Senarai Campsite Terbaik Di Kuantan


Kuantan memiliki kelebihan area pantai dan sungai yang menjadi tarikan pelancongan orang luar termasuklah orang Kuantan sendiri. Suasana pantai yang damai, luas ini menjadikan pantai sebagai tempat campsite yang digemari, tidak kurang juga sungai-sungai tempat berkelah dan mandian di sekitar Sungai Lembing dan Sungai Pandan.
Rata-rata sekarang ramai duk share camping sekeluarga kan? Ada yang suka berkhemah di tempat terbuka seperti di pantai, ada yang suka perkhemahan mewah seperti glamping. 
Anda pula bagaimana?
Suka bercamping atau tidak?
Syukur alhamdulillah, di Kuantan ada banyak campsite yang serba lengkap dengan elektrik, tandas dan tempat solat. 
Campsite sangat sesuai bagi mereka yang pertama kali ingin mencuba dan merasai hidup secara berkhemah. 
Lain dari yang lain, anda nak rasa suasana outdoor dan adventure menguruskan diri anda dan bawa anak-anak berada di luar rumah dan "outside the comfort zone". 
Namun usah bimbang, GLAMPING pun ada di Kuantan. Tak risau la panas, badan sakit akibat tidur di atas tanah atau pasir, siap disediakan tilam empuk insya Allah anda juga boleh merasa suasana berkhemah seperti orang lain.
Mari kita lihat senarai campsite di Kuantan yang boleh anda terokai, merasai pengalaman bercamping di Kuantan pula kan? Manalah tahu ianya menjadi salah satu memori terindah dan tidak dapat dilupakan oleh anda di sini.


Kelebihan Campsite Berbayar VS Campsite PercumaApabila kita sebut tempat berkhemah, salah satu cirinya ialah tempat itu semestinya sesuai dan dibenarkan untuk anda memacakkan khemah. 
Campsite berbayar menyediakan fasiliti yang lengkap buat penyewanya, kemudahan adalah seperti:-

TandasSurauElektrikKemudahan airLampuKhemahArea yang lebih privatePeralatan memasak seperti bbq contohnyaBagi campsite percuma, anda perlu sediakan semuanya sendiri, mencari lokasi yang sesuai seperti berdekatan dengan tandas awam, masjid dan keperluan lain yang anda perlukan untuk keluarga anda, semuanya harus difikirkan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti perkhemahan


Camping Site di Pantai Sekitar Kuantan
1. Kem Nemo Pantai Balok



Kem Nemo antara salah satu camp site terbesar dengan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, dewan serbaguna, parking, surau dan tandas yang banyak. Juga terdapat banyak aktiviti yang anda boleh tempah sebagai aktiviti riadah anda sekeluarga
Harga bermula serendah RM70 semalam
Nak tahu lebih lanjut boleh terus ke website rasmi Kem Nemo


2. Pantai Rekreasi Balok




Bersebelahan dengan Kem Nemo Pantai Balok. Pantai rekreasi ini menarik kerana bukan sahaja mempunyai tempat yang sesuai untuk bercamping tetapi menyediakan Hotel Kapsul dan Chalet di tepi pantai tersebut. Memiliki facilites yang lengkap untuk urusan anda di sana. 

3. Pantai Sepat
Pantai Sepat tidak memiliki campsite yang khusus atau diuruskan oleh mana-mana syarikat. Anda bebas berkhemah di mana sahaja namun harus diingat carilah tempat yang sesuai untuk dipacak. Berdekatan dengan tandas awam dan surau. Anda juga memerlukan bekalan elektrik pada waktu malam dan air bersih untuk kegunaan sendiri. Pokok pangkalnya, tiada fasilities untuk bercamping di sini tetapi ada beberapa area yang menyediakan tandas awam. Peringatan: tandas awam ini ditutup pada waktu malam.


4. Payung Gateway Campsite & RV Park Pantai Cherating
Payung Gateway Camping site ialah campsite berbayar, menyediakan fasilities asas dan tempat private khas untuk para campers. Cuma, saya agak curious kerana mostly review adalah dari non muslim, adakah tempat ini sesuai buat semua rakyat Malaysia atau bagaimana?

