya ebook yang anda tulis itu memang mempunyai permintaan, saya percaya anda tak ada masalah untuk dapatkan jualan, dengan bantuan para affiliate yang telahpun menjadi sebahagian dari pasukan pemasaran klikjer.
Bagaimana pula dengan mereka yang tak mempunyai minat dan bakat menulis ebook?
Tak ada masalah.
Anda boleh sertai klikjer sebagai ejen affiliate, sama seperti yang saya dan ramai lagi telah lakukan.
Pendaftaran sebagai ejen affiliate klikjer adalah percuma, dan anda boleh daftar melalui halaman ini.
Saya sendiri ada buat beberapa akaun affiliate dengan pihak Klikjer. Setakat yang saya tahu, pihak Klikjer ini tak meletakkan had berapa banyak akaun yang boleh dimiliki oleh seseorang ejen affiliate. Jadi saya buat lebih dari satu akaun semata-mata untuk buat eksperimen, berapa banyak income yang saya boleh hasilkan dengan teknik pemasaran yang berbeza.
Bawah ni pula adalah antara akaun-akaun yang saya ada di klikjer.
Akaun diatas ini agak baru, dan setakat ini baru hasilkan RM385 sahaja.
Atas ini juga merupakan akaun eksperimen dan hanya berjaya hasilkan RM607 sahaja.
Seterusnya yang diatas ini adalah akaun yang saya daftarkan untuk isteri saya. Tujuan asal juga hanya untuk suka-suka dan eksperimen, tapi tak sangka boleh dapat komisen juga.
Tak banyak mana, tapi kira ok la sebab dah hasilkan RM3,315. Duit ini boleh beli emas dari Public Gold.
Akhir sekali akaun milik saya sendiri.
Alhamdulillah, untuk akaun yang atas ini, boleh dikatakan setiap bulan memberikan saya komisen dan setakat hari ini jumlah terkumpul yang pernah saya terima adalah sebanyak RM18,247. Jumlah ini memanglah tak begitu besar bagi sesetengah orang, tapi pada saya, ianya cukup bermakna.
Justeru, bagi yang belum pernah join program ini dan minat nak buat duit, boleh mula dapatkan akaun anda di halaman ini.
Ada beberapa perkara yang saya suka dengan Klikjer iaitu, proses untuk dapat bayaran komisen agak cepat. Sebagai contoh, anda join sekarang dan berjaya hasilkan komisen pada bulan ini.
Komisen tersebut akan dibayar terus ke akaun bank anda pada awal bulan hadapan. Ini berbeza dengan lain-lain program affiliate yang bakal saya kongsikan dibawah nanti, yang mana kebanyakkannya memerlukan 45 – 90 hari untuk proses pengesahan jualan dan pembayaran komisen.
Kedua, produk ebook yang diterbitkan oleh klikjer adalah ebook yang memang mempunyai permintaan. Biar saya bagi contoh untuk memudahkan anda nampak potensinya.
Pihak Klikjer ini memang fokus untuk menerbitkan ebook yang memberi jawapan segera kepada masalah dan persoalan yang spesifik.
Contohnya kalau ada seseorang yang ingin mencari pendapatan tambahan melalui bisnes, dia boleh pilih nak buat bisnes apa?
Hanya dengan merujuk kepada ebook yang diterbitkan oleh Klikjer sudah cukup untuk membantu dia menjalankan bisnes tersebut. Andai kata ada seseorang yang nak buat bisnes di Shopee atau Lazada, boleh terus muat turun ebook yang dijual oleh Klikjer dan hanya dengan berpandukan ebook tersebut, sudah cukup untuk membina bisnes yang berjaya.
Para pelanggan yang pernah beli ebook dari klikjer juga akan dapat edisi kemaskini untuk produk yang telah dibeli. Ini berbeza dengan kita beli buku fizikal, yang mana kalau ada edisi kemaskini kita perlu beli buku tersebut sekali lagi.
