Senarai Gajet Anda Harus Ada Jika Anda Seorang Ejen Penyiasat
Hari ini penulis ingin berkongsi tentang beberapa gajet yang digunakan oleh ejen penyiasat dalam kerja seharian mereka. Ini bukan berdasarkan pengalaman penulis. Bukan. Penulis dah kata, bukan. Sila jangan buat sangkaan serkap jarang tentang penulis. Penulis hanya orang awam yang mempunyai kehidupan biasa seperti makcik-makcik lain. Pergi main jauh-jauh
Sekarang mari kita lihat 5 jenis gajet yang sering digunakan oleh ejen penyiasat dalam kerja seharian mereka
Ini adalah sebatang pen yang kelihatan seperti pen biasa. Pen ini mempunyai kamera berdefinisi tinggi 1080p yang boleh merakam foto dan video, dan 16 GB memori. Bahagian tengah pen perlu dipusing untuk mengeluarkan pendrive USB yang menyimpan segala data yang telah dirakam sebelum disambung kepada mana-mana komputer. Pen ini sesuai digunakan untuk merekod maklumat penting semasa kuliah, atau merakam adegan rakan sekelas anda sedang tidur di sepanjang syarahan.
Seperti pen kamera di atas, cermin mata kamera ini juga memiliki kamera berdefinisi tinggi 1080p yang boleh merakam foto dan video. Bezanya cermin mata kamera ini tidak mempunyai pendrive USB yang boleh dikeluarkan, namun anda boleh capai dan alih data rakaman ke komputer melalui kabel USB. Sejumlah 16GB memori boleh disimpan dalam penstoran cermin mata yang terletak di bahagian hujung bingkai cermin mata penulis. Cermin mata ini juga dikeluarkan dalam rekaan "sport" yang memiliki hujung bingkai lebih tebal dan biasanya dipakai oleh golongan ejen lelaki. Malangnya bagi ejen wanita dan lelaki metroseksual, cermin mata kamera ini belum dikeluarkan dalam bentuk bulat yang trendy seperti yang sering dipakai oleh generasi muda zaman sekarang.
Ini nampak seperti pembaca memori USB yang biasa. Hakikatnya ia adalah alat pembaca kad sim telefon pintar yang membolehkan anda membaca, menyimpan dan mengubahsuai fail-fail daripada telefon pintar di dalam komputer. Anda perlu mengeluarkan kad sim daripada telefon pintar, masukkannya ke dalam alat pembaca ini, kemudian sambungkan kepada port USB mana-mana komputer seperti pendrive biasa. Alat pembaca kad sim ini amat sesuai untuk anda mengetahui isi kandungan telefon pintar pasangan yang disyaki curang. Alat ini juga mampu mencapai semula data-data seperti foto dan mesej yang telah dipadam oleh pasangan dalam telefon pintarnya.
Ini adalah pengubah suara yang boleh dipasang kepada telefon pintar. Apabila seseorang menghubungi anda melalui telefon atau aplikasi chat, anda boleh mengubah suara mengikut pitching, gema, bass, dan jantina yang dikehendaki agar tidak dicam olehnya. Jika anda menggunakan telefon pintar dwi-sim, anda juga boleh bertukar suara pada masa yang sama untuk mengelirukan pemanggil sehingga mereka menyangka anda adalah orang yang berlainan dalam perbualan yang sama.
Ini pula adalah pengilat kuku Undercover Colors yang berupaya memberitahu pemakai sama ada minumannya telah dicampur dengan dadah jenis Rohypnol, Zolpidem, Xanax, Ketamine, BDO dan sebagainya melalui perubahan warna pada kuku apabila jari pemakai dimasukkan ke dalam minuman tersebut. Berguna untuk gadis yang berhati-hati dalam pergaulan serta orang yang ada ramai musuh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yunfila.com/2020/02/senarai-gajet-anda-harus-ada-jika-anda.html