Jika anda berminat, anda boleh terus hubungi page mereka : https://www.facebook.com/cheratingbeachMY

5. Camp Site Pantai Kempadang
Tiada informasi berkenaan siapa owner yang menguruskan camp site pantai kempadang, malah belum ada review blog berkenaan tempat ini, tetapi saya menjumpai perkongsian dari user Facebook yang menyatakan bahawa ada pihak yang menyelia tapak perkhemahan mereka. Bayaran tapak amat murah insya Allah.
Saya letakkan review dari perkongsian Puan Jezz Tiena Joe, melalui group Facebook Family Camping Malaysia. Perkongsian sebenar beliau, sila klik link ini ya : https://www.facebook.com/groups/FamilyCampingMalaysia/posts/3618319411593327/


Campsite Review
1. Name of Place : Pantai Kempadang, Kuantan Phg
2. Cost of site : Rm10 sekali Pondok Wakaf
3. Tent type : Dome 3mx3m
4. Campsite contact : Pak Hamid 016-9533908
5. Under: Jawatankuasa Kemajuan & Kemakmuran Kampung Kempadang
6. Waze : Pantai Kempadang Kuantan

Review:

a. Toilet  - 5 star sangat bersih dan toilet baru dan djaga sentiasa...Toilet charge Mandi Rm1, Biasa Rm0.30 masukkan duit dlm tabung.Toilet dekat je
b. Plugpoint ❌
c. Kitchen and sink ❌ ada pili disediakan, xde kitchen dan sink
d. Fire pit 
e. Stream, pool or beach 
f. Parking distance to campsite? 
g. Entrance for Normal Car, highrise car or 4x4
h. Compatible with campervan?i. Phone Coverage? maxis, celcom, umobile
j. Security/safety? Sebaiknya camping biar dgn partner camper lain.

Pantai Kempadang ialah tempat campsite umum namun menyediakan fasitilies seperti tandas. Malah tidak lama lagi, pantai ini akan dijadikan salah satu tumpuan utama di Kuantan sama seperti Pantai Teluk Cempedak! Hah menarikkan?

6. Kaki Bukit Campsite Pantai Teluk Tongkang (Teluk Cempedak)


Kaki Bukit Campsite sebenarnya berada di Teluk Cempedak, anda boleh layari FB page mereka di SINI. Merupakan private campsite, fasilities yang lengkap dan pelbagai aktiviti menarik. Juga sesuai sebagai aktiviti berkumpulan yang besar

7. Cempaka Campsite

Private campsite ini diuruskan oleh Puan Siti Haida Abdull Rahaman. Beliau tidak mempunyai Fb page atau website tetapi mengumpul para campers di group Facebook beliau iaitu https://www.facebook.com/groups/1986463094871290/ . 
Berminat untuk camping di Cempaka Campsite
Hubungi Puan Siti Haida ye
8. Black Stone Camper Park & RV


Rupanya Black Stone Camper Park ini merupakan tempat di mana ramai celebrity datang lah. Sambil review kan, ternampak Uqasha dan Fyn Jamal datang bercamping di sini. Cewah, mesti korang rasa alamak mahal lah! Oh rupanya tidak. 

Bermula 1 April 2023, pihak pengurus Black Stone Campsite telah menaikkan kos tapak khemah sebanyak RM50 sahaja daripada RM40 setapak. Masya Allah, bolehlah campers semua mencuba bercamping di sini pula. 
FB Page : Black Stone Campers & RV 
9. Campers Unite Campsite


Located at Cherating Beach, tempatnya dikatakan agak sunyi (private) dan luas. Anda boleh layari Facebook Page mereka untuk lihat review dan gambar-gambar menarik dari pengunjung dan pihak pengurusan Campers Unite

FB page: https://www.facebook.com/CampersUnite21/
10. Private Pantai Balok (NEW, Previous Owner Campsite Pantai Lagenda)

Lokasi campsite ini betul-betul bersebelahan dengan Campsite Pantai Balok Rekreasi dan bersebelahan Pusat Latihan Nelayan. Baru dibuka oleh pengurus yang sama di Pantai Lagenda. Malah kami merupakan antara campers yang bercamping di sini tau. Ha, juga pengalaman pertama kami bercamping di pantai. 
Alhamdulillah, kelengkapan cukup dan fasiliti juga pengurusannya sangat baik dan ramah. Untuk camping di sini sila berurusan dengan
Camping Site di Sungai Sekitar Kuantan
1. Campstay Sungai Lembing

