Twitter Rasmi Netflix Malaysia Kini Berbahasa Melayu


Setelah Sekian Lama, Netflix Malaysia Akhirnya Akur Dengan Permintaan Ramai Netflix adalah salah satu servis penstriman video atas talian yang mula popular di seluruh dunia dan Malaysia khasnya. Syarikat yang besar juga tidak ketinggalan untuk memiliki akaun media sosial mereka sendiri dalam usaha meningkatkan capaian di antara syarikat dan pengguna.
Akaun Twitter Rasmi Netflix Jepun.  
Lazimnya, akaun media sosial ini akan berbahasa dan berkomunikasi dalam bahasa dan lenggok bahasa yang santai dan mudah difahami masyarakat sasar setempat. Hal ini dapat dilihat pada akaun Netflix Indonesia contohnya. Ciapan di akaun berkenaan kadangkala nakal, melucukan, dan juga berinformasi dalam gaya bahasa seolah-olah ditulis oleh warga Indonesia urban itu sendiri.
Akaun Twitter Rasmi Netflix Indonesia membuat ciapan dalam Bahasa Indonesia.  
Lain pula halnya pada akaun Twitter Netflix Malaysia yang hanya menulis dalam Bahasa Inggeris. Ini menjadikan setiap ciapan dari akaun berkenaan tiada jiwa. Sombong dan bernada angkuh. Tiada wajah dan perencah tempatan. Ia datang sebagai servis yang asing dan mahu kekal berwajah asing.
Ciapan-ciapan Netflix Malaysia di akaun Twitter rasmi mereka hanya dalam Bahasa Inggeris.  
Bertahun juga usaha menggesa agar akaun berkenaan membuat ciapan dalam Bahasa Kebangsaan tapi gagal. Mujurlah, setelah tular semula baru-baru ini, akhirnya mereka akur. Ini adalah perkembangan yang baik. Di samping meningkatkan imej korporat di mata warga tempatan, ia juga sebagai tanda penghormatan kepada lokasi bisnes mereka.
Antara ciapan terawal mereka dalam Bahasa Melayu. Akhirnya.  
Saya secara peribadi mahukan servis dan perkhidmatan asing membawa budaya baik mereka ke sini sambil menjunjung tinggi tata dan tertib budaya tempatan. Jika anda sebagai seorang yang asing, datang berdagang ke tempat yang asing, janganlah menjadi asing di tanah orang.  Sebaliknya, belajar mengikut resam tempatan. Janganlah menjadi orang asing yang sombong. Jadilah simbiosis, bukan parasit mahupun virus. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/twitter-rasmi-netflix-malaysia-kini-berbahasa-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ajaran Agama Melayu Ibu Yati Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

Ajaran Agama Melayu Ibu Yati Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 308 hits
Satu ajaran agama baru dikenali sebagai Agama Melayu dilaporkan telah dikesan dan menjadi topik perbualan masyarakat di negara ini sejak beberapa hari ini Agama berkenaan menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasrudin Hassa...
Bola Rasmi Liga Super Malaysia 2021 Nike Flight

Bola Rasmi Liga Super Malaysia 2021 Nike Flight

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 330 hits
Malaysia Football League selaku pengelola Liga Malaysia telah mengumumkan Nike Flight sebagai bola rasmi untuk semua perlawanan dalam Liga Malaysia termasuk Liga Super Liga Premier Piala Malaysia dan Piala Cabaran bagi musim 2021 Bola Nike ...
Garmin Lily Dan Lily Sport Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm920

Garmin Lily Dan Lily Sport Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula Rm920

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 301 hits
Teknologi secara lazimnya direka oleh lelaki untuk lelaki Akibatnya Garmin Lily ialah jam tangan pintar yang menurut Garmin direka khusus untuk wanita yang menjejak kesihatan mereka Ia dilancarkan pada penghujung Januari lalu dan kini akhir...
Rentasan 818 Kini Malaysia Dilabel Sebagai Orang Sakit Baharu Di Asia

Rentasan 818 Kini Malaysia Dilabel Sebagai Orang Sakit Baharu Di Asia

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 234 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8181 EKONOMI SEMAKIN TERUK KEWANGAN SEMAKIN GERSANG 2 MISKIN BANDAR PERIKATAN NASIONAL NAK BUAT APA 3 KISAH MASYARAKAT DIABAI MENTERI LEBIH SERONOK BELA KAMBING 4 NEGARA SEDANG SAKIT DI BAWAH PN
Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

Kerajaan Malaysia Kini Sama Seperti Myanmar Tidak Hormat Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 327 hits
February 10 2021 Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berpendapat Malaysia tidak boleh mengikut tindakan New Zealand yang memutuskan hubungan peringkat tertinggi dengan Myanmar Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata kerajaan pada masa ini...
Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet

Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan Dicerobohi Oleh Malaysia Darknet

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 369 hits
Baru sahaja kami terima mesej dari sebuah entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim Cyber Army di laman Instagram rasmi kami Mesej daripada mereka hanya sekadar alamat URL yang membawa kepada Laman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan M...
Tesco Malaysia Kini Dikenali Sebagai Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd

Tesco Malaysia Kini Dikenali Sebagai Lotuss Store Malaysia Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 925 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tesco Malaysia secara rasmi menukar namanya kepada Lotuss Malaysia Proses penjenamaan semula itu adalah berikutan Tesco Group UK menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand Cha...
Indian High Commissioner Lauds Increased Trade With Malaysia Despite Covid 19

Indian High Commissioner Lauds Increased Trade With Malaysia Despite Covid 19

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 299 hits
India s high commissioner to Malaysia Mridul Kumar says the two countries have become top trading partners globally KUALA LUMPUR India s exports to Malaysia in the first nine months of last year increased by 6 5 to US 4 6 billion compared w...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Growth Mindset In Startups


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jambu Bertih

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Alim Kris Kunjungan Terakhir Chord