Berbasikal Ke Mekah Kerja Gila Seorang Ustazah Dan Suami


Tajuk : Ustazah Basikal - Nekad Ke Makkah (Siri 1)Penulis : Ahmad BMIPenerbit : Iman ReadersTahun terbit : 2019Jumlah muka surat : 708 Harga : RM79
Kisah pengembaraan begini memang mudah memancing minat saya. Apatah lagi jika ia dilakukan oleh seseorang yang bukan atlet. Pengembaraan berbasikal ke Mekah selama 15 bulan dan merentasi 13 buah negara yang dilakukan oleh seorang ustazah (Adilah) bersama suaminya (Ahmad). Tambah menarik perhatian saya, ustazah tersebut memakai baju kurung di sepanjang pengembaraan! Ada sebabnya mengapa ustazah memilih berbaju kurung berbanding t-shirt labuh

Buku genre travelog setebal 708 muka surat ini ditulis oleh Ahmad BMI, suami ustazah. Ia merupakan buku siri 1 - merangkumi kisah pengembaraan yang bermula dari Malaysia dan merentasi 5 buah negara (Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan). Mujur juga dibuat dua siri, sebab buku siri 1 ni pun dah berat sampai tak boleh nak baca sambil bergolek santai...haha

Mengikuti pengembaraan mereka, membuat saya turut bersama 'merasai' susah senang sepanjang bermusafir di negara orang. Saya turut merasa terharu dan sedih dengan kisah Shaukat Ali di India - sanggup mendahulukan Ahmad & Adilah makan, kemudian barulah sisanya dimakan oleh Shaukat Ali, anak-anak dan isterinya. Mereka tetap ingin meraikan tetamu, walaupun rumahnya tiada apa-apa dan cuma diterangi dengan sebatang lilin! Juga kisah seorang pakcik di Pakistan, yang membawa Ahmad ke satu sudut gelap kafe dan bertanya "How much money do you need?". Begitu pemurah!  Banyak lagi cerita-cerita yang memancing emosi saya selaku pembaca, cerita-cerita ini mengandungi hikmah untuk kita renungkan dan ambil ingatan. Bersesuaian dengan kembara mereka yang dinamakan - Kembara Memburu Hikmah.
Sambil membaca buku Ustazah Basikal, sesekali saya akan membuka aplikasi Google Maps untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai lokasi yang diceritakan. Maklumlah...saya ni tak pernah sampai semua negara tu (kecuali Thailand), jadinya susah nak bayangkan kalau setakat membaca tanpa tengok peta. Saya juga buat carian di internet untuk sesetengah tempat menarik yang disebutkan dalam buku. Yang akhirnya membuat saya 'telan air liur' melihat keindahan Fairy Meadow, Deosai National Park dan Hunza Valley. Moga Allah beri rezeki untuk saya menikmati keindahan tempat-tempat tersebut di depan mata

--------------------------------------------------------------
Helaian buku yang berkualiti, tulisan jelas & mudah dibaca, juga disertakan gambar berwarna.

Bagi yang nak memiliki buku travelog Ustazah Basikal, boleh dapatkannya DI SINI. Tak sabar saya nak tunggu buku siri 2 untuk sambungan kisah pengembaraan mereka. Tak mampu nak buat perkara yang sama, mampu baca dan ambil pengalaman pun dah cukup seronok. Bahan bacaan yang bagus diletakkan dirak-rak perpustakaan rumah/sekolah/awam


"Jika kita bergantung pada manusia, kita bakal kecewa. Jika kita bergantung hanya pada Allah SWT, Allah akan hantar manusia untuk bantu kita".(petikan #hikmah dari buku Ustazah Basikal)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/02/berbasikal-ke-mekah-kerja-gila-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahalnya Nilai Kesetiaan Seorang Isteri Sehingga Ke Akhir Hayat Menyayangi Suami