Private campsite ini menawarkan fasilities lengkap termasuklah ruang solat terbuka buat semua campers. Tempat ini tidak terlalu besar, mempunyai kebun di mana anda boleh memetik apa jua buahan dan sayuran yang di tanam. Best bukan

Campstay juga merupakan salah satu campsite yang popular di Kuantan. A must try place to camp ya warga Kuantan semua! Oh ya, saya dan keluarga juga sudah berkhemah di sini. Seronok! Insya Allah, lain kali boleh datang lagi
FB Page: Campstay Sungai Lembing
2. Sungai Pandan Waterfall Camp Site By ROH


Sungai Pandan Waterfall merupakan salah satu pusat pelancongan di Kuantan. Air terjun yang cantik, sejuk dan suasana yang redup ini menjadikan tarikan ramai penduduk Kuantan dan luar. ROH Campsite menyediakan perkhidmatan camping site yang terbaik buat campers semua dengan fasiliti yang lengkap

Bolehlah anda cuba bercamping di sini pula selepas Sungai Lembing

FB page: https://www.facebook.com/ROHcampSite/
3. FASIH Camp Site Gambang


Menurut chatgpt, Fasih Camp Site adalah FASIH Camp Site Gambang is a popular campsite located in Gambang, Malaysia. It is known for its scenic natural surroundings and offers various outdoor activities for visitors of all ages. The campsite provides a range of facilities and amenities to ensure a comfortable and enjoyable camping experience

Campsite ini diuruskan oleh Pak Zul. Cantik kan pemandangan Sungai Berkelah ni? Mesti seronok dapat bercamping di sini.

FB Page: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083042965387
4. JIWACAMP Campsite Sungai Pandan



Jiwacamp boleh memuatkan 38 buah khemah bersaiz unta, saiz tapak purata 20 kaki lebar x 30 kaki panjang lebih kurang berlantai pasir. Jiwacamp mempunyai pengurusan menguruskan acara perkhemahan dengan sangat tersusun, sesuai dari aktiviti berkhemah secara solo, keluarga, berkumpulan dan aktiviti sekolah. Fasiliti sangat lengkap dan juga boleh menempatkan RV di sini. 
Buat masa ini, di pahang private campsite yang membenarkan RV park termasuklah Jiwacamp ialah Payung Gateway, dan Pantai Kempadang. Saya suka dengan persembahan pihak Jiwacamp. Boleh jadi salah satu tempat favorite's ni kan

Nak dapatkan info lanjut bagaimana untuk berkhemah di Jiwacamp Campsite Sungai Pandan? Layari sahaja 
Website: https://jiwacamp.com/FB Page: https://www.facebook.com/jiwacamp/
5. Pasir Puteri, Sungai Lembing

Perkelahan Pasir Puteri atau nama asalnya Pasir Kubor terletak di Sungai Lembing, Kuantan. Sungainya mempunyai permukaan batu-batu sungai, agak panas pada waktu tengah terik. Sungainya cetek namun dalam jika anda bermandi di tengah sungai. Saya juga pernah beberapa kali ke sini, bercamping namun hanya sekejap sahaja kerana batuan yang agak panas dan sakit badan. 
But, its worth to stay. Sungai yang jernih dan sejuk walaupun batu sungai panas apabila dipijak. Oleh itu, anda harus rancang dengan baik untuk bercamping di sini. Pasir Puteri merupakan kawasan perkelahan awam, oleh itu kelengkapan di sini tidak lengkap dan anda harus menyediakan peralatan khemah anda sendiri. 
6. Timah Campsite Sungai Lembing



Pet friendly. Anda boleh bawa haiwan peliharaan anda ke sini, biasanya kucing ni kurangkan orang nak bising jika di bawa, berlainan jika pet anda ialah seekor anjing. Wah, ya, boleh bawa anjing peliharaan anda ke sini. Begitu juga di Payung Gateway Campsite. Antara review dari campers yang dah bercamping di sinilah superb pemandangan dan toilet yang awesome. Wah, best la tu kan