(2) Shopee
Kita sedia maklum, sejak PKP dan lock down dijalankan, ada ramai golongan peniaga yang terjejas sumber pendapatan disebabkan sekatan-sekatan yang dikenakan. Adakalanya tak dibenarkan langsung untuk menjalankan operasi perniagaan, dan ada ketikanya dibenarkan beroperasi namun untuk tempoh masa yang lebih singkat.
Untuk langkah survival, suka ataupun tidak, mereka perlu mencari alternatif untuk mendapatkan jualan, supaya mereka boleh terus bertahan.
Persoalannya, apa yang mereka perlu lakukan?
Sama ada suka ataupun tidak, golongan peniaga perlu berusaha untuk mula menjual produk mereka secara online, dan salah satu laman web yang popular yang dapat membantu untuk jual barang secara online adalah Shopee.
Jika anda adalah seorang pemilik bisnes, anda boleh gunakan laman web Shopee ini untuk mula menjual dan mempromosikan produk jualan anda.
Tak perlu risau kalau anda tak pernah ada pengalaman berniaga di Shopee, sebabnya pihak Shopee telahpun menyediakan panduan yang agak lengkap di bahagian Seller Center. Semua yang anda perlu tahu mengenai cara dan kaedah berniaga di Shopee telah pun tersedia disitu.
Selain itu, anda juga boleh muat turun panduan yang ditulis oleh usahawan Shopee yang telah berpengalaman hasilkan jualan ratusan ribu ringgit di Shopee ini.
Panduan tersebut boleh dimuat turun menerusi pautan ini.
Selain daripada menjadi peniaga di Shopee, sebenarnya masih ada cara lain untuk buat duit menerusi laman web Shopee. Cara tersebut adalah dengan menjadi ejen pemasaran atau lebih dikenali sebagai ejen affiliate.
Macam mana nak jadi ejen affiliate Shopee?
Sebenarnya terdapat dua cara untuk mula menjadi ejen affiliate Shopee.
Cara pertama: Melalui Involve Asia
Cara pertama ini anda daftar sebagai ejen affiliate melalui affiliate network Involve Asia.
Baca juga: Panduan menjalankan program affiliate Shopee dan bukti income
Pendaftaran adalah percuma dan anda boleh berbuat demikian melalui pautan ini.
Cara kedua: Program in-house Shopee Affiliate Program
Pihak Shopee juga telah menjalankan program affiliate mereka sendiri.
Anda boleh terus ke halaman ini untuk membuat pendaftaran.
Memandangkan Shopee adalah laman shopping yang paling terkenal di negara kita, maka tak begitu sukar untuk dapatkan jualan. Kita hanya perlu fokus untuk dapatkan seberapa banyak klik pada link affiliate kita.
Untuk dapatkan sejumlah klik yang banyak pula, anda boleh gunakan teknik review. Anda pilih apa-apa produk yang ada dijual di Shopee, atau yang pernah anda beli sebelum ini dari Shopee, lalu anda tulis review mengenai pembelian tersebut.
(3) Lazada
Lazada juga merupakan sebuah laman web berkonsepkan ecommerce, sama seperti Shopee. Mana satu yang lebih popular, Shopee atau Lazada?
Satu masa dulu, bila kita sebut tentang online shopping, memang nama Lazada yang akan muncul difikiran. Pada waktu itu, Lazada adalah pelopor kepada online shopping. Namun pada ketika ini, Shopee lebih mendominasi pasaran e-commerce.
Namun ini bukan bermakna kita tak boleh buat duit dengan Lazada. Peluang itu tetap ada.
Ada dua cara untuk buat duit dengan Lazada. Cara pertama adalah dengan menjadi seller di Lazada, manakala cara kedua adalah dengan menjadi ejen affiliate.
Saya tidak akan bercerita secara panjang lebar bagaimana cara untuk mula berniaga di Lazada, sebabnya maklumat tersebut boleh diperolehi terus dari laman web mereka.