Mahalnya Nilai Kesetiaan Seorang Isteri Sehingga Ke Akhir Hayat Menyayangi Suami

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 354 hits
Memiliki pasangan setia merupakan idaman bagi setiap insan Mana tidaknya kesetiaan adalah perkara yang paling utama dalam mengekalkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga Mungkin bagi sesetengah individu menjadi pasangan setia dan jujur adalah...
Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

Setiap Wanita Impikan Seorang Suami Seperti Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 450 hits
Apa lagi yang mampu ditulis apabila melihat peritnya seorang isteri melalui pemergian suami tersayang tanpa sebarang tanda Kelilangan aktor kacak Ashraf Sinclair pada pagi semalam benar benar merobek hati isterinya yang juga penyanyi terken...
Running Man Dah Gila Ke Love Line Jun Somin Suami Orang Ji Sukjin Buat Penonton Tak Selesa

Running Man Dah Gila Ke Love Line Jun Somin Suami Orang Ji Sukjin Buat Penonton Tak Selesa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 204 hits
Siapa yang dah biasa tonton rancangan Running Man pasti tahu bahawa mereka sering mengusik dan membina hubungan cinta di antara ahlinya dan juga tetamu undangan Kalau dahulu hubungan cinta ini bermula dengan pasangan Monday Couple antara Ga...
Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 419 hits
Dalam mendidik anak anak suami dan isteri punya peranan masing masing Jika ibu banyak menumpukan perhatian dengan kerja rumah tak salah rasanya jika ayah membantu uruskan anak anak Barulah ringan sama dijinjing berat sama dipikul Seperti pe...
Isteri Kerja Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki

Isteri Kerja Ada Duit Suami Tetap Kena Bagi Nafkah Kecuali Isteri Reda Kongsi Rezeki

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 399 hits
Isteri bekerja isteri berniaga isteri ada pendapatan sendiri NAFKAH TETAP KENA BAGI Jangan sesekali abaikan walaupun isteri ada duit ya Kewajipan suami tidak akan terlepas atau terbatal walaupun isteri ada pendapatan bulanan sendiri tak kis...
Kalau Suami Tu Seorang Yang Baik Kehilanganya Pasti Sangat Terasa

Kalau Suami Tu Seorang Yang Baik Kehilanganya Pasti Sangat Terasa

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 280 hits
Industri hiburan tanah air kita baru baru ini dikejutkan dengan pemergian Arwah Abam Bocey dan selepas itu Arwah Ashraf Sinclair pula yang pergi buat selamanya Kedua duanya sangat terkenal dengan sikap family man mereka yang sangat sayang d...
Road To Jannah Seorang Isteri Tak Perlu Sampai Menyusahkan Diri Jaga Solat Taat Suami Sudah Cukup

Road To Jannah Seorang Isteri Tak Perlu Sampai Menyusahkan Diri Jaga Solat Taat Suami Sudah Cukup

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 608 hits
Entahlah versi RoadToJannah seorang isteri ini kadang kala menyusahkan diri sendiri Sedangkan Isteri isteri Rasulullah S A W contoh terbaik dalam mencari redha seorang suami Untuk cari redha dari seorang suami tidak perlu untuk l isteri itu...
Edar Rm10 000 Depan Istana Negara Pemuda Buat Kerja Gila Dihalau Polis

Edar Rm10 000 Depan Istana Negara Pemuda Buat Kerja Gila Dihalau Polis

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 585 hits
Cubaan seorang YouTuber untuk mengagihkan RM10 000 secara tunai kepada orang ramai yang berkumpul di luar Istana Negara gagal dilaksanakan apabila dihalau pihak polis Isa Isarb yang sering menghasilkan video prank memuat naik sebuah video d...
Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak

Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 408 hits
Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri Setuju Tak Setiap wanita pasti ingin bergelar isteri Namun seringkali kita terbaca kisah kisah isteri dalam mengharungi alam perkahwinan Ada yang manis dan ada yang pahit Perko...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025