Senarai Kedai Online Menjual Jam G Shock Original Di Malaysia


Saya merupakan salah seorang peminat jam tangan jenama G-Shock. Memandangkan anda berada dekat blog saya ini, saya rasa tak salah kalau saya teka, yang sebenarnya anda juga merupakan seorang peminat jam tangan G-Shock, betul tak?
 
Biasanya kalau nak beli jam, saya lebih suka beli jam yang original. Walaupun harganya mungkin agak tinggi, namun saya rasa lebih puas hati. Maklumlah, jam yang original kita tahu kualitinya boleh dipercayai dan diyakini.
 
Berbeza sama sekali dengan kita beli jam yang tiruan, copy ori atau premium gred. Saya pun kadang-kadang jadi keliru juga, sebab jam tiruan ni didatangkan dengan pelbagai nama. Cuma satu je la yang saya nak ingatkan, barang tiruan tak akan dapat menyamai kualiti barang yang original.
 
Walaupun bentuknya sama, warnanya lebih kurang sama, dan modelnya sama dengan original, namun anda sendiri pun tahu, yang barang tiruan tetap tiruan.
 
Bagi mengelakkan daripada tertipu dan terbeli jam G-Shock yang copy ori, saya syorkan anda beli dari kedai-kedai jam ternama. Kedai-kedai jam seperti ini biasanya terletak di shopping mall yang besar. Lazimnya mereka hanya menjual jam tangan original sahaja. Salah satu kedai jam yang biasa saya kunjungi untuk beli jam ialah City Chain. Kedai ini ada banyak cawangan di shopping mall.
 
Spesifik untuk jam tangan dari jenama G-Shock, anda boleh pergi ke mana-mana kedai bernama G Factory untuk dapatkan jam tangan G-Shock original anda.
 
Harga G-Shock original Ini adalah satu perkara yang anda perlu berikan perhatian. Jangan terlalu seronok apabila ditawarkan jam G-Shock dengan harga yang sangat murah. Pada pendapat saya, kalau perbezaan harga setakat RM20 – RM70 lebih murah, itu masih lagi boleh dipertimbangkan.
 
Boleh jadi penjual tersebut dapat stok dari supplier dengan harga borong. Harga borong ni mungkin sangat jauh beza dengan harga runcit.
 
Jadi sempena hari perayaan, atau hari peristiwa, penjual ini tawarkan dengan harga yang murah, tapi tak terlalu murah. Tujuan dia tawarkan harga yang menarik, sebab dia nak clearkan stock dan juga sebab dia nak tarik bakal pembeli untuk datang dan lihat barang-barang lain yang dijual dikedai jam miliknya.
 
Jual dengan harga rendah, tak menjadi satu masalah, asalkan ia masih lagi masuk akal, dan ditawarkan untuk masa terhad. Kalau kedai tersebut sentiasa jual dengan harga murah, dan harga murah tersebut langsung tak masuk akal, itu kita kena berjaga-jaga.
 
Sebagai langkah berjaga-jaga, saya amat menggalakkan anda untuk sentiasa merujuk ke laman web rasmi Casio G-Shock bagi mendapat gambaran, berapakah harga runcit yang dicadangkan untuk jam tangan keluaran mereka.
 
Laman web yang anda boleh rujuk adalah
https://www.gshock.com/

Dekat laman web rasmi G-Shock ini, anda boleh lihat apakah model-model jam tangan G-Shock yang pernah dikeluarkan. Ada beberapa model yang dipaparkan dilaman web rasmi ini, yang masih belum sampai di pasaran Malaysia.
 
Satu hari nanti, mungkin anda ingin jadikan jam G-Shock sebagai koleksi. Bila dah beli banyak jam, sampai satu masa, anda mungkin dah tak ada idea, nak beli model apa pula selepas ini. Justeru, bila ada masa bolehlah belek-belek model jam G-Shock yang tersenarai di website tersebut.

 
Saya nak bawakan contoh, bagaimana cara membuat penilaian sama ada sesuatu harga yang ditawarkan adalah munasabah atau sebaliknya. Cara ini adalah cara yang saya sendiri gunakan, untuk beli jam tangan G-Shock untuk model yang sama.
 
Ada satu hari tu, saya teringin nak memiliki jam tangan G-Shock edisi Rangeman. Setelah mengambil kira bajet dan kos, saya pilih untuk beli model jenis Rangeman GW9400-1B All Black.

Harga runcit yang dicadangkan adalah USD330 atau bersamaan dengan RM1,336 pada waktu catatan ini ditulis. (USD1 bersamaan dengan RM4.05)
 
Kalau nak beli jam model ini, kita cari kedai yang jual model keluaran yang original dan harga yang ditawarkan tak jauh beza dengan harga runcit yang disarankan.
 