Malahan mereka juga turut menyediakan program latihan untuk individu yang baru nak menjadi penjual di Lazada.
Untuk mula menjadi penjual di Lazada, anda boleh isikan borang di laman web berikut.
Kalau anda merupakan seorang peniaga dan mempunyai kedai atau premis perniagaan sendiri, mungkin boleh pertimbangkan untuk mula buka kedai online di Lazada pula. Jadi lepas ini, anda boleh menerima tempahan dari pelanggan yang melangkah masuk ke kedai anda dan yang buat tempahan di apps Lazada.
Bagaimana pula kalau anda bukan seorang peniaga, dan anda tak ada apa-apa yang hendak dijual? Adakah anda masih boleh buat duit dengan Lazada?
Jawapannya sudah tentulah boleh.
Lazada juga ada menjalankan program affiliate yang kita boleh sertai. Untuk menyertai program affiliate Lazada, anda hanya perlu isikan borang pendaftaran di halaman berikut.
Untuk mereka yang belum pernah ada akaun, sila klik pada bahagian register here.
Memandangkan program affiliate ini pendapatannya bergantung kepada hasil jualan, maka kita perlu fokus untuk dapatkan lebih banyak jualan.
Atas ini merupakan salah satu komisen yang agak besar yang pernah saya terima dari program ini.
Menerusi program ini, Alhamdulillah saya boleh dapat RM200 – RM500 setiap bulan. Cuma kadang-kadang bila Lazada ada buat special promotion, dapatlah saya hasilkan komisen jualan yang lebih tinggi.
(4) PG Mall
PG Mall merupakan laman web e-commerce yang berasal dari negara kita sendiri. Seperti Lazada dan Shopee, anda juga boleh menggunakan PG Mall untuk menjual produk-produk anda.
Apa yang lebih menarik perhatian saya mengenai PG Mall sebenarnya adalah konsep consumerchant.
Konsep consumerchant ini mempunyai sedikit persamaan dengan program multi level marketing (MLM). Dalam program ini kita perlu mengajak seberapa banyak individu untuk menjadi pengguna di PG Mall.
Kemudian, setiap kali orang yang kita ajak untuk jadi pengguna di PG Mall membuat pembelian, kita akan dapat cash back dari pembelian tersebut sampai bila-bila.
Anda boleh daftar keahlian PG Mall percuma disini.
Saya pernah tulis satu artikel penerangan tentang buat duit dengan PG Mall sebelum ini.
Boleh baca disini: Buat duit dengan PG Mall – Apa yang perlu anda lakukan?
(5) Involve Asia
Ini merupakan sebuah affiliate network yang menghimpunkan pelbagai jenama dalam satu program.
Sesetengah orang memang tak berapa suka nak daftar program affiliate satu per satu, untuk mempromosikan jenama dan syarikat yang berbeza. Jadi dia pilih untuk daftar melalui Affiliate Network seperti Involve Asia.
Untuk pendaftaran boleh isikan borang disini.
(6) Access Trade
Konsep dia sama seperti Involve Asia.
Access Trade ini juga merupakan sebuah affiliate network. Ia merupakan sebuah platform dari Jepun. Untuk membuka akaun dengan Access Trade, boleh isikan borang di halaman berikut.
(7) IndoLeads
Konsep Indoleads ini sama seperti Access Trade dan juga Involve Asia, cuma ia dimiliki oleh syarikat yang berbeza. Saya berpendapat, tak perlu nak join semua kalau nanti anda tak ada masa nak buat kerja pemasaran. Lebih baik pilih satu dan fokus pada yang itu sahaja.
Join banyak-banyak program ini memang seronok, terutama sekali bila kita berjaya dapat komisen. Pada bulan tersebut, kita dapat bayaran komisen dari pelbagai syarikat.
Ya, memang menyeronokkan. Namun, untuk berjaya capai tahap tersebut, juga perlukan usaha yang lebih. Apa pun, jika anda minat nak cuba mendaftar program ini, boleh berbuat demikian menerusi laman web ini.