FB Page: https://www.facebook.com/timahcampsite/

Nampak menarik kan tempat-tempat di campsite di Kuantan ni? Anda kalau nak pergi tu kena buat tempahan awal kerana tempat-tempat yang disenaraikan di atas ni memang terkenal dan selalu dijadikan tempat bercuti bukan sahaja orang Malaysia malahan luar negara juga. Apa lagi, pergilah tempah sekarang sebelum terlambat.
Untuk campsite umum pastikan anda sudah senaraikan barangan keperluan bagi memudahkan urusan anda semua bercamping. 
Apa lagi jomla camping!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/06/campsite-kuantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Kebaikan Moisturizer Pelembap Muka Terbaik Malaysia 2023 Untuk Mangatasi Kulit Berminyak Yang Anda Perlu Cuba

6 Kebaikan Moisturizer Pelembap Muka Terbaik Malaysia 2023 Untuk Mangatasi Kulit Berminyak Yang Anda Perlu Cuba

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 290 hits
6 Kebaikan Moisturizer Pelembap Muka Terbaik Malaysia 2023 Untuk Mangatasi Kulit Berminyak Yang Anda Perlu Cuba Adalah penting untuk memilih moisturizer pelembap yang sesuai dengan jenis kulit dan menggunakannya dengan kerap Menggunakan moi...
8 Ilmu Cara Pilih Beli Buah Durian Terbaik Agar Tidak Mengecewakan

8 Ilmu Cara Pilih Beli Buah Durian Terbaik Agar Tidak Mengecewakan

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 285 hits
Nak beli durian pun kena ada ilmu juga supaya kita tak tertipu dgn penjual yg tidak jujur ataupun tersilap pilih durian sebab salah kita sendiri yg kurang ilmu akhirnya kita yg rugi Melayang fulus oiiiDahlah harga durian mahal Jadi antara t...
Bangpi Lekor Chips Sedap Bohh Pilihan Terbaik Penggemar Keropok Lekor

Bangpi Lekor Chips Sedap Bohh Pilihan Terbaik Penggemar Keropok Lekor

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 250 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKeropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional yang sangat popular di Malaysia terutamanya di negeri negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan Makanan ringan atau kudapan ini pastinya menjad...
Terbaik Secara Nasional Pemkot Tarakan Raih Bkn Award

Terbaik Secara Nasional Pemkot Tarakan Raih Bkn Award

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 141 hits
Pemerintah Kota Tarakan telah berhasil mengintegrasikan SIASN dengan Sistem Informasi Kepegawaian dan Sistem Administrasi Pegawai dengan Kontrak Integrasi ini memberikan manfaat signifikan dalam pengelolaan data dan proses administrasi pega...
Urutan 10 Besar Universitas Terbaik Di Indonesia Versi Webometrics 2020 Kampusmu Termasuk

Urutan 10 Besar Universitas Terbaik Di Indonesia Versi Webometrics 2020 Kampusmu Termasuk

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 131 hits
Peringkat universitas nggak hanya dilihat dari prestasi akademisnya tapi juga dari isi website nya
Rekomendasi Browser Vpn Pintar Antiblokir Terbaik Untuk Pc Dan Apk

Rekomendasi Browser Vpn Pintar Antiblokir Terbaik Untuk Pc Dan Apk

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 147 hits
Blog Orang IT Untuk memastikan privasi anda terjaga selama berselancar di internet berikut ini kami rekomendasikan aplikasi browser dengan fitur VPN terbaik yang bisa digunakan di PC maupun smartphone Privasi dan internet sepertinya bukan d...
Dr Romantic 3 Berakhir Dengan Rating Terbaik Kemunculan Watak Lama Ramal Plot Musim Ke 4

Dr Romantic 3 Berakhir Dengan Rating Terbaik Kemunculan Watak Lama Ramal Plot Musim Ke 4

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 230 hits
Akhirnya Dr Romantic 3 menamatkan siaran kelmarin ARTIKEL BERKAITAN Amaran SPOILER Selepas kekalutan yang melanda Hospital Doldam dan Pusat Trauma di situ akhirnya kesemua kakitangan perubatan berjaya mengharungi insiden cemas apabila pusat...
Word 336 Tanda Dia Adalah Jodoh Terbaik

Word 336 Tanda Dia Adalah Jodoh Terbaik

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 217 hits
Tanda Dia adalah jodoh terbaik 1 Terima kita seadanya2 Tak berlakon depan kita3 Hati tenang bila bersama4 Jujur dengan kita5 Mengaku dirinya ada kelemahan6 Saling mempercayai7 Didik kita jadi lebih baik8 Keluarga kita selesa dengan dia jent...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization