Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025


Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025
Kebahagiaan sesebuah negara bukan hanya bergantung pada wang ringgit atau jangka hayat yang panjang.
World Happiness Report 2025 mendedahkan bahawa faktor bukan ekonomi sebenarnya memainkan peranan lebih besar dalam menentukan tahap bahagia rakyat.
Antara perkara yang diberi perhatian ialah tabiat makan bersama keluarga, rasa kebersamaan dengan orang sekeliling, serta sifat pemurah dalam masyarakat.
Kajian menunjukkan, aspek-aspek ini memberi kesan mendalam terhadap kesejahteraan hidup berbanding sekadar faktor material.
Untuk info, kajian ini dijalankan oleh Universiti Oxford, Gallup dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melibatkan lebih 100,000 responden di seluruh dunia.
Enam faktor utama telah menjadi asas penilaian. Antaranya:
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Jangka hayat sihat Sokongan sosial Kebebasan individu Kemurahan hati Tahap rasuah Faktor bahagia Menariknya, laporan turut mendedahkan trend yang agak membimbangkan. Perbuatan kebaikan seperti menderma, menjadi sukarelawan dan menolong orang asing dilaporkan semakin menurun di kebanyakan kawasan dunia antara 2023 hingga 2024.
Namun begitu, ada sinar harapan di rantau kita. Asia Selatan dan Asia Tenggara masih mengekalkan tahap kemurahan hati yang stabil.
Perkembangan ini dianggap positif kerana kajian menunjukkan bahawa sifat pemurah dan sikap ringan tulang untuk membantu orang lain mempunyai kaitan rapat dengan tahap kebahagiaan individu.
Sebaliknya, satu lagi tabiat penting iaitu makan bersama semakin berkurangan di Asia. Di negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan, semakin ramai rakyat yang memilih untuk makan seorang diri.
Kedengaran remeh, tetapi hasil kajian mendapati semakin kerap seseorang berkongsi hidangan bersama keluarga atau rakan, semakin tinggi rasa bahagia yang dirasai.
Justeru, berikut senarai 10 negara paling bahagia di Asia mengikut laporan tersebut:
1. Taiwan – No. 27 dunia
2. Singapura – No. 34 dunia
3. Kazakhstan – No. 43 dunia
4. Vietnam – No. 46 dunia
5. Thailand – No. 49 dunia
6. Jepun – No. 55 dunia
7. Filipina – No. 57 dunia
8. Korea Selatan – No. 58 dunia
9. Malaysia – No. 64 dunia
10. China – No. 68 dunia
Taiwan rampas takhta Singapura Tahun ini, Taiwan muncul sebagai negara paling bahagia di Asia apabila menduduki tangga ke-27 dunia.
Kedudukan itu sekaligus merampas takhta Singapura yang sebelum ini berada di tempat pertama Asia selama dua tahun berturut-turut.
Singapura jatuh ke tangga ke-34 dunia, sementara Kazakhstan melonjak ke tempat ketiga paling bahagia di Asia.
Vietnam juga mencatat peningkatan dengan berada di kedudukan ke-46 dunia, mendahului Thailand, Jepun dan negara Asia Tenggara lain.
Malaysia di mana? Malaysia berjaya menempatkan diri di tangga ke-64 dunia dan berada di tempat kesembilan Asia.
BACA: “Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa
BACA: Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan
BACA: Ajar Anak Drive, Gelagat Si Ayah Cakap Bab Signal Buat Netizen Berdekah
Sumber: Time Out
The post Senarai 10 Negara Paling Bahagia Di Asia 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/05/senarai-10-negara-paling-bahagia-di-asia-2025/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 973 hits
Berita baik Hari Sukan Negara 2025 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti terbuka untuk semua Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 Oktober 2025 Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia disam...
Abpbh 2025 Senarai Pemenang Keputusan Anugerah Bintang Popular 37