(8) OrderSini
Order Sini ini sebenarnya adalah sebuah payment gateway atau payment processor yang membantu melancarkan proses jual beli di internet.
Mudahnya begini, sebagai pemilik bisnes, anda perlukan satu sistem untuk membantu melancarkan urusan jual beli diinternet.
Kalau tanpa menggunakan sistem urus tempahan, anda memang masih boleh buat jualan diinternet. Caranya ialah dengan memberikan nombor akaun bank untuk pembeli membuat pindahan wang ke akaun anda.
Persoalannya ialah, bagaimana anda ingin memproses tempahan sekiranya pembeli ingin bayar guna kad kredit atau kad debit? Maka disinilah peranan sistem payment gateway seperti Order Sini.
Kalau anda nak buat duit di internet, sebagai seorang penjual, maka boleh gunakan sistem yang dibangunkan oleh mereka. Sekiranya anda lebih minat nak jadi affiliate, boleh daftar akaun anda disini.
(9) On Pay
On Pay ini juga menawarkan peluang yang lebih kurang sama dengan Order Sini.
Jika anda merupakan pemilik bisnes dan ada produk untuk dijual, anda boleh menggunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak On Pay untuk menjadikan bisnes anda online.
Berita baik untuk mereka yang nak jadi affiliate, anda boleh daftar akaun affiliate melalui laman web mereka disini.
(10) JV Warrior
Laman web JV Warrior ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk hasilkan pendapatan di internet.
Jika anda memiliki produk anda sendiri, anda boleh hubungi pihak JV Warrior dan menjalinkan usahasama dengan mereka. Anda boleh menggunakan sistem jualan yang dibangunkan oleh pihak JV Warrior serta mendapat manfaat tambahan seperti ejen affiliate segera, sistem laporan dan banyak lagi.
Baiklah, itu jika anda sebagai pemilik produk.
Jika anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh daftar sebagai ejen affiliate dan mula lakukan kerja pemasaran sebaik sahaja pendaftaran anda diterima. Konsep buat duit dengan JV Warrior sebagai ejen affiliate ini tak banyak beza dengan program klikjer.
Kalau anda mampu buat jualan bersama dengan Klikjer, saya percaya anda juga boleh hasilkan jualan apabila mempromosikan produk-produk di platform ini. Senang cerita, teknik yang anda gunakan untuk promosikan produk di klikjer, turut boleh digunakan untuk program ini.
Untuk dapatkan akaun affiliate, anda boleh ke halaman ini.
Bagaimana cara nak buat kerja pemasaran hingga boleh hasilkan income?
Saya telahpun kongsikan 10 program atau laman web yang anda boleh gunakan untuk buat duit di internet. Sekarang ini, tibalah masanya untuk memulakan kerja-kerja pemasaran.
Baiklah, personally, saya banyak menggunakan blog untuk kerja pemasaran. Kenapa saya pilih blog? Sebab ia memang berkesan dan banyak meembantu saya untuk buat jualan.
Saya percaya, jika anda juga menggunakan blog, anda juga mampu untuk hasilkan komisen anda yang pertama. Namun saya faham, agak sukar untuk bangunkan sebuah blog yang baru dari kosong.
Justeru, jika anda perlukan bantuan, boleh hubungi saya. In Shaa Allah saya akan bantu anda, dengan cara menerbitkan artikel promosi yang anda hasilkan di blog saya.
Saya akan bantu upgrade artikel tersebut dengan teknik copywriting yang saya tahu dan biasa gunakan. Tiada jaminan yang anda akan terus dapat komisen melalui satu artikel sahaja, namun artikel tersebut mempunyai peluang yang lebih baik untuk convert kepada sales jika diterbitkan di blog yang lebih berusia dan sudah ada trafik sendiri.
Fikir-fikirkan. Jika berminat, boleh cuba. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya hasilkan komisen.
The post Senarai laman web untuk buat duit online 2021 appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/senarai-laman-web-buat-duit-online/