Pada waktu tu, saya jumpa dua kedai online yang tawarkan harga yang menarik.
 
i. All in One Hub
Ini merupakan salah satu kedai online yang menjual jam tangan G-Shock yang termasuk dalam list saya.
Anda boleh ke link ini untuk lihat tawaran kedai ini.

Ini merupakan kedai jam online yang saya sendiri dah pernah beli beberapa jam dari mereka. Jam memang original dan kualitinya sudah tentu sangat baik.
 
Saya dah follow kedai ini agak lama, lebih kurang 2 atau 3 tahun. Saya juga sudah beberapa kali beli jam dari mereka, jadi saya berani untuk syorkan para pembaca untuk beli jam dari mereka.
 
ii. G-People Store
Bagi model Rangeman GW9400-1B ini, pada waktu saya beli dulu, satu lagi kedai yang jual dengan harga yang cukup menarik adalah kedai bernama G-People Store. Boleh ke halaman ini untuk lihat kedai.

Semasa saya beli sebelum ini, harga yang ditawarkan oleh G-People Store lebih rendah berbanding All In One Hub. Tapi kali ini, nampaknya All In One Hub tawarkan harga yang lebih murah.
 
Semua ini bergantung kepada apa promosi yang dijalankan oleh penjual. Kebetulan pada waktu catatan ini ditulis, Lazada sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina.
 
Seterusnya saya ingin kongsikan kepada pembaca sekalian, beberapa kedai jam online yang menjual jam original G-Shock dengan harga yang boleh tahan murah.
 
Saya dah kongsikan dua buah kedai online yang bagus, iaitu All In One Hub dan juga G-People Store, kali ini saya nak tambahkan lagi beberapa kedai yang anda boleh pertimbangkan.
 
Secara peribadi saya lebih suka beli melalui Lazada, sebab risiko untuk kena tipu tu rendah. Cubalah bayangkan, bila kita beli jam harga seribu lebih, tiba-tiba penjual tu tipu kita dan tak hantar barang yang kita beli, sakit hati bukan?
 
Benda ini tak mustahil berlaku, lebih-lebih lagi kalau kita berurusan dengan peniaga di media sosial. Kalau kita dapat peniaga yang jujur, syukur Alhamdulillah. Tapi bagaimana kalau kita dapat seller yang penipu? Pada masa tu, dengan siapa kita nak mengadu, dan macam mana kita nak dapatkan semula duit kita yang telah ditipu.
 
iii. C&H Movement
Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, G-Shock mempunyai model yang sangat banyak.

Memang agak sukar nak jumpa satu kedai yang mampu untuk jual semua jenis model G-Shock. Kalau kedai offline, stok jam juga agak terhad. Mereka akan jual stok jam G-Shock yang popular sahaja.
 
Suka ataupun tidak, kenalah buat pembelian dan carian secara dalam talian. Even kedai dalam talian juga situasinya sama. Ada model jam yang dijual di C&H Movement tapi tak terdapat di lain-lain kedai. Jadi memang sangat berbaloi dan bagus bila kita mempunyai lebih dari satu pilihan kedai yang menjual jam tersebut.
 
Untuk melihat stok jam dan juga tawaran harga C&H Movement, anda boleh ke pautan ini.
 
iv. Stussy Gallery
Kedai online ini juga merupakan satu lagi kedai yang mempunyai rating yang sangat bagus. Majoriti yang beli jam dari mereka amat berpuas hati sebab barang yang mereka jual memang original.

Kadang-kadang saya akan buat perbandingan harga dengan Stussy Gallery bagi menentukan mana satu tawaran yang paling menarik dan menjimatkan. Ini adalah pautan ke kedai online Stussy Gallery.
 
v. Casio Official Store Lazada
Kalau dah namanya Casio Official Store, sudah tentulah mereka hanya menjual produk-produk yang original sahaja.

Namun saya sengaja letakkan kedai official ini ditangga yang agak kebawah, sebab pada saya, harganya kurang menarik. Kadang-kadang mereka ini ada juga berikan voucher dan potongan harga, namun saya dapati harga mereka masih mahal kalau nak bandingkan dengan All In One Hub, G-People Store, C&H Movement dan juga Stussy Galleries.
 
Anda boleh layari pautan ini untuk ke official store Casio.
 
vi. The Wola
The Wola ini pula sebenarnya adalah kedai online yang menjual pelbagai produk berjenama dan salah satunya yang anda boleh dapati adalah jam tangan jenama Casio G-Shock.

Kedai The Wola ini boleh diakses menerusi pautan ini.
 
Apa yang saya kongsikan disini adalah senarai kedai online yang menjual jam G-Shock Original yang saya sendiri akan pilih untuk berurusan, jika saya teringin nak beli model jam tertentu.
 