Abpbh 2025 Senarai Pemenang Keputusan Anugerah Bintang Popular 37

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 979 hits
Anugerah Bintang Popular BH atau ABPBH 37 merupakan antara majlis anugerah tertua di negara ini dan penganjurannya kembali sekali lagi pada tahun 2025 ini ABPBH pertama kali dianjurkan pada tahu 1987 ini penganjuran pada tahun ini merupakan...
V Bts Dinobat Lelaki Paling Kacak Di Dunia Tahun 2025

V Bts Dinobat Lelaki Paling Kacak Di Dunia Tahun 2025

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 410 hits
Original Content Lelaki Paling Kacak 2025 Kim Taehyung atau lebih dikenali dengan nama pentasnya V daripada kumpulan sensasi Korea Selatan BTS sekali lagi membuktikan pengaruh globalnya apabila dinobatkan sebagai Lelaki Paling Kacak di Duni...
Senarai Filem Melayu 2025

Senarai Filem Melayu 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem filem terbaru dari Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2025 Senarai Filem Melayu 2025Filem Menari...
Senarai Marathon Amp Fun Run 2025 Untuk Anda Lace Up Tahun Ini

Senarai Marathon Amp Fun Run 2025 Untuk Anda Lace Up Tahun Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 260 hits
Mencari acara larian marathon amp fun run yang terkini Separuh tahun 2025 menjanjikan pelbagai acara larian menarik di seluruh Malaysia daripada marathon berskala besar hingga fun run bertema yang penuh warna dan keseronokan Sama ada anda s...
Festival Filem Malaysia 2025 Senarai Calon Top 5

Festival Filem Malaysia 2025 Senarai Calon Top 5

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 227 hits
Festival Filem Malaysia ke 34 akan berlangsung pada 8 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa Angkasapuri Kota Media Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda senarai lengkap Top 5 untuk semua kategori yang dipertandingkan Siaran Me...
Senarai Rasmi 193 Negara Anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu

Senarai Rasmi 193 Negara Anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 218 hits
Senarai Rasmi 193 Negara Anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu Kemaskini terakhir Oktober 2025 Sumber rasmi Dunia yang kita diami kini terdiri daripada 193 negara anggota yang diiktiraf secara rasmi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 339 hits
Malaysia teams sweep Primary and Secondary Champion titles in record breaking edition From Left Right Ashely Xie Country Manager Malaysia Brunei Thila Munusamy Director of Sales Marketing LEGOLAND Malaysia Resort Tuan Haji Kamal Bin Ahamr U...
Cashless E Wallet Malaysia Smarter Payments In 2025

Cashless E Wallet Malaysia Smarter Payments In 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 273 hits
The rise of cashless e wallet Malaysia solutions is transforming the way people spend save and manage money With smartphone adoption and QR payment acceptance growing nationwide Malaysians are rapidly embracing e wallets backed by banks and...
Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Key Benefits Of A Dedicated Ai Button On Your Phone

Janji Tere Liye

Sejarah Dan Warisan Iona Abbey Penubuhan Oleh St Columba Pada Tahun 563 Ad

Wawasan Dengkil Memasuki Jv Solar Mempelbagaikan Ke Dalam Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui

Lirik Lagu Luka Awie Riez

Perkembangan Ai Dan Modal Mind Mostaque

Panduan Lengkap Bina Jenama Sendiri Dalam Bisnes Makanan Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Makan Di Restoran Tiada Logo Halal Ini Jawapan Mufti Wp

Gammaone Jomblo Happy Lagi Chord

Almost 50 Off The U Shaped Sectional Sofa Everyone S Talking About This Black Friday

Akibat Ramainya Pengkhianat Penduduk Bimbang Koloni Warga Asing Di Cameron Highlands

Bullying In Mrsm Less Than 0 01pct Cases Isolated Deputy Minister

A Tale Of Two Korean Towers One Of Soaring Success Of Capitalism And The Other A Dark Symbol Of Communism