Festival Filem Malaysia 2025 Senarai Calon Top 5


Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) akan berlangsung pada 8 November 2025 (Sabtu) di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
Artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda senarai lengkap Top 5 untuk semua kategori yang dipertandingkan.
Siaran Media – Festival Filem Malaysia 2025 (FFM34) Latarbelakang Festival Filem Malaysia Festival Filem Malaysia yang bermula dari tahun 1980 adalah acara tahunan bertaraf nasional yang dianjurkan kerajaan melalui FINAS.
Tahun 2025 ini merupakan edisi festival ke-34.
Tema : Karya Kreatif, Sinema Dinamik
Filem Malaysia adalah manifestasi jenama produk filem tempatan bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi merentas sempadan
Mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air Mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik di antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air Usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerkasaan industri Objektif FFM34 FFM34 merupakan inisiatif kerajaan bagi membangunkan platform festival filem nasional yang berprestij untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air. FFM34 mengukuhkan jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan pihak industri dengan pelaksanaan program-program yang mengangkat profesionalisme para penggiat industri filem tanah air. FFM34 adalah manifestasi kepada usaha pembudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya-karya berkualiti, seterusnya mewujudkan sistem sokongan kepada pemerksaaan industri. Kategori Anugerah FFM34 Berikut adalah 25 Kategori & Anugerah yang dipertandingkan dalam FFM34 kali ini:
Filem Terbaik Pengarah Terbaik Pengarah Harapan Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Pelakon Lelaki Harapan Pelakon Wanita Harapan Lakon Layar Terbaik Cerita Asal Terbaik Sinematografi Terbaik Penyunting Terbaik Skor Muzik Asal Terbaik Penataan Seni Terbaik Penataan Bunyi Terbaik Lagu Tema Terbaik Rekaan Busana / Kostum Terbaik Kesan Khas Visual Terbaik Tatarias / Solekan Terbaik Poster Terbaik Dokumentari Terbaik Filem Pendek Terbaik Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik Hos & Penyampai Anugerah FFM34 Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung pada 8 November 2025 (Sabtu) di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media telah dihoskan oleh gandingan  Datuk Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim.
Senarai Top 5 Setiap Kategori FFM34 Berikut merupakan senarai Top 5 Setiap Kategori FFM34 (Pencalonan Akhir) :
Siaran Langsung (LIVE Streaming) Saksikan secara langsung Malam Anugerah FFM34 di TV2 pada jam 8.30 malam. 
Tarikh : 8 November 2025 (Sabtu) Karpet Merah : 7.30 malam Siaran Langsung : 8.30 malam- 11.30 malam Tempat : Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur Siaran Langsung : TV2, RTM Pautan LIVE Streaming: https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2
Soalan Lazim 1. Apakah objektif utama Festival Filem Malaysia (FFM) dianjurkan? FFM merupakan pengiktirafan rasmi kerajaan terhadap kecemerlangan filem dan bakat kreatif tempatan. Ia bertujuan menghargai pencapaian industri, meningkatkan mutu dan profesionalisme penerbitan, membudayakan filem sebagai medium perpaduan dan identiti nasional, serta merangsang pertumbuhan industri kreatif negara.
2. Siapakah pihak yang terlibat dalam penganjuran FFM34? Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan disokong Kementerian Komunikasi.
3. Bagaimana FFM menyumbang kepada pembangunan industri perfileman Malaysia? FFM dilihat sebagai platform penting untuk mengiktiraf hasil kerja penggiat industri, menaikkan reputasi dan kredibiliti pengkarya serta membuka peluang kerjasama dan pasaran baharu dalam penghasilan karya yang bermutu.
4. Apakah tema utama FFM34 tahun ini? Tema FFM34 pada tahun ini adalah ‘Karya Kreatif, Sinema Dinamik’ mencerminkan semangat perubahan dan kepelbagaian dalam dunia perfileman yang berkembang pesat. Ia menzahirkan penghargaan terhadap kreativiti tanpa batas dan dinamisme sinema yang menjadi nadi kepada seni penceritaan visual masa kini.
5. Bilakah dan di manakah Malam Anugerah FFM34 akan diadakan? Malam Anugerah FFM34 akan diadakan pada 08 November 2025 bertempat di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media.
6. Adakah FFM34 akan disiarkan secara langsung? Ya, FFM34 akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
7. Agensi mana dilantik sebagai penyiar rasmi? Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilantik sebagai rakan strategik dan penyiar rasmi FFM34.
8. Bilakah tarikh buka dan tarikh tutup penyertaan bagi pencalonan FFM34? Tarikh buka penyertaan FFM34 adalah pada 8 Julai 2025 dan tarikh tutup penyertaan FFM34 adalah pada 18 Julai 2025.
9. Apakah kategori filem yang layak dimohon? Filem yang layak dimohon adalah filem cereka, filem pendek dan dokumentari.
10. Siapakah yang boleh mengemukakan pencalonan? Bagi kategori filem cereka, filem pendek dan dokumentari, pengeluar filem mestilah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem dari FINAS yang sah tempoh sehingga 31 Disember 2025.
11. Apakah kriteria untuk filem dan peserta yang layak menyertai pencalonan FFM34? 1. Kriteria yang diperlukan bagi kategori filem cereka adalah filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Filem ini belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan telah ditayangkan di pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula dari tarikh 01 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.

2. Kriteria yang diperlukan bagi kategori filem pendek adalah filem yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan tarikh tayangan di mana-mana platform bermula dari 101 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.

3. Kriteria yang diperlukan bagi kategori dokumentari adalah filem dokumentari yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan telah ditayangkan di mana-mana platform bermula dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2025.

4. Semua calon mestilah warganegara Malaysia atau yang bertaraf pemastautin penduduk tetap
12. Bagaimanakah cara untuk mengemukakan pencalonan FFM34? Borang penyertaan FFM34 boleh diimbas melalui QR Kod yang disediakan atau diisi melalui pautan di https://ffm.finas.my
13. Apakah tempoh kelayakan filem bagi pencalonan FFM34? Tempoh kelayakan filem adalah filem-filem yang ditayangkan bermula 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.
14. Berapakah kategori anugerah yang dipertandingkan? Sebanyak dua puluh lima (25) kategori anugerah yang dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-34.
15. Apakah kategori yang dipertandingkan dalam FFM34? Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pengarah Harapan
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Lelaki Harapan
Pelakon Wanita Harapan
Lakon Layar Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Sinematografi Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik
Penataan Seni Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Lagu Tema Terbaik
Rekaan Busana / Kostum Terbaik
Kesan Khas Visual Terbaik
Tatarias / Solekan Terbaik
Poster Terbaik
Dokumentari Terbaik
Filem Pendek Terbaik
Anugerah Aksi Dan Lagak Ngeri Terbaik
16. Berapakah kategori yang tidak dipertandingkan dalam FFM34 dan apakah kategori tersebut? Sebanyak enam (6) kategori anugerah yang tidak dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-34. Kategori-kategori yang tidak dipertandingkan adalah seperti berikut:

Anugerah Khas Sepanjang Zaman
Anugerah Khas Karyawan
Anugerah Khas Juri (1)
Anugerah Khas Juri (2)
Filem Box Office
17. Adakah terdapat kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini? Kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik.
18. Berapa banyakkah filem cereka yang layak bertanding pada edisi FFM34? Sebanyak enam puluh enam (66 filem) cereka yang melalui Skim Wajib Tayang layak bertanding. Walau bagaimanapun filem cereka yang tidak melalui Skim Wajib Tayang tetapi memasuki tayangan pawagam tempatan antara 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025 juga dialu-alukan untuk menyertai pertandingan.
19. Bagaimana untuk menghubungi urus setia untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung FFM34? Berhubung maklumat penyertaan:
1. Puan Noorzillawati Yahya
2. Encik Mohd Fitry Mohd Shahari

melalui emel [email protected][email protected] /[email protected] atau ditalian 03-41041354 / 1327

Berhubung maklumat penajaan:
YM Raja Khairul Azman bin Raja Abd. Karim

melalui emel [email protected] atau [email protected] https://www.finas.gov.my dan https://ffm.finas.my

20. Bagaimana orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini tentang FFM34? Melalui laman web rasmi FINAS dan Festival Filem Malaysia (FFM) di laman web: https://www.finas.gov.my dan https://ffm.finas.my
21. Berapa jumlah penyertaan dalam FFM33 sebelum ini? Jumlah penyertaan dalam FFM33 sebelum ini adalah seratus empat (104) penyertaan. Iaitu tujuh puluh (70) adalah filem cereka, dua puluh satu (21) adalah filem pendek dan tiga belas (13) adalah dokumentari.
22. Bila kali terakhir FFM dianjurkan? FFM33 terakhir telah diadakan pada 08 Disember 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media.
23. Berapakah jumlah kategori yang dipertandingkan pada FFM33 tahun 2024? Jumlah kategori yang di pertandingkan pada FFM33 tahun 2024 adalah berjumlah dua puluh empat (24) kategori.
24. Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat mengenai senarai pemenang FFM33 tahun 2024? Maklumat boleh diperolehi dengan melayari laman web rasmi FFM di https://ffm.finas.my
Baca juga:
Kilauan Emas 2025 [ LIVE ] Hadiah & Keputusan Final Talk To My Manager [ LIVE ] Minggu 8 – Markah & Lagu (Final) Anugerah MeleTOP ERA 2025 [LIVE] Calon, Kategori & Undian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/festival-filem-malaysia-2025/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=festival-filem-malaysia-2025

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Filem Melayu 2025

Senarai Filem Melayu 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Peminat filem melayu pasti tidak sabar untuk mengetahui apakah filem filem terbaru dari Malaysia khususnya filem Melayu menarik yang akan ditayangkan pada tahun 2025 Senarai Filem Melayu 2025Filem Menari...
Cashless E Wallet Malaysia Smarter Payments In 2025

Cashless E Wallet Malaysia Smarter Payments In 2025

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 228 hits
The rise of cashless e wallet Malaysia solutions is transforming the way people spend save and manage money With smartphone adoption and QR payment acceptance growing nationwide Malaysians are rapidly embracing e wallets backed by banks and...
Valve Malaysia An In Depth 2025 Guide

Valve Malaysia An In Depth 2025 Guide

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 164 hits
Valves are vital in managing the flow and pressure of liquids gases and slurries in industrial systems In Malaysia s dynamic industries including oil and gas water treatment manufacturing and infrastructure valves ensure safety operational ...
Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 853 hits
The gaming culture in Malaysia has undergone an enormous change over the past decade The advent of casinos online in Malaysia has changed the way players enjoy entertainment They are no longer restricted by geography or time bound opening h...
Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

Buli Budaya Pengecut Menteri Kena Turun Padang Hentikan Malaysia Gazette Tv 23 09 2025

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 645 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kementerian yang berkaitan untuk menyelesaikan kes buli yang semakin berleluasa kini Tambahnya lagi jika tiada sebara...
10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm

10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 Dosm

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 159 hits
10 Daerah Di Malaysia Muncul Daerah Menua Baharu Pada 2025 DOSM PUTRAJAYA 2 Okt Sepuluh daerah muncul sebagai daerah menua baharu iaitu penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh peratus pada 2025 menurut statistik Anggaran Penduduk...
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 205 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 190 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Program Bersama Malaysia Retailers Association anjuran Tenaga Nasional Berhad bertempat di Leo Moggie Convention Centre TNB Platinum Bangsar Program bertujuan memperkukuh hubungan antara T...
Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia

Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 170 hits
Top 9 Kuasa Ketenteraan Terkuat Di Asia Tenggara Di Mana Malaysia Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang kaya dengan kepelbagaian dan potensi ketenteraan yang unik Setiap negara mempunyai kekuatan tersendiri sama ada dari segi bilangan ...
To Debate Satanic Us Trade Deal

Trade Deal Why Are We Surrendering Rm1 Trillion To Us Ask Hassan Mca Leader

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

China Trade Deal Shows We Re Not Intimidated By Us Says Anwar

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Peniaga Kedai Makan Disamun Rm10 000 Tiga Lelaki Berparang

Quantum Sensing Transforming Measurement For Industry Innovation

Welcome Embrace No No But Rape Is Fine Pas Trolled Over Hypocrisy In Criticising Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalendar Akademik Tahun 2026 Bagi Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Minyak Tak Meletup Dah 6 Bahan Rahsia Elak Minyak Merecik Ketika Goreng Ikan

Keropok Ikan Dari Masjid

Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak Rm10 Juta Bagi Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Timur Laut 2025 2026

Mywira Cara Mohon Pengeluaran Ltat 2025