Jika anda merasakan apa yang saya kongsikan disini, berguna untuk anda, bolehlah beli dari salah satu penjual disini. Jika anda mempunyai senarai ataupun seller kesukaan anda yang tersendiri, mungkin boleh kongsikan dibahagian komen.
 
Selamat membeli belah, dan saya doakan semoga anda tak terbeli produk yang tiruan.
 
 
The post Senarai kedai online menjual Jam G-Shock Original di Malaysia appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/senarai-kedai-menjual-jam-g-shock-original-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Ditangga Ke 8 Paling Ramai Menonton Konsert Online Blackpink The Show

Malaysia Ditangga Ke 8 Paling Ramai Menonton Konsert Online Blackpink The Show

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 293 hits
MALAYSIA DITANGGA KE 8 PALING RAMAI MENONTON KONSERT ONLINE BLACKPINK THE SHOW YG Entertainment telah mendedahkan maklumat baru mengenai negara mana yang mengikuti konsert dalam talian BLACKPINK baru baru ini Pada 31 Januari BLACKPINK menga...
Senarai Artis Malaysia Berkahwin Sepanjang Tahun 2021

Senarai Artis Malaysia Berkahwin Sepanjang Tahun 2021

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 1149 hits
Walaupon Malaysia dilanda pandemik Covid 19 ramai artis Malaysia mendirikan rumah tangga samaada melalui atas talian atau majlis dengan SOP yang ketat Ada juga yang beberapa kali terpaksa menangguh pernikahan kerana PKP Jom kita tengok sena...
Beli Emas Online Di Kedai Emas Hajjah Halijah Halijah Jewels

Beli Emas Online Di Kedai Emas Hajjah Halijah Halijah Jewels

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 456 hits
Bismillahirrahmanirrahim ingat lagi tentang bagaimana kegilaan ramai wanita dengan emas Semasa akhir tahun 2020 harga emas turun Ramai yang memborong emas Sampaikan kalau tengok di kedai kedai emas orang beratur panjang walaupun dalam keada...
Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 Boleh Dine In Dalam Kedai

Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 Boleh Dine In Dalam Kedai

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 569 hits
Kedai Apa Dibuka Semasa PKP Kedai Makan Boleh Dine In Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua tentang beberapa informasi berkenaan dengan sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Februari 2021 Seperti ya...
Walaupun Dilabel Sop Bebal 76 Rakyat Malaysia Menyokongnya

Walaupun Dilabel Sop Bebal 76 Rakyat Malaysia Menyokongnya

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 232 hits
Biarpun SOP untuk PKP semasa perayaan Tahun Baharu Cina diselar sebagai cela bodoh dan seumpamanya oleh Pemimpin politik baik Kerajaan mahupun Pembangkang namun 76 daripada rakyat Malaysia menyokong SOP tersebut menurut satu kaji selidik Da...
Pemeras Ugut Warga Malaysia Di Melbourne Tuntut Pembebasan Awal Dari Penjara

Pemeras Ugut Warga Malaysia Di Melbourne Tuntut Pembebasan Awal Dari Penjara

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 191 hits
Siti Nurhidayah Kamal sedang menjalani hukuman penjara kerana cuba meraih keuntungan atas kesulitan ibu bapa yang berdepan kematian anak PETALING JAYA Seorang wanita Malaysia yang cuba memeras ugut wang sebanyak AUD1 000 daripada ibu bapa s...
Why Is Malaysia So Corrupt

Why Is Malaysia So Corrupt

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 142 hits
Mahathir Kit Siang Anwar and all those Pakatan Harapan people yang sewaktu dengannya should shut up and stop repeating the symptoms of what is wrong with Malaysia and start discussing why Malaysia is in such a morally decaying state Stop te...
Twitter Rasmi Netflix Malaysia Kini Berbahasa Melayu

Twitter Rasmi Netflix Malaysia Kini Berbahasa Melayu

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 431 hits
Setelah Sekian Lama Netflix Malaysia Akhirnya Akur Dengan Permintaan Ramai Netflix adalah salah satu servis penstriman video atas talian yang mula popular di seluruh dunia dan Malaysia khasnya Syarikat yang besar juga tidak ketinggalan untu...
Tarik Anugerah Penghormatan Ketenteraan Malaysia Dari Jeneral Myanmar

Tarik Anugerah Penghormatan Ketenteraan Malaysia Dari Jeneral Myanmar

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 188 hits
Kerajaan Malaysia sewajarnya menarik balik dua pingat penghormatan ketenteraan yang diberikan kepada Jeneral Min Aung Hlaing yang mengetuai rampasan kuasa di Myanmar Seorang aktivis demokrasi Abdul Malek Hussin baru baru ini berkata mengeka